10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Gopeng, Perak 2025

Gopeng merupakan sebuah pekan yang terletak di Mukim Teja, Daerah Kampar, Perak. Memandu ke Gopeng adalah pilihan yang disyorkan jika anda menuju dari Tapah kerana laluan Tapah-Gopeng menawarkan salah satu pemandangan paling indah yang akan anda temui di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Jika anda merancang untuk menginap di Gopeng, Perak, jangan lupa menambah 10 aktiviti menarik untuk dilakukan di Gopeng, Perak, pada jadual perjalanan anda. Yakinlah, anda tidak akan kekurangan aktiviti yang menyeronokkan atau makanan yang lazat di bandar yang menarik ini.

Mengapakah Gopeng, Perak Menjadi Destinasi Percutian Yang Mesti Dikunjungi?

Gopeng adalah pilihan yang sangat baik untuk percutian hujung minggu yang panjang kerana banyak tarikan pelancong tersedia di sini. Di Gopeng, Perak, anda boleh menaiki ATV, mengharungi jeram, mencuba ziplining, berkayak, caving, dan mendaki. Anda juga boleh melawat lokasi bersejarah seperti Rumah Warisan Gopeng dan perlombongan bijih timah Gopeng.

Adakah Terdapat Makanan Tempatan Untuk Dinikmati di Gopeng, Perak?

Ya, ada. Gopeng, Perak, terkenal dengan Laksa Kari, Gopeng Lai Fun, Mee Udang, Nasi Lemak, dan makanan Hainan asli. Pekan ini mempunyai banyak kedai kopi yang telah beroperasi selama beberapa dekad. Di sini, anda dan keluarga boleh menikmati makanan buatan sendiri yang dihasilkan daripada resipi turun-temurun.

Apakah Pilihan Pengangkutan di Gopeng, Perak?

Jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh bergerak di sekitar Gopeng dengan menaiki kereta api dan bas. Jika anda hanya melawat Gopeng untuk beberapa hari dan ingin menjimatkan masa, anda boleh menyewa kereta atau memandu ke Gopeng dengan kenderaan anda sendiri. Sebagai alternatif, jika anda bercadang untuk berbelanja lebih, anda boleh menyewa kereta beserta pemandu untuk melakukan perjalanan antara lokasi dengan mudah.

10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Gopeng, Perak 2024

1. Terokai Gua Tempurung

Explore-Gua-Tempurung
Kredit Gambar: Muhammad Zafril Bin Zuri
Stop-By-For-Cakes-Coffee-At-The-Tff-Cafe-
Kredit Gambar: Muhammad Zafril Bin Zuri

Gua Tempurung terkenal dalam kalangan penggemar gua. Ia adalah salah satu gua terpanjang di Semenanjung Malaysia, dan sebahagian daripadanya telah dibangunkan menjadi gua pertunjukan dengan lampu elektrik dan laluan pejalan kaki. Di Gua Tempurung ini, anda boleh memilih daripada pelbagai lawatan dengan tahap kepanjangan dan kesukaran yang berbeza. Di dalam gua, terdapat tiga ruang besar serta beberapa stalaktit dan stalagmit yang menakjubkan untuk dilihat.

Waktu Operasi: 9:00 pagi hingga 4:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Gua Tempurung, Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak

No. Telefon: 014 220 4142

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/aptguatempurung08/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Mengunjungi HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng

Visit-HOGA-Gaharu-Tea-Valley-Gopeng
Kredit Gambar: Kara Tan
Visit-HOGA-Gaharu-Tea-Valley-Gopeng-
Kredit Gambar: HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng

https://youtu.be/2lHnSsEEJkU

HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng berbangga kerana menjadi ladang Gaharu organik dan mampan yang pertama di Malaysia. Terdapat lebih 200,000 pokok Gaharu hidup subur di ladang itni. Teh HOGA dihasilkan secara semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan terbaik yang didapati daripada pokok Gaharu. Semasa anda berada di sini, anda boleh meluangkan masa dengan minum Teh Buah Hoga dan menikmati aiskrim yang menyegarkan.

Waktu Operasi: 9.15 pagi hingga 6:00 petang (Rabu – Isnin), Tutup pada Selasa

Alamat: HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng, Jalan Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak

No. Telefon: 05-351 1999

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/GaharuTeaValley/

Instagram: https://www.instagram.com/gaharuteavalleygopeng/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Menikmati Hidangan Tempatan Asli di Kheng Bee Hainanese Coffee Shop

Enjoy-Authentic-Local-Dishes-At-Kheng-Bee-Hainanese-Coffee-Shop-
Kredit Gambar: Albert Pan
Enjoy-Authentic-Local-Dishes-At-Kheng-Bee-Hainanese-Coffee-Shop-
Kredit Gambar: SeasonBean

Kheng Bee Hainanese Coffee Shop adalah kedai makan yang telah wujud selama lebih sedekad. Jika anda sedang mencari makanan yang ringan dan lazat, inilah tempat yang perlu anda singgah. Mereka menghidangkan Mee Udang asli terbaik dengan jumlah bebola ikan, kek ikan dan udang yang banyak. Terdapat juga roti bakar yang disapu kaya dan mentega untuk hidangan yang lebih ringkas. Anda boleh menikmatinya dengan secawan kopi hitam yang lazat. Mereka juga menyediakan Nasi Lemak homemade yang enak untuk dicuba.

Waktu Operasi: 
6.30 pagi hingga 3:00 petang (Isnin – Sabtu)
6.30 pagi hingga 11.30 pagi (Ahad)

Alamat: S-45 Jalan Pasar Kopisan Baru, Gopeng, Malaysia

No. Telefon: 05-359 1530

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/khengbeekopisan/

4. Menaiki ATV

Go-On-An-ATV-Ride
Kredit Gambar: Arauya
Go-On-An-ATV-Ride-
Kredit Gambar: ATV Gopeng

Jika anda sukakan aktiviti luar, ambillah peluang untuk menaiki ATV semasa lawatan anda ke Gopeng. Anda boleh mengupah jurupandu profesional dari ATV Gopeng, dan mereka akan memastikan langkah-langkah keselamatan dilaksanakan dengan sempurna. Jika anda baru sahaja mencuba permainan ini, anda boleh menggunakan laluan santai terlebih dahulu. Laluan ini akan mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan di dalam dan di luar trek. Aktiviti menaiki ATV adalah sesuai buat mereka yang mencintai alam semula jadi dan ingin berehat seketika dari kesibukan bandar.

Waktu Operasi: 9:00 pagi hingga 4.30 petang (Rabu – Isnin) Tutup pada Selasa 

Alamat: 10731, Jln Besar, Kampung Gunung Mesah Hulu, 31600 Gopeng, Perak

No. Telefon: 017-866 3959

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/atv.gopeng

Instagram: https://www.instagram.com/atvgopeng

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Alami Keseronokan White Water Rafting

Experience-White-Water-Rafting
Kredit Gambar: Gopeng White Water Rafting
Experience-White-Water-Rafting-
Kredit Gambar: Gopeng White Water Rafting

https://youtu.be/vopOwOF1Jt0

Jika anda gemar akan pengembaraan yang lasak, anda boleh cuba mengharungi jeram di Gopeng. Pastinya anda akan mengingati pengalaman ini di sepanjang hidup anda kerana ia menyeronokkan dan mencabar. Anda boleh mengupah pemandu dari Gopeng White Water Rafting, dan mereka akan menyediakan semua persiapan untuk pengembaraan White Water Rafting anda yang menyeronokkan dan selamat.

Waktu Operasi: 7.30 pagi hingga 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Gopeng White Water Rafting, Razak House, Jln Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak

No. Telefon: 019-662 2929

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/whitewaterraftingmalaysia.riverraftingmalaysia

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. Bermalam di Riverside Camp, Gopeng

Spend-A-Night-at-the-Gopeng-Riverside-Camp
Kredit Gambar: Jurkamain hussin
Spend-A-Night-at-the-Gopeng-Riverside-Camp-
Kredit Gambar: Azlina Firzah Abd. Aziz

Apakah cara yang lebih baik untuk menghabiskan hujung minggu anda yang panjang? Semestinya dengan berkhemah di Riverside Camp, Gopeng! Krew di tapak perkhemahan ini mesra dan sedia membantu anda. Jurupandu mereka juga berpengalaman dan mahir tenteng selok-belok di kawasan ini. Aktiviti perkhemahan anda menjadi lebih menarik kerana tapak perkhemahan ini berdekatan dengan sungai yang jernih. Anda boleh berenang dan bersantai di tepi sungai sambil menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah. Jangan lupa untuk bawa sunblock kerana cuaca mungkin terik pada waktu tengah hari.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: Riverside Camp, Gopeng, Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak

No. Telefon: 014-294 4404

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/riversidecampgopeng/

7. Beli Kicap Homemade Dari Hup Teck Soy Sauce Factory

Buy-Homemade-Soya-Sauce-From-The-Hup-Teck-Soy-Sauce-Factory
Kredit Gambar: Melissa Choong
Buy-Homemade-Soya-Sauce-From-The-Hup-Teck-Soy-Sauce-Factory-
Kredit Gambar: Seng-Yau Fong

Hup Teck Soy Sauce Factory adalah pembuat kicap hitam tradisional yang telah wujud selama tiga generasi. Periuk penapaian kicap mereka dibawa dari China lebih 50 tahun lalu dan ia masih digunakan sehingga hari ini. Kicap yang mereka hasilkan mempunyai aroma yang kuat daripada proses tapaian, tidak seperti kicap komersial biasa yang lain. Selain itu, mereka juga menghasilkan produk seperti kicap homemade, taucu serta cuka Cina putih dan hitam.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi hingga 4:00 petang (Isnin – Jumaat) 
9:00 pagi hingga 2.30 petang (Sabtu)
9:00 pagi hingga 1:00 petang (Ahad)

Alamat: Hup Teck Soy Sauce Factory, 6, Jln Kampung Rawa, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak

No. Telefon: 012-521 0786

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php

8. Berkayak Dengan Nomad Adventure

Go-Kayaking-With-Nomad-Adventure
Kredit Gambar: Nomad Adventure
Go-Kayaking-With-Nomad-Adventure-
Kredit Gambar: Nomad Adventure

Anda boleh mendaftar dengan Nomad Adventure untuk aktiviti yang menarik dan mencabar. Nomad Adventure adalah syarikat pengembaraan terkemuka di Malaysia yang telah wujud selama lebih 20 tahun. Syarikat ini menetapkan piawaian keselamatan yang terjamin dan melatih kakitangannya untuk mencapai tahap pensijilan tertinggi. Aktiviti yang mereka sediakan adalah seperti berkayak, ziplining, high ropes courses, meneroka gua, dan meredah hutan.

Waktu Operasi: 9:00 pagi hingga 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Nomad Adventure Sdn Bhd, Earth Camp, Lot 17525, Kampung Chulek, 31600 Gopeng, Perak

No. Telefon: 016-201 1219

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/nomadadventure

Instagram: https://www.instagram.com/nomadadventuregopeng

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. Melawat Gopeng Heritage House

Get-A-Glimpse-Of-The-Past-At-The-Gopeng-Heritage-House
Kredit Gambar: Suraya Kamaruddin
Get-A-Glimpse-Of-The-Past-At-The-Gopeng-Heritage-House-
Kredit Gambar: Joy Hon

Gopeng Heritage House memaparkan sejarah masyarakat Kantonis yang berhijrah ke Gopeng pada pertengahan abad ke-19. Tempat ini mengenakan tiket berharga RM 10.00 bagi setiap kemasukan. Rumah warisan ini terdiri daripada tiga tingkat. Banyak barangan antik dan alat perlombongan bijih timah dari zaman dahulu dipamerkan di seluruh rumah. Terdapat juga sebuah kafe kecil di mana anda boleh membeli makanan atau minuman pada harga yang berpatutan setelah puas meneroka rumah warisan ini.

Waktu Operasi: 9:00 pagi hingga 4;00 petang (Jumaat – Rabu) Tutup pada Khamis

Alamat: Gopeng Heritage House, Jalan Sungai Itik, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak

No. Telefon: 012-501 3201

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/GopengHeritageHouse

10. Mendaki Bukit Batu Putih

Hike-Up-Bukit-Batu-Putih
Kredit Gambar: Alvin
Hike-Up-Bukit-Batu-Putih-
Kredit Gambar: Fida Amin

Bukit Batu Putih mempunyai denai yang jelas dan bertanda dengan baik bagi setiap check pointnya. Hal ini memudahkan para pendaki berada di trek laluan yang betul dan mengurangkan risiko daripada sesat. Bukit Batu Putih sesuai untuk mereka yang baru mula mendaki dan keluarga yang mempunyai anak kecil. Di sini, anda boleh mengambil gambar di tempat peninjau yang terkenal, iaitu tempat pemerhati di atas batu tinggi yang menghadap ke arah hutan yang luas di bawah. Anda juga boleh membawa sandwic dan air sebelum memulakan perjalanan. Makanan dan minuman ini dapat memberikan anda tenaga sewaktu pendakian.

Alamat: Bukit Batu Putih, Kampung Pintu Padang, 31600 Gopeng, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close