Dalam semua ruang penyimpanan bekalan dapur, khususnya, kita dapat lihat setin atau dua cendawan sentiasa ada untuk dijadikan stok makanan! Bukan rahsia lagi bahawa cendawan butang dalam tin adalah salah satu bahan yang paling serba boleh yang sesuai anda tambahkan pada setiap hidangan.
Oleh itu, berikut adalah beberapa jenama cendawan dalam tin terbaik yang tersedia untuk anda beli di Malaysia! Datang dan pilihlah daripada senarai 10 cendawan tin terbaik hari ini! Anda pasti tidak menyesal kerana senarai yang kami kumpulkan ini boleh memudahkan kerja memasak anda.
Di manakah saya boleh mendapatkan cendawan dalam tin?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan cendawan dalam tin di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan cendawan dalam tin, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, cendawan dalam tin seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih cendawan dalam tin?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli cendawan dalam tin ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis cendawan dalam tin yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Cendawan dalam Tin Terbaik di Malaysia 2025
1. Hosen Mushroom

Cendawan Hosen ini dibuat hanya menggunakan cendawan paling segar dan sihat, secara terus dari ladang. Anda boleh menggunakannya untuk memasak pelbagai hidangan termasuk stews, tumis goreng, sup dan banyak lagi.
Bahan-bahan: Cendawan, Air, Garam, Asid Sitrik
Negara Pengeluar: China
Saiz: 425 g
Harga: RM3.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Nutrico Brand Mushrooms

Cendawan Butang Nutrico sememangnya tidak dapat dinafikan kesegarannya. Gunakan cendawan ini untuk sebarang hidangan sebagai penambah rasa tambahan di dalam hidangan anda.
Bahan-bahan: Cendawan Butang , Air, Garam & Asid Sitrik
Negara Pengeluar: China
Saiz: 425 g
Harga: RM2.75
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Alishan Mushroom

Ali Shan Choice Whole Mushrooms adalah makanan serba boleh yang sesuai digunakan dalam mana-mana resipi. Ia mempunyai rasa yang unik, tekstur yang kenyal dan kaya dengan vitamin dan mineral. Nikmatilah cendawan ini! Ia dibuat hanya menggunakan cendawan yang paling segar dan sihat, secara terus dari ladang.
Bahan-bahan: Cendawan, Air, Garam, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 425 g
Harga: RM2.90 (Shopee) | RM3.48 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. LF Whole Mushroom

LF Whole Mushrooms dipilih dengan teliti bagi seluruh cendawan butang untuk memastikan kepuasan pelanggan. Sesuai untuk sebarang majlis makan, cendawan ini akan membantu menambah rasa tambahan dalam hidangan anda. Cendawan ini boleh dicampur dengan sos atau ditumis dengan sedikit bawang putih dan mentega. Bahan tambahan yang bagus untuk mana-mana pembuka selera!
Bahan-bahan: Cendawan, Air, Garam, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 425 g
Harga: RM3.50 (Shopee) | RM3.80 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Fei Yan Pai Choice Whole Mushrooms

Jika hidangan anda terasa kosong, tambahlah beberapa cendawan padanya. Ia pasti akan membuatkan hidangan anda naik seri dan menyelerakan! Datang dan nikmati rasa cendawan dengan Fei Yan Pa Choice Whole Mushroom hari ini!
Bahan-bahan: Cendawan, Air, Garam, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 425 g
Harga: RM3.39 (Shopee) | RM3.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. M-Shrooms Brand Fancy Grade Straw Mushroom

Manjakan diri anda dengan cendawan mewah? Datang dan cubalah cendawan gred mewah M-shrooms hari ini! Rasa cendawan masak yang sempurna akan lebih menggembirakan selera anda.
Bahan-bahan: Cendawan, Air, Garam, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 425
Harga: RM3.20 (Shopee) | RM3.50 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Yusuf Taiyoob Whole Mushroom

Cendawan yang penuh dengan rasa dan khasiat ini adalah Cendawan Tin Yusuf Taiyoob! Iringi hidangan anda dengan sedikit cendawan berperisa dan dimasak dengan sempurna pada hari ini! Cendawan ini sesuai dengan hampir setiap hidangan, jadi cubalah sekarang!
Bahan-bahan: Cendawan, Air, Garam, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 425 g
Harga: RM4.90 (Shopee) | RM7.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. HYH Whole Mushroom Canned

Cendawan Tin HYH akan memberikan anda pengalaman yang menggembirakan untuk cita rasa anda. Penuh dengan nutrien dan rasa, rasanya benar-benar berbaloi dengan HYH Whole Canned Mushrooms. Cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Cendawan, air, garam, asid sitrik
Negara Pengeluar: China
Saiz: 425 g
Harga: RM3.20 (Shopee) | RM3.40 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Golden Chef Choice Whole Mushroom

Untuk rasa yang menyelerakan, cubalah Golden Chef Choice’s Whole Mushroom hari ini! Tambahan yang sempurna untuk hidangan anda, kerana ia mempunyai banyak nutrien dan penuh dengan rasa! Sebaik sahaja anda perasakan atau panggangnya, setiap gigitan akan berbaloi. Sungguh lazat!
Bahan-bahan: Cendawan, Air, Garam, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 425 g
Harga: RM3.30 (Shopee) | RM3.70 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Rose Bailing Mushroom

Mawar untuk jiwa yang lembut, dan cendawan mawar dalam tin untuk tukang masak di dapur! Cubalah Rose’s Bailing Mushroom hari ini. Masaklah sendiri hidangan yang patut dikongsi dengan dunia ini! Percayalah, anda pasti tidak menyesal kerana mencubanya.
Bahan-bahan: Cendawan, Air, Garam, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 850 g
Harga: RM6.80 (Shopee) | RM9.50 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.