12 Bantal Memory Foam Terbaik di Malaysia 2025

Penggunaan bantal memory foam atau juga dikenali sebagai ‘bantal busa memori’ bukan sahaja dapat memberikan keselesaan yang maksimum ketika tidur. Malah, ia juga boleh membantu anda melegakan sakit belakang dan sakit leher. Bantal ini merupakan salah satu ciptaan inovatif yang dibuat khusus untuk memberikan keselesaan serta sokongan postur badan dalam pelbagai posisi supaya anda boleh mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti. 

Kebanyakan bantal memory foam diperbuat daripada bahan hypoallergenic yang lembut dan mesra kulit serta tidak akan menyebabkan sebarang kerengsaan pada kulit anda. Bantal ini antara pilihan yang terbaik kerana ia mudah untuk diselenggara serta boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Berikut adalah 12 bantal memory foam terbaik di Malaysia.

Berapa Lamakah Bantal  Memory Foam Boleh Digunakan?

Jangka hayat purata bantal memory foam adalah lebih lama berbanding bantal standard namun, ia akan kehilangan keberkesanan dan integritinya jika digunakan dalam jangka masa yang terlalu lama. Oleh itu, anda disarankan untuk menukar bantal memory foam anda setiap 2 hingga 3 tahun. 

Bolehkah Bantal Memory Foam Dicuci?

Perkara ini tidak wajar dilakukan kerana jika anda mencuci bantal memory foam dengan menggunakan mesin basuh, ia boleh menyebabkan kerosakan pada ‘padding’ bantal. Jadi, cara terbaik untuk membersihkannya adalah dengan menggunakan sistem ‘spot-cleaning’ atau cucian tangan.

12 Bantal Memory Foam Terbaik di Malaysia 2023

1. Jean Perry Ecohealth Bamboo Charcoal Memory Pillow

Jean Perry Ecohealth Bamboo Charcoal Memory Pillow
Kredit Gambar: Jean Perry

Jean Perry Ecohealth Bamboo Charcoal Memory Pillow merupakan antara bantal memory foam yang terlaris di pasaran. Batal ini didatangkan dengan reka bentuk ergonomik bagi menyokong posisi leher anda ketika tidur. Bantal ini juga dilengkapi dengan sarung yang diperbuat daripada gentian buluh yang memberikan keselesaan serta membenarkan pengudaraan berlaku dengan baik. Ia juga dipasarkan dalam 2 saiz yang berbeza untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Bamboo Charcoal Memory Foam, Viscose, Poliester
  • Dimensi: 60 cm x 40 cm x 14 cm (Klasik), 60 cm x 40 cm x 11/ 9 cm (Kontur)

Kelebihan:

Teknologi penyejukan eksklusif
Sarung boleh ditanggal
Bahan organik

Harga: RM118.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. AKEMI M+H Contour Hydro Gel Bamboo Charcoal Memory Pillow

AKEMI MH Contour Hydro Gel Bamboo Charcoal Memory Pillow
Kredit Gambar: Shopee

AKEMI M+H Contour Hydro Gel Bamboo Charcoal Memory Pillow ini dilengkapi dengan lapisan hidrogel yang berfungsi untuk menyerap dan menyebarkan haba secara sekata. Hal ini bagi memberikan anda suhu yang nyaman ketika tidur. Bukan itu sahaja, bantal ini juga mempunyai ciri anti-bakteria dan kulat. Selain itu, bantal ini didatangkan dengan reka bentuk ‘dwi-height’ untuk memberikan sokongan tambahan pada bahagian kepala, leher dan bahu anda ketika tidur.

Spesifikasi:

  • Bahan: Bamboo Charcoal Memory Foam, Hidrogel
  • Dimensi: 60 cm x 36 cm x 12 cm

Kelebihan:

Anti-bakteria dan kulat
Suhu yang nyaman ketika tidur
Memperbaiki postur tidur

Harga: RM167.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Sonno Memory Foam Pillow

Sonno Memory Foam Pillow
Kredit Gambar: sleepsonno

Sonno Memory Foam Pillow ini diperbuat daripada 100% poliuretana serta dilengkapi dengan fabrik ‘Outlast® ultra-premium’ untuk keselesaan dan fleksibiliti tambahan ketika anda tidur. Bukan itu sahaja, bantal ini juga mempunyai sistem ‘Oekotex Standard 100’  yang menjadikannya tahan lasak serta dapat menghapuskan pembiakan bakteria dan fungus pada bantal anda. Selain itu, anda juga diberi tempoh percubaan selama 30 hari dan boleh memulangkannya semula sekiranya ia tidak memenuhi jangkaan anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliuretana, Outlast® Fabrics
  • Dimensi: 40 cm x 70 cm x 12 cm

Kelebihan:

Sarung bantal boleh tanggal
Anti-Bakteria
Anti-Hama
Memperbaiki posisi tulang belakang

Harga: RM199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Ai by AKEMI Aloe Vera Ventilated Contour Memory Pillow

Ai by AKEMI Aloe Vera Ventilated Contour Memory Pillow
Kredit Gambar: Lazada

Bantal memory foam ini dilengkapi dengan lubang kecil pada bahagian teras yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta mengelakkan sebarang lembapan. Bukan itu saja, bantal ini juga mempunyai reka bentuk yang dapat memberikan sokongan pada bahagian tengkuk dan tulang belakang anda. Ia diperbuat daripada poliester (Double Jacquard) bagi membolehkan penggunaan dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aloe Vera Visco Elastic Foam, Poliester (Double Jacquard)
  • Dimensi: 55 cm x 35 cm x 12/ 10 cm

Kelebihan:

Mempunyai lubang pengudaraan
Struktur ‘Multi-firmness’
Tahan lama

Harga: RM120.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. GAIAS Memory Foam Pillow

GAIAS Memory Foam Pillow
Kredit Gambar: Shopee

GAIAS Memory Foam Pillow ini didatangkan dengan reka bentuk yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Bantal ini diperbuat daripada bahan bebas kimia dan poliester sekali gus dapat mengelakkan kerengsaan pada kulit. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sarung berzip yang boleh ditanggalkan dan dicuci dengan mudah. Produk ini juga telah diperakui oleh CertiPUR-US® dan GREENGUARD Gold.

Spesifikasi:

  • Bahan: Shredded Memory Foam, Poliester
  • Dimensi: 48 cm x 74 cm x 20 cm

Kelebihan:

Memberi keselesaan yang berpanjangan
Sarung bantal boleh ditanggal dan dicuci
Selesa untuk tengkuk dan tulang belakang

Harga: RM139.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. MLILY Contour Pillow Memory Foam Pillow

MLILY Contour Pillow Memory Foam Pillow
Kredit Gambar: furnituredirect.

Bantal memory foam keluaran MLILY ini mempunyai reka bentuk ergonomik serta menawarkan sokongan pada tulang belakang dan leher anda. Bantal ini diperbuat daripada kapas jersi dan fabrik mesh bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Jadi anda tidak akan rasa panas ketika menggunakan bantal ini. Mempunyai tekstur fabrik yang lembut dan halus, bantal ini sesuai untuk digunakan bagi penghidap hypoalergik. Bukan itu sahaja, bantal ini juga dilengkapi dengan sarung yang boleh ditanggalkan dan dicuci.

Spesifikasi:

  • Bahan: Airfeel Memory Foam, Kapas Jersi, Mesh
  • Dimensi: 60 cm x 40 cm x 12 cm

Kelebihan:

Anti-bakteria
Selesa
Pengudaraan yang baik

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Jean Perry Aloe Vera Memory Foam Pillow Classic/Contour

Jean Perry Aloe Vera Memory Foam Pillow Classic Contour
Kredit Gambar: Shopee

Jean Perry Aloe Vera Memory Foam Pillow ini menawarkan keselesaan yang optimum seperti di spa mewah. Sarung bantal ini didatangkan dengan aroma aloe vera bagi memberikan bauan yang tenang dan segar sewaktu anda menggunakannya. Selain itu, ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan ciri anti-bakteria dan hama sekali gus dapat mengelakkan kerengsaan pada kulit. Bantal ini juga dipasarkan dalam 2 versi iaitu klasik dan kontur yang boleh anda pilih berdasarkan keselesaan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Memory Foam, Aloe Vera Infused
  • Dimensi: 60 cm x 40 cm x 14 cm (Klasik), 60 cm x 40 cm x 11 cm (Kontur)

Kelebihan:

Bau yang menyegarkan
Sesuai untuk digunakan bagi penghidap hypoalergik.
Sesuai untuk semua posisi tidur

Harga: RM98.42

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Flew Soft Contour Memory Foam Pillow 

Flew Soft Contour Memory Foam Pillow
Kredit Gambar: Lazada

Flew Soft Contour Memory Foam Pillow ini telah diperakui oleh pakar kiropraktik serta telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan sakit tulang belakang. Selain itu, bantal ini didatangkan dengan reka bentuk melengkung serta dilengkapi dengan teknologi tinggi bagi memberikan sokongan dan keselesaan yang optimum ketika anda tidur. Bantal ini juga mempunyai sistem aliran udara pada bahagian sisi dan atas bantal yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Bamboo-Infused Memory Foam
  • Dimensi: 60 cm x 36 cm x 11 cm

Kelebihan:

Didatangkan bersama beg
Anti-kulat
Bahan semula jadi

Harga: RM40.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. MLILY Cooling Gel Pad Contour Memory Foam Pillow

MLILY Cooling Gel Pad Contour Memory Foam Pillow
Kredit Gambar: MLILY Malaysia

MLILY Cooling Gel Pad Contour Memory Foam Pillow ini menampilkan sistem ‘Cooling Gel Pad’ yang membantu dalam menyokong badan anda serta memberikan permukaan bantal yang sejuk walaupun ketika cuaca panas. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan Gel 3D yang berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, tekanan darah, mengurangkan ‘stress’, melegakan ketegangan otot dan keletihan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Airfeel Memory Foam, Kapas Jersi, Mesh
  • Dimensi: 60 cm x 40 cm x 12 cm

Kelebihan:

Reka bentuk ergonomik
Selesa
Dilengkapi dengan Gel 3D

Harga: RM139.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. MLILY Classic Memory Foam Pillow

MLILY Classic Memory Foam Pillow
Kredit Gambar: MLILY Malaysia

MLILY Classic Memory Foam Pillow ini mempunyai sistem ‘zero gravity’ yang tidak akan menyakitkan leher dan kepala anda walaupun selepas menggunakannya dalam masa yang lama. Bantal ini didatangkan dengan reka bentuk tradisional dan sesuai digunakan untuk semua posisi tidur. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan beg khas berzip bagi memudahkan penyimpanan sekiranya tidak digunakan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Airfeel Memory Foam, Kapas Jersi
  • Dimensi: 60 cm x 40 cm x 12 cm

Kelebihan:

Melegakan titik tekanan
Reka bentuk klasik
Sesuai untuk semua posisi tidur

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

11. Jean Perry Sleep Sonic Memory Pillow

Jean Perry Sleep Sonic Memory Pillow
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda gemar untuk tidur dalam posisi mengiring, maka Jean Perry Sleep Sonic Memory Pillow ini sesuai untuk anda. Bantal ini didatangkan dengan reka bentuk yang lebih padat berbanding bantal memory foam yang lain. Hal ini bagi membolehkan anda tidur dengan selesa walaupun dalam posisi mengiring. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan ciri anti-bakteria dan hama. Bantal ini juga dilengkapi dengan sarung yang boleh ditanggalkan dan dicuci.

Spesifikasi:

  • Bahan: Memory Foam
  • Dimensi: 55 cm x 35 cm x 12 cm 

Kelebihan:

Selesa
Pengudaraan yang baik
Mengurangkan ketegangan otot

Harga: RM111.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

12. Sarah Miller Deluxe Classic Memory Foam Pillow

Sarah Miller Deluxe Classic Memory Foam Pillow
Kredit Gambar: Zalora

Walaupun harganya agak murah berbanding bantal memory foam yang lain, namun Sarah Miller Deluxe Classic Memory Foam Pillow ini merupakan antara bantal yang bagus, berkualiti, dan tahan lama. Bantal ini diperbuat daripada bahan berkualiti premium serta mempunyai tekstur yang sangat gebu dan elastik. Bantal ini juga mampu melegakan sakit sendi dan sakit belakang.

Spesifikasi:

  • Bahan: Memory Foam
  • Dimensi: 60 cm x 40 cm x 14 cm

Kelebihan:

Reka bentuk padat
Pengudaraan yang baik
Mampu milik

Harga: RM74.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close