10 Biji Koko Terbaik di Malaysia 2026

Jika anda mendengar tentang biji koko, perkara pertama yang terlintas di fikiran anda pasti manisan coklat yang berkrim dan cair di mulut. Sebaliknya, biji koko ini memiliki rasa yang jauh lebih pahit dengan tekstur yang rangup seperti biji kopi. Tambahan pula, biji koko adalah bentuk mentah coklat yang sering anda makan. Namun, biji koko ini adalah lebih berkhasiat kerana tidak mengandungi sebarang gula tambahan! Biji koko ini juga boleh dikisar untuk menghasilkan serbuk koko dan juga coklat.

Apakah manfaat yang diperoleh daripada biji koko? 

Biji koko memiliki pelbagai khasiat yang sememangnya bermanfaat untuk anda. Salah satu kebaikannya adalah biji koko merupakan makanan yang anti-kanser. Hal ini kerana biji koko terdiri daripada bahan antioksidan. Ia berfungsi untuk mengelakkan sel kanser daripada merebak sekaligus membunuh pembentukan sel tersebut di dalam sel badan. Contohnya, kanser kolon. Selain itu, biji koko juga amat baik untuk aturan gula dalam darah, mengurangkan tekanan darah dan melindungi anda daripada segala penyakit yang berkaitan dengan jantung. Berikut adalah senarai 10 Biji Koko Terbaik di Malaysia 2026 kami ingin kongsikan kepada anda!

10 Biji Koko Terbaik di Malaysia 2023

1. Callebaut, 100% Pure Roasted Cocoa Nibs

Callebaut Pure Roasted Cocoa Nibs
Kredit gambar: malaysiabakery

Anda boleh menambah sedikit elemen rasa asli dan rangup biji Koko Callebaut ini ke dalam kuih muih, biskut mahupun ke makanan ‘bakery’. Ia memberikan rasa biji koko panggang yang kuat di samping tekstur yang ranggup. Elemen ini menjadikan penggunaannya sebagai salah satu ‘kunci’ untuk menambahkan rasa enak dalam sesuatu makanan tersebut. Contohnya, penggunaan biji koko dalam pencuci mulut atau hidangan yang anda gemari. Seterusnya, biji koko Calleabout ini tidak memiliki komponen lain selain biji koko. Jika anda belum mencuba, jangan teragak-agak untuk dapatkan segera! 

Spesifikasi

  • Jenis: Dipanggang
  • Negara Pengeluar: Belgium 
  • Saiz: 200 g and 800 g

Harga: RM15.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Benns Ethicao Cacao Nibs

Benns Ethicao Cacao Nibs
Kredit gambar: Benns Ethicao

Meskipun biji koko adalah halus, namun, ia amat kaya dengan khasiat hebat! ‘Biji’ merujuk kepada biji koko yang terdapat di bahagian dalam buah tersebut. Ia memiliki kandungan antioksidan dan tidak mempunyai sebarang gula. Hal ini kerana ia merupakan bentuk mentah daripada manisan coklat tetapi anda masih boleh memakannya. Nikmati biji koko Benns Ethicao bersama semangkuk smoothie atau aiskrim, yogurt, serta ia boleh digunakan sebagai pengganti cip coklat. 

Spesifikasi

  • Jenis: Mentah
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 150 g

Harga: RM19.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Organicula Cocoa Nibs With Yacon

Organicula Cocoa Nibs With Yacon
Kredit gambar: NGO Grocer

Organicula Cocoa Nibs with Yacon adalah khusus buat anda yang amat cinta akan makanan manis! Bagi menambahkan lagi elemen rasa manis asli dalam biji koko ini, produk ini telah memasukkan sirap Yacon. Selain ini, ia kaya dengan banyak nutrisi, aktioksidan dan fiber  yang pastinya amat bermanfaat kepada anda. Selain itu, biji koko ini adalah pilihan ideal bagi individu yang ingin menjaga kesihatan jantung di samping mengorak langkah ke arah gaya hidup yang sihat. Anda boleh makan biji koko sebelum aktiviti senaman. Jadi, jelaslah bahawa anda tidak mempunyai sebarang alasan lagi untuk mendapatkan Organicula Cocoa Nibs with Yacon di pasaran sekarang!

Spesifikasi

  • Jenis: Dimaniskan dengan sirap Yacon
  • Negara Pengeluar: Peru
  • Saiz: 250 mg

Harga: RM42.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Navitas Organics Organic Cacao Nibs

Navitas Organics Organic Cacao Nibs
Kredit gambar: iHerb

Biji Koko Organik Navitas Organics adalah cebisan halus daripada biji koko organik yang diproses dan mendapat pengiktirafan Fairtrade. Biji-biji koko ini memiliki kandungan antioksidan, fiber dan mineral yang tinggi. Selain itu, biji koko ini, sebagaimana biji koko yang lain turut mempunyai sedikit rasa pahit daripada ‘dark chocolate’. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana biji koko Navitas Organics ini juga memiliki tekstur yang ranggup.

Spesifikasi

  • Jenis: Mentah
  • Negara Pengeluar: Afrika Barat
  • Saiz: 227 g dan 454 g

Harga: RM70.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Organicula Cacao Nibs

Organicula Cacao Nibs
Kredit gambar: Shopee

Inginkan coklat tetapi rasa bersalah untuk makan berlebihan? Dengan adanya Organicule Cacao Nibs, anda tidak perlu risau lagi! Penuhi keinginan anda dengan produk yang bukan sahaja enak dimakan, ia bahkan juga diperkaya dengan kandungan mineral, antioksidan dan fiber. Justeru, jika anda memakan biji koko ini, anda akan bertenaga seolah-olah anda meminum secawan kopi.

Spesifikasi

  • Jenis: Mentah
  • Negara Pengeluar: Peru
  • Saiz: 250 mg

Harga: RM40.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Vive Snack Raw Cacao Nibs

Vive Snack Raw Cacao Nibs

Biji Koko daripada Vive Snack dimiliki daripada pokok koko yang dikutip secara manual menggunakan tangan. Pokok-pokok koko tersebut terletak di Banting, Selangor. Biji Vive Snack mempunyai rasa dan aroma ‘dark chocolate’. Ia juga merupakan makanan yang baik untuk tenaga dan minda anda. Hal ini kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi yang berfungsi sebagai suplemen untuk memulihkan kesihatan anda. Selain itu, ia terdiri daripada kandungan mineral dan garam yang diperlukan oleh badan anda.

Spesifikasi

  • Jenis: Mentah
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 100 g dan 224 g

Harga: RM18.90 (100g pack)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Dla Natural Roasted Cocoa Nibs

Dla Natural Roasted Cocoa Nibs
Kredit gambar: Shopee

DHappyHeart memfokuskan kepada penghasilan produk makanan berasaskan kesihatan dan nutrisi. Produk ini diperkenalkan bagi membantu orang ramai untuk meningkatkan kesihatan mereka. Selain itu, biji koko DIa Roasted Cocoa Nibs ini merupakan makanan alternatif bagi individu yang sedang dalam proses diet. Hal ini disebabkan ia tidak mempunyai sebarang kandungan gluten, tenusu, telur, GMO dan vegan. 

Spesifikasi

  • Jenis: Dipanggang
  • Negara Pengeluar: Ecuador
  • Saiz: 200 g, 200 g dan 800 g

Harga: RM18.00 ( Pek 200 g)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Vive Snack Salted Cacao Nibs

Vive Snack Salted Cacao Nibs
Kredit gambar: Shopee

Memandangkan koko asli memiliki rasa yang amat pahit, jadi, Vive Snacks Salted Cocoa Nibs menawarkan bahan semula jadi untuk menambahkan rasa manis. Ia memiliki tekstur yang rangup dan rapuh yang sesuai bagi anda yang suka menikmati rasa rangup dalam sesuatu makanan. Bagi anda yang baru berjinak-jinak ingin merasa biji koko, anda disarankan untuk mencuba Vive Snacks Salted Cocoa Nibs! Ia menawarkan rasa molase dan garam laut organik yang memberi keseimbangan kepada rasa pahit tersebut.

Spesifikasi

  • Jenis: Salted
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 100 g dan 224 g

Harga: RM18.90 (Pek 100 g)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Maya Naturale Cacao Nibs

Maya Naturale Cacao Nibs
Kredit gambar: Shopee

Maya Naturale Cacao Nibs adalah versi coklat yang tidak diproses secara menyeluruh. Jadi, ia tidak mengandungi sebarang bahan tambahan yang tidak menyihatkan. Di samping itu, ia mempunyai nutrien lengkap sebagaimana yang anda akan temui dalam biji koko asli. Biji koko ini kaya dengan kandungan antioksidan, fiber, zat besi dan magnesium. Lazimnya, biji koko ini digunakan untuk menambahkan lagi keenakan rasa pada pencuci mulut dan juga hidangan yang lain.

Spesifikasi

  • Jenis: Dipanggang
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 100g dan 200 g

Harga: RM14.90 (pek 100 g)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Lee’s Sea Salt Cocoa Nibs

Lees Sea Salt Cocoa Nibs
Kredit gambar: B2B DaiGor

Lee’s Cocoa Artisanal Chocolate adalah produk yang berasal dari Tanjong Sepat. Jenama ini telah memastikan pengeluaran ini dengan sendiri bagi memastikan kualiti produk koko terjamin. Selain itu, mereka meneliti setiap proses dengan peka, daripada penanaman, penuaian, pengeluaran dan pembungkusan. Serat, protein, dan lemak sihat semuanya terdapat dalam makanan ini. Rasa produk ini dipertingkatkan dengan garam laut. Hal ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang memerlukan hidangan biji koko yang kurang pahit.

Spesifikasi

  • Jenis: Salted
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 100g dan 250 g

Harga: RM17.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close