Malaysia merupakan negara yang mempunyai taburan hujan yang tinggi setiap tahun berikutan negara kita terletak di garisan Khatulistiwa. Walaupun payung boleh melindungi kita daripada hujan namun ia masih tidak mencukupi terutama apabila angin kuat. Baju hujan merupakan pakaian yang sangat baik untuk melindungi diri daripada angin kencang dan hujan.
Terdapat pelbagai jenis baju hujan dan kebanyakan baju hujan didatangkan dalam warna terang untuk memudahkan pemakainya dilihat semasa hujan lebat dan ketika jarak penglihatan berkurangan. Berikut adalah 8 baju hujan terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Tips untuk memilih baju hujan terbaik:
Apabila hendak membeli baju hujan, anda perlulah mempertimbangkan beberapa aspek seperti bahan, saiz dan panjang baju hujan.
1. Bahan:
Anda disarankan untuk membeli baju hujan yang diperbuat daripada bahan kalis air atau kalis angin. Hal ini bagi memberikan perlindungan tambahan ketika anda berjalan atau menunggang motosikal semasa hujan.
2. Saiz:
Tidak seperti pakaian biasa, baju hujan hendaklah longgar dan lebih besar daripada saiz badan anda kerana anda akan memakainya dengan lapisan pakaian lain. Oleh itu, untuk memastikan anda selesa, baju hujan haruslah sekurang-kurang satu saiz lebih besar daripada saiz badan anda.
3. Panjang
Setiap jenis dan jenama baju hujan mempunyai kepanjangan yang berbeza ekoran ketinggian pembeli juga berbeza. Oleh itu, anda perlulah memilih baju hujan dengan kepanjangan yang sesuai dengan ketinggian anda.
8 Baju Hujan Terbaik di Malaysia 2023
1. Canel & Co Premium Raincoat

Canel & Co Premium Raincoat ini diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan didatangkan dengan lapisan berganda bagi melindungi anda daripada hujan sepenuhnya. Ia juga dilengkapi dengan ‘hood’ yang boleh ditarik ke atas kepala anda untuk melindungi diri anda daripada basah. Bukan itu sahaja, fabriknya juga boleh diregangkan mengikut keselesaan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Saiz: 150 – 180 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam-Hijau, Biru-Perak, Biru-Hijau, Mawar-Perak, Hitam-Perak
Kelebihan:
✅ Didatangkan dalam pelbagai warna
✅ Mempunyai ‘hood’
✅ Lapisan berganda
✅ Fabrik ‘glow in the dark’
Harga: RM17.90 to RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. FOXDRY Raincoat

FOXDRY Raincoat ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang bukan sahaja kalis air tetapi juga kalis angin. Ia mempunyai zip logam velcro yang tidak akan berkarat walaupun bersentuhan dengan air. Selain itu, baju hujan ini juga mempunyai poket dalam yang membolehkan anda meletakkan barangan penting seperti telefon dan dompet. Ia juga dilengkapi dengan beg khas berzip bagi memudahkan penyimpanan sekiranya tidak digunakan.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Saiz: 26 – 30 cm (M), 30 – 34 cm (L), 34 – 38 cm (XL), 38 – 40 cm (XXL)
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: M, L, XL, XXL
- Warna: Biru, Merah, Kelabu
Kelebihan & Keburukan:
✅ Kalis angin
✅ Zip anti karat
✅ Mempunyai poket
✅ Beg untuk penyimpanan
❌ Tidak mempunyai ‘hood’
Harga: RM69.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. COMOTO Rain Coat

COMOTO Rain Coat ini didatangkan dengan ciri kalis air dan kalis angin sekali gus menjadikannya salah satu baju hujan yang terbaik. Ia juga mempunyai poket di bahagian dalam dan 2 poket di bahagian hadapan baju hujan yang membolehkan anda menyimpan pelbagai barangan penting. Selain itu, baju hujan ini juga didatangkan dengan ‘hood’.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Saiz: 71 cm (S), 73 cm (M), 75 cm (L), 77 cm (XL), 79 cm (2XL), 81 cm (3XL), 83 cm (4XL), 85 cm (5XL)
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL
Kelebihan:
✅ Didatangkan dalam pelbagai saiz
✅ Beg untuk penyimpanan
✅ Zip anti karat
✅ Mempunyai poket
✅ Mempunyai ‘hood’
Harga: RM125.50 to RM129.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. EVA Lightweight Transparent Raincoat

Baju hujan kalis air ini diperbuat daripada bahan vinil berkualiti tinggi yang menjadikannya ringan dan tahan lama. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ‘hood’ bagi menghalang anda daripada basah. Ia hanya didatangkan dalam 1 saiz dan warna sahaja. Baju hujan ini mudah disimpan dan mudah untuk digunakan.
Spesifikasi:
- Bahan: Vinil
- Saiz: 145 cm – 190 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Satu saiz sesuai untuk semua
✅ Didatangkan bersama ‘hood’
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Ringan
Harga: RM4.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Arai RRS04 Original Raincoat

Arai RRS04 Raincoat ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan warna untuk dipilih. Bahagian zipnya mempunyai pelindung kalis air berganda untuk mencegah air hujan daripada masuk melalui zip. Baju hujan ini juga mempunyai ruang pengudaraan pada bahagian belakang untuk menghalang anda daripada berpeluh. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ‘reflector’ untuk keselamatan tambahan.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Saiz: 59 cm (S), 67 cm (M), 69 cm (L), 72 cm (XL), 74 cm (2XL), 76 cm (3XL), 79 cm (4XL), 81 cm (5XL), 84 cm (6XL)
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL, 6XL
- Warna: Merah, Biru, Hitam, Hijau, Kelabu
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lasak
✅ Perlindungan berganda
✅ Pengudaraan udara di bahagian belakang
✅ Mempunyai ‘reflector’
Harga: RM61.88 to RM65
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Thick Waterproof RainCoat Hoodie

Thick waterproof raincoat hoodie ini didatangkan dalam pelbagai warna serta diperbuat daripada plastik EVA berkualiti tinggi yang bukan sahaja kalis air, malah selesa untuk dipakai. Ia juga boleh dilipat menjadi saiz yang lebih kecil bagi memudahkannya disimpan dan dibawa ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: EVA
- Saiz: 150 cm x 73 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Merah Jambu, Kuning, Ungu, Biru Langit, Putih
Kelebihan:
✅ Satu saiz sesuai untuk semua
✅ Mempunyai ‘hood’
✅ Ringan
Harga: RM4.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Forest Windbreaker Jacket

Windbreaker jacket from Forest ini didatangkan dengan ciri kalis air serta mempunyai ‘hood’ bertali bagi memberikan perlindungan tambahan ketika anda menggunakannya. Baju hujan ini juga mempunyai poket untuk menyimpan barangan peribadi anda. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengurangkan kondensasi atau pengewapan.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Saiz: 26.5 cm (S), 27.5 cm (M), 28.5 cm (L), 29.5 cm (XL), 30 cm (XXL)
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: S, M, L, XL, XXL
- Warna: Hitam, Biru, Zaitun, Kelabu, Ungu, Khaki, Navy, Biru Langit, Maroon
Kelebihan:
✅ Mempunyai poket sisi
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lasak
✅ Mempunyai ‘hooded’
✅ Pelbagai warna
✅ Kalis air
Harga: RM58.65
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. AKIRO Windbreaker Waterproof UV Raincoat Jacket

AKIRO Windbreaker Waterproof Jacket ini didatangkan dengan beg bagi memudahkan anda menyimpannya. Baju hujan ini diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi yang menjadikannya ringan, kalis angin dan cepat kering. Selain melindungi anda daripada hujan dan angin, ia juga boleh melindungi anda daripada sinaran matahari kerana ia mempunyai ciri perlindungan UV.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Saiz: 64 cm (S), 66 cm (M), 68 cm (L), 70 cm (XL), 72 cm (XXL), 74 cm (XXXL)
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: S, M, L, XXL, XXXL
Kelebihan:
✅ Kalis angin
✅ Perlindungan UV
✅ Cepat kering
✅ Didatangkan dengan beg
Harga: RM24.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.