Adakah anda merasa sukar untuk membawa syampu, gel mandian, perapi, pembersih muka, pelembap, pelindung matahari dan banyak lagi semasa melancong? Ia bukan sahaja besar dan berat, malah ia juga boleh menyebabkan anda dikenakan kos tambahan jika melebihi berat bagasi yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan.
Oleh itu, penggunaan botol travel sangat berguna kerana reka bentuknya yang mudah alih dan ringan. Dengan itu, anda tidak perlu risau lagi tentang berat bagasi anda. Berikut adalah senarai 8 botol travel terbaik di Malaysia!
Bagaimana hendak memilih botol travel yang sesuai?
Memandangkan terdapat pelbagai pilihan botol travel di pasaran, tidak hairanlah sekiranya anda keliru untuk memilih botol yang sesuai dengan ciri yang anda inginkan. Beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan semasa memilih botol adalah keperluan anda, bahan botol dan saiznya.
- Keperluan
Anda haruslah membeli botol travel yang bersesuaian dengan kuantiti dan jenis produk yang anda ingin bawa. Sebagai contoh, jika anda mempunyai banyak produk penjagaan kulit untuk dibawa semasa bercuti, anda boleh membeli satu set botol travel dengan saiz yang berbeza untuk memenuhi keperluan anda.
- Bahan
Anda disyorkan untuk membeli botol travel dengan bahan berkualiti tinggi dan kukuh untuk mengelakkan sebarang kebocoran serta boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
- Saiz
Menyesuaikan saiz botol dengan kapasiti produk adalah perkara yang paling penting. Sebagai contoh, jika anda melancong secara bersendirian, botol dengan saiz yang kecil sudah memadai.
8 Botol Travel Terbaik di Malaysia 2023
1. PET Plastic Travel Bottle

Botol travel ini didatangkan dalam pelbagai pilihan saiz yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan anda. Ia sangat sesuai digunakan untuk mengisi cecair seperti losyen, sampel kosmetik, perapi, syampu, minyak wangi dan banyak lagi. Selain itu, botol ini juga mempunyai reka bentuk yang ringan serta mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Isi padu: 10 ml, 20 ml, 30 ml, 50 ml, 60 ml, 100 ml
- Bahan: Plastik PET
- Warna: Lutsinar
Kelebihan:
✅ Lembut dan tahan lama
✅ Penutup botol anti bocor
✅ Mampu Milik
Harga: RM0.32-RM0.74
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. 9pcs Set Travel Kit

Set 9pcs Travel kit ini diperbuat daripada bahan plastik bermutu tinggi dan mesra alam serta selamat digunakan. Anda boleh dapatkan 9 jenis botol travel seperti botol semburan, botol pam, botol ‘beak’, botol jenis ‘flip’, corong kecil, penitis kecil, sudu dan 2 bekas krim dengan hanya RM 4.90.
Spesifikasi:
- Isi padu: Botol Semburan: 50 ml, Botol Pam: 50 ml, Botol ‘Beak’: 50 ml, Botol Jenis ‘Flip’: 50 ml
- Bahan: Plastik gred tinggi
- Warna: Biru, Merah Jambu, Putih
Kelebihan:
✅ Padat dan ringan
✅ Pelbagai jenis
Harga: RM0.99-RM4.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. 4 in 1 Soap Portable Lightweight Dispenser Bottle

Botol ini sesuai untuk anda yang ingin membawa barangan penjagaan kulit dan kosmetik. Ia dilengkapi dengan kunci pintar dan muncung anti bocor untuk mengelakkan daripada sebarang kebocoran berlaku. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama.
Spesifikasi:
- Isi padu: 40 ml
- Bahan: Plastik kitar semula
- Warna: Kelabu, Merah Jambu
Kelebihan:
✅ Mempunyai ‘smart lock’
✅ Mudah alih
✅ Padat
Harga: RM8.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Silicone Refillable Squeezable Travel Bottle

Silicone Refillable Squeezable Travel Bottle ini sesuai untuk digunakan ketika melancong mahupun ketika anda ingin mengatur keperluan bilik mandi anda. Botol ini diperbuat daripada silikon yang menjadikannya tahan lasak dan kalis air sekali gus dapat mengelakkannya daripada kebocoran. Ia didatangkan dalam 4 warna yang menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Isi padu: 60 ml, 90 ml
- Bahan: Silikon, Plastik Polipropilena
- Warna: Hijau, Merah Jambu, Biru, Putih
Kelebihan:
✅ Bergaya
✅ Tahan Lama
✅ Ringan
Harga: RM7.90-RM8.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Cute Silicone Portable Travel Bottle

Cute Silicone Portable Travel Bottle ini diperbuat daripada bahan silikon berkualiti tinggi yang menjadikannya stabil dan tahan lasak. Reka bentuknya yang lebar memudahkan proses pengisian semula. Manakala, reka bentuk lubang kecil pada penutup membolehkan anda untuk mengawal jumlah penggunaan. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Isi padu: 38 ml, 60 ml, 80 ml
- Bahan: Silikon
- Warna: Biru, Hijau, Ungu, Merah Jambu
Kelebihan:
✅ Reka bentuk comel
✅ Stabil dan tahan lama
✅ Jumlah penggunaan boleh dikawal
Harga: RM3.48-RM4.28
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. 10 in 1 Travel Bottles Set

Set botol 10 dalam 1 ini menawarkan 10 item berbeza dalam satu pembelian. Set ini dilengkapi dengan 2 botol pam, bekas krim bulat, 1 botol semburan, berus gigi mudah alih, sikat rambut kecil, sudu kecil, cermin, tuala muka dan beg peralatan mandian kalis air. Set ini juga mempunyai kualiti yang tinggi selain dijual pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Isi padu: 75 ml (Botol pam), 75 ml (Botol semburan), 15 g (Bekas krim bulat)
- Bahan: PET + PP PS
- Warna: Merah Jambu, Ungu, Hijau
Kelebihan:
✅ Mesra alam
✅ Mudah alih
✅ Reka bentuk moden
Harga: RM11.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. 3/4 In 1 Soap Dispenser Bottle

3/4 in 1 Soap Dispenser Bottle ini didatangkan dengan reka bentuk yang agak unik dan mempunyai ruang penyimpanan gabungan. Secara tidak langsung, hal ini dapat menjimatkan ruang serta memastikan produk mandian anda berada dalam keadaan kemas dan teratur. Botol ini boleh digunakan untuk pelbagai produk cecair seperti losyen, krim, syampu dan banyak lagi.
Spesifikasi:
- Isi padu: 240 ml, 135 ml
- Bahan: Plastik
- Warna: Biru, Oren, Ungu, Kuning, Hitam, Merah Jambu
Kelebihan:
✅ Reka bentuk kompak dan praktikal
✅ Tahan lasak
✅ Mudah alih
Harga: RM3.89-RM4.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Transparent spray bottle

Botol lutsinar ini merupakan salah satu botol travel mudah alih yang terlaris di pasaran. Ia didatangkan dalam pelbagai pilihan saiz yang boleh anda pilih mengikut jenis produk anda. Selain daripada harganya yang murah, ia juga mempunyai kualiti yang terbaik. Bukan itu sahaja, botol kecil ini juga boleh dikitar semula, jadi tiada setitik cecair yang akan dibazirkan!
Spesifikasi:
- Isi padu: 10 ml, 20 ml, 30 ml, 50 ml, 60 ml, 80 ml, 100 ml, 120 ml, 150 ml, 200 ml
- Bahan: Plastik
- Warna: Lutsinar
Kelebihan:
✅ Mampu milik
✅ Mudah alih
✅ Lutsinar
Harga: RM0.30-RM0.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.