8 Bangku Kaki Terbaik di Malaysia 2025

Sama ada anda bekerja di pejabat atau dari rumah, anda mungkin menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer riba atau komputer anda di atas meja dalam kedudukan yang tidak selesa, yang seterusnya boleh menyebabkan kesakitan. Syukurlah kami mempunyai alat yang sesuai untuk menyelamatkan anda daripada berada dalam kedudukan yang tidak selesa untuk berjam-jam!

Di sinilah bagusnya untuk memiliki bangku kaki! Ia juga dikenali sebagai kerusi alas kaki. Ia boleh menyokong kaki anda dan seterusnya menjadikan kedudukan lebih selesa. Ia datang dalam pelbagai saiz, harga dan reka bentuk. Di sini kami telah menyusun senarai 8 bangku kaki terbaik di Malaysia pada tahun 2025 yang anda boleh dapatkan hari ini!

Apakah Faedah Menggunakan Bangku Kaki? 

Apabila bercakap tentang bangku kaki, terdapat pelbagai faedah seperti ia meningkatkan peredaran darah anda, dan juga membetulkan kedudukan anda. 

  • Memperbaiki peredaran darah: Bangku kaki boleh melancarkan peredaran darah pada bahagian badan, terutamanya kaki.
  • Melegakan: Walaupun ia alat biasa, namun ia dapat menyokong kedudukan kaki anda dan melegakan keletihan.
  • Membetulkan kedudukan: Dengan sandaran kaki, anda akan berada dalam kedudukan yang lebih ideal.

Bilakah Anda Perlu Menggunakan Bangku Kaki?

Mereka yang bekerja di pejabat digalakkan menggunakan bangku kaki untuk mengurangkan ketidakselesaan dan mengelakkan kecederaan di tempat kerja. Anda juga boleh menggunakan alat ini di rumah. Oh, ya. Sebelum membeli bangku kaki, anda perlu meneliti ketinggian kerusi anda di tempat kerja dan kedudukan badan semasa bekerja. Dengan ini, anda dapat mencari bangku kaki pada ketinggian yang sesuai. 

8 Bangku Kaki Terbaik di Malaysia 2025

1. Foot Stool For Office 

Foot Stool For Office
Kredit Gambar: AliExpress

Bangku kaki ini dilengkapi dengan roda pelarasan ketinggian yang boleh dilaraskan kepada 6 kedudukan berbeza secara manual mengikut keinginan anda. Terdapat juga urutan roller di bahagian tengah yang boleh mengurut kaki anda, sekali gus dapat meningkatkan peredaran darah semasa anda duduk.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik ABS
  • Saiz: 35 x 28 x 19.5 cm
  • Berat: 1.1 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

✅ Mudah dipasang
✅ Didatangkan dengan roller urut
✅ Pad tanpa slip
✅ 6 kedudukan berbeza tersedia
✅ Melancarkan peredaran darah

Harga: RM 58.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Adjustable Foot Rest

Adjustable Foot Rest
Kredit Gambar: Shopee

Bangku kaki ini dilengkapi dengan reka bentuk urutan benjolan yang selesa untuk kaki anda. Dengan reka bentuk radian yang ergonomik, ketinggian boleh dilaraskan kepada 3 tahap berbeza mengikut keinginan anda. Jika anda sering bergelut dengan posisi duduk yang tidak selesa, bangku kaki ini pasti boleh membantu anda menyelesaikannya!

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Saiz: 45 x 35 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

✅ Reka bentuk urut benjolan
✅ Reka bentuk ergonomik
✅ 3 ketinggian boleh laras berbeza

Harga: RM 79.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Locaupin Foot Rest

Locaupin Foot Rest
Kredit Gambar: Shopee

Locaupin Foot Rest didatangkan dengan reka bentuk ergonomik yang memberikan keselesaan pada kaki anda. Bangku kaki ini mempunyai tekstur urutan pada pad rehat dan roller urut yang mana akan meningkatkan peredaran darah anda. Ketinggiannya juga boleh dilaraskan, jadi segan untuk menyesuaikannya mengikut keinginan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Saiz: 39.5 x 26.5 x 15.5 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Ketinggian boleh laras
✅ Reka bentuk ergonomik
✅ Reka bentuk urut benjolan
✅ Didatangkan dengan roller urut

Harga: RM 24.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Comfy Bean Bag Footstool 

Comfy Bean Bag Footstool
Kredit Gambar: Shopee

Anda lebih suka sesuatu yang lebih lembut untuk dilektakkan pada kaki anda? Pertimbangkan bangku kaki bean bag ini! Dengan isi manik yang berkualiti tinggi, bean bag ini sesuai untuk kaki anda! Diperbuat daripada kain linen berkualiti tinggi, bean bag ini tahan lama dan boleh digunakan pada jangka mansa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Tampalan Manik, Fabrik Linen
  • Saiz: 46 x 25 x 25 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna: Coklat, Merah, Kelabu, Biru, Kuning

Kelebihan:

✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Didatangkan dalam pelbagai warna
✅ Rasa selesa

Harga: RM 29.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. IKEA Original Office & Home Adjustable Foot Rest

IKEA Original Office Home Adjustable Foot Rest
Kredit Gambar: DAGOTTO Foot Rest

Bangku kaki yang ringkas namun elegan ini didatangkan dengan reka bentuk IKEA unik yang bukan sahaja menarik, tetapi juga praktikal. Anda boleh mencondongkan dan melaraskan sudut dengan mudah menggunakan tekanan pada kaki anda. Di bawah bangku kaki ini terdapat getah yang mengelakkan bangku kaki ini daripada bergerak.

Spesifikasi:

  • Bahan: 49 x 38 x 15 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Reka bentuk yang unik
✅ Tidak gelincir ketika menyandarkan kaki di bawah

Harga: RM 59.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Foot Rest Cushion 

Foot Rest Cushion
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda lebih suka alas kaki yang lembut, pertimbangkan kusyen alas kaki ini! Ia didatangkan dengan kusyen tebal yang diperbuat daripada busa memori berkualiti tinggi. Busa memori ini boleh membantu anda merehatkan otot, meningkatkan peredaran darah anda dan secara keseluruhannya, melegakan sebarang tekanan yang anda alami! Di bawah sandaran kaki ini terdapat pelapik antigelincir bagi menetapkan kedudukan kusyen kaki ini.

Spesifikasi:

  • Bahan: Busa Memori
  • Saiz: 43 x 30 x 15 cm
  • Negara Asal: China
  • Warna: Hitam, Kelabu

Kelebihan:

✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Reka bentuk ergonomik
✅ Rasa selesa
✅ Pelapik antigelincir di bahagian bawah

Harga: RM 28 hingga RM 69.69

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Foot Rest Under Desk

Foot Rest Under Desk
Kredit Gambar: Shopee

Bangku kaki ini didatangkan dengan tekstur padding urutan yang menawarkan anda rasa selesa. Ia juga mempunyai bahagian bawah yang tidak tergelincir untuk menghalangnya  daripada bergerak.

Spesifikasi:

  • Saiz: 43 x 43 20 cm
  • Berat: 1.13 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

✅ Selesa
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama

Harga: RM 49.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Foot Rest Pillow

Foot Rest Pillow
Kredit Gambar: Fujifilm Simple Ace

Bayangkan kaki anda di atas bebola kusyen yang tebal dan lembut. Apakah perasaan anda? Pasti anda berasa selesa dan santai dalam masa yang sama, bukan? Kusyen kaki ini dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dan ia boleh digunakan untuk masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC Flocking
  • Saiz: 37 x 28 x 18 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna Tersedia: Kelabu coklat, Kelabu

Kelebihan:

✅ Berkualiti tinggi, tahan lama
✅ Reka bentuk yang unik
✅ Selesa

Harga: RM 8.91

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close