10 Akademi Rambut Terbaik di Malaysia 2025

Adakah anda memulakan perjalanan untuk menguasai seni dandanan rambut? Apa yang penting, anda perlu mencari akademi sempurna terlebih dahulu bagi menyemarakkan semangat anda dan mendorong anda untuk mencapai matlamat. Dalam industri akademi rambut yang semakin berkembang di Malaysia, pencarian akademi rambut yang menawarkan pelajaran yang mantap dan guru yang berpengalaman adalah sukar. Oleh sebab itu, kami akan membantu anda untuk menyenaraikan akademik rambut yang berkualiti untuk anda.

Artikel ini akan menyenaraikan 10 Akademi Rambut Terbaik di Malaysia untuk 2025.  Akademi-akademi yang disenaraikan ini terletak di Malaysia dan menawarkan pelbagai program seperti kursus pensijilan, diploma dan program jangka masa pendek yang komprehensif bagi memenuhi impian mereka yang bercita-cita tinggi dan profesional. Jadi, mulakan perjalanan transformasi anda dengan 10 akademi rambut terbaik di Malaysia ini.

Apakah yang Patut Saya Pertimbangkan Ketika Memilih Akademi Rambut di Malaysia?

Untuk memilih akademi rambut yang berkualiti dan sesuai, anda perlu mempertimbangkan set kriteria penilaian yang berbeza yang digunakan untuk setiap akademi.

  1. Kualiti Kurikulum:
    Faktor penting adalah kualiti kurikulum yang diajar di akademi. Modul hendaklah komprehensif dan direka bentuk dengan menyediakan kemahiran dandanan rambut yang asas dan ‘advance’ kepada pelajar. Kurikulum yang efektif dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia profesional.
  2. Pelbagai Kursus:
    Anda perlu mempertimbangkan rangkaian kursus yang ditawarkan oleh akademi. Spektrum kursus yang luas seperti dandanan rambut asas sehingga kepada ‘advance’, teknik mewarnakan rambut dan rawatan rambut membolehkan pelajar memilih yang mana menepati minat dan matlamat kerjaya mereka.
  3. Sokongan Pelajar dan Peluang Pasca Graduasi:
    Akademi rambut yang terkemuka seharusnya memberi sokongan yang luar biasa kepada pelajar, yakni daripada proses pendaftaran sehinggalah kepada graduasi. Komunikasi yang efektif, bantuan dalam pemilihan kursus, fleksibiliti dalam penjadualan, penyediaan alat latihan dan saiz kelas yang lebih kecil untuk pengajaran efektif boleh diterapkan dalam kursus ini di akademik rambut. Selain itu, adalah bonus sekiranya akademi menyediakan peluang seperti latihan amali atau projek pembinaan portfolio selepas tamat pengajian bagi membantu pelajar beralih ke dalam kerjaya profesional mereka dengan lancar.

Baca Lagi:

  1. 20 Salun Rambut Terbaik di KL & Selangor 2025
  2. 10 Salun Rambut Terbaik di Pulau Pinang 2025
  3. 10 Salun Rambut Terbaik di Ipoh 2025
  4. 16 Salun Rambut Terbaik di Johor Bahru 2025

10 Akademi Rambut Terbaik di Malaysia 2025

1. You & Me Hair Makeup Academy ∣ JB Skudai

You-Me-Hair-Makeup-Academy-∣-JB-Skudai
Kredit Gambar: shoeslab
You-Me-Hair-Makeup-Academy-∣-JB-Skudai-
Kredit Gambar: shoeslab

You & Me Hair Makeup Academy ∣ JB Skudai menyediakan kursus dandanan rambut yang bertujuan untuk mengajar individu yang berminat untuk menjadi usahawan dalam industri dandanan rambut. Akademi ini sesuai untuk mereka yang meminati reka bentuk dandanan rambut. Melalui akademi ini, pelajar mendapat pengetahuan komprehensif dalam kursus yang membolehkan mereka menceburi perniagaan dandanan rambut selepas tamat perniagaan. Anda berminat untuk mempelajari kemahiran atau memulakan perniagaan? Daftar segera dalam Professional Hair Course yang mereka tawarkan.

Waktu Operasi10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat30, Jalan Kebudayaan 6, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

No. Telefon012-332 3389

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/youandmeHMA/

2. APT Hair Salon Kepong Metro Prima

APT-Skill-College
Kredit Gambar: Yee Von Teh
APT-Skill-College-
Kredit Gambar: APT Skill College

Apt Skill College ditubuhkan pada tahun 1994 dan merupakan kolej kemahiran terbesar di Malaysia. Kolej ini menawarkan pelbagai kursus, daripada Dandanan Rambut sehinggalah kepada Perkhidmatan Solekan dan Kuku. Modul mereka disesuaikan untuk menekankan kemahiran praktikal bagi membolehkan graduan memulakan perjalanan kerjaya mereka dalam industri dandanan rambut atau kecantikan dengan segera. Mereka menawarkan pembayaran seperti bayaran ansuran dan biasiswa supaya akademi ini sesuai untuk semua orang. Mulakan perjalanan anda bersama mereka!

Waktu Operasi:
11:30 pagi – 8:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat12, Jln Puteri 7/13A, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

No. Telefon03-5885 1678

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/APTSkillCollegeOfficial

semak laman web di sini

3. AM & PM Hair Studio and Academy Sdn Bhd (HQ)

AM-PM-Hair-Studio-and-Academy-Sdn-Bhd-HQ
Kredit Gambar: Wilson Chuah (Chriolant)
AM-PM-Hair-Studio-and-Academy-Sdn-Bhd-HQ-
Kredit Gambar: AM & PM Hair Studio & Academy

AM & PM HAIR STUDIO AND ACADEMY adalah sebuah institusi terkemuka dengan pengalaman lebih sedekad dalam latihan profesional. Penawaran harga yang berpatutan tidak menjejaskan kualiti kursus mereka dan mereka menyediakan latihan secara langsung dalam senario dunia sebenar. Dengan pelbagai ulasan yang positif dan ramai graduan yang berjaya daripada akademi ini, mereka turut mengajar formula unik dan teknik proprietari di sini. Tidak kira apa tahap pengalaman anda, mereka bersedia untuk menawarkan panduan 1-on-1 yang diperibadikan.

Waktu Operasi:
10:30 pagi – 7:30 petang (Selasa – Jumaat)
10:30 pagi – 6:30 petang (Sabtu, Ahad)
Tutup (Isnin)

AlamatLot 21 & 21, 1, Lorong Kasawari 4, Taman Eng Ann, 41150 Klang, Selangor

No. Telefon014-943 9914

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ampmhairstudioSB

Instagram: https://www.instagram.com/ampmhairstudio/

semak laman web di sini

4. LE CLASSIC Academy

Le-Classic-Academy
Kredit Gambar: Le Classic Academy – Best Hair Academy in Malaysia
Le-Classic-Academy-
Kredit Gambar: LE Classic 实战美发课程Academy

LE CLASSIC Academy adalah akademi dandanan rambut terbesar dan berprestij di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Malaysia. Dengan pasukan pendidik yang besar di negara ini, mereka berupaya menyampaikan latihan komprehensif yang berfokus kepada pembelajaran praktikal. Menerusi pengajaran yang praktikal, pelajar akan berlatih dengan pelanggan sebenar. Mereka menyediakan gabungan unik 40% praktikal, 40% amalan model sebenar, 20% pelajaran teori, teknik bimbingan yang inovatif, dan saiz kelas kecil (5 hingga 10 pelajar) bagi setiap pendidik. LE CLASSIC Academy adalah akademi rambut pertama di Malaysia yang menyediakan latihan kemahiran insaniah di samping kursus dandanan rambut mereka. Graduan boleh menikmati kadar pekerjaan yang dijamin 100%. Selain itu, akademi juga menawarkan pelbagai program, termasuk diploma, pilihan belajar sambil bekerja, ‘cutting course’, kursus dandanan rambut ‘advance’ dan banyak lagi. Semua ini dijalankan di salun yang moden dan serba lengkap.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatR-03-27, Emporis Persiaran Surian Seksyen 3, Taman Sains Selangor, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon017-913 6901

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/leclassicacademy

Instagram: https://www.instagram.com/leclassic_academy/

semak laman web di sini

5. Workz.a.Head Hair Salon Academy

Workz a head-Hair-Salon-
Kredit Gambar: Kiko Wong
Workz a head-Hair-Salon-
Kredit Gambar: Workz.a.Head Hair Salon Academy

Dalam dunia dandanan rambut, ia bukan hanya tertakluk kepada ilmu pengetahuan dan skill memotong rambut. Ia adalah berkenaan pemahaman terhadap kehalusan gerakan, stabiliti dan juga sudut. Bermula dari latihan asas, anda bukan sahaja akan belajar mengeringkan, memotong, mewarna dan mencuci rambut, tetapi anda juga akan belajar tentang kepentingan mencapai keseimbangan. “Keseimbangan” ini penting bagi semua pendandan rambut kerana ia merupakan konsep yang sering diabaikan oleh orang ramai kerana mereka tergesa-gesa ingin mendapatkan hasil yang baik. Oleh sebab itu, Workz.a.Head Hair Salon Academy memberi penekanan terhadap hasil dan prosesnya. Anda boleh melayari laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus dandanan rambut yang mereka tawarkan.

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 7:00 petang (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)

Alamat73, Jalan Austin Height 8/5, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon07-361 2261

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/workz.a.head

Instagram: https://www.instagram.com/workz.a.head/

6. Hairquay Salon & Academy

Hairquay-Salon-Academy
Kredit Gambar: Google
Hairquay-Salon-Academy-
Kredit Gambar: HairQuay Salon & Academy

Hairquay Salon & Academy adalah tapak pelancaran yang sempurna bagi mereka ingin menjadikan seseorang individu kelihatan menarik selain bersemangat untuk membina kerjaya dalam dunia dandanan rambut yang profesional. Melalui tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman dalam industri selama lebih 30 tahun, mereka akan memastikan anda mempunyai asas yang kukuh untuk berjaya dalam sektor kecantikan. Professional Diploma Hairdressing Course adalah langkah pertama bagi anda yang mencari kerjaya dalam bidang yang menarik ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi mereka di talian yang disediakan.

Waktu Operasi:
11:30 pagi – 7:00 petang (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)

Alamat1st Floor, No. 36, Jalan SS 2/63, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon011-5923 5968

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/HairquaySalon

Instagram: https://www.instagram.com/hairquayss2

7. A-Saloon Academy

A-Saloon-Academy
Kredit Gambar: A-Saloon Academy
A-Saloon-Academy-
Kredit Gambar: A-Saloon Academy

A-Saloon Academy menyediakan pelbagai kursus yang direka secara eksplisit untuk pendidikan rambut moden. Mereka komited dalam menyediakan pelajar dengan teknik penting yang diperlukan untuk mereka memulakan kerjaya dalam industri dandanan rambut. Apabila pelajar berjaya menamatkan kursus mereka, mereka akan dianugerahkan sijil profesional yang mengesahkan kemahiran dan ketersediaan mereka untuk bekerja dalam industri kecantikan.

Waktu Operasi:
10:10 pagi – 5:10 petang (Selasa – Sabtu)
Tutup (Ahad, Isnin)

AlamatS148- S151, 2nd Floor Sungei Wang, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon03-2332 6992

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/asaloonacademy

Instagram: https://www.instagram.com/asaloonacademy/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. Shella Hair Academy Sdn. Bhd.

Shella-Hair-Academy-Sdn.-Bhd.
Kredit Gambar: kelvin yu
Shella-Hair-Academy-Sdn.-Bhd.-
Kredit Gambar: SHELLA HAIR ACADEMY

Shella Hair Academy Sdn. Bhd. menawarkan kursus asas selama 6 bulan yang direka untuk menyemarakkan minat anda dalam industri dandanan rambut dan solekan. Akademi ini akan membantu anda memperoleh pensijilan Lembaga Pembangunan Teknikal Malaysia (SKM 2) dan juga menaja kursus latihan lanjutan di Taiwan. Semasa latihan ‘on-site’, pelajar juga boleh mendapat komisen tambahan. Mereka menyediakan kos sara hidup bulanan yang disokong kerajaan serta 100% peluang pekerjaan dan keusahawanan dalam industri dandanan rambut. Selain itu, mereka juga mengatur penginapan untuk pelajar luar bandar.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Selasa – Sabtu)
10:00 pagi – 7:00 petang (Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat18, Jalan Bunga Tanjung 9B, Taman Putra, Ampang, 68000, Ampang, Selangor, 56100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

No. Telefon03-4296 4827

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/shellahairacademy

9. Kimarie Hair Academy Bukit Bintang

Kimarie-Hair-Academy-Bukit-Bintang
Kredit Gambar: Kimarie Academy
Kimarie-Hair-Academy-Bukit-Bintang-
Kredit Gambar: Kimarie Academy

Kimarie Hair Academy Bukit Bintang telah menjadi salah satu akademi dandanan rambut terulung di Malaysia. Mereka menyediakan pelbagai kursus dandanan rambut yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pelajar dari pelbagai tahap kemahiran, tidak kiralah sama ada amatur mahupun mahir. Selama bertahun-tahun, mereka telah berdedikasi untuk melatih dan membimbing pelajar tentang penekanan yang kukuh terhadap kecemerlangan teknikal. Mereka berjaya melahirkan ramai pendandan rambut yang memenangi anugerah, menubuhkan salun mereka sendiri serta menjadi pendandan rambut profesional yang berjaya dan dihormati.

Waktu Operasi:
9:30 pagi – 3:30 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 2:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat48A, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon03-2148 0800

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/kimarie.academy

semak laman web di sini

10. Elle Hair Academy

Elle-Hair-Academy
Kredit Gambar: Elle Hair Academy
Elle-Hair-Academy--
Kredit Gambar: Elle Hair Academy

Mulakan perjalanan anda dengan ELLE Hair Academy. Akademi yang disegani ini diasaskan oleh Encik Simon Koh. Beliau mempunyai pengalaman mendandan rambut selama beberapa dekad dan disokong oleh ELLE Artistic Team. Mereka bersemangat untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas sepanjang kursus yang mereka tawarkan. Tidak kiralah sama ada amatur atau ingin memantapkan kemahiran anda, anda boleh membuat temu janji dengan ELLE Hair Academy untuk mempelajari kemahiran dandanan rambut yang terbaik dalam bidang ini.

Waktu Operasi10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

AlamatT-016 (Level 3), The Mall, Mid Valley Southkey, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

No. Telefon012-715 6993

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/E.Stylish.Hair.Studio

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close