Pernahkah anda menggunakan cerek sejuk? Ramai orang ingin mengekalkan minuman yang sejuk supaya ia menyegarkan badan mereka terutama pada hari yang panas. Dengan menambah kiub ais ke dalam minuman, ia boleh membuatkan minuman itu sejuk tetapi akan kehilangan rasa. Oleh sebab itu, penggunaan cerek sejuk adalah penting.
Untuk mengelakkan situasi seperti ini daripada berlaku, anda harus mempertimbangkan untuk membeli cerek sejuk yang berkualiti tinggi. Cerek sejuk yang sangat baik boleh membantu anda untuk memastikan minuman kekal sejuk dan segar. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan rasa minuman. Cerek sejuk adalah ringan dan mudah alih. Oleh sebab itu, ia mudah dibawa semasa anda beraktiviti di luar. Berikut adalah senarai 8 cerek sejuk terbaik di Malaysia 2025.
Mengapakah Anda Perlu Menggunakan Cerek Sejuk?
1. Mengekalkan suhu sejuk
Cerek sejuk adalah sesuai untuk mengekalkan suhu sejuk. Ia memberikan anda kepuasan ketika menikmati minuman sejuk dan menyegarkan pada bila-bila masa.
2. Pelbagai Guna
Kebanyakan cerek sejuk boleh digunakan untuk membawa minuman panas dan sejuk. Mereka tahan panas dan tahan sejuk. Oleh itu, ia memberikan keselesaan kepada orang ramai.
3. Reka bentuk elegan
Cerek sejuk adalah elegan dan berkelas. Ia praktikal dan boleh digunakan untuk menghiasi dapur serta meningkatkan kualiti hidup.
4. Mudah Alih
Kebanyakan cerek sejuk adalah ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Anda boleh membawanya ke berkelah, berkhemah, melancong dan aktiviti luar yang lain.
Secara keseluruhannya, cerek sejuk berguna untuk kita dalam kehidupan seharian. Ia digunakan secara meluas oleh kebanyakan rumah, pejabat, restoran, hotel, dan kafe. Ia boleh mengekalkan minuman yang sejuk. Jadi, marilah dapatkan satu cerek sejuk ini untuk kegunaan anda.
8 Cerek Sejuk Terbaik di Malaysia 2025
1. Japanese 3.5L Cold Kettle with Faucet

Cerek ini padat dan mudah alih. Ia boleh diletakkan di dalam peti sejuk dengan mudah. Selain itu, dinding cerek ini jernih, jadi anda dapat melihat kandungan minuman di dalamnya. Cerek ini juga tahan lama kerana ia diperbuat daripada plastik.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Lut sinar
- Negara Pengeluar: Jepun
- Saiz: 3.5 L
Kelebihan:
✅ Selamat dan boleh dipercayai
✅ Mengandungi paip
✅ Penutup kabinet besar
✅ Kapasiti besar
Harga: RM8.90 – RM45.54
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. FOURETAW Glass Cold Water Kettle

FOURETAW Glass Cold Water Kettle ini dibuat daripada kaca Borosilikat yang kukuh dan berkualiti tinggi. Cerek ini tahan haba dan mempunyai sistem penyejukan yang pantas. Reka bentuk cerek ini menjadikannya lebih mudah digunakan. Ini kerana mulut muncungnya yang seperti helang dapat memastikan kuantiti air yang dituang keluar menjadi terkawal.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca Borosilikat
- Warna: Lut sinar
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: cerek – 1500 ml, Cawan – 300 ml
Kelebihan:
✅ Ketahanan haba
✅ Penyejukan lebih cepat
✅ Reka bentuk mulut helang
✅ Pengumpulan air yang lancar
✅ Tingkatkan penebalan
Harga: RM21.22 – RM42.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. FL 1.8L Amber Glass Cold Kettle

Cerek ini diperbuat daripada kaca tahan lama dan berkualiti tinggi. Cerek ini mengandungi penutup plastik dan penapis keluli tahan karat untuk mengelakkan tumpahan dan membantu mengekalkan kandungan minuman yang tulen. Selain itu, reka bentuknya yang halus dan ambar mewah menjadikannya sesuai untuk parti dan acara khas. Anda juga boleh menjadikannya hiasan serba guna pada meja dapur anda. Oh ya, cerek ini mudah dijaga dan dicuci, jadi anda tidak perlu risau tentang kerja pembersihannya.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca, plastik, keluli tahan karat
- Warna: Lut sinar
- Saiz: 1.8 L
Kelebihan:
✅ Elegant and luxury design
✅ Berkualiti tinggi
✅ Penyejukan pantas
✅ Elakkan tumpah
✅ Reka bentuk yang elegan dan mewah
Harga: RM17.30 – RM75.68
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Running HARIO Cold Kettle

HARIO Cold Kettle mempunyai badan cerek yang tahan panas dan mampu mencapai suhu 120 darjah. Ia bagus untuk menampung air panas dan sejuk. Selain itu, periuk ini mempunyai cengkaman yang baik dan ia berfungsi untuk anda gunakan dengan mudah. Anda boleh membersihkannya dengan cekap dan meletakkannya di dalam peti sejuk pada kedudukan tegak.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca tahan haba /PP / Keluli tahan karat
- Warna: Lut sinar
- Negara Pengeluar: Jepun
- Saiz: 1400 ml, 135 x 92 x 288 mm
Kelebihan:
✅ Perbezaan suhu kalis haba kaca tahan panas sehingga 120 darjah
✅ Pp polipropilena suhu tahan haba sehingga 120 darjah
Harga: RM56.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. ZEEGO Japanese Cold Kettle

ZEEGO Japanese Cold Kettle tahan suhu rendah. Ia juga mempunyai kaca boron tinggi yang boleh dipanaskan dengan api terbuka. Mulutnya yang lebar memudahkan anda menggosok dinding dalam dengan mudah. Cerek ini mempunyai kawalan automatik ke atas saluran keluar air dan port penapis yang dibekalkan, iaitu daripada julat yang kecil sehinggalah kepada julat yang besar. Pada masa yang sama, cerek ini mengandungi kapasiti yang besar dan reka bentuknya yang bergaya. Oleh sebab itu, ramai orang tertarik untuk membeli cerek sejuk ini.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca Borosilikat
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 350 ml, 1600 ml, 1700 ml, 1800 ml
Kelebihan:
✅ Reka bentuk moden dan berkualiti tinggi
✅ Tahan suhu rendah
✅ Kaca boron tinggi
✅ Mulut lebar
✅ Kapasiti besar
Harga: RM5.90 – RM54.71
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Azuki Cold Kettle

Azuki Cold Kettle bagus untuk menampung air sejuk dan panas. Malah, ia boleh diletakkan terus di atas dapur untuk memanaskan minuman. Selain itu, ia mampu menampung banyak ketulan ais. Cerek ini mempunyai penutup kayu anti-panas yang ketat dan ini dapat menghalang kebocoran daripada berlaku. Anda boleh membersihkannya dengan mudah. Cerek ini didatangkan dengan penapis spring.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca borosilikat, buluh (Penutup keluli buluh)
- Saiz: 1000 ml, 1700 ml
Kelebihan:
✅ Tahan panas dan sejuk
✅ Boleh diletakkan terus di atas dapur untuk memanaskan minuman
✅ Pemegang Anti Panas
✅ Tudung Kayu
✅ Kedap Udara dan Anti Kebocoran
✅ Mudah dibersihkan
✅ Didatangkan dengan penapis spring
Harga: RM6.99 – RM60.04
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. SWEEJAR PET High-Capacity Cold Water Kettle

SWEEJAR PET High-Capacity Cold Water Kettle ini adalah praktikal dan mudah digunakan. Ia mampu menampung sejumlah besar air dan kandungannya boleh dilihat kerana ia mempunyai badan yang lut sinar. Proses menuang air dari cerek sejuk ini adalah lancar dan anda boleh mengelakkan percikan daripada berlaku. Tambahan pula, cerek ini tahan sejuk dan panas. Ia serba guna kerana dapat menampung air panas dan sejuk. Anda hanya perlu menggunakan satu tangan sahaja untuk menyimpannya di dalam peti sejuk.
Spesifikasi:
- Bahan: PP + PE
- Kapasiti: 1.8 L / 2.2 L
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 18 cm x 10 cm x 19.9 cm (1800 ml), 18 cm x 10 cm x 24 cm (2200 ml)
Kelebihan:
✅ Kapasiti besar
✅ Reka bentuk yang sempit
✅ Badan jag kelihatan ringkas
✅ Suis jenis tolak
✅ Salur keluar wat sejuk dan licin
✅ Tahan sejuk dan panas
✅ Mulut cerek berkaliber besar
Harga: RM14.86 – RM19.18
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. 2000ML Nordic Brief Cold Water Kettle

Cerek sejuk ini boleh menahan panas dan sejuk. Anda boleh menggunakannya untuk dapur gas, dapur seramik elektrik dan kabinet pembasmian kuman. Ia boleh menahan air mendidih dan boleh dipanaskan dengan api terbuka atau di atas dapur seramik elektrik. Badan cerek ini adalah lut sinar sekali gus memudahkan anda melihat kandungan minuman di dalamnya. Ia juga tahan lama dan mudah digunakan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca borosilikat yang berkualiti tinggi
- Warna: Lut sinar
- Saiz: 2000 ml
Kelebihan:
✅ Tahan sejuk dan panas
✅ Boleh tahan air mendidih
✅ Boleh dipanaskan dengan api terbuka / dapur seramik elektrik
Harga: RM51.43
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.