8 Beg Sandang Terbaik untuk Lelaki di Malaysia 2025

Beg sandang telah menggantikan beg galas sebagai ‘trend’ pemakaian popular memandangkan ia lebih kasual dan mudah untuk digayakan. Ia juga membolehkan anda membawa barangan keperluan seperti telefon pintar, dompet dan barangan lain. 

Beg ini boleh dipakai dengan pelbagai gaya mengikut keselesaan anda. Namun, kebiasaannya beg sandang ini digaya dengan gaya silang di dada. Adakah anda tahu bagaimana hendak memilih beg sandang yang terbaik? Jangan bimbang kerana di artikel ini kami akan kongsikan 8 beg sandang terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak mencari beg sandang yang sesuai untuk lelaki? 

Terdapat pelbagai jenis beg sandang lelaki yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan? Jangan bimbang, kerana dengan mengetahui ruang penyimpanan, profil dan bahan boleh membantu anda dalam mencari beg sandang yang terbaik.

  1. Ruang penyimpanan

Pastikan anda memilih beg dengan ruang simpanan yang anda perlukan. Sebagai contoh, jika anda ingin membawa barangan penting seperti pasport, dompet dan banyak lagi, anda perlulah membeli beg yang menyediakan bahagian penyimpanan yang selamat untuk barangan tersebut. 

  1. Profil

Anda disyorkan untuk memilih beg yang sepadan dengan profil anda, baik dari segi ketinggian, berat dan gaya pakaian anda.

  1. Bahan

Anda perlulah memilih beg yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Selain itu, penggunaan bahan yang betul juga dapat menjamin keselamatan barangan anda. 

8 Beg Sandang untuk Lelaki Terbaik di Malaysia 2023

1. EA7 by Emporio Armani 

EA by Emporio Armani
Kredit gambar: Farfetch.com

Beg sandang ini didatangkan dengan reka bentuk uniseks serta mudah untuk dipadankan dengan pelbagai pakaian. Ia juga diperbuat daripada poliester sekali gus membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Beg ini juga mempunyai tali bahu yang boleh dilaraskan mengikut ketinggian dan keselesaan anda. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan ruang poket pada bahagian dalam beg bagi membolehkan anda meletakkan barangan penting seperti pasport. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester
  • Saiz: Kecil
  • Warna: Hitam
  • Negara Pengeluar: Itali

Kelebihan:

Uniseks
Mempunyai poket di bahagian dalam.

Harga: RM167.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Korean Style Canvas Men Sling Bag

Korean Style Canvas Men Sling Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg ini mempunyai reka bentuk kasual dan ringkas serta teksturnya yang licin  memudahkannya untuk dibersihkan. Beg ini didatangkan dengan pelbagai warna seperti hitam, coklat, khaki, kelabu dan hijau. Selain itu, beg ini juga boleh memuatkan pelbagai barangan keperluan seperti telefon, ‘powerbank’, dompet, kunci dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan tali bahu tebal bagi memberikan keselesaan sewaktu anda memakainya. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Saiz: 17 cm x 22 cm x 9 cm
  • Warna: Hitam, Coklat, Khaki, Kelabu dan Hijau 
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Kelebihan:

Tali bahu yang boleh dilaras
‘Breathable’

Harga: RM39.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. (V) Waterproof Sling Bag For Men

V Waterproof Sling Bag For Men
Kredit gambar: Shopee

Beg sandang ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi iaitu Taslan yang menjadikannya tahan lasak dan kalis air. Beg ini dilengkapi dengan ruang poket yang cukup luas untuk anda meletakkan barangan seperti dompet dan telefon bimbit. Beg ini sangat sesuai untuk anda yang mencari beg sandang yang ringan dengan rupa yang eksklusif.

Spesifikasi:

  • Bahan: Taslan
  • Saiz: 17cm X 7 cm X 17 cm
  • Warna: Pelbagai warna
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Kelebihan:

Tahan Lama
Kalis Air

Harga: RM31.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Extreme Leather Sling Bag

Extreme Leather Sling Bag
Kredit gambar: Zalora

Beg ini dapat memastikan barangan anda selamat dan terjamin ekoran ia dilengkapi dengan 3 bahagian simpanan berzip. Beg ini berukuran kecil dan boleh memuatkan iPhone 13 Pro Max. Hal ini sekali gus dapat memberikan anda tanggapan mengenai dimensinya. Beg ini juga dilengkapi dengan tali bahu yang boleh dilaras dan ditanggalkan. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit
  • Saiz: 11 cm x 18 cm x 5 cm
  • Warna: Coal Black
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Kelebihan:

3 ruang simpanan berzip & gelung tali pinggang
Tali bahu boleh ditanggal dan dilaras

Harga: RM259.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Coach Terrain Bike Bag 

Coach Terrain Bike Bag
Kredit gambar: Luxe Paradise

Beg ini merupakan antara beg yang paling digemari pengguna ekoran reka bentuknya yang ringkas dan mewah. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya kalis air dan kalis habuk. Selain itu, beg ini juga dilengkapi dengan pemegang pada bahagian atas bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas, Kulit Lembu 
  • Saiz: 32 cm x 21 cm x 10 cm
  • Warna: Hitam
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Kelebihan:

Bahan berkualiti tinggi
Unik

Harga: RM550.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Adidas Enamel Bag

Adidas Enamel Bag
Kredit gambar: Addidas.com

Beg ini diperbuat daripada poliuretana serta mempunyai logo ADIDAS pada bahagian hadapan sekali gus menonjolkan rupa yang kasual dan ‘sporty’. Ia mempunyai bahagian dalam bergaris dan poket hadapan berzip yang boleh anda gunakan untuk meletakkan barang yang kecil seperti kunci dan dompet. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melaraskan tali bahu mengikut keselesaan anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: 100% kulit palsu, poliuretana
  • Saiz: 816 cm x 41 cm x 28 cm
  • Warna: Hitam, Putih
  • Negara Pengeluar: Jerman

Kelebihan:

Luas
Tali bahu boleh laras

Harga: RM219.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. Santa Barbara Polo & Racquet Club

Santa Barbara Polo Racquet Club
Kredit gambar: Zalora

Beg ini boleh memuatkan barangan seperti telefon bimbit, dompet dan barangan kecil yang lain sekali gus menjadikannya sesuai digunakan untuk ke pejabat dan kegunaan harian. Beg ini juga dilengkapi dengan tali pergelangan tangan yang membolehkannya digayakan sebagai beg ‘clutch’. Selain itu, ia dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kertas, PVC 
  • Saiz: 23 cm (L) x 8 cm (W) x 13 cm (H) 
  • Warna: Coklat
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Tali pergelangan tangan disertakan.
Tali bahu boleh dilaras dan ditanggal.
Mempunyai 4 slot kad.

Harga: RM319.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. Nike Heritage

Nike Heritage
Kredit gambar: Nike

Beg Nike heritage ini didatangkan dengan reka bentuk ringan dan kasual yang menjadikannya sesuai untuk dibawa semasa melancong atau kegunaan harian. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tali bahu boleh laras bagi memudahkan anda bergerak atau berlari. Tambahan pula, beg ini mempunyai kemasan fabrik mesh yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester
  • Saiz: 18 cm x 13 cm x 3 cm 
  • Warna: Midnight Navy, Pollen
  • Negara Pengeluar: Indonesia

Kelebihan:

Mempunyai zip tahan karat
Sesuai untuk barangan kecil
Tali bahu boleh laras

Harga: RM90.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close