Sudah menjadi lumrah bagi ibu muda atau wanita mengandung untuk memikirkan barang keperluan sebelum bersalin. Breast pump merupakan antara barangan keperluan yang penting. Secara ringkasnya, ia merupakan alat untuk membantu para ibu yang bekerja untuk menyediakan bekalan susu yang mencukupi untuk bayi. Di sini, kami senaraikan 10 breast pump terbaik yang boleh anda dapatkan hari ini!
10 Breast Pump Terbaik di Malaysia 2023
1. Elvie Double Electric Breast Pump

Breast pump jenama Elvie ini mempunyai kapasiti 160 ml atau 6 oz. Saiz pam ini sangat ideal untuk diletakkan di dalam bra sekali gus membolehkan anda melakukan kerja lain sambil mengepam susu. Anda tidak perlu bimbang kerana sedutan pam ini hanya 300 mmhg, jadi ia tidak akan menyakitkan puting. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ciri anti ‘backflow’ untuk mengelak sebarang kebocoran. Pam ini juga dilengkapi dengan 3 jenis mod iaitu mod auto ‘stimulation’, ‘massage’ dan ‘expression’.
Spesifikasi:
- Bekalan kuasa: 3.7 V, 1450 mAh, 5.3 Wh
- Jenis palam: USB Mikro
- Bateri: 2 jam (cas), 2.5 jam (hayat bateri), Lithium Polymer battery
- Jenis Sambungan: Bluetooth
- Smart features: Penjejakan dalam aplikasi dan alat kawalan jauh
- Peranti: iPhone 5S ke atas (iOS10+), Android 6 dan versi lebih baharu yang menyokong Bluetooth Smart/ Bluetooth Low Energy (tidak termasuk telefon Huawei)
- Saiz:
- Berbungkus: 20 cm, 20 cm, 20 cm
- Tidak berbungkus: 6.8 cm, 12.8 cm, 11 cm (1 pam )
- Berat:
- Berbungkus: 1.5 kG
- Tidak berbungkus: 0.42 kg
Kelebihan:
✅ Mudah alih
✅ Boleh dicas semula
✅ Bebas BPA
✅ Anti bunyi
Harga: RM2649.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Haenim Nexus Fit Breast Shield Set

Haenim Nexus Fit Breast Pump ini mempunyai mod ‘letdown’ yang berfungsi untuk mempercepatkan permulaan aliran susu. Pam ini juga mempunyai butang kawalan untuk mengawal kekuatan sedutan dan kitaran susu dengan satu sentuhan sahaja. Baterinya juga boleh dicas semula. Selain itu, pam ini menggunakan sistem tertutup bagi menghalang susu daripada memasuki motor pam. Pam ini didatangkan dalam saiz antara 20 hingga 32 mm. Bukan itu sahaja, pam ini juga telah diperakui oleh FDA.
Spesifikasi:
- Jenis: Double Electric
- Sistem: Tertutup
- Kapasiti: 200 ml (setiap botol)
- Berat Peranti: 215 g
Kelebihan:
✅ Reka Bentuk Padat
✅ Ringan
✅ 36 tetapan termasuk mod turbo!
✅ Mendapat kelulusan FDA
✅ Saiz ‘shield’ berbeza
Harga: RM99.90 – RM199.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Imani Hands Free Breast Pump I2 Gen2

Pam ini dilengkapi dengan 5 tahap sedutan dan ciri ‘auto off’ yang berfungsi untuk mengelakkan ‘over pumping’. Bukan itu sahaja, pam ini juga didatangkan dengan fungsi menarik iaitu ‘history save function’, di mana motor pam akan menyimpan memori mengenai tahap sedutan yang sering anda guna. Hal ini membolehkan anda menggunakannya tanpa perlu meletakkan sebarang tetapan. Bateri pam ini juga mampu bertahan selama 210 minit dan tempoh pengecasan penuh selama 180 minit.
Spesifikasi:
- Jenis: Single Or Double Handsfree Electric
- Kapasiti: 200 ml (setiap cawan)
- Masa: lebih 3 jam
- Masa Pengecasan: 2 jam 30 minit
- Berat Peranti: 160 g
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Paparan LED untuk bateri
✅ Tiada tiub dan wayar
✅ Kompak dan mudah alih
✅ 2 mod – ‘Massage’ and ‘Expression’ & ‘auto off’ dalam masa 30 minit
✅ Isi padu besar
Harga: RM699.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Medela Freestyle Flex Double Electric Breast Pump

Medela Freestyle Flex merupakan pilihan terbaik untuk ibu bekerja kerana ia mempunyai ciri ‘intuitive interface’. Saiznya yang kecil dan baterinya boleh dicas semula membolehkan anda menyusukan bayi di mana sahaja. Tambahan pula, tahap sedutan boleh dilaraskan pada pam kiri atau kanan bagi memastikan susu ibu keluar sepenuhnya. Ia juga mempunyai skrin LCD untuk memudahkan anda melihat tetapan pada pam tersebut. Pam ini boleh menggunakan elektrik, bateri dan ‘powerbank’.
Spesifikasi:
- Jenis: Double Electric
- Penggunaan: Harian
- Sistem: Tertutup
- Kapasiti: 148 ml (setiap botol)
- Berat Peranti: 270 g
- Jaminan: 2 tahun
Kelebihan:
✅ Mempunyai aplikasi tersendiri
✅ 2 tahun jaminan
✅ Sesuai untuk kegunaan waktu malam
✅ Daya sedutan boleh laras
Harga: RM1,999.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Philips Avent Double Electric Breast Pump SCF398/11

Brand Philips Avent ini tidak asing lagi dengan para ibu serta terkenal dengan kualitinya yang dikatakan terbaik. Kelebihan pam ini adalah dapat memberikan keselesaan semasa anda menggunakannya. Breast pump ini mempunyai mod rangsangan lembut dan 16 tetapan mengepam. Tambahan pula, ia beroperasi secara ultra senyap dengan gelombang bunyi sekuat 42.5 dB sahaja. Jadi anda boleh mengepam susu walaupun si manja sedang nyenyak tidur. Bukan itu sahaja, pam ini juga didatangkan dengan 2 tahun jaminan.
Spesifikasi:
- Jenis: Double Electric
- Sistem: Tertutup
- Kapasiti: 118 ml (setiap botol)
- Jaminan: 2 tahun
Kelebihan:
✅ Mempunyai fungsi memori
✅ Kusyen silikon yang sangat selesa
✅ Fleksibel
Harga: RM1599.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Samu Giken BPS10PK Breast Pump

Samu Giken BPS10PK Breast Pump ini merupakan antara breast pump terbaik untuk setiap ibu kerana ia diperbuat daripada silikon lembut dan bahan bebas BPA. Hal ini sekali gus dapat mengurangkan geseran pada puting. Pam ini juga mempunyai sistem automatik ‘shutdown’, di mana pam akan berhenti mengepam setelah 20 minit untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan terhadap payudara. Pam ini dilengkapi dengan USB ‘port’ di bahagian pengecas dan mempunyai 2 mod ketika beroperasi.
Spesifikasi:
- Bahan: Bahan bebas BPA, silikon
- Kapasiti: 120 ml
- Jenis: Elektrik
- Fungsi: Memori (history save)
- Tahap sedutan: 5 tahap (boleh laras)
- Mod: Urut dan Pengepaman
- Voltan Input: 5V 1A
- Masa pengecasan: 2 jam
- Masa: 80 minit
- Kabel pengecasan: USB-C
- Bateri: 800 mAh ~ 1000 mAh
- Desibel: 31.9 dB
- Berat: 230 g
- Saiz: 24 mm
Kelebihan:
✅ Bebas BPA
✅ Mod urut dan mengepam
✅ 5 tahap sedutan boleh laras
✅ Kapasiti susu 120 ml
Harga: RM510.00-RM1000.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Anakku Manual Breast Pump

Pam ini adalah salah satu breast pump yang murah dan berkualiti. Selain itu, pam ini juga boleh dibasuh dengan mudah. Ia didatangkan dengan reka bentuk yang menggalakkan pengaliran susu secara semula jadi sekali gus membuatkan payudara anda berasa lebih selesa semasa proses mengepam.
Spesifikasi:
- Jenis: Manual
- Saiz: 30 cm x 27 cm x 25 cm
Kelebihan:
✅ Mudah dikendalikan
✅ Mudah alih
✅ Merangsang pengaliran susu semula jadi
✅ Bersih
Harga: RM74.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Autumnz Hybrid Duo Double Electric Breast Pump

Breast Pump ini memiliki ciri yang ringan dan mudah dikendalikan. Jika mesin pam dicas penuh, anda boleh mengepam 4 hingga 5 sesi (setiap sesi dilakukan selama 15 hingga 20 minit). Selain itu, ia juga mempunyai 5 tetapan sedutan serta dilengkapi dengan skrin LED untuk pembacaan yang lebih mudah. Bukan itu sahaja, pam ini juga menggunakan 2 tahap teknologi iaitu urut dan expresi untuk penyedutan yang lebih efektif dan cekap.
Spesifikasi:
- Jenis: Duo Double Electric
- Bateri: Litium-ion (boleh dicas semula)
- Fungsi:
- Mekanisme Anti ‘Backflow’
- Berbilang Tahap Sedutan
- Skrin Sentuh LCD Dengan Paparan Cahaya Malam
- Triple Power Source
- Bottle Adaptor
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk kegunaan waktu malam
✅ 5 tahap urut dan 9 tahap ekspresi
✅ Pelindung silikon
✅ Mudah dibersihkan
✅ Ringan
Harga: RM436.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Youha Eclipse Double Electric Breast Pump

Breast pump keluaran Youcha ini mempunyai 9 pilihan tetapan sedutan serta 3 mod berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan keadaan payudara anda. Bagi anda yang mempunyai jadual waktu yang padat, pam ini sangat sesuai untuk anda kerana ia dapat menjimatkan 58% masa mengepam berbanding ‘double breast pump’ yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga mampu meningkatkan jumlah susu ibu sebanyak 20%.
Spesifikasi:
- Jenis: Double Electric
- Kapasiti: 150 ml (satu botol)
- Jaminan: 1 tahun
Kelebihan:
✅ 3 fasa ekspresi dengan 27 tahap tetapan
✅ Anti bunyi
✅ Reka bentuk kompak
✅ Bahan bebas BPA
Harga: RM388.00 – RM433.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. LacFree Wearable Breast Pump

Pam ini juga merupakan salah satu pam yang menjadi pilihan ibu bekerja. Hal ini kerana, ia didatangkan dengan ciri ‘wireless’ dan ‘handsfree’ yang membolehkan anda mengepam susu sambil membuat kerja lain. Pam ini mempunyai 2 mod iaitu mod ekspresi yang mana ia akan mengepam dengan rentak yang sekata secara berterusan. Manakala untuk mod urutan, ia mampu melegakan kesakitan bengkak dan merangsang proses ‘let down’ dalam masa yang lebih singkat.
Spesifikasi:
- Bahan: Polifenil, Bebas BPA.
- Mod: Ekspresi dan Urutan.
- Bateri: 800 mAh.
- Saiz: 24 mm/ 28 mm.
- Kapasiti: lebih kurang 150 ml.
- Berat bersih: 228 g.
- Berat kasar: 390 g.
- Saiz: 145 mm x 67 mm x 56 mm.
Kelebihan:
✅ Kecil dan tanpa wayar
✅ Ringan
✅ Boleh digunakan untuk 4-6 kali
✅ Kapasiti susu 150 ml
Harga: RM279.00 – RM499.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.