10 Air Fryer Terbaik di Malaysia 2025

Air fryer atau penggoreng udara mempunyai sistem udara panas yang digunakan untuk menghasilkan tindak balas ‘Maillard’ (lapisan makanan yang rangup). Seperti yang diketahui, makanan yang dimasak dengan cara menggoreng atau ‘deep frying’ mempunyai rasa yang lebih enak dan sedap. Malangnya, penggunaan minyak masak yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. 

Oleh itu, penggunaan air fryer sangat digalakkan terutamanya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Air fryer merupakan alat memasak yang berfungsi untuk menggoreng makanan tanpa kehadiran minyak bagi menghasilkan makanan yang lebih sihat dan bebas minyak. Berikut adalah 10 air fryer terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Adakah Berbaloi Untuk Mendapatkan Air Fryer?

Anda boleh mendapat pelbagai faedah daripada penggunaan air fryer terutamanya dari segi kesihatan. Penggunaan air fryer mampu mengurangkan kolestrol dan lemak dalam makanan. Hal ini kerana, anda tidak perlu menggunakan minyak yang banyak sewaktu memasak menggunakan air fryer.  Bukan itu sahaja, ia juga dapat menjimatkan masa anda ekoran ia mempunyai tetapan memasak yang lebih cepat berbanding ketuhar.  

Faedah Lain Yang Boleh Diperoleh Daripada Penggunaan Air Fryer:

  1. Lebih Sihat 

Air fryer mampu menyediakan hidangan yang dimasak sempurna dengan menggunakan minyak yang sedikit atau tanpa minyak! Anda yang mengamalkan diet bebas minyak akan mendapat manfaat yang besar daripada penggunaan air fryer ini. 

  1. Serba guna 

Selain menggoreng, air fryer juga boleh digunakan untuk memanggang dan membakar. Ini kerana terdapat beberapa pilihan perkakas tambahan seperti loyang, besi pemanggang dan lain-lain. Antara makanan yang boleh anda buat dengan menggunakan air fryer ialah kentang goreng, burger, kentang panggang dan banyak lagi.

  1. Mudah Untuk Dibersihkan

Air Fryer sangat mudah untuk dibersihkan kerana ia tidak menggunakan minyak. Sementara itu, dulang atau bekas yang digunakan juga boleh ditanggal sekali gus menjadikannya lebih mudah untuk dicuci dan digunakan.

10 Air Fryer Terbaik di Malaysia 2023

1. Russell Taylors Air Fryer AF-24

Russell Taylors Air Fryer AF
Kredit gambar: Shopee

Russell Taylors Air Fryer AF-24 mempunyai kapasiti sebesar 3.8 L serta dilengkapi dengan sistem suhu dan pemasa boleh laras. Hal ini membolehkan anda untuk meletakkan had masa dan suhu mengikut kehendak anda. Selain itu, ia juga didatangkan dengan ciri peredaran udara panas yang pantas sekali gus dapat mempercepatkan proses memasak. Antara hidangan yang boleh dimasak dengan menggunakan air fryer ini ialah kentang goreng, kebab, stik, kek dan banyak lagi.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 3.8 L
  • Kuasa: 1500 W
  • Voltan: 220 – 240 V
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

‘Dishwasher-free’
Mudah untuk dibersihkan

Harga: RM169.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth II Series PS1530

PerySmith D Air Fryer Ecohealth II Series PS
Kredit gambar: Lazada

PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth II Series PS1530 ini dilengkapi dengan sistem pemanas aliran udara 3D yang berfungsi untuk menjana proses pemanasan dengan pantas sekali gus menjimatkan masa anda di dapur. Air fryer ini juga disertakan dengan ciri keselamatan, di mana ia akan dimatikan secara automatik selepas 60 minit penggunaan. Ia didatangkan dalam 2 warna yang menarik untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 4.2 L
  • Kuasa: 1400 W
  • Voltan: 220 – 240 V
  • Warna: Biru, Kelabu

Kelebihan:

Sistem ‘auto shut-off’ selepas 60 minit
Bahan keluli tahan karat

Harga: RM159.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Kelen Munoz K40 Sirocco Classic 3D Ecoheal Air Fryer 

Kelen Munoz K Sirocco Classic D Ecoheal Air Fryer
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari air fryer dengan reka bentuk yang mewah dan moden, maka Kelen Munoz K40 Sirocco Classic 3D Ecoheal Air Fryer ini terbaik untuk anda. Air fryer ini dilengkapi dengan salutan teknologi ‘Antihaft’ Jerman yang menjadikannya selamat untuk digunakan pada mesin basuh pinggan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan kunci keselamatan pada bahagian penutup bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kemalangan daripada berlaku. 

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 5 L
  • Kuasa: Tidak dinyatakan
  • Voltan: 220 – 240 V
  • Warna: Hijau Emerald, Merah Vibrant

Kelebihan:

Teknologi udara panas termaju
Bebas daripada bahan kimia berbahaya

Harga: RM147.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. Kelen Munoz K18 Sirocco Lite Petite 3D Ecoheal Air Fryer

Kelen Munoz K Sirocco Lite Petite D Ecoheal Air Fryer
Kredit gambar: Shopee

Kelen Munoz K18 Sirocco Lite Petite 3D Ecoheal Air Fryer ini sesuai untuk keluarga kecil atau pelajar kolej kerana cirinya yang padat. Air fryer ini menawarkan 4 tetapan memasak iaitu menggoreng, memanggang, gril dan ‘baking’ yang membolehkan anda memasak pelbagai jenis hidangan. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan perlindungan ‘overheat’ yang menjadikannya selamat untuk digunakan.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 3 L
  • Kuasa: 1000 W
  • Voltan: 200 – 220 V
  • Warna: Merah, Hitam

Kelebihan:

Mudah dikendalikan
Reka bentuk unik

Harga: RM108.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. PerySmith Air Fryer Ecohealth Series PS1521

PerySmith Air Fryer Ecohealth Series PS
Kredit gambar: Shopee

Anda tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan air fryeryang cantik serta mempunyai pelbagai fungsi. PerySmith Air Fryer Ecohealth Series PS1521 mempunyai kapasiti 4.8 L yang sesuai digunakan untuk pelbagai jenis makanan seperti ‘lamb chop’, salmon, ayam, udang galah dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan kemasan ‘Whitford’ yang menjadikannya anticalar dan tidak melekat. 

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 4.8 L
  • Kuasa: 1500 W
  • Voltan: 220 – 240 V
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Kuali boleh tanggal
Sistem pemanasan 3D

Harga: RM199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Russell Taylors 3D Air Fryer Z1

Russell Taylors D Air Fryer Z
Kredit gambar: Shopee

Russell Taylors 3D Air Fryer Z1 mempunyai kapasiti sebesar 4.2 L sekali gus membolehkan anda memasak hidangan untuk 4 hingga 5 orang dalam satu masa. Ia dilengkapi dengan teknologi ‘Rapid Heatwave’yang menggunakan 80% kurang minyak berbanding penggoreng konvensional. Hal ini menjadikan makanan anda lebih sihat, rendah kalori dan rendah kolesterol. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan penapis udara bersepadu untuk mengurangkan bau masakan.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 4.2 L
  • Kuasa: 1200 W
  • Voltan: 220 – 240 V
  • Warna: Biru, Hijau

Kelebihan:

 Teknologi ‘Rapid Heatwave’
 Suhu boleh laras

Harga: RM199.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. DESSINI ITALY Electric Air Fryer 

DESSINI ITALY Electric Air Fryer
Kredit gambar: Shopee

DESSINI ITALY Electric Air Fryer didatangkan dengan reka bentuk pemegang ergonomik bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya. Air fryer ini juga menggunakan teknologi halogen inframerah (infrared halogen) yang turut dilengkapi dengan kipas untuk memastikan udara panas (360°C) mengelilingi masakan secara sekata. Masakan anda bukan sahaja enak, malah rangup di luar dan lembut di dalam. 

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 4.3 L
  • Kuasa: 1300 W
  • Voltan: 220 V
  • Warna: Hitam, Hijau, Merah Jambu

Kelebihan:

Pemegang ergonomik
Sistem pemanasan sekata

Harga: RM145.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. Gaabor Air Fryer Digital Control GA-E45A01/02

Gaabor Air Fryer Digital Control GA EA
Kredit gambar: Lazada

Teknologi ‘Rapid Air’yang terdapat pada air fryerini berfungsi untuk memastikan makanan anda rangup dan masak dengan sekata. Bukan itu sahaja, Gaabor Air Fryer Digital Control GA-E45A01/02 ini juga kelihatan estetik ekoran ia dilengkapi dengan sensor sentuhan panel kawalan dan paparan LED. Ia juga boleh dicuci dan dibersihkan dengan mudah ekoran perkakasnya boleh ditanggalkan. 

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 4.5 L
  • Kuasa: 1400 W
  • Voltan: 220 – 240 V
  • Warna: Hitam, Putih

Kelebihan:

Bahan tahan lasak
Paparan sentuhan digital

Harga: RM139.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

9. SwissThomas Digital LED Air Fryer 

SwissThomas Digital LED Air Fryer
Kredit gambar: Shopee

SwissThomas Digital LED Air Fryer dilengkapi dengan sistem pelarasan suhu dan masa yang membolehkan anda menetapkan masa memasak sehingga 60 minit dengan suhu sehingga 200°C. Ia juga didatangkan dengan teknologi peredaran udara berkelajuan tinggi yang berfungsi untuk memendekkan masa memasak sebanyak 30% sambil mengekalkan kandungan nutrisi makanan tersebut. Dari segi penggunaan kuasa, SwissThomas Digital LED Air Fryer ini juga lebih mesra alam jika dibandingkan dengan air fryer yang lain kerana ia menggunakan 1200-1400W sahaja untuk kapasiti 8.5 L.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 8.5 L
  • Kuasa: 1400 W
  • Voltan: 220 – 240 V
  • Warna: Hijau Emerald 

Kelebihan:

Warna menarik
Mempunyai sistem pemegang ‘cool-touch’

Harga: RM169.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

10. JohnsonLux Oil-Free Air Fryer

JohnsonLux Oil Free Air Fryer
Kredit gambar: Lazada

Nak guna air fryer namun takut bil elektrik melambung? Jangan risau, JohnsonLux Oil-Free Air Fryer ini boleh jimatkan penggunaan tenaga elektrik. Selain daripada berfungsi sebagai air fryer, ia juga boleh digunakan sebagai ketuhar, ketuhar gelombang mikro dan pengukus. Air fryer ini sangat ideal untuk mereka yang sukakan reka bentuk unik dan inginkan hasil masakan yang lazat dan rendah lemak. 

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 5 L
  • Kuasa: 1350 W
  • Voltan: 220 V
  • Warna: Hijau Tua, Hijau Muda, Merah Jambu

Kelebihan:

Kapasiti besar
Jaminan 2 tahun

Harga: RM115.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

 

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close