Apam Balik ialah sejenis penkek tradisional Malaysia yang ditabur dengan kacang tanah, adunan mentega, gula dan jagung sebagai bahan utamanya. Makanan terkenal yang biasanya dijual di tepi jalan ini memberikan anda nikmat pencuci mulut yang menyelerakan dengan kerangupan kacangnya dan kemanisan jagungnya. Teksturnya yang lembut di dalam dan rangup di luar membuatkan ramai yang menyukainya. Selain itu, pencuci mulut ini ada yang dibuat tebal atau nipis, bergantung kepada resipi yang digunakan oleh tukang masak.
Jadi, jika anda datang ke Malaysia, pastikan anda masukkan Apam Balik dalam senarai makanan yang ingin anda cuba. Percayalah, anda tidak akan menyesal. Jadi, berikut adalah 7 Apam Balik yang enak dan boleh anda dapati di Malaysia.
Mengapakah Apam Balik Terkenal?
Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa Apam Balik yang kelihatan ringkas ini menjadi makanan yang terkenal di Malaysia. Salah satunya adalah makanan ini mudah dibuat dan hanya terdiri daripada adunan tepung, santan, gula, telur, dan sebagainya. Namun begitu, ia juga menggabungkan semua rasa mentega, manis dan berkrim yang terdiri daripada pelbagai bahan yang dicampur dalam makanan tersebut. Makanan ini menjadi pilihan yang sering digemari dalam kalangan street food kerana ia bukan sahaja cepat disediakan, bahkan kena dengan selera penduduk tempatan.
Berapakah Jenis Inti Yang Digunakan Dalam Apam Balik?
Apam Balik terdapat dalam dua jenis, iaitu tebal dan nipis. Walau bagaimanapun, Apam Balik mempunyai pelbagai jenis inti yang sering menjadi kegemaran para penduduk tempatan. Antara inti yang paling gemar dipilih adalah coklat, mentega kacang, Nutella, jem, pisang, kacang merah, keju, dan banyak lagi.
7 Apam Balik Terbaik di KL & Selangor 2025
1. Apam Balik Nusantara


Apam Balik Nusantara merupakan tempat yang tepat untuk dikunjungi jika anda menginginkan Apam Balik yang gebu dan enak. Gerai ini menawarkan pelbagai jenis topping atau inti untuk anda pilih. Pastinya anda akan memilih topping yang paling lazat dan kena dengan selera anda. Bahkan, sesetengah inti atau topping yang mereka tawarkan turut menggabungkan sedikit kacang, coklat dan keju. Memandangkan gerai ini terkenal di kawasan kejiranan ini, ramai penduduk akan beratur untuk mendapatkan Apam Balik kegemaran mereka. Jadi, jika anda ingin merasai pencuci mulut ini, anda perlu datang awal ke gerai ini.
Waktu Operasi: 3:30 petang – 8:00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad)
Alamat: 14, Jalan Hamzah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://ms-my.facebook.com/apambaliknusantara/
Instagram: https://www.instagram.com/apambaliknusantara/?hl=en
2. Apam Balik Resepi Wak – Kg Baru


Apa yang menarik mengenai gerai Apam Balik Resepi Wak ialah mereka mencipta banyak perisa yang enak untuk anda nikmati. Boleh dikatakan, resepi Apam Balik mereka unik dan rasanya lebih enak jika dibandingkan dengan Apam Balik di tempat lain. Mereka menawarkan topping atau inti coklat, oreo, Nutella dan Ovomaltine bagi mereka yang sukakan pencuci mulut yang manis. Jika anda ke sini, cubalah Apam Balik signature mereka agar anda tidak menyesal!
Waktu Operasi:
12:30 tengah hari – 7:00 malam (Isnin – Jumaat, Ahad)
Tutup (Sabtu)
Alamat: Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/apambalikresepiwak/
Instagram: https://www.instagram.com/apambalikresepiwak/?hl=en
3. Kueh Sri Gandus, Apam Balik


Gerai Kueh Sri Gandus menyediakan 2 jenis makanan tempatan yang memikat selera anda iaitu Apam Balik dan Kuih Sri Gandus. Gerai ini terkenal dengan Apam Balik mereka yang lembut dan kembang yang disertakan dengan pelbagai pilihan topping atau inti yang lazat. Harga Apam Balik mereka adalah berdasarkan permintaan pelanggan, sama ada anda meminta topping jagung dan kacang lebih, memilih Apam Balik topping kacang coklat atau membeli set standard. Mereka telah menambah Apam Balik pulut hitam ke dalam menu, jadi jangan ragu untuk mencubanya!
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 6:00 petang (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 18-26, Jalan Raja Bot, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100027720087251
4. Apam Balik Ukay Bistari


Anda boleh cuba dapatkan Apam Balik yang enak daripada Apam Balik Ukay Bistari. Pastinya anda akan kagum dan terliur apabila melihat mereka menyediakan Apam Balik yang mereka jual di gerai ini. Apam Balik keju dan coklat ialah menu yang mesti dicuba di gerai ini. Apatah lagi Apam Balik mereka digabungkan dengan topping Nestum dan keju serta Nestum dan coklat. Sungguh menyelerakan!
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: Jalan Setiawangsa 1, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100046589299661
Instagram: https://www.instagram.com/apam.balik.ukay.bistari/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. Apam Balik Unique AU3 Keramat


Jika anda mengunjungi gerai Apam Balik Unique AU3 Keramat ini, pastinya anda akan berpuas hati dengan Apam Balik yang anda beli. Ramai penggemar Apam Balik kerap membeli makanan ini di sini. Hal ini kerana pemiliknya bermurah hati dalam menyediakan makanan yang mereka sajikan di sini. Bukan sahaja topping Apam Baliknya banyak, malah tekstur pencuci mulut ini juga rangup dan enak. Antara beberapa topping Apam Balik yang disediakan di sini adalah seperti mentega kacang, oreo keju, jagung Nestum, pisang keju, pisang Nutella dan pandan kelapa gula merah.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 7:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: Gerai Haji Abdullah AU3/12 UK, Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://ms-my.facebook.com/ApamBalikUnique/
6. Apam Balik Pak Ajis


Sebaik sahaja nada merasai Apam Balik Pak Ajis, anda pasti mahukannya lagi. Bahkan, ramai pelanggan menjadi pelanggan tetap di gerai ini kerana kesedapan Apam Balinya. Walaupun gerai ini kelihatan biasa, namun kualiti Apam Balik yang disediakan memang cukup terbaik. Anda patut mencuba pelbagai pilihan Apam Balik standard dan keju mereka kerana kedua-duanya sering dipesan oleh para pelanggan yang datang ke gerai mereka.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Rabu, Jumaat – Sabtu)
1:30 petang – 9:00 malam (Khamis)
Tutup (Ahad)
Alamat: 100, Persiaran Ikhlas, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100064316101001
7. Sunny Lamb Traditional Apam Balik


Jika terlintas di fikiran anda untuk merasai Apam Balik gaya tradisional Malaysia, anda harus mencuba pencuci mulut ini di Suny Lamb Traditional Apam Balik. Mereka ingin menyajikan pelbagai jenis makanan konvensional terbaik Malaysia kepada penduduk tempatan dan pelancong. Jika anda tidak tahu mahu memilih topping Apam Balik yang mana, maka mereka akan memberi cadangan topping yang mungkin kena dengan selera anda. Antara topping Apam Balik yang dijual di sini adalah seperti coklat & kacang, kaya asli, jagung & keju, pandan dan Apam Balik pulut hitam..
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Rabu – Sabtu)
9:00 pagi – 7:00 malam (Ahad)
Tutup (Isnin – Selasa)
Alamat: Persiaran Mergastua, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/yeungmiemie/
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.