Bagasi carry-on sentiasa menjadi item penting semasa melancong ekoran ia merupakan salah satu jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin kapal terbang. Semua kapal terbang mempunyai ruang kabin untuk menyimpan bagasi anda. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang mengenai barangan anda kerana kabin tersebut terletak berdekatan dengan anda.
Tambahan pula, jika anda menggunakan bagasi carry-on semasa bercuti, anda dapat menjimatkan wang kerana setiap syarikat penerbangan tidak akan mengenakan bayaran untuk bagasi atau beg yang boleh dibawa masuk ke kabin kapal terbang. Di sini, kami senaraikan 8 bagasi carry-on terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih bagasi yang terbaik?
Untuk memilih bagasi carry-on yang terbaik, anda perlulah mempertimbangkan beberapa aspek seperti bahagian penyimpanan, bahan dan saiz.
- Bahagian penyimpanan
Anda disyorkan untuk membeli bagasi carry-on dengan bahagian penyimpanan yang banyak bagi memudahkan anda untuk menyimpan pelbagai barangan penting seperti tablet, telefon, ubat peribadi dan banyak lagi.
- Bahan
Memilih bagasi carry-on dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan beg yang berkualiti dan tahan lasak. Bagasi carry-on perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama seperti poliester, nilon atau kulit supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
- Saiz
Pastikan anda memilih saiz beg dengan kapasiti yang anda perlukan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai banyak barang, anda perlulah membeli bagasi yang besar bagi membolehkan anda membawa barangan tersebut dalam satu bagasi.
8 Bagasi Carry-on Terbaik Di Malaysia 2023
1. TEEMI Travel Duffel Bag

TEEMI Travel Duffel Bag diperbuat daripada fabrik oxford yang menjadikannya tahan lasak dan kalis air. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menghalang beg anda daripada mudah rosak setelah terdedah dengan air atau cuaca lembap. Selain itu, beg ini didatangkan dengan pelbagai bahagian berzip yang terletak di bahagian dalam dan luar beg supaya anda boleh menyusun barang anda dengan mudah di setiap ruang.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain Oxford
- Saiz: (Tinggi) 34 cm , (Panjang) 69 cm, (Kedalaman) 26 cm
- Warna: Hitam, Biru Tua, Hijau
Kelebihan:
✅ Mampu Milik
✅ Kapasiti besar
✅ Kalis air
Harga: RM30.28
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. WATER POLO Hand Carry Bag

WATER POLO Hand Carry Bag diperbuat daripada fabrik oxford berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak dan anti-kedut. Ia sesuai digunakan untuk melancong, bersukan, gim dan banyak lagi. Selain itu, ia dilengkapi dengan zip berkembar yang membolehkan anda membuka beg dan mencapai barang-barang anda dengan mudah.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik Oxford
- Saiz: 58 cm x 29 cm x 36 cm
- Warna: Oren, Hitam Kuning, Biru Turquoise
Kelebihan:
✅ Kapasiti besar
✅ ‘Convertible’
✅ Kalis Air
Harga: RM49.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. LouisWill Large Travel Bags Duffel

LouisWill Large Travel Bags Duffel ialah beg yang sangat sesuai sekiranya anda mencari beg untuk melancong yang luas dan ringan. Ia juga dilengkapi dengan tali yang kuat dan zip logam untuk mengelakkannya daripada koyak atau pecah. Tambahan pula, ia juga dibuat dengan jahitan berkualiti tinggi serta dipasarkan dengan harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Saiz: 17 cm x 20 cm
- Warna: Merah, Biru Laut
Kelebihan:
✅ Tahan Lama
✅ Kalis Air
✅ Ringan
Harga: RM9.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. MARVEL Limited Edition Hand Carry Bag

MARVEL Limited Edition Backpack mempunyai kapasiti penyimpanan yang besar sekali gus membolehkan anda untuk membawa barang dalam kuantiti yang banyak. Tambahan pula, ia dilengkapi dengan pemegang dwi-’handle’ berspan tebal bagi memudahkan anda untuk membawanya. Secara tidak langsung, ia juga dapat mengelakkan tangan anda daripada terluka setelah membawanya dalam tempoh yang lama.
Spesifikasi:
- Bahan: Tekstil
- Saiz: 45 cm x 25 cm x 25 cm (L x W x H)
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Kalis habuk
✅ Berkualiti tinggi
✅ Kapasiti besar
Harga: RM59.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Bange Sport Hand Carry Backpack

Bange Sport Hand Carry Backpack mempunyai pelbagai fungsi 3-dalam-1 yang boleh digunakan sebagai beg ‘messenger’, beg tangan atau beg galas. Ia mempunyai bahagian pemisah untuk pakaian kering dan basah yang membolehkan anda menyimpan barangan secara berasingan. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama.
Spesifikasi:
- Bahan: Oxford, Poliester, Nilon
- Saiz: 54 cm (L) x 28 cm (W) x 24 cm (H)
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Tali bahu boleh tanggal
✅ Kalis air
✅ Reka bentuk klasik dan moden
Harga: RM109.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Giordano 15″ Stylish Hand Carry Travel Bag

Giordano terkenal dengan produknya yang sesuai untuk pengayaan setiap hari. Beg ini sangat ideal untuk “inn-travellers” terutamanya bagi mereka yang ingin mengembara dengan bergaya! Ia juga mempunyai kapasiti yang besar sekali gus membolehkan anda membawa semua keperluan anda seperti kasut, pakaian, penjagaan kulit, tablet dan banyak lagi dalam satu beg.
Spesifikasi:
- Bahan: Tidak dinyatakan
- Saiz: 15 inci
- Warna: Hijau
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Reka bentuk menarik
Harga: RM49.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Arnold Palmer Polyester Hand Carry Suitcase

Arnold Palmer Polyester Hand Carry Suitcase ini didatangkan dengan satu ruang penyimpanan utama yang boleh memuatkan barangan keperluan seperti pakaian, penjagaan kulit, pasport, wang dan barangan lain. Tambahan pula, ia mempunyai pemegang ergonomik bagi membolehkan anda melaraskan tahap ketinggian pemegang mengikut keselesaan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Saiz: 34 cm x 23 cm x 52 cm (L x W x H)
- Warna: Kelabu
Kelebihan:
✅ Mempunyai butang ‘self-locking’
✅ Pemegang ergonomik
Harga: RM299.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Thule Subterra Carry-On

Thule Subterra Carry-On boleh dibawa dalam 2 cara berbeza iaitu sebagai beg galas atau beg sandang ekoran ia dilengkapi dengan pemegang dan tali bahu. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai poket di bahagian dalam yang membolehkan anda menyimpan barangan bersaiz kecil seperti kunci, stoking, dompet, pasport dan banyak lagi. Beg ini juga diperbuat daripada bahan anti-kedut dan tahan lama.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon 800 D
- Saiz: 21 cm x 35 cm x 55 cm (L x W x H)
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Poket jaring berzip untuk akses pantas kepada item yang lebih kecil
✅ Kapasiti besar
✅ Berkualiti tinggi
Harga: RM999.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.