Cheongsam merupakan pakaian tradisional masyarakat Tionghoa atau dalam bahasa China Mandarin disebut sebagai Qipao. Cheongsam adalah lambang autentik dari China yang memiliki warna terang dengan motif yang cantik seperti motif naga dan motif bunga. Pakaian ini terlihat sangat cantik serta akan membuat siapa pun yang mengenakannya terlihat elegan dan feminin ekoran bentuknya yang mengikuti lekuk tubuh.
Cheongsam banyak mengalami transformasi terutamanya dari segi corak dan warna. Dahulu, cheongsam hanya didatangkan dalam warna merah namun kini ia telah diubahsuai dan dipasarkan dalam pelbagai warna. Berikut adalah 8 Cheongsam terbaik di Malaysia.
Bilakah anda perlu memakai Cheongsam?
Cheongsam boleh dipakai pada majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita Cina hanya memakai Cheongsam pada acara khas seperti perkahwinan, perayaan atau semasa mengambil gambar keluarga.
Warna Cheongsam manakah yang terbaik?
Tiada jawapan yang tetap untuk soalan ini. Hal ini kerana, pemilihan warna bergantung kepada pilihan dan cita rasa anda. Bagaimanapun, cheongsam perkahwinan lazimnya berwarna merah atau emas ekoran ia dikaitkan dengan nasib baik dalam tradisi Cina.
8 Cheongsam Terbaik di Malaysia 2023
1. Dragon Phoenix Embroidery Qipao

Dalam budaya Cina motif naga mewakili nasib baik, kekuatan, kesihatan dan unsur ‘Yang’. Oleh itu, cheongsam sulaman naga ini sentiasa menjadi pilihan pengguna terutamanya ketika perayaan Tahun Baru Cina. Ia didatangkan dalam pelbagai potongan dan reka bentuk yang membolehkan anda memilih berdasarkan cita rasa anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Tidak dinyatakan
- Saiz: S, M, L, XL, XXL, XXXL
- Warna: Merah
Kelebihan:
✅ Mempunyai sulaman phoenix
✅ Harga mampu milik
✅ Reka bentuk yang elegan
Harga: RM22.99-RM25.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Daidai Cheongsam

Cheongsam ini diperbuat daripada gentian poliester yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, ia didatangkan dalam pelbagai warna yang elegan serta mudah untuk dipadankan dengan semua majlis. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan saiz yang berbeza daripada saiz L hingga 5 XL.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Saiz: L, XL, XXL, XXXL, XXXXL
- Warna: Merah, biru, merah jambu, emas, maroon
Kelebihan:
✅ Pelbagai warna
✅ Selesa
Harga: RM41.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Chinese Vintage Lady Cheongsam

Chinese Vintage Lady Cheongsam ini didatangkan dalam warna merah yang melambangkan tuah, kegembiraan dan kebahagiaan. Selain itu, ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak. Anda boleh memakainya untuk sebarang majlis formal atau kasual.
Spesifikasi:
- Bahan: Linen, kapas
- Saiz: S, M, L, XL, XXL
- Warna: Merah
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Boleh diregangkan
✅ Elegan
Harga: RM44.64
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. New Women Cheongsam

Cheongsam ini sesuai untuk anda yang mengemari gaya comel. Ia diperbuat daripada linen dan kapas bagi memberikan keselesaan yang maksimum ketika anda memakainya. Ia juga mempunyai pengudaraan yang baik sekali gus dapat mempercepatkan proses penyejukkan. Cheongsam ini dipasarkan dalam 3 warna yang menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Linen, kapas
- Saiz: S, M, L
- Warna: Merah jambu, hitam, merah
Kelebihan:
✅ Reka bentuk unik
✅ Diperbuat daripada bahan ‘breathable’
Harga: RM38-RM48
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Lovito Cute Plaid Tartan Cheongsam

Sama seperti namanya, Lovito Cute Plaid Tartan Cheongsam ini sesuai untuk remaja yang ingin menonjolkan gaya pemakaian yang moden dan comel. Ia diperbuat daripada poliester yang membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Selain itu, ia juga mempunyai butang sehingga paras pinggang yang menyerlahkan lagi rupa cheongsam tersebut.
Spesifikasi:
- Bahan: 95% Poliester, 5% Spandex
- Saiz: S, M, L, XL
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Bergaya
✅ Reka bentuk comel
✅ Harga berpatutan
Harga: RM25.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. 2022 New Improved Cheongsam

Cheongsam ini diperbuat daripada kapas dan fabrik flanel yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta selesa untuk dipakai walaupun ketika cuaca panas. Cheongsam ini sesuai untuk semua majlis termasuklah majlis makan malam, majlis perkahwinan Melayu atau India. Cheongsam ini agak unik kerana ia didatangkan dengan sulaman renda dan skirt ‘A-Line’ yang menampilkan gaya elegan dan mewah.
Spesifikasi:
- Bahan: Kapas, Flanel
- Saiz: S, M, L, XL
- Warna: Aprikot, champagne, merah jambu, ungu
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk semua majlis
✅ Selesa
Harga: RM66.24
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Vintage Cheongsam Dress

Vintage Cheongsam Dress ini didatangkan dalam pelbagai jenis warna yang menarik seperti ungu, biru laut, merah, merah wain dan banyak lagi yang boleh anda pilih berdasarkan warna kesukaan anda. Selain itu, ia sangat sesuai untuk dipakai ketika berkumpul atau bergambar bersama keluarga ekoran reka bentuknya yang elegan dan sopan.
Spesifikasi:
- Bahan: Sutera
- Saiz: M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL
- Warna: Merah, merah jambu, ungu, biru langit, emas, biru laut, merah wain, merah hitam
Kelebihan:
✅ Mampu Milik
✅ Gaya retro
Harga: RM38.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Chinese Style Lacey Modern Cheongsam

Chinese Style Lacey Modern Cheongsam merupakan set pakaian cheongsam yang digabungkan dengan skirt maxi renda. Corak sulaman kecil pada cheongsam ini memberikan imej elegan kepada si pemakai. Ia juga diperbuat daripada poliester yang menjadikannya kalis air dan tahan lasak.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Saiz: S, M, L, XL, 2XL
- Warna: Kelabu, merah jambu
Kelebihan:
✅ Elegant
✅ Reka bentuk yang bergaya
✅ Warna lembut
Harga: RM65.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.