Berus gigi merupakan alat penting yang diperlukan untuk membersihkan gigi dan gusi. Penjagaan gigi dan gusi amat penting bagi mencegah pembiakan bakteria dan kuman agar masalah seperti kerosakan gigi, penyakit gusi dan banyak masalah pergigian yang lain dapat dielakkan.
Dengan kemajuan teknologi, terdapat berus gigi elektrik yang kini dijual di kebanyakan pasar raya. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah orang yang lebih suka menggunakan berus gigi manual kerana ia lebih mudah untuk digunakan dan diselenggara. Dengan itu, berikut adalah 8 berus gigi manual terbaik di Malaysia.
Adakah anda perlu menggosok gigi selepas makan?
Menggosok gigi selepas makan adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan gigi sihat dan kuat di samping mencegah kerosakan gigi. Namun demikian, perlu diingati bahawa anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan sekiranya mahu menggosok gigi. Hal ini kerana, jika anda menggosok gigi sejurus selepas makan enamel gigi akan rosak.
Berapa kali orang dewasa perlu menggosok gigi?
Semua orang dewasa disyorkan untuk menggosok gigi 2 kali sehari iaitu sekali pada waktu pagi sebelum bersarapan dan sekali lagi pada waktu malam sebelum tidur. Hal ini bagi membantu mengurangkan nafas berbau serta menghapuskan sebarang pengumpulan bakteria.
8 Berus Gigi Manual Terbaik di Malaysia 2023
1. Colgate ZigZag Toothbrush

Berus Gigi ZigZag Colgate didatangkan dengan rekaan bulu silang bersudut yang berfungsi untuk membersihkan gigi dengan berkesan sehingga ke celah-celah gigi. Selain itu, berus gigi ini mempunyai reka bentuk badan fleksibel yang membolehkan anda menggosok gigi dengan selesa sambil membersihkan kawasan gusi. ‘Cleaning tip’ yang dinaikkan pada berus gigi ini berfungsi untuk menghapuskan plak di kawasan gigi dan gusi yang sukar dicapai.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik kitar semula
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Bulu silang bersudut
✅ Reka bentuk badan fleksibel
✅ ‘Cleaning tip’ yang dinaikkan
Harga: RM2.99 – RM11.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Slimsoft Charcoal Toothbrush

Berus Gigi Colgate Slimsoft Charcoal ini dilengkapi dengan bulu ‘charcoal infused’ yang membantu dalam menghapuskan bakteria dan plak pada gigi, gusi dan kawasan mulut. Berus gigi ini mempunyai bulu senipis 0.01 mm bagi memudahkan capaian antara gigi untuk mengeluarkan sebarang zarah makanan yang tersekat. Berus gigi ini sangat lembut dan tidak akan merosakkan gusi dan enamel gigi anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon, Plastik kitar semula
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Bulu ‘charcoal infused’
✅ Bulu nipis/ halus
✅ Lembut pada gusi
Harga: RM4.90 – RM19.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Systema Full Head Toothbrush

Berus Gigi Systema Full Head dibina dengan kepala berus yang lebih lebar berbanding berus gigi biasa yang lain. Hal ini bagi membantu membersihkan gigi dan gusi dengan lebih cepat ekoran ia dapat menjangkau kawasan dengan lebih luas. la dilengkapi dengan pemegang getah untuk cengkaman yang lebih baik. Berus gigi ini boleh didapati dalam warna hijau, biru, coklat dan zaitun.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon, Plastik, Getah
- Negara Pengeluar: Jepun
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Kepala berus lebar
✅ Menjangkau kawasan dengan lebih luas
✅ Bulu lembut
Harga: RM15.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Oral-B Complete Easy Clean Toothbrush

Berus Gigi Oral-B Complete Easy Clean ini menawarkan 3 proses pembersihan bagi membersihkan gigi dan gusi anda dengan mendalam. Berus gigi ini didatangkan dengan bulu berbentuk cawan atau ‘cup’ yang akan menembusi ruang dalam di antara gigi untuk menyingkirkan plak dan membersihkan gigi dengan lebih berkesan. Berus gigi ini dilengkapi dengan pembersih lidah yang berfungsi untuk untuk mengurangkan penumpukan bakteria yang menyebabkan bau mulut
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon, Plastik
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Bulu berbentuk cawan/ ‘cup’
✅ Pembersih lidah
✅ Bulu ‘end rounded’
Harga: RM10.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Jordan Adult Classic Toothbrush

Berus gigi Jordan Adult Classic ini sangat halus dan lembut pada pada gusi dan gigi malah ia juga sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Berus gigi ini didatangkan dengan pemegang ‘two component’ untuk cengkaman yang selesa serta kepala bujur untuk pembersihan yang lebih efektif. Produk berus gigi ini juga dapat membersihkan kawasan mulut yang sukar dicapai.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Negara Pengeluar: Norway
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Lembut pada gusi
✅ Pemegang selesa untuk digenggam
✅ Bulu berbentuk bulat
Harga: RM9.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Darlie Charcoal Clean Toothbrush

Berus Gigi Darlie Charcoal Clean didatangkan dengan bulu tirus ‘charcoal infused’ untuk mencegah bau mulut. Berus gigi ini mampu mengekalkan kekeringan dan kesegaran filamen berus gigi sekali gus dapat mengelakkan pembiakan bakteria pada berus gigi. Berus gigi ini dapat membersihkan gigi anda dengan mendalam kerana berusnya yang halus (0.01 mm) dan nipis dapat mencapai celahan gigi. Rekaan kepala berusnya yang padat dan fleksibel memberikan anda pengalaman memberus yang selesa.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon, Plastik
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Bulu tirus
✅ Menghalang pertumbuhan bakteria pada bulu
✅ Membersih secara mendalam
Harga: RM21.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Jordan Adult Alfa 8-in-1 Toothbrush

Mahukan kebersihan gigi 24/7 dan pembersihan yang memuaskan? Dapatkan berus gigi Jordan Adult Alfa 8-in-1 ini. Ia mempunyai 8 ciri penting yang membantu dalam membersihkan gigi dan gusi anda dengan cekap dan teliti. Berus gigi ini dilengkapi dengan bulu ‘ bamboo charcoal’ yang terbukti dapat memberikan 4 kali kuasa pembersihan yang efektif serta dapat memutihkan gigi. Selain itu, ia juga mempunyai pemegang ergonomik untuk memberikan keselesaan yang optimum sewaktu anda menggunakannya.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Negara Pengeluar: Norway
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Bulu berbentuk ‘spiral’
✅ Kepala berbentuk berlian
✅ Pelapik getah dwi fungsi
Harga: RM8.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Darlie Bi-Level Toothbrush

Berus gigi ini direka khusus untuk lelaki. Ia menampilkan kepala bersaiz sederhana yang fleksibel dan mampu mencapai setiap sudut di dalam mulut. Berus gigi ini dapat mencegah pembentukan plak dan bakteria yang mengelilingi bahagian dalam mulut, di samping menyegarkan nafas. Berus gigi ini dilengkapi dengan bulu berus dwitahap yang berfungsi untuk membersih gigi dengan lembut dan tidak mencalarkan gusi.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon, Plastik
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Kepala pendek dan fleksibel
✅ Mencegah pembentukan plak
✅ Menyegarkan nafas
Harga: RM5.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.