10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Bukit Gasing 2025

Bukit Gasing adalah tempat yang sangat sesuai untuk mendaki dan disyorkan untuk pendaki tahap sederhana. Masa terbaik untuk memulakan pendakian anda adalah awal pagi kerana trek laluannya kurang sesak. Bukit Gasing juga dipenuhi dengan kehijauan yang subur, di mana anda akan mendengar bunyi haiwan seperti burung, monyet dan serangga.

Apabila merancang untuk mendaki Bukit Gasing, anda boleh memilih daripada laluan yang mudah hingga sedikit sukar. Ini bergantung kepada tahap kecergasan dan masa yang anda perlukan untuk melengkapkan pendakian anda. Lihat 10 aktiviti terbaik untuk dilakukan di Bukit Gasing ini dan rancanglah pengembaraan anda hari ini!

Di Manakah Anda Boleh Meletak Kereta Semasa Mendaki Bukit Gasing?

Katakan anda memasuki Bukit Gasing melalui pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Dalam kes itu, anda boleh meletak kenderaan berhampiran Restoran Raju atau di kawasan parkir kecil sekitar 100 meter dari pintu masuk. Jika anda masuk melalui pintu masuk Pantai Hillpark, terdapat banyak tempat letak kereta berdekatan yang disediakan seperti di Pusat Komuniti Lembah Pantai.

Adakah Bukit Gasing Mempunyai Tempat Berteduh Daripada Hujan?

Ya, terdapat tempat perlindungan kira-kira 250 meter dari pintu masuk Bukit Gasing. Walau bagaimanapun, semak ramalan cuaca, bawa baju hujan dan pakai kasut mendaki yang betul untuk memastikan kasut anda mempunyai cengkaman yang kuat sekiranya hujan.

Is-There-a-Place-For-Shelter-If-It-Rains
Kredit Gambar: travelwithlens.com

Adakah Terdapat Papan Tanda Sepanjang Pendakian Bukit Gasing?

Are-There-Signboards-Along-the-Hike-Up-Bukit-Gasing
Kredit Gambar: travelwithlens.com

Ya, terdapat papan tanda yang jelas di sepanjang trek laluan di Bukit Gasing. Semua ini diletakkan untuk memastikan para pendaki tidak sesat dan sentiasa berada di laluan yang betul.

Baca Lagi:

  1. Tempat Mendaki di Sabah
  2. Tempat Mendaki di Sarawak
  3. Tempat Mendaki Berdekatan PJ
  4. Tempat Mendaki Berdekatan Cheras
  5. Tempat Mendaki di Pulau Pinang
  6. Tempat Mendaki Berdekatan Puchong
  7. Tempat Untuk Mendaki di Selangor

10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Bukit Gasing 2024

1. Mulakan Pendakian di Pintu Gerbang Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Start-Your-Hike-Through-Hutan-Pendidikan-Bukit-Gasing-the-Archway
Kredit Gambar: Isaac Chook
Start-Your-Hike-Through-Hutan-Pendidikan-Bukit-Gasing-the-Archway-
Kredit Gambar: Annour 78

Hutan Pendidikan Bukit Gasing adalah pintu masuk utama ke Bukit Gasing. Jika anda mengambil laluan ini, anda boleh meletak kenderaan berhampiran Restoran Raju atau di kawasan parkir kecil sekitar 100 meter dari pintu masuk. Apabila anda masuk, anda akan sampai ke jalan bata dengan laluan berturap yang menuju ke jalan tanah. Papan tanda akan membimbing anda sepanjang jalan. Jadi, anda hanya perlu mengikut arahan untuk mengelak daripada tersesat. Anda juga akan menemui platform kayu di mana anda boleh berehat dan mengambil gambar yang cantik dengan rakan-rakan.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Mulakan Pendakian di Pintu Masuk Pantai Hillpark

Try-the-Pantai-Hillpark-Entrance
Kredit Gambar: travelwithlens.com
Try-the-Pantai-Hillpark-Entrance-
Kredit Gambar: hamydyfoto.files.wordpress.com

Anda juga boleh mencuba mendaki Bukit Gasing melalui pintu masuk Pantai Hillpark. Pintu masuk ini boleh diakses bertentangan dengan Saville @ The Park, Bangsar. Di pintu masuk ini, banyak tempat letak kereta berdekatan yang disediakan seperti di Pusat Komuniti Lembah Pantai. Laluan ini akan membawa anda ke Denai Bukit Abu Bakar. Sepanjang denai, anda akan melalui dua bangku dengan laluan berpecah. Laluan kiri akan membawa anda ke menara tinjau manakala laluan kanan pula membawa anda ke jambatan gantung.

Alamat: Pantai Hillpark Entrance (GPS: 3.103800, 101.661053)

Google Map: Ikuti Sekarang

3. Masuk ke Bukit Gasing Melalui Taman Rimba Bukit Kerinchi

Enter-Bukit-Gasing-Through-Taman-Rimba-Bukit-Kerinchi
Kredit Gambar: Google
Enter-Bukit-Gasing-Through-Taman-Rimba-Bukit-Kerinchi-
Kredit Gambar: Vivian Liang

Satu lagi pintu masuk ke Bukit Gasing adalah melalui Taman Rimba Bukit Kerinchi. Laluan ini menawarkan laluan pendakian yang mudah untuk mereka yang baru belajar mendaki. Ia adalah pendakian yang selesa di bawah teduhan pokok yang menjulang tinggi sehingga ke puncak. Walau bagaimanapun, jangan lupa untuk membawa peta atau peranti navigasi dan ikut laluan terbuka, kerana tidak banyak papan tanda yang diletakkan di sepanjang laluan ini. Akhir sekali, anda akan mengambil masa kita-kira sejam untuk sampai ke puncak dari pintu masuk ini.

Waktu Operasi: 6:30 pagi – 7:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Bukit Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

4. Lalui Jambatan Keluli

Cross-the-Steel-Bridge
Kredit Gambar: Bangladeshi Vlogger
Cross-the-Steel-Bridge-
Kredit Gambar: travelwithlens.com

Pintu masuk Taman Rimba Bukit Kerinchi juga menghala ke jambatan keluli tersergam indah yang terbentang dari hujung ke hujung yang lain. Apabila keluar dari jambatan dan sebelum memasuki hutan, anda akan menemui taman yang menarik dan dijaga dengan baik. Sepanjang taman ini, terdapat trek laluan yang jelas. Sebelum memulakan pendakian, anda boleh berkelah sebentar di sini sambil menikmati udara segar dan persekitaran yang damai.

Waktu Operasi: 6:30 pagi – 7:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Jambatan Keluli di Taman Rimba Bukit Kerinchi: (GPS: 3.096630, 101.662852)

Google Map: Ikuti Sekarang

5. Lalui Pintu Masuk di Kuil Maha Sivan Alayam

Go-Through-the-Indian-Temple-Entrance
Kredit Gambar: travelwithlens.com
Go-Through-the-Indian-Temple-Entrance-
Kredit Gambar: annaevening.com

Jika anda ingin mencuba laluan yang kurang dilalui ke puncak Bukit Gasing, cubalah laluan Kuil Maha Sivan Alayam. Untuk akses laluan, anda perlu pergi ke belakang TM Bukit Gasing yang bersebelahan kuil untuk masuk. Kuil ini terletak di bahagian terpencil di Bukit Gasing dan biasanya tidak ramai pendaki yang melalui di sepanjang trek laluan ini. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, anda dicadangkan untuk mendaki secara berkumpulan atau bersama rakan-rakan agar tidak tersesat.

Alamat: Entrance Behind Maha Sivan Alayam Temple (GPS: 3.0920672844443646, 101.65868695996757)

Google Map: Ikuti Sekarang

6. Ambil Gambar Alam Semula Jadi

Take-a-Photograph-of-the-Panoramic-View
Kredit Gambar: sanorhizam.blogspot.com
Take-a-Photograph-of-the-Panoramic-View-
Kredit Gambar: Anthony

Apabila mendaki melalui pintu masuk kuil India, anda akan mendapati terdapat tangga menuju ke kawasan kuil tersebut. Ada beberapa batu besar di sisi tangga itu. Ramai pendaki memanjat batu-batu tersebut untuk mengambil gambar latar langit yang jelas. Meskipun ia berbahaya dan tidak disyorkan, tetapi ada pendaki yang berani memanjat batu-batu tersebut. Apabila anda sampai ke puncak, anda boleh berehat sambil mengambil gambar panorama indah pemandangan bandar atau matahari terbenam.

Alamat: Entrance Behind Maha Sivan Alayam Temple (GPS: 3.0920672844443646, 101.65868695996757)

Google Map: Ikuti Sekarang

7. Cuba Jalan Alternatif Melalui Pintu Masuk Jambatan Gantung

Try-a-Different-Pathway-Through-the-Suspension-Bridge-Entrance
Kredit Gambar: Rafidah Muhamad
Try-a-Different-Pathway-Through-the-Suspension-Bridge-Entrance-
Kredit Gambar: annaevening.com

Anda akan melalui papan tanda dan terjumpa laluan bercabang sebelum sampai ke jambatan gantung. Semua laluan yang anda ambil akan menghala ke jambatan gantung, jadi ada boleh memilih laluan kiri atau kanan. Jika anda mengambil laluan kiri, anda akan melalui trek laluan yang curam dan menurun. Jika anda mengambil laluan kanan, anda perlu menaiki tangga sebelum tiba di jambatan gantung. Apabila anda berada di hadapan jambatan gantung, anda perlu mengekalkan jarak 5 meter antara anda dan orang dihadapan anda. Semua ini adalah untuk memastikan anda selamat.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: Suspension Bridge, Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Jalan 5/4j, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

8. Terokai Rumah Terbiar

Explore-the-Abandoned-Houses
Kredit Gambar: travelwithlens.com
Explore-the-Abandoned-Houses-
Kredit Gambar: annaevening.com

Semasa mendaki di Bukit Gasing, anda akan tiba di sebuah rumah terbiar di sebelah kanan di hujung jalan yang sedikit curam. Di sini, terdapat jalan yang bercabang dengan laluan berjalan simen. Anda juga akan menemui sebuah rumah terbiar yang lain di sebelah kiri anda. Rumah-rumah tersebut terbiar dengan dinding yang dilukis grafiti dan ditumbuhi lumut serta dahan pokok. Walaupun rumah-rumah itu terbiar, ia masih menjadi pemandangan menarik untuk dilihat sepanjang pendakian anda.

9. Bertemu Dengan Rakan Baru

Meet-New-Like-Minded-Friends
Kredit Gambar: Ahmad Faris
Meet-New-Like-Minded-Friends-
Kredit Gambar: Annour 78

Perkara terbaik yang boleh anda dapati apabila mendaki adalah bertemu dengan rakan baru dan menikmati pemandangan alam semula jadi yang mendamaikan. Terdapat banyak perhentian rehat di sepanjang trek laluan di Bukit Gasing. Di sini, anda akan bertemu dengan pendaki lain yang sedang berehat. Jadi, melalui pertemuan ini, anda boleh berkongsi pengalaman dan cerita yang menarik mengenai pendakian bersama mereka. Kebanyakan pendaki di sini ramah dan sedia membantu anda di sepanjang trek laluan.

10. Menikmati Pemandangan Flora dan Fauna Sewaktu Mendaki

Admire-the-Flora-and-Fauna-Along-the-Hike
Kredit Gambar: imemily.com
Admire-the-Flora-and-Fauna-Along-the-Hike-
Kredit Gambar: imemily.com

Semasa Mendaki Bukit Gasing, perhatikan haiwan dan serangga seperti tupai, ular, dan burung yang bebas bergerak di dalam hutan tersebut. Anda juga boleh menjumpai siput kecil yang sedang berjalan di atas daun, cicak, rama-rama dan juga lipan yang jarang ditemui di sini. Di sepanjang trek laluan, anda akan melihat pelbagai jenis bunga dan cendawan liar yang unik dan terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan warna. Jika anda sukakan fotografi alam semula jadi, anda perlu membawa kamera DSLR anda untuk mengambil gambar flora dan fauna di sini. Pastinya anda akan pulang dengan koleksi gambar yang menarik dan memuaskan hari anda.


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close