10 Aprikot Kering Terbaik di Malaysia 2025

Kita telah dikurniakan banyak buah-buahan untuk dinikmati di planet ini, dan salah satu buah yang biasa dinikmati oleh ramai orang ialah aprikot. Aprikot kering ialah sejenis buah-buahan kering tradisional yang terkenal dengan warna oren yang terang. Aprikot kering padat dengan nutrien dan baik untuk kesihatan kita. Jika anda mementingkan kesihatan, anda bolehlah mula mengambil buah ini untuk mempelbagaikan diet anda.

Selain mempunyai nutrisi yang diperlukan badan, buah aprikot juga boleh dinikmati bersama dengan hidangan lain. Apa yang pasti, anda perlu menjadi kreatif dengan hidangan anda. Ada yang suka memakannya begitu sahaja, ada pula yang suka menjadikannya hiasan untuk pencuci mulut mereka. Kalau anda hendak tahu, anda boleh mendapatkan aprikot kering untuk santapan anda. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui senarai aprikot terbaik di Malaysia.

Di manakah saya boleh mendapatkan aprikot kering?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan aprikot kering di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan aprikot kering, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya. Selain itu, aprikot kering seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih aprikot kering?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli aprikot kering ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis aprikot kering yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Aprikot Kering Terbaik di Malaysia 2025

1. Signature Market Mini Sun Dried Apricot

Signature Market Mini Sun Dried Apricot
Kredit Gambar: Shopee

Selain buah pic, aprikot juga adalah bahan yang sering dipilih oleh mereka yang sukakan buah. Buah ini sebenarnya penuh dengan khasiat dan sering dijadikan makanan tambahan. Tetapi mengapa mendapatkan nutrien anda daripada sesuatu yang membosankan seperti pil apabila anda boleh menikmati cetusan rasa yang menyeronokkan dalam setiap suapan Mini Aprikot Kering Matahari kami? Aprikot mini yang berair dan kenyal dari Signature Market ini bersaiz 4, sekali gus menjadikannya saiz yang sesuai untuk snek yang cepat dan lazat semasa dalam perjalanan.

Bahan-bahan: Aprikot

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 100 g

Harga: RM 15.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Mahnaz Food Dried Apricot

Mahnaz Food Dried Apricot
Kredit Gambar: Mahnaz Food

Nikmati beberapa aprikot kering yang terbaik, lazat dan ketagih daripada Mahnaz Food hari ini! Snek bersaiz gigitan yang sempurna ini untuk anda nikmati pada bila-bila masa di sepanjang hari. Hanya aprikot kering terbaik dibuat potongan sebegini untuk memastikan anda dapat menikmatinya pada setiap gigitan.

Bahan-bahan: Aprikot Kering

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 250 g, 500 g, 1 kg

Harga: RM 13.00, RM 25.00, RM 48.00 (Shopee) | RM 48.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Sunny Fruit Organic Apricots

Sunny Fruit Organic Apricots
Kredit Gambar: sunnyfruit

Aprikot Kering Organik yang lembut dan berair ini kaya dengan serat, antioksidan dan kalium. Buah ini boleh dijadikan makanan tambahan yang lazat dan berkhasiat pada cheese platter, atau dijadikan hadiah. Selain itu, anda juga boleh mencampurkannya bersama granola dan yogurt, atau tambahkannya kepada smoothie anda. Buah ini juga boleh digunakan dalam pencuci mulut anda atau anda boleh memakannya terus. Yang penting, buah ini tidak mengandungi sulfur, gula atau sirap. Rasailah kehebatannya!

Bahan-bahan: Aprikot Kering, Air

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 250 g

Harga: RM 22.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Rahman Premium Dried Apricots

Rahman Premium Dried Apricots
Kredit Gambar: Shopee

Berperisa lembut, Aprikot Kering Premium Rahman pasti memenangi banyak hati dengan rasa yang lazat dan manis. Penuh dengan khasiat yang sesuai untuk badan kita, anda boeh katakan produk ini menjadi pilihan ramai. Datang dan cubalah Aprikot Kering Premium Rahman hari ini! Pasti anda tidak menyesal.

Bahan-bahan: Aprikot Kering

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 25 g, 50 g, 100 g

Harga: RM 7.24 (Shopee) | RM 11.76 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Al-Fadil Dried Apricots

Al Fadil Dried Apricots
Kredit Gambar: Shopee

Aprikot kering Al-Fadil adalah buah oren keemasan yang kecil, dengan kulit dan daging yang baldu. Ia tidak terlalu berair tetapi pastinya licin dan manis. Rasa buah ini hampir ‘musky’, dengan rasa masam yang samar. Ia merupakan keseimbangan rasa yang sempurna untuk dinikmati oleh orang ramai!

Bahan-bahan: Aprikot kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 100 g, 150 g, 250 g, 500 g, 1 kg

Harga: RM 7.90, RM 8.50, RM 9.90, RM 17.00, RM 33.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. M&A Jwan Dried Apricots

MA Jwan Dried Apricots
Kredit Gambar: Shopee

Datang dan nikmati rasa snek sihat dengan Aprikot Kering M&A Jwan hari ini! Snek yang sempurna ini sesuai untuk dinikmati semasa anda berehat. Selain itu, ia juga akan membantu anda mengisi hari anda dengan nutrien. Apa yang penting, anda boleh menambahnya ke dalam pemakanan sihat anda. Datang dan cubalah sekarang!

Bahan-bahan: Aprikot Kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 250 g, 500 g, 1 kg

Harga: RM 9.00, RM 17.65, RM 34.98

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Zizigo Mall Dried Apricot

Zizigo Mall Dried Apricot
Kredit Gambar: Shopee

Rasa manis aprikot kering ini akan membuatkan anda inginkannya lebih banyak lagi. Inilah dia aprikot kering Zizigo Mall! Selain berkhasiat, aprikot ini juga mempunyai nutrien yang badan anda perlukan. Datang dan cubalah salah satu aprikot kering tanpa gula yang terbaik hari ini!

Bahan-bahan: Aprikot Kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 500 g, 1 kg

Harga: RM 15.00, RM 27.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Love Earth Organic Dried Apricot

Love Earth Organic Dried Apricot
Kredit Gambar: Love Earth Organic

Nikmati aprikot kering gred premium ini di masa lapang anda. Sama ada jadikannya snek ataupun pencuci mulut, semuanya terpulang kepada kreativiti anda di dapur. Anda boleh menikmati buah ini bersama rakan-rakan ataupun keluarga di mana sahaja anda suka. Pastinya, produk ini menjadi salah satu pilihan ramai ketika anda berfikir tentang buah!

Bahan-bahan: Aprikot Kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 180 g

Harga: RM 13.90 (Shopee) | RM 16.70 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Pak Brand Dried Apricot

Pak Brand Dried Apricot
Kredit Gambar: Lazada

Kenyangkan diri anda dengan aprikot kering yang lazat dan sihat daripada Pak Brand! Aprikot kering ini penuh dengan nutrien hebat yang sesuai untuk badan anda! Datang dan kongsi rasa manis aprikot kering bersama Pak Brand hari ini! Percayalah, anda pasti sukakannya!

Bahan-bahan: Aprikot Kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 300 g

Harga: RM 12.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Zhiwei Herb Turkish Dried Apricots 

Zhiwei Herb Turkish Dried Apricots
Kredit Gambar: Shopee

Dapatkan Aprikot Kering Turki yang berkualiti ini! Rasanya terlalu enak untuk dilepaskan. Percayalah, anda akan ketagih dengannya kerana rasanya yang masam manis dapat memukau selera anda. Datang dan cubalah hari ini! Kalau anda tidak cuba, manakan tahu rasanya, bukan?

Bahan-bahan: Aprikot Kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 1 kg

Harga: RM 30.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close