George Town adalah sebuah bandar yang penuh dengan tarikan pelancongan. Bandar ini mempunyai pelbagai budaya yang menarik di Pulau Pinang, Malaysia. Bahkan, ia pernah menjadi hab perdagangan Selat Melaka yang penting pada masa dahulu. Hari ini, bandar ini terkenal dengan bangunan kolonial British, rumah kedai Cina dan masjid yang indah. Percutian ke sini pasti dapat melegakan tekanan anda dan membuatkan anda lebih gembira.
Jika anda merancang untuk bercuti pada hujung minggu, apa kata anda lawati George Town yang terletak di Pulau Pinang? Bandar ini penuh dengan tarikan pelancongan yang menarik, keunikan budaya tempatan yang pelbagai dan sajian makanan yang serba enak. Jangan lupa mencuba 10 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sana untuk menjadikan percutian anda lebih menarik. Berikut ialah 10 perkara terbaik untuk dilakukan di George Town untuk menyemarakkan lagi perjalanan anda!
Mengapakah George Town Menjadi Destinasi Yang Mesti Dilawati?
George Town adalah destinasi yang mesti dilawati kerana terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Selain itu, anda juga boleh melawat pelbagai tarikan pelancongan yang ada di sini untuk mengisi masa lapang anda. Di George Town, anda boleh bersiar-siar di sepanjang Chew Jetty dan mengagumi seni mural di Pulau Pinang. Selain itu, anda juga boleh berseronok di Muzium Wonderfood dan belajar sejarah di Pinang Peranakan Mansion.
Apakah Makanan Yang Terkenal di George Town?
George Town adalah syurga makanan untuk penggemar makanan. Ia terkenal dengan pelbagai street food yang lazat seperti Char Koay Teow, Laksa, Mee Kari dan Mee Hokkien. Selain itu, George Town juga terkenal dengan masakan Nyonya. Juga, lihat 8 Char Kuey Teow Terbaik Di Pulau Pinang dan 11 Laksa Terbaik di Pulau Pinang.
Bilakah George Town Dinamakan Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO?
George Town telah dinamakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008. Keputusan itu berdasarkan Outstanding Universal Value bagi kepelbagaian budaya yang terkandung dalam warisan hidup dan warisan binaan George Town.
10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di George Town 2025
1. Mengunjungi Leong San Tong Khoo Kongsi


Leong San Tong Khoo Kongsi adalah rumah klan Cina yang besar. Rumah klan ini mempunyai seni bina yang unik dan kompleks. Rumah klan ini merupakan tanda sebagai kehadiran dominan orang Cina di Pulau Pinang, Malaysia. Khoo Kongsi yang terkenal merupakan kuil klan yang paling megah di negara ini. Selain itu, ia juga merupakan salah satu tarikan sejarah utama di bandar ini. Kuil klan ini merangkumi sebuah bangunan persatuan, sebuah teater tradisional, dan rumah-rumah baris pada akhir abad ke-19 untuk ahli klan mereka. Semua bangunan ini terletak di sekitar square jalan berturap granit.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)
Alamat: Leong San Tong Khoo Kongsi, 18, Cannon Square, 10450 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-261 4609
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/KhooKongsi
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Berseronok di Wonderfood Museum


Wonderfood Museum di George Town memaparkan pelbagai jenis makanan tempatan di Malaysia. Muzium yang unik ini mempunyai lebih 100 replika street food tempatan yang terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Zon Maklumat, Zon Wow dan Zon Pendidikan. Terdapat replika gergasi dan miniatur dengan pelbagai latar belakang dan persediaan berkaitan makanan untuk pengunjung berinteraksi dan mengambil gambar. Pada masa yang sama, pengunjung boleh mempelajari tentang sejarah masakan tempatan Pulau Pinang. Dengan seni makanan yang hebat, muzium ini merupakan tempat yang terbaik untuk anda sekeluarga menghabiskan masa.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: 49, Lebuh Pantai, 10200 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-251 9095
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://m.facebook.com/Wonderfoodmuseum/
Instagram: https://www.instagram.com/wonderfoodmuseum/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Belajar Sejarah di Pinang Peranakan Mansion


Pinang Peranakan Mansion merupakan rumah tipikal Baba yang kaya dan berusia kira-kira seabad yang lalu. Rumah ini telah dibina semula untuk menawarkan gambaran tentang gaya hidup mewah serta adat dan tradisi yang mereka amalkan. Rumah agam ini mempamerkan lebih 1,000 barang antik dan koleksi dari zaman terdahulu untuk tontonan para pelancong. Selain itu, seni bina rumah agam ini turut menggabungkan panel kayu berukir seni Cina, jubin lantai Inggeris dan besi-besi daripada Scotland. Rumah agam ini telah dipulih dan dipelihara dengan baik untuk tarikan pelancongan.
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)
Alamat: Pinang Peranakan Mansion, 29, Church St, 10200 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-264 2929
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/people/Pinang-Peranakan-Mansion/100063782430533/
Instagram: https://www.instagram.com/pinang_peranakan_mansion/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Bersiar-siar di Sepanjang Chew Jetty


Jeti Chew adalah kawasan penempatan waterfront terbesar di George Town. Apabila tiang kayu dibina, kawasan ini dibahagikan kepada beberapa puak berasaskan nama keluarga yang berbeza seperti Lim, Tan, Lee, Yeoh dan Chew. Chem merupakan nama keluarga yang paling terkenal di kawasan penempatan ini. Oleh sebab itu, Chew Jetty menjadi salah satu tempat tumpuan untuk menyambut Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Chew Jetty, 45, Pengkalan Weld, 10300 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 011-6246 2884
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. Melihat Mural Pulau Pinang


Dapatkan Street Art Map untuk meninjau kawasan mural yang menarik di sekeliling Pulau Pinang. Biasanya peta ini terdapat di kebanyakan hotel di negeri ini. Bahkah, ia juga boleh ditemui di sepanjang jalan. Sesetengah mural agak rumit dan mencabar untuk ditemui. Jadi, anda akan terasa seperti anda menyertai pengembaraan mencari harta karun. Selain itu, seni mural juga merupakan tempat yang terbaik untuk sesi bergambar sebagai tanda kenangan anda berada di sini. Jangan lupa untuk menikmati street food yang lazat di kafe yang anda temui.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Penang Street Art, 316, Beach St, 10300 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
6. Mengunjungi Rainbow Skywalk di TOP Pulau Pinang


Rainbow Skywalk menawarkan pemandangan George Town yang menakjubkan. Terletak di titik tertinggi di George Town, Rainbow Skywalk berada di Aras 68 di bumbung menara Komtar. Ia menawarkan pengunjung pengalaman yang mendebarkan dengan berjalan di udara pada 816 kaki di atas paras laut. Ia sudah pasti akan menjadi pengalaman mendebarkan yang tidak akan anda lupakan.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 10:00 malam (Hujung minggu)
Alamat: Rainbow Skywalk, Penang Attractions, 1, Jln Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-375 9800
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/thetopofpenang/
Instagram: https://www.instagram.com/thetoppenang/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI SEMAK KLOOK DI SINI7. Menikmati Street Food di New Lane Street Foodstalls


New Lane Street Foodstalls mempunyai pelbagai jenis street food untuk memenuhi keinginan anda. Terdapat Char Koay Teow, Sate, Telur Dadar Udang, Mee Kari, Lor Bak, dan banyak lagi. Char Koay Teow adalah hidangan yang mesti dicuba apabila anda melawat George Town. Hal ini kerana setiap hidangan ini digoreng dengan sempurna dan dihidangkan dengan telur, udang dan tiram. Anda juga boleh mencuba Sate mereka yang diperap dengan sempurna bersama rempah-ratus yang segar. Pastinya masakan ini akan memuaskan selera anda!
Waktu Operasi:
4:00 petang – 11:00 malam (Khamis – Selasa)
Tutup pada Rabu
Alamat: New Lane Street Foodstalls, Lorong Baru, 10450 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 016-443 7463
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
8. Mencuba Mee Hokkien di Green House Prawn Mee Corner


Green House Prawn Mee Corner terkenal dengan Mee Hokkien yang lazat. Selain itu, kedai ini juga terkenal dengan Mee Udang yang dimasak bersama daging babi panggang. Kuah hidangan ini wangi dan telur rebus yang ditambah ke dalamnya menjadikannya gandingan yang enak untuk hidangan ini. Restoran ini terpisah di antara 2 lot, manakala ruangan makan pula terletak berhadapan dengan sebuah kuil. Apabila anda sampai ke sini, anda perlu membuat pesanan terlebih dahulu dan membayarnya terus. Kemudian, anda boleh duduk di ruangan makan untuk menunggu makanan anda dihidangkan oleh pelayan.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 12:30 malam (Isnin – Sabtu)
11:30 pagi – 12:30 malam (Ahad)
Alamat: Green House Prawn Mee Corner, 133A, Jalan Burma, 10050 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 016-269 1717
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/people/Green-House-Prawn-Mee-Corner/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI9. Bermalam di Cheong Fatt Tze Mansion


Cheong Fatt Tze Mansion menawarkan anda keindahan seni bina klasik yang dilengkapi dengan keperluan moden. 18 bilik penginapan telah dipulihara di rumah agam warisan yang berusia 130 tahun ini. Setiap bilik dihiasi dengan pelbagai tema yang diinginkan. Di samping itu, tetamu rumah agam ini boleh menikmati pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan di restoran Indigo, yang terletak di halaman ruang makan.
Alamat: 4, Lebuh Leith, 10200 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-262 0006
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/TheBlueMansion
Instagram: https://www.instagram.com/cheongfatttzemansion/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI SEMAK KLOOK DI SINI10. Mencari Barang Murah di Penang Little India


Penang Little India adalah tempat membeli-belah dan tempat makan yang terkenal di sini. Jika anda mencari barangan India seperti pakaian, aksesori, makanan ringan, peralatan dapur, dan juga barangan runcit, anda boleh ke sini. Penang Little India mempunyai segala-galanya untuk anda! Selain itu, jarak antara kedai-kedai dan restoran dekat sahaja. Jika anda suka meneroka dan mencari barang perhiasan cantik yang dijual pada harga yang berpatutan, anda bolehlah datang ke sini. Pastinya anda akan rambang mata di sini!
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 9:45 malam (Setiap hari)
Alamat: Penang Little India, Lebuh Pasar, 10450 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.