8 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Betong 2025

Betong meliputi kira-kira 4,108.8 kilometer persegi dan merupakan salah satu daripada 12 bahagian pentadbiran di Sarawak. Ia menawarkan banyak tempat eko-pelancongan dan alam semula jadi yang indah untuk diterokai. Bandar ini juga menyediakan aktiviti pembelajaran sejarah yang menarik. Selain itu, Betong dihuni oleh penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah Iban, Bidayuh, Melanau, Melayu, Cina dan banyak lagi. Betong adalah kawasan yang kaya dengan kebudayaan yang pelbagai.

Kini, semakin ramai pelancong yang berminat untuk melancong ke Betong bagi mempelajari budaya, menikmati alam semula jadi dan merasai makanan yang enak. Jika anda merancang untuk melancong ke Betong, maka artikel ini adalah untuk anda! Jadi, teruskan membaca sambil minum kopi kerana artikel ini memperkenalkan 8 aktiviti menarik untuk dilakukan di Betong 2025.

Berapa Kerapkah Pelancong Datang Melawat Betong?

Betong kaya dengan tapak tarikan eko-pelancongan dan aktiviti yang menyeronokkan, jadi tidak mustahillah ramai pelancong melawat Betong. Penduduk tempatan yang mesra dan pilihan makanan tempatan yang banyak juga menjadi sebab Betong kerap dilawati oleh pelancong. Ia juga menjadi tempat yang sesuai buat mereka yang gemar meneroka tempat yang unik.

Mengapakah Pokok Getah Dijadikan Mercu Tanda Betong?

Apabila menerokai pekan Betong, kemungkinan besar anda akan melihat mercu tanda pokok getah. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa pokok getah dijadikan mercu tanda bandar ini. Kalau anda hendak tahu, Betong merupakan pengeluar getah utama di Sarawak dan pokok getah melambangkan kegemilangan Betong sehingga kini.

8 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Betong 2024

1. Pantai Tanjung Kembang

Tanjung-Kembang-Beach-
Kredit Gambar: My World
Tanjung-Kembang-Beach-
Kredit Gambar: Fariza R.T. Flickr
Kredit Video: Youtube

Terletak di Kabong, pantai ini merupakan destinasi pelancongan untuk anda. Pemandangan pantai ini menakjubkan. Laut yang jernih dan biru serta pantai berpasir yang bersih sama seperti dalam lukisan. Tempat ini sesuai buat anda yang ingin mendekatkan diri dengan alam sekitar dan keluar daripada kesibukan bandar yang tidak berpenghujung. Jadi, kunjungi Pantai Tanjung Kembang bersama keluarga dan lakukanlah aktiviti menarik yang boleh menyeronokkan anda sekeluarga sepanjang anda berada di sini.

Alamat: 95300 Kabong, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Rumah Anjung Layar Sari

Rumah-Anjung-Layar-Sari-
Kredit Gambar: ڤرسدا ڤات
Rumah-Anjung-Layar-Sari-
Kredit Gambar: Bombastic Borneo
@tvsarawak

Anjung Layar Sari, menawarkan pengalaman penuh budaya kepada pengunjungnya yang ingin merasai budaya masyarakat Melayu tradisional dan untuk tatapan generasi baharu. #TVS122 #TVSNews #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #beritasarawak

♬ original sound – TVS – tvsarawak
Kredit Video: Tiktok

Adakah anda pernah bermalam di homestay yang artistik? Kalau belum, anda boleh berkunjung ke Rumah Anjung Layar Sari. Rumah ini dibina berkonsepkan pengaruh budaya Melayu tradisional. Dindingnya kaya dengan karya ukiran. Selain itu, homestay ini menyediakan semua kemudahan yang anda perlukan bagi memastikan keselesaan anda sepanjang menginap di sini. Jadi, luangkan masa anda dan berehatlah di Rumah Anjung Layar Sari yang unik dengan budaya Melayu tradisional yang artistik. Sememangnya berbaloi!

Alamat: Jalan Spaoh, 95600 Spaoh, Sarawak

No. Telefon: 016-4524242 & 014-8999548

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Bukit Sadok

Bukit-Sadok
Kredit Gambar: Bombastic Borneo
Wong-Klangsau-Waterfall--
Kredit Gambar: Majlis Daerah Betong
Kredit Video: Youtube

Bukit Sadok bukan sahaja terkenal sebagai tempat mendaki untuk orang ramai, tetapi ia juga merupakan kubu pertahanan binaan Rentap, iaitu Pejuang Iban yang terkenal bagi melindungi dirinya daripada serangan Charles Brooke. Apabila anda sampai ke puncak bukit, iaitu kira-kira 2091 meter ke atas, anda akan melihat replika meriam yang digunakan oleh Rentap untuk menyerang lawannya. Meriam tersebut dinamakan Meriam Bujang Timpang Berang. Selain itu, anda juga boleh menghayati flora yang kaya dan sejarah bukit ini di sepanjang pendakian anda.

Alamat: Betong, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Air Terjun Wong Klangsau

Wong-Klangsau-Waterfall-
Kredit Gambar: Mohamad Ramzi Official
Wong-Klangsau-Waterfall-
Kredit Gambar: Mohamad Ramzi Official

Air Terjun Wong Klangsau merupakan air terjun yang menakjubkan. Selain dilengkapi dengan persekitaran yang damai dan pemandangan flora yang indah, airnya juga sejuk dan menyegarkan. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah di sini, seperti berenang di sungai, berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan, atau menikmati alam semula jadi. Jadi, jangan lupa lawati Air Terjun Wong Klangsau jika anda bercadang ke Betong.

Alamat: Jalan Ulu Awik, 96100 Saratok, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

5. Pasar Betong

Betong-Market-
Kredit Gambar: Dunim Siringan Dunim
Betong-Market-
Kredit Gambar: Sue Aidi

Selamat datang ke Pasar Betong! Pasar ini menjual hasil tempatan dan bahan basah yang segar. Selain itu, ramai peniaga menjual makanan tempatan dan kuih-muih yang lazat untuk anda cuba. Makanan di sini bukan sahaja banyak pilihan malah harganya juga murah. Sambil membeli-belah di sini, anda boleh menikmati hidangan lazat yang dijual di sini. Anda juga boleh berkomunikasi dengan penjual tempatan sambil menyelami keindahan budaya Betong yang asli.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: 95700 Betong, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

6. Muzium Warisan Betong Kubu Lili

Muzium-Warisan-Betong-Kubu-Lili-
Kredit Gambar: Cucursayur
Muzium-Warisan-Betong-Kubu-Lili-
Kredit Gambar: Edward Dehan
Kredit Video: Youtube

Fort Lily terletak di dalam Muzium Warisan Betong Kubu Lili. Fort Lily dinamakan sempena Ranee of Sarawak, iaitu isteri kepada Rajah Charles Brooke, Margaret Alice Lily De Windt. Selain menjadi khazanah terkenal dalam sejarah, kubu di Betong ini sangat berbaloi untuk dikunjungi bagi mereka yang ingin meningkatkan pengetahuan tentang sejarah Sarawak yang berkaitan dengan keluarga Brooke dan Rentap.

Alamat: 3411, Jalan Datuk Patinggi Udin, Kampung Gerakan Daya Wawasan Betong, 95700 Betong, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

7. Taman Negara Maludam

Maludam-National-Park-
Kredit Gambar: I Love Borneo
Maludam-National-Park-
Kredit Gambar: Sarawak Tourism Board
Kredit Video: Youtube

Perjalanan anda di Betong tidak akan lengkap tanpa menerokai kekayaan flora dan fauna di Taman Negara Maludam. Taman ini terdiri daripada hutan paya gambut di mana Red Banded Langur, monyet proboscis, Silvered Langur, Burung Enggang hitam, Burung Enggang Oriented Pied dan Burung Enggang Ekor Panjang sering kelihatan.

Haiwan-haiwan ini sering menjadi tarikan utama dan biasa dilihat dalam kalangan pengunjung. Anda akan menaiki cruise di sepanjang sungai Maludam untuk meneroka taman ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai lawatan ke taman ini, anda boleh menghubungi Perbadanan Perhutanan Sarawak bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Maludam National Park, Sarawak, Malaysia

No. Telefon: 019-8887361

Google Map: Ikuti Sekarang

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. Bandar Betong

Betong-Town-
Kredit Gambar: Sarawak Tourism Board
Betong-Town-
Kredit Gambar: OthmanZen S.
Kredit Video: Youtube

Untuk melengkapkan perjalanan anda di sini, sudah pasti anda perlu meneroka bandarnya. Anda boleh bersiar-siar di persekitaran bandar Betong untuk melihat sendiri budaya tempatan dengan lebih dekat. Berkomunikasi dengan penduduk tempatan juga boleh memberikan anda maklumat tambahan yang mungkin tidak dapat dicari di Internet. Cara ini lebih efisien jika anda ingin mengetahui tempat makan yang sedap dan terkenal di sekitar bandar ini.

Alamat: 95700 Betong, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close