Di manakah biasanya anda meletakkan barangan seperti beg, jaket dan ‘lanyard’? Adakah di atas katil, di atas meja atau hanya diletakkan di mana sahaja? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan cangkuk dinding. Cangkuk dinding sangat berguna untuk anda yang gemar mengumpul beg, jaket dan ‘lanyard’!
Cangkuk dinding berfungsi untuk menyimpan dan menyusun barangan anda di kawasan terbuka dengan kemas dan teratur. Ia mudah untuk dipasang dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Berikut adalah 8 cangkuk dinding terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih cangkuk dinding yang terbaik?
Cangkuk dinding boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian. Untuk memilih cangkuk dinding yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan aspek reka bentuk, bahan, dan harga sebelum pembelian.
- Reka Bentuk
Memandangkan cangkuk dinding akan menjadi sebahagian daripada hiasan rumah anda. Jadi, anda disarankan untuk memilih cangkuk dengan reka bentuk yang mudah untuk disesuaikan dengan konsep rumah anda.
- Bahan
Memilih cangkuk dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan cangkuk yang berkualiti dan tahan lasak. Cangkuk perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama seperti keluli dan plastik ABS supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
- Harga
Harga cangkuk kebanyakannya bergantung kepada reka bentuk, bahan dan jenama. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
8 Cangkuk Dinding Terbaik di Malaysia 2023
1. Seamless Screw Hook

Cangkuk lutsinar ini dilengkapi dengan pelekat yang kuat bagi memudahkan anda untuk meletakkannya pada dinding tanpa perlu menebuk dinding. Cangkuk ini didatangkan dengan 44 reka bentuk dan setiap satu daripadanya mempunyai fungsi penggunaan yang berbeza. Selain itu, ia juga mampu menampung berat sehingga 5 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: ABS
- Kuantiti: 1
- Warna: Lutsinar
Kelebihan:
✅ 44 Reka bentuk
✅ Lutsinar
Harga: RM0.66 – RM4.76
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. B.S.B Transparent Plug

BSB Transparent Plug ini diperbuat daripada plastik PVC yang menjadikannya tahan lasak serta mampu menampung berat sehingga 3 kg. Cangkuk ini mempunyai reka bentuk yang agak unik kerana ia mempunyai 2 cangkuk kecil dalam 1 panel. Cangkuk ini bukan sahaja boleh digunakan untuk menyangkut pakaian, malah ia juga boleh digunakan untuk menyusun wayar.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik PVC
- Kuantiti: 1
- Warna: Lutsinar
Kelebihan:
✅ Mempunyai daya tahan yang baik
✅ Lutsinar
Harga: RM0.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Nordic Hook

Cangkuk ini merupakan antara produk aksesori dinding yang menjadi pilihan ramai. Ia didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan comel sekali gus membuatkan ruang bilik anda kelihatan kemas. Cangkuk ini direka khas untuk barangan yang ringan seperti kunci, ‘lanyard’ dan beg tangan.
Spesifikasi:
- Bahan: ABS
- Kuantiti: 1
- Warna: Hitam, putih, biru muda, merah jambu, coklat, kuning
Kelebihan:
✅ Warna pastel
✅ Reka bentuk ringkas dan comel
Harga: RM0.25
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Stainless Steel Hook

Cangkuk ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Ia sesuai digunakan di kawasan lembap seperti bilik mandi dan kawasan luar rumah. Cangkuk ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan moden serta boleh didapati dalam tona warna metalik.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat
- Kuantiti: 1
- Warna: Hitam, perak, emas
Kelebihan:
✅ Tona warna metalik
✅ Reka bentuk moden
Harga: RM3.50 – RM4.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Wall Rack

Cangkuk ini boleh menampung beban yang berat serta boleh didapati dalam 5 variasi reka bentuk yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan anda. Ia diperbuat daripada aluminium yang disalut dengan lapisan pelindung tambahan bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Cangkuk ini didatangkan dalam 1 pilihan warna sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Aluminium
- Kuantiti: 1
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Pelbagai variasi reka bentuk
✅ Boleh menampung beban berat
Harga: RM10.86 – RM30.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Wall Mount Hook

Wall Mount Hook ini sesuai digunakan untuk menggantung barangan berat seperti beg galas atau tumbuhan hiasan di dalam pasu. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam reka bentuk yang ringkas sekali gus memudahkan proses pemasangannya. Cangkuk ini juga mempunyai kualiti yang tinggi selain dijual pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC, logam
- Kuantiti: 10
- Warna: Putih
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Mampu menampung beban berat
Harga: RM6.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Cat Hooks

Cangkuk ini sesuai untuk anda yang menggemari konsep manis dan comel. Ia didatangkan dengan reka bentuk kucing yang comel serta dipasarkan dalam pelbagai warna yang menarik. Hal ini membolehkan anda memilih warna cangkuk yang bersesuaian dengan konsep rumah anda. Cangkuk ini hanya boleh menampung barangan yang ringan seperti kunci dan ‘lanyard’.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC
- Kuantiti: 1
- Warna: Putih, biru, merah jambu, merah, hijau
Kelebihan:
✅ Reka bentuk comel
✅ Sesuai untuk barangan ringan
Harga: RM5.85
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Bathroom Door Hook

Bathroom Door Hook ini tidak memerlukan sebarang gam, paku atau gerudi untuk memasangnya kerana ia hanya perlu digantung pada bahagian atas pintu. Cangkuk ini juga diperbuat daripada aloi yang menjadikannya tahan karat dan ringan. Bukan itu sahaja, ia juga mampu menampung berat sehingga 8 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Aloi
- Kuantiti: 1
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Mampu menampung beban berat
✅ Boleh laras
✅ Pemasangan yang mudah
Harga: RM6.90 – RM28.85
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.