Bekas pasir juga dikenali sebagai ‘litter box’ merupakan bekas yang dijadikan tempat pembuangan najis kucing serta haiwan peliharaan ‘indoor’ yang lain seperti arnab, anjing dan banyak lagi. Tahukah anda, bekas pasir juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kucing. Hal ini kerana jika kucing tidak menyukai bekas pasir mereka, mereka mungkin akan kencing atau buang air besar di tempat yang tidak sesuai. Secara tidak langsung, ia akan mendedahkan kucing kepada kuman dan bakteria.
Oleh itu, menyediakan kucing dengan bekas pasir yang memenuhi keperluannya amat penting. Bekas pasir boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk yang boleh anda pilih berdasarkan saiz, kuantiti dan umur kucing anda. Berikut adalah 8 bekas pasir kucing terbaik di Malaysia.
Apa Yang Perlu Anda Pertimbangkan Semasa Mencari Bekas Pasir Kucing Yang Terbaik?
Disebabkan permintaannya yang tinggi bekas pasir kucing dipasarkan dalam pelbagai jenis dan bentuk, jadi wajarlah jika anda berasa keliru untuk memilih yang terbaik. Namun, anda tidak perlu bimbang kerana dengan memilih saiz yang betul, mengetahui fungsinya dan merancang belanjawan anda boleh membantu anda dalam mencari bekas pasir yang sesuai dengan kucing anda.
1. Saiz
Anda perlulah memilih bekas pasir yang bersesuaian dengan berat dan saiz kucing anda serta cukup luas untuk mereka. Hal ini bagi membolehkan mereka menggunakannya tanpa sebarang ketidakselesaan.
2. Fungsi
Bekas pasir yang berbeza menawarkan fungsi yang berbeza, jadi sebaiknya anda membuat carian atau memeriksa ciri yang ditawarkan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Hal ini bagi memastikan anda memilih bekas pasir yang memenuhi keperluan anda dan kucing anda.
3. Belanjawan
Bekas pasir yang berjenama biasanya dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan yang tidak berjenama. Oleh itu, anda disarankan untuk merancang perbelanjaan anda sebelum melakukan pembelian untuk mengelakkan pembaziran berlaku.
8 Bekas Pasir Kucing Terbaik di Malaysia 2023
1. Jumbo Sized Cat Litter Box

Bekas pasir ini sesuai digunakan untuk semua kucing tanpa mengira umur kerana saiznya yang besar. Ia dilengkapi dengan penutup bagi memberikan privasi kepada kucing anda serta mengelakkan pasir daripada terkeluar dan berselerak. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai penutup hadapan seakan pintu bagi memerangkap bau di dalam bekas supaya anda tidak akan terganggu dengan bau najis kucing anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik Polipropilena
- Warna: Hitam, Biru, Biru Muda, Kelabu, Hijau
Kelebihan:
✅ Mempunyai privasi
✅ Mengurangkan bau
✅ Sesuai untuk semua jenis kucing
✅ Mesra pengguna
Harga: RM44.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Foldable Cat Litter Box

Bekas pasir ini boleh dilipat bagi membolehkan anda menyimpannya dengan kemas jika tidak digunakan. Bukan itu sahaja, ia juga tidak akan memakan ruang yang banyak ekoran saiznya yang padat. Ia mempunyai 2 pintu masuk yang berbeza dan mudah untuk dibersihkan. Hal ini kerana, ia dilengkapi dengan alas yang boleh ditarik keluar serta penapis berbentuk cembung untuk mengelakkan pasir terkeluar daripada bekas. Bekas ini boleh didapati dalam 3 warna.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik Polipropilena
- Warna: Biru, Merah Jambu, Kelabu
Kelebihan:
✅ Boleh dilipat
✅ Didatangkan bersama alas/ dulang
✅ Penapis berbentuk cembung
Harga: RM57.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Luxury Cat Litter Box

Luxury Cat Litter Box ini sesuai untuk anak kucing dan kucing dewasa kerana ia didatangkan dengan penutup yang menawarkan privasi kepada kucing anda. Ia mempunyai ruang penyimpanan di bahagian atas bekas yang boleh anda gunakan untuk meletak ‘scoop’ pasir. Bukan itu sahaja, bekas ini juga dilengkapi dengan pemegang sekali gus membolehkan anda mengalihkannya dengan mudah.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik Polipropilena, ABS
- Warna: Biru, Merah Jambu, Hijau, Kelabu
Kelebihan:
✅ Mempunyai privasi
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Mempunyai penutup
Harga: RM44.90 – RM53.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Cat Litter Box With A Small Corridor

Bekas pasir ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan penutup untuk mengurangkan bau najis. Ia juga mudah untuk dibersihkan kerana anda hanya perlu membuka penutup bekas untuk membersihkan sisa kotoran kucing anda. Selain itu, bekas ini juga mempunyai lorong yang berfungsi untuk mengelakkan pasir daripada berselerak.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik Polipropilena
- Warna: Biru, Oren, Kelabu
Kelebihan:
✅ Percuma ‘scoop’ pasir
✅ Menghalang pasir daripada terkeluar
✅ Ruang besar
Harga: RM59.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Catit Cat Litter Box

Bekas pasir kucing ini merupakan produk keluaran jenama yang dipercayai iaitu Catit. Bekas pasir ini dilengkapi dengan penapis karbon untuk memastikannya tidak berbau dan mempunyai pengudaraan yang lebih baik. Selain itu, ia juga didatangkan dengan bukaan bekas yang besar bagi memudahkan anda untuk menambah pasir dan membuang najis. Bekas ini disyorkan untuk anak kucing dan kucing dewasa terutamanya kucing berbaka ekoran ruangnya yang luas.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Kelabu
Kelebihan:
✅ Jenama yang dipercayai
✅ Mudah untuk dipasang
✅ Penapis yang meresap karbon
Harga: RM66.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Top-Handled Cat Litter Box

Bekas pasir ini didatangkan dengan ciri mudah alih dan pemegang bagi membolehkannya dialihkan dengan mudah. Ia juga dilengkapi dengan penapis karbon yang berkesan dalam memerangkap dan menghilangkan bau najis. Bukan itu sahaja, ‘scoop’ juga disertakan semasa pembelian. Bekas ini dipasarkan dalam pelbagai warna menarik yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Merah Jambu, Biru, Coklat, Violet, Hijau
Kelebihan:
✅ Mudah alih
✅ ‘Scoop’ percuma
✅ Menghilangkan bau
Harga: RM12.67 – RM55.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Openable Cat Litter Box

Bekas pasir ini boleh diangkat sehingga 180 darjah bagi memudahkan anda untuk membuang sisa najis dan menambah pasir baharu. Ia juga dilengkapi dengan pintu 2 arah yang membolehkan kucing anda masuk dan keluar tanpa sebarang komplikasi. Bukan itu sahaja, bekas ini juga menawarkan ruang yang besar dan boleh digunakan untuk kucing di bawah berat 10 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Biru Laut, Kelabu, Hijau Pudina, Merah Jambu
Kelebihan:
✅ Mudah untuk dikendalikan
✅ Menawarkan ruang yang besar
✅ Mudah alih
Harga: RM25.49 – RM40.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Small Sized Cat Litter Box

Bekas pasir bersaiz kompak ini mempunyai pemegang di bahagian atas bagi membolehkan anda memindahkannya dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah. Ia mempunyai kawasan loncatan kecil yang boleh membantu mengurangkan jumlah taburan pasir di sekitar bekas. Selain itu, pintunya juga mudah untuk digunakan oleh kucing anda kerana ia diperbuat daripada bahan yang ringan.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik Polipropilena
- Warna: Biru, Coklat, Hijau, Merah Jambu, Putih, Ungu
Kelebihan:
✅ Padat
✅ ‘Scoop’ percuma
✅ Mengurangkan taburan pasir
Harga: RM49.90 – RM69.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.