10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Sandakan 2025

Sandakan adalah sebuah bandar yang indah di negeri Sabah dan ia terletak di pantai timur laut Borneo. Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu. Bandar ini mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang wajib dilawati oleh semua orang. Selain itu, bandar ini juga menyajikan pelbagai makanan tempatan yang asli dan menyelerakan untuk anda cuba.

Untuk memulakan percutian anda, anda boleh melawat Puu Jih Shih Temple yang menawarkan pemandangan panoramik bandar ini. Selepas itu, anda boleh berkunjung ke Agnes Keith House yang merupakan sebuah banglo kayu yang masih terpelihara sehingga sekarang. Lawatan anda ke rumah tersebut pastinya menggamit kenangan anda mengenai kehidupan pada era kolonial. Jadi, apa kata anda mencuba 10 aktiviti menarik yang kami senaraikan di artikel ini di Sandakan? Pastinya percutian anda akan menjadi percutian yang menyeronokkan dan bermakna. Jadi, berikut adalah 10 aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Sandakan.

Mengapakan Sandakan Menjadi Destinasi Yang Mesti Dilawati?

Sandakan merupakan bandar yang wajib anda lawati kerana ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan tarikan pelancongan yang indah untuk dilawati.Tahukah anda bahawa anda boleh melihat penyu di Turtle Islands National Park? Jika anda sukakan cabaran, anda boleh meneroka Gua Gomantong dan berjalan-jalan di Sandakan Rainforest Park. Anda juga boleh menimba pengalaman baru dengan menjadi sukarelawan di Bornean Sun Bear Conservation Centre.

Berapa Lamakah Tempoh Yang Disyorkan Untuk Anda Tinggal Di Sandakan?

Tiga hingga empat hari adalah tempoh yang terbaik untuk tinggal di Sandakan. Anda boleh melawat pelbagai tarikan pelancongan di sini. Sekiranya anda tinggal di sini lebih seminggu, anda boleh menyelami budaya tempatan dan merasai pengalaman kehidupan seharian penduduk tempatan di bandar ini secara dekat.

Bilakah Masa Terbaik Untuk Mengunjungi Sandakan?

Bulan Mei, Jun dan April merupakan antara bulan yang panas di Sandakan. Jadi, anda tidak digalakkan untuk melawat Sandakan pada bulan-bulan tersebut. Hal ini kerana cuaca yang sangat terik boleh mengganggu percutian anda. Oleh sebab itu, masa terbaik untuk melawat Sandakan adalah dari bulan Disember hingga Februari. Purata suhu adalah antara 30.8 dan 29.2 darjah Celsius. Walau bagaimanapun, bulan-bulan ini juga merupakan masa paling sibuk dalam setahun. Anda perlu menempah hotel lebih awal bagi memudahkn urusan percutian anda.

10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Sandakan 2024

1. Melawat Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Sepilok-Orangutan-Rehabilitation-Centre
Kredit Gambar: sabahtourism.com
Sepilok-Orangutan-Rehabilitation-Centre-
Kredit Gambar: sabahtourism.com

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre atau Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok menyediakan rawatan perubatan untuk Orang Utan dan pelbagai spesies haiwan liar yang lain. Biasanya, Orang Utan yang berada di pusat ini adalah Orang Utan yang berjaya diselamatkan daripada pemburu haram atau yang dirampas daripada orang awam. Antara haiwan lain yang dirawat di pusat ini termasuklah beruang matahari, ungka dan gajah. Bukan itu sahaja, Orang Utan yang diselamatkan akan dilatih dengan kemahiran hidup di alam liar. Sebaik sahaja mereka berjaga menguasai kemahiran tersebut, mereka akan dilepaskan di hutan untuk menjalani kehidupan mereka.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari, 2:00 petang – 4:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

No. Telefon: 089-633 587

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://m.facebook.com/profile.php

Instagram: https://www.instagram.com/sepilokorangutan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Melihat Seni Bina Puu Jih Shih Buddhist Temple

Puu-Jih-Shih-Buddhist-Temple
Kredit Gambar: sabahtourism.com
Puu-Jih-Shih-Buddhist-Temple-
Kredit Gambar: sabahtourism.com

Puu Jih Shih Buddhist Temple merupakan kuil Cina yang terbesar di bandar ini. Ia terletak di puncak bukit Tanah Merah di Teluk Sandakan, yakni sekitar 4 kilometer ke arah barat pusat bandar ini. Kuil ini dibina pada tahun 1987. Disebabkan kuil ini terletak di kawasan hutan dan berbukit, para pelancong yang melawat kuil ini boleh melihat Pantai Sandakan dari kuil ini. Selain itu, kuil ini dipenuhi dengan arca naga serta patung Buddha yang bersalut emas.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 4.30 petang (Setiap hari)

Alamat: Puu Jih Shih Buddhist Temple, 90000 Sandakan, Sabah

No. Telefon: 089-255 399

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://m.facebook.com/profile.php

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Menjamu Selera di San Da Gen Kopitiam

San-Da-Gen-Kopitiam
Kredit Gambar: San Da Gen Kopitiam
San-Da-Gen-Kopitiam-
Kredit Gambar: San Da Gen Kopitiam

San Da Gen Kopitiam menyajikan makanan yang sangat enak dalam suasana yang mesra. Anda boleh mencuba Hoisin Duck Sandwich, iaitu sajian yang menggunakan roti putih gebu yang manis dan telur goreng yang enak. Satu lagi hidangan terlaris di sini adalah Salted Egg French Toast, iaitu roti bakar yang dihidangkan telur masin di tengahnya.Bagi mereka yang menggemari makanan Asia, anda boleh mencuba Laksa Tradisional mereka yang dihidangkan panas bersama pelbagai lauk yang menyelerakan.

Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Setiap hari)

Alamat: Lebuh Dua, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

No. Telefon: 089-238 988

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/TasteSanDaGen

Instagram: https://www.instagram.com/sandagen.kopitiam

4. Belajar Sejarah Agnes Keith House

Agnes-Keith-House
Kredit Gambar: sabahtourism.com
Agnes-Keith-House-
Kredit Gambar: sabahtourism.com

Agnes Keith House adalah sebuah muzium rumah bersejarah di Sandakan, Sabah. Muzium ini dinamakan sempena Agnes Newton Keith, iaitu seorang pengarang Amerika yang terkenal dengan tiga kisah autobiografi kehidupannya di Borneo Utara British. Selepas tiada orang yang menghuni rumah ini, Jabatan Muzium Sabah serta Jabatan Muzium dan Antikuiti Persekutuan mula bekerjasama pada 2001 untuk memulihkan rumah tersebut dan menjadikannya sebuah muzium. Pada 26 April 2004, ia akhirnya dibuka kepada orang ramai untuk sesi lawatan. 

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: 296, Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah 

No. Telefon: 089-221 140

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/agneskeithhouseofficial

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Menjadi Sukarelawan di Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC)

Bornean-Sun-Bear-Conservation-Centre-BSBCC
Kredit Gambar: sif3ra
Bornean-Sun-Bear-Conservation-Centre-BSBCC-
Kredit Gambar: Kaitlind Marek

Bornean Sun Bear Conservation Centre ditubuhkan dengan dua matlamat utama, iaitu untuk menyediakan penjagaan dan pemulihan kepada beruang matahari yang diselamatkan dan untuk meningkatkan kesedaran tentang beruang matahari di peringkat antarabangsa. Kini, terdapat 43 ekor beruang matahari yang diselamatkan daripada pemburu haram serta seekor anak beruang matahari yang dilahirkan dalam kurungan turut tinggal di pusat ini. Pusat ini mempunyai kawasan hutan yang luas untuk menyediakan persekitaran semula jadi yang sesuai dengan keperluan dan kesejahteraan beruang matahari. Selain itu, pusat ini dapat pemuliharaan mereka untuk kembali ke alam liar.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 3.30 petang (Setiap hari)

Alamat: Bornean Sun Bear Conservation Centre, PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah

No. Telefon: 089-534 491

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/sunbear.bsbcc

Instagram: https://www.instagram.com/bsbcc/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. Bersiar-siar di Sandakan Rainforest Park

Sandakan-Rainforest-Park
Kredit Gambar: The Star
Sandakan-Rainforest-Park-
Kredit Gambar: Google

Sandakan Rainforest Park adalah lokasi yang terbaik untuk meredah hutan dan bersenam. Terdapat beberapa trek laluan yang bagus untuk anda berjoging. Laluan di sini ditanda dengan baik dan jelas, jadi anda tidak akan tersesat daripada laluan yang ingin anda tuju. Anda boleh mengetahui arah laluan tersebut sama ada masuk ke dalam taman atau sebaliknya. Taman ini juga merupakan lokasi yang terbaik untuk beriadah bersama keluarga. Anda boleh melihat monyet, spesies burung yang jarang ditemui dan serangga sambil menghirup udara segar di sini.

 Waktu Operasi: 7:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Sandakan Rainforest Park, 90000 Sandakan Sabah

No. Telefon: 089-531 522

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://m.facebook.com/sandakanrfp

7. Melihat Penyu di Turtle Islands National Park

Turtle-Islands-National-Park
Kredit Gambar: sabahtourism.com
Turtle-Islands-National-Park-
Kredit Gambar: sabahtourism.com

Jika anda sedang mencari aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna, apa kata anda berkunjung ke Turtle Islands National Park ini. Anda boleh melihat penyu muncul di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Selain itu, anda boleh memegang anak-anak penyu yang baru menetas dan melepaskan mereka ke laut. Perjalanan menaiki bot ke pulau ini mengambil masa sejam. Selain itu, anda juga boleh menginap di pulau ini. Selain mempunyai pantai yang cantik, anda boleh mencuba aktiviti aktiviti snorkeling pada waktu siang untuk melepaskan kebosanan.

Alamat: Turtle Islands National Park, 90000 Sandakan Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. Melihat Pemandangan Alam Semula Jadi di Rainforest Discovery Centre

Rainforest-Discovery-Centre
Kredit Gambar: Kaitlind Marek
Rainforest-Discovery-Centre-
Kredit Gambar: Kaitlind Marek

Tarikan utama Rainforest Discovery Centre adalah laluan kanopi mereka yang panjangnya 363 m, dewan pameran yang penuh dengan pelbagai info, Planet Discovery Garden, dan juga Hutan Simpan Kabili-Sepilok. Selain itu, pusat ini turut menyediakan program pendidikan alam sekitar yang berinovatif. Pusat ini turut mempunyai sebuah tasik yang dilengkapi dengan jambatan gantung yang kukuh. Jika anda ke sini, anda akan mendapati pusat ini menawarkan lawatan berpandu ke Plant Discovery Garden dan juga Rainforest Walk. Anda juga boleh melakukan aktiviti indoor dan outdoor di sini. Untuk menjadikan lawatan anda lebih menyeronokkan, anda boleh menikmati pemandangan hutan yang indah pada waktu malam.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Rainforest Discovery Centre, Jalan Lintas Sibuga, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

No. Telefon: 089-533 780

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/sepilokrdc

Instagram: https://www.instagram.com/rainforestdiscoverycentre/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. Menerokai Gua Gomantong Sandakan

Go-On-An-Adventure-To-The-Gomantong-Caves-Sandakan
Kredit Gambar: sabahtourism.com
Gomantong-Caves-Sandakan
Kredit Gambar: wildlife.sabah.gov.my

Gua Gomantong mempunyai sistem gua yang rumit. Gua ini terletak di dalam Bukit Gomantong, Sandakan. Bukit Gomantong merupakan tempat terbentuknya singkapan batu kapur yang paling menonjol di kawasan Hilir Kinabatangan. Sistem gua utama ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Simud Hitam (Gua Hitam) dan juga Simud Putih (Gua Putih). Simud Hitam lebih mudah dimasuki manakala Simud Putih pula lebih besar dan terletak di bahagian atas. Gua Gomantong ini terletak di Gomantong Forest Reserve. Gua dan kawasan sekeliling hutan simpan ini merupakan kawasan perlindungan bagi hidupan liar, terutamanya Orang Utan.

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 1:00 petang, 2:00 petang – 5:00 petang (Sabtu – Khamis)
8:00 pagi – 11.30 pagi, 2:00 petang – 5:00 petang (Jumaat)  

Alamat: Gomantong Caves, 90000 Kinabatangan, Sabah

No. Telefon: 089-561 527

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. Melawat St. Michael’s and All Angels Church

St.-Michaels-and-All-Angels-Church
Kredit Gambar: Wikipedia
St.-Michaels-and-All-Angels-Church-
Kredit Gambar: Wikipedia

St. Michael’s and All Angels Church adalah gereja Anglikan di bandar Sandakan. Ia merupakan gereja batu tertua di Sabah. Bangunan gereja ini merupakan bangunan batu pertama yang dibina sepenuhnya di negeri ini. Pada tahun 1945, iaitu ketika Perang Dunia Ke-2 berakhir, tentera Jepun berlindung di gereja ini sebelum mereka menyerah diri. Gereja ini kemudiannya dibina semula selepas peperangan tamat dan St. Michael’s and All Angels Church merupakan salah satu bangunan batu yang bersejarah di Sabah.

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 4:00 petang (Isnin, Rabu – Sabtu)
7.15 pagi – 7.30 petang (Ahad)
Tutup pada Selasa dan Cuti Umum

Alamat: 5, Lorong Damai 6, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 089-215 860

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/stmichaelchurch.sdk

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close