Masyarakat pada masa kini lebih mementingkan kesihatan dan penampilan fizikal. Oleh sebab itu, mereka sentiasa mencari cara untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat seperti roti, kek dan nasi dalam pemakanan harian mereka. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa sudah pasti ada masanya kita teringin untuk memakan manisan. Namun, anda tidak perlu bimbang kerana kebanyakan bakeri kini menyediakan atau menawarkan hidangan pastri dengan kandungan bahan yang lebih sihat. Berikut adalah 8 bakeri terbaik yang boleh anda lawati di Ipoh.
Apakah pilihan hidangan pastri yang sihat?
Untuk memenuhi gaya hidup sihat terdapat beberapa hidangan pastri yang diperbuat daripada bahan yang lebih sihat antaranya ialah Bagel. Hal ini kerana Bagel mengandungi kandungan serat yang agak tinggi serta diperbuat daripada bijirin. Selain itu, kandungan minyaknya juga lebih rendah sekali gus menjadikannya pilihan yang baik untuk sarapan pagi yang mengenyangkan dan sihat.
Selain daripada Bagel, roti gandum juga merupakan antara hidangan pastri yang sihat. Roti gandum mengandungi serat yang lebih tinggi berbanding roti putih dan kandungan gulanya juga lebih rendah. Roti gandum sesuai untuk anda yang menghidap penyakit diabetes.
8 Bakeri Terbaik di Ipoh 2023
1. Aunty Lee Cake & Pastries


Aunty Lee Cake & Pastries merupakan salah satu bakeri yang terkenal di Ipoh. Mereka terkenal dengan hidangan pastrinya yang berinspirasikan masakan gaya Cina tradisional dan gaya barat moden. Bukan itu sahaja, mereka turut menawarkan pelbagai jenis roti, kuih-muih, kuih bulan, kuih nyonya dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 8:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: 95 & 97, Jalan Chung Ah Ming, Taman Hoover, 31650 Ipoh, Perak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB2. Ban Guan Foong


Ban Guan Foong telah beroperasi selama 60 tahun yang menjadikannya salah satu bakeri tertua di Ipoh, Perak. Ban Guan Foong masih menggunakan kaedah pembakaran tradisional untuk membakar roti Hainan. Bakeri ini hanya beroperasi selama 2 hingga 4 jam sahaja setiap hari. Antara roti yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di bakeri ini ialah roti kaya, roti kelapa parut, roti Hainan kosong besar dan roti Hainan kecil.
Waktu Operasi:
5:00 petang – 6:30 petang (Isnin – Jumaat)
2:00 petang – 6:00 petang (Ahad)
Ditutup pada hari Sabtu
Alamat: Jalan Sultan, Pasir Pinji, 31650 Ipoh, Perak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
3. Purple Moon Valley


Purple Moon Valley merupakan salah satu bakeri yang terkenal di Ipoh ekoran reka bentuk dalamannya yang ala British. Bukan itu sahaja, bakeri ini juga menyediakan meja dan kerusi bagi membolehkan anda berehat sambil menikmati kek anda. Selain itu, untuk tempahan kek seperti kek ulang tahun, anda disarankan untuk menempah sekurangnya 1 minggu awal dari tarikh majlis.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: 317, Jalan Bercham, Taman Desa Kenchana, 31400 Ipoh, Perak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB4. JJ Roll


Jika anda sedang mencari kek Swiss dengan tekstur yang lembut serta tidak mengandungi sebarang pewarna dan bahan tambahan tiruan, maka bakeri JJ Roll ini pilihan terbaik anda. JJ Roll menawarkan kek Swiss dengan pelbagai perisa yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Antara perisa yang ditawarkan ialah coklat, oreo, pandan, vanila, oren dan banyak lagi. Memandangkan kek Swiss ini tidak mengandungi sebarang bahan tambahan, ia hanya boleh disimpan selama 5 hingga 7 hari sahaja.
Waktu Operasi: 8:30 pagi – 6:30 petang (Setiap Hari)
Alamat: 127, Jalan Bharu, Off, Jalan Kampar, 30250 Ipoh, Perak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB5. Little Allegra Bakery


Lokasi bakeri Little Allegra Bakery ini agak tersembunyi kerana ia terletak di kawasan perumahan Taman Canning. Mereka menawarkan pelbagai hidangan pastri ala barat yang jarang ditemui di Ipoh. Antaranya seperti Pai Ikan, Bruschetta, Brioche dan lain-lain. Bakeri ini menggunakan bahan berkualiti tinggi dalam setiap produknya, oleh itu harga yang ditawarkan juga agak mahal berbanding bakeri lain.
Waktu Operasi:
8:30 pagi – 5:00 petang (Jumaat – Isnin)
Ditutup pada hari Selasa – Khamis
Alamat: 26a, Jalan Keliling, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB6. Yohan Cake House


Yohan Cake House telah beroperasi selama 40 tahun dan terletak di Jalan Datuk Onn Jaafar, Ipoh. Antara kek yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di kedai ini ialah Kek Kulit Harimau. Bukan itu sahaja, bakeri ini juga menawarkan pelbagai jenis kek lain seperti Kek Mentega Marmar, Kek Keladi Pandan dan Kek Bijan Hitam.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:30 petang (Setiap Hari)
Alamat: 8, Jalan Datuk Onn Jaafar, Kampung Kuchai, 30300 Ipoh, Perak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB7. Inn Bakery


Sukar untuk mendapatkan bakeri mesra ‘vegan’ atau vegetarian? Jangan bimbang, Inn Bakery menyajikan pelbagai hidangan pastri mesra vegetarian yang terbaik. Inn Bakery terkenal dengan tekstur rotinya yang lembut, segar dan padat. Bakeri ini terletak di Bandar Cyber, Ipoh.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:30 malam (Setiap Hari)
Alamat: 48, Laluan Lapangan Siber 1, Bandar Cyber, 31350 Ipoh, Perak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
8. FC Cakery


FC Cakery merupakan antara bakeri yang wajib anda kunjungi terutamanya jika anda peminat Kek Tiramisu. FC Cakery menawarkan Kek Tiramisu dengan pelbagai perisa seperti kacang pistachio, keladi, manga, matcha dan banyak lagi. Bakeri ini bukan sahaja terkenal dengan Kek Tiramisu, malah ia juga terkenal dengan hidangan pastri lain seperti Kek Keju, Tart dan Puff.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 7:30 malam (Khamis – Selasa)
Ditutup pada hari Rabu
Alamat: 18, Jalan Lapangan Siber 8, Bandar Cyber Ipoh, 31350 Ipoh, Perak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEBDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.