8 Baldi Lipat Terbaik di Malaysia 2025

Baldi merupakan bekas atau item serba guna yang sering digunakan ketika melakukan proses pembersihan seperti membasuh baju, mengemop, meletak baju kotor dan banyak lagi. Ia juga boleh digunakan untuk menyimpan barangan yang tidak digunakan. Oleh itu, anda boleh mendapati kebanyakan isi rumah mempunyai lebih daripada satu baldi. Baldi biasanya didatangkan dalam bentuk silinder dan diperbuat daripada plastik, silikon atau logam. 

Baldi lazimnya dipasarkan dalam pelbagai saiz bagi membolehkan anda memilih saiz baldi berdasarkan keperluan anda. Baldi lipat ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai ruang simpanan yang kecil kerana ia didatangkan dengan ciri mudah alih dan boleh dilipat. Hal ini membolehkan anda menyimpannya di ruangan sempit. Berikut adalah 8 baldi lipat terbaik di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih baldi lipat yang terbaik?

Terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membeli baldi lipat agar ia bersesuaian dengan pilihan dan keperluan anda. Beberapa faktor penting yang perlu anda pertimbangkan ialah harga, bahan dan saiz. 

1. Harga

Baldi lipat ditawarkan pada harga yang berbeza mengikut jenama, jadi sebelum membeli baldi lipat ini, anda haruslah menetapkan jumlah bajet yang anda ingin belanjakan bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

2. Bahan

Baldi lipat diperbuat daripada bahan yang berbeza seperti silikon, logam dan plastik.  Jadi, anda disarankan untuk memilih baldi dengan bahan yang sesuai dengan tujuan penggunaannya.

3. Saiz 

Anda disyorkan untuk memilih saiz baldi yang bersesuaian dengan tujuan penggunaannya. Sebagai contoh, jika anda ingin berkelah atau berkhemah, baldi bersaiz kecil atau sederhana sudah memadai. Manakala, jika anda ingin menggunakannya untuk kerja-kerja rumah, maka baldi bersaiz besar sesuai untuk anda. 

8 Baldi Lipat Terbaik di Malaysia 2023

1. BEULIFE Collapsible Water Bucket

BEULIFE Collapsible Water Bucket
Kredit gambar: Lazada

BEULIFE Collapsible Water Bucket ini mempunyai struktur reka bentuk yang kukuh dan stabil serta didatangkan dengan lapisan bawah antigelincir. Hal ini sekali gus menjadikannya sesuai untuk digunakan ketika mengemop. Baldi lipat ini dilengkapi dengan pemegang bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Selain itu, ia juga boleh disimpan dengan mudah dan kemas apabila tidak digunakan.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP+TPR
  • Warna: Biru, Khakis, Merah Jambu
  • Kapasiti: 12 L
  • Berat Maksimum: 15 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 46 cm x 30.3 cm x 20.4 cm

Kelebihan:

Kukuh
Didatangkan dengan pemegang
Mudah untuk disimpan

Harga: RM28..00 – RM41.82

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Naturehike Foldable Water Bucket

Naturehike Foldable Water Bucket
Kredit gambar: Shopee

Naturehike Foldable Water Bucket ini diperbuat daripada fabrik dan lapisan PEV berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak dan kalis air. Ia didatangkan dengan kapasiti penyimpanan 10 L dan 20 L sekali gus membolehkan anda meletakkan air atau pakaian kotor dalam kuantiti yang banyak. Bukan itu sahaja, baldi lipat ini juga dilengkapi dengan 2 pemegang pada bahagian sisi bagi memudahkan anda membawanya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik & lapisan PEV
  • Warna: Hijau, Coklat
  • Berat: 210 g (10 L) / 310 g (20 L)
  • Kapasiti: 10 L, 20 L
  • Negara Pengeluar: China 
  • Saiz: 25 cm x 21 cm (10 L), 33 cm x 25 cm (20 L) 

Kelebihan:

Stabil
Dilengkapi pemegang
Reka bentuk bulat

Harga: RM21.70 – RM50.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. SIMPLYBEST Collapsible Bucket

SIMPLYBEST Collapsible Bucket
Kredit gambar: SimplyBest

SIMPLYBEST Collapsible Baldi boleh didapati dalam 2 saiz iaitu 5 L dan 10 L yang boleh anda pilih berdasarkan ruang kediaman dan keperluan anda. Baldi lipat ini didatangkan dengan ciri serba guna yang membolehkannya digunakan untuk mencuci kereta, mengemop, berkhemah dan juga memancing. Selain itu, baldi ini juga ringan dan mudah alih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Silikon
  • Warna: Beige, Biru Putih, Biru Cair, Merah Jambu, Putih Hijau, Putih Merah Jambu
  • Kapasiti: 5 L, 10 L
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 31.5 cm x 18.3 cm x 25 cm (10 L), 25 cm x 13.8 cm x 20.5 cm (5 L)

Kelebihan:

Didatangkan dalam 2 saiz
Boleh digunakan untuk pelbagai tugas
Mudah alih

Harga: RM8.77 – RM26.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Wenbo Foldable Collapsible Bucket

Wenbo Foldable Collapsible Bucket
Kredit gambar: Shopee

Wenbo Foldable Collapsible Bucket ini didatangkan dalam pelbagai warna menarik serta mempunyai reka bentuk yang praktikal. Ia diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan dalam 2 saiz untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Biru, Hijau, Merah Jambu
  • Kapasiti: 10 L, 5 L
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 32.5 cm x 19.5 cm x 25.6 cm (10 L), 25 cm x 13.8 cm x 20.5 cm (5 L)

Kelebihan:

Didatangkan dalam pelbagai warna
Tidak mudah rosak
Didatangkan dalam 2 saiz yang praktikal

Harga: RM8.00 – RM12.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. BEEHAUS Folding Bucket

BEEHAUS Folding Bucket
Kredit gambar: Shopee

BEEHAUS Folding Bucket ini diperbuat daripada fabrik Oxford dan salutan plastik yang menjadikannya kalis air dan tidak mudah rosak. Baldi ini juga dilengkapi dengan penutup bagi membolehkan anda menyimpan air dan mengekalkan kebersihan air. Baldi lipat ini didatangkan dalam 3 saiz iaitu 9 L, 11 L dan 13 L. Tambahan pula, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan barangan yang tidak digunakan ekoran reka bentuknya yang kukuh dan stabil.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Oxford + Salutan Plastik
  • Warna: Biru
  • Kapasiti: 9 L, 11 L, 13 L
  • Berat: 374 g
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 21 cm × 23.6 cm (9 L),  26 cm × 23.6 cm (11 L), 29 cm × 23.6 cm (13 L)

Kelebihan:

Kalis air
Didatangkan dalam 3 saiz besar
Stabil

Harga: RM7.56 – RM11.56

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. KIEFER Foldable Water Bucket with Bag 10049

KIEFER Foldable Water Bucket with Bag
Image credit: Shopee

KIEFER Foldable Water Bucket with Bag 10049 ialah baldi mudah alih yang boleh dilipat dan dibawa ke mana sahaja. Baldi ini diperbuat daripada bahan tahan lasak yang menjadikannya tahan lama dan tidak mudah rosak atau pecah. Baldi lipat ini juga disertakan dengan beg penyimpanan yang boleh anda gunakan untuk menyimpan baldi dengan kemas.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik & lapisan PEV
  • Warna: Biru, Merah Jambu
  • Kapasiti: 12 L, 25 L
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 30 cm x 20 cm (12 L), 30 cm x 30 cm (25 L)

Kelebihan:

Ringan
Didatangkan dengan beg penyimpanan
Tahan lasak

Harga: RM8.78 – RM11.36

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. CLS Pathfinder 4-in-1 Collapsible Bucket

CLS Pathfinder in Collapsible Bucket
Kredit gambar: Joom

CLS Pathfinder 4-in-1 Collapsible Bucket merupakan antara baldi yang digemari pengguna ekoran ia boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti memancing, berkhemah, menyiram tanaman, mencuci kereta dan banyak lagi. Baldi lipat ini diperbuat daripada bahan PVC bukan toksik yang menjadikannya mesra alam serta selamat untuk digunakan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan poket sisi yang boleh anda gunakan untuk menyimpan barangan seperti botol air atau tuala.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC + Mesh
  • Warna: Oren
  • Kapasiti: 30 L
  • Berat: 624 g 
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 31 cm x  26 cm

Kelebihan:

Pelbagai fungsi
Tidak toksik
Mempunyai poket sisi

Harga: RM53.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Icebear Car Folding Bucket

Icebear Car Folding Bucket
Kredit gambar: Shopee

Icebear Car Folding Bucket merupakan baldi lipat yang dilengkapi dengan penutup bagi membolehkan anda membawa air tanpa sebarang tumpahan. Selain itu, baldi ini juga mempunyai sudut yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda. Bukan itu sahaja, ia juga tidak akan memakan ruang yang banyak ekoran saiznya yang kecil dan padat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik ABS
  • Warna: Hitam
  • Kapasiti: 4 L
  • Saiz: 183 mm x 183 mm x 220 mm

Kelebihan:

Mesra pengguna
Tahan haba
Dilengkapi dengan penutup

Harga: RM12.31

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close