8 Bom Mandian Terbaik di Malaysia 2025

Bom mandian atau ‘bath bomb’ dikategorikan sebagai aksesori mandian yang sering digunakan di spa sebagai salah satu bahan rendaman yang selamat dan menenangkan. Kebiasaannya bom mandian digunakan untuk rendaman seluruh badan bertujuan untuk melegakan sakit badan dan memberikan ketenangan. Di Malaysia, penggunaan bom mandian masih lagi belum meluas dan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui kelebihan bom mandian. 

Bom mandian mempunyai banyak manfaat kepada tubuh badan dan juga mental terutamanya kepada kulit. Bahan-bahan yang digunakan seperti ‘essential oil’, soda dan ‘Epsom salt’ dapat melembutkan dan melembapkan kulit anda. Bukan itu sahaja, bom mandian juga berfungsi untuk menghilangkan stres, mengurangkan iritasi pada kulit, melegakan sakit badan dan juga menyegarkan badan. Berikut adalah 8 bom mandian terbaik di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih bom mandian yang terbaik?

Terdapat pelbagai pilihan bom mandian di pasaran, membuatkan anda keliru untuk memilih bom mandian yang sesuai dengan ciri yang anda inginkan? Jangan bimbang, dengan mempertimbangkan aspek seperti bau, berat dan harga boleh membantu anda dalam membuat pilihan bom mandian yang terbaik

1. Bau:

Bom mandian boleh didapati dalam pelbagai bauan daripada wangian buah-buahan dan bunga sekali gus membolehkan anda memilih bauan berdasarkan personaliti dan cita rasa anda.

2. Berat:

Berat bersih bom mandian amat penting kerana ia dapat menentukan isi padu air yang di dinamis. Oleh itu, anda perlulah memilih bom mandian yang bersesuaian dengan saiz tab mandi anda.  

3. Harga:

Disebabkan peningkatan populariti produk bom mandian, anda boleh mendapatkan bom mandian pada pelbagai harga berdasarkan jenama. Oleh itu, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

.

8 Bom Mandian Terbaik di Malaysia 2023

1. Premium Aromatherapy Bath Bomb

Premium Aromatherapy Bath Bomb
Kredit gambar: Shopee

Premium Aromatherapy Bath Bombs ini mengandungi madu asli dan asid Sitrik yang berfungsi untuk melembapkan dan meremajakan kulit anda. Bukan itu sahaja, ia juga diformulasikan dengan ‘essential oil’ semula jadi yang menjadikannya sesuai untuk digunakan bagi penghidap hypoalergik. Ia juga didatangkan dengan pelbagai bauan untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Baking Soda, Asid Sitrik, Serbuk Asid Amino (Berbuih Asli), Serbuk Hyaluronik, Serbuk Arrow Root, Krim Tartar, Minyak Pati Asli, Pewangi, Mika, Serbuk Oat Koloid, Madu asli, Serbuk Santan, Mawar, Rolled Oat, Lavender Buds
  • Bau: Lavender, Honey Oat, Lavender Booster, Rose Milk, Honey Rose, Rose Booster, JM English Pear, JM Gardenia & Oud, JM Orange Blossom, English Pear Booster
  • Kuantiti: 1 biji
  • Negara Pengeluar:Malaysia

Kelebihan:

Produk tempatan
Pelbagai bauan
Melembapkan

Harga: RM1.50 – RM4.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. VT Cica Bath Bomb

VT Cica Bath Bomb
Kredit gambar: Shopee

Cica Bath Bomb ini didatangkan dengan bauan pudina yang dapat menyegarkan badan anda. Jenama bom mandian premium ini juga mempunyai barisan produk penjagaan kulit seperti pembersih dan pelembap. Bukan itu sahaja, bom mandian ini juga mempunyai ciri ‘healing properties’ yang berfungsi untuk menenangkan kulit ekzema.

Spesifikasi:

  • Bahan: Centella asiatica
  • Bau: Pudina
  • Kuantiti: 1 biji
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Kelebihan:

Bau pudina yang menyegarkan
Mesra kulit
Melegakan ekzema

Harga: RM55.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Children’s Bath Bomb

Childrens Bath Bomb
Kredit gambar: Shopee

Bom Mandian Kanak-kanak ini mengandungi 100% bahan organik dan lembut pada kulit. Ia sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang memiliki kulit sensitif. Bom mandian ini didatangkan dengan watak-watak animasi yang boleh anda pilih berdasarkan animasi kesukaan anak anda. Selain itu, ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna.

Spesifikasi:

  • Bahan: Baking Soda, Asid Sitrik, Kaolin Clay, Minyak Wangi, Mentega Koko Organik, Minyak Bunga Matahari Organik, Minyak Kelapa, Mentega Shea, Polisorbat 80 Dan Witch Hazel
  • Bau: Rose
  • Kuantiti: 1 biji, 6 biji, 12 biji
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Mesra kanak-kanak
Warna terang
Bahan lembut

Harga: RM55.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Dried Flower Bubble Bath

Dried Flower Bubble Bath
Kredit gambar: Shopee

Dried Flower Bubble Bath ini memberikan anda bauan yang menenangkan serta mempunyai buih yang tebal. Bom mandian ini dapat membantu anda melegakan kesakitan badan, ketegangan saraf dan otot serta mengurangkan sinus. Bom mandian ini juga dihiasi dengan bunga kering di atasnya. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Tidak dinyatakan
  • Bau: Lavender sea salt, lemon, rose sea salt, orange, blue ocean, la vie en rose, lavender, milk, mint, grapefruit
  • Kuantiti: 1 biji
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Bunga kering
Pelbagai haruman
Melegakan keletihan badan

Harga: RM4.59

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Rainbow Essential Bath Bomb

Rainbow Essential Bath Bomb
Kredit gambar: Shopee

Rainbow Essential Bath Bomb akan membuatkan tab mandi anda dipenuhi dengan warna dan haruman ‘essential oil’. Bom mandian ini menyerupai bentuk awan serta mengandungi warna pelangi yang terang. Ia juga mengandungi garam laut yang terbukti dapat membantu meredakan ketegangan otot. Bom mandian ini didatangkan dalam 4 bauan untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Garam laut, baking soda, asid sitrik, essential oil
  • Bau: Lavender, ocean, dior, rose
  • Kuantiti: 1 biji
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Warna pelangi

Harga: RM5.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. doTERRA Bath Bomb

doTERRA Bath Bomb
Kredit gambar: Shopee

Bom Mandian doTERRA ini dirumus khas dengan ‘essential oil’ organik bagi menghasilkan bau yang tenang dan halus. Ia juga mengandungi garam Epsom dan minyak jojoba yang membantu untuk melembutkan dan melembapkan kulit anda. Ia didatangkan dengan 4 bauan yang boleh anda pilih berdasarkan ‘mood’ dan pilihan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Baking soda, asid sitrik, essential oil doTERRA, garam Epsom, krim tartar, minyak jojoba, pewarna mika
  • Bau: Lavender, lemon, pudina, oren 
  • Kuantiti: 1 biji
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Buatan tangan
Bahan semula jadi
‘Essential oil’ eksklusif

Harga: RM10.90 – RM15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Dove Bath Bombs

Dove Bath Bombs
Kredit gambar: Shopee

Dove Bath Bombs merupakan bom mandian ‘cruelty-free’ serta telah diperakui oleh PETA. Bom mandian ini melembapkan kulit anda dengan lembut dan mendalam tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan atau ruam. Ia didatangkan dalam 3 variasi iaitu ‘glowing’, ‘renewing’ dan ‘relaxing’ bagi membolehkan anda memilih bom mandian yang sesuai dengan keperluan dan jenis kulit anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Natrium bikarbonat, asid sitrik, natrium lauril sulfoasetat, minyak kanola, pewangi, air, pasak-180m, minyak lavandula hybrida, asid palmitik, asid stearik, gliserin, minyak lavandula angustifolia (lavender), natrium benzoat, kumarin, limonene, linalool, blue 1 (ci 42090), red 33 (ci 17200)
  • Bau: Lavender, peony, mangga
  • Kuantiti: 2 biji
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Kelebihan:

‘Fizz’ tahan lama
Pek ‘bundle’

Harga: RM44.44

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Lush Bath Bombs

Lush Bath Bombs
Kredit gambar: Shopee

Lush Bath Bombs ini sesuai digunakan apabila anda memerlukan rangsangan tenaga. Bom mandian ini mengandungi campuran haruman melati, ‘ylang-ylang’ dan ‘clary sage’ yang akan membantu anda untuk  bertenang dan mengembalikan ‘mood’ anda. Bom mandian ini meninggalkan sentuhan bau yang tahan lama. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Natrium Bikarbonat, Asid Sitrik, Minyak wangi, Tepung Kacang Soya, Jasmine Absolute, Minyak Sage Clary, Minyak Ylang Ylang, Air (Aqua), Titanium Dioksida, Musk Sintetik, Propylene Glycol, *Limonene, *Linalool, Butylphenyl Methylpropional, Alpha Isomethyl Ionone, Color 17200, Color 42090, Color 14700, Color 45410, Rice Paper Bunga
  • Bau: Jasmine, ylang-ylang, sage
  • Kuantiti: 1 biji
  • Negara Pengeluar: United Kingdom

Kelebihan:

Bau sensual
Hiasan ‘pinkish tone’

Harga: RM57.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close