10 Chia Seed Terbaik di Malaysia 2025

Anda sedang mencari makanan super yang berkhasiat untuk badan, minda dan jiwa anda? Jangan risau kerana chia seed ada untuk menyelamatkan anda! Untuk pengetahuan anda, ‘chia’ itu membawa maksud kepada ‘kekuatan’ jika mengikut terjemahan yang diberikan oleh suku Maya. Oleh sebab itu, sesuai dengan maksudnya, chia seed ini penuh dengan nutrien yang baik.

Selain itu, ia juga berkhasiat dan sering digunakan dalam pelbagai hidangan dan minuman. Ada juga yang meletakkan chia seed di dalam minuman mereka supaya dapat membantu sistem penghadaman mereka. Chia seed juga banyak digunakan dalam pemakanan sihat dan diet untuk membina sistem pemakanan yang lengkap dan berkualiti. Jika anda suka akan chia seed, apa kata anda teruskan membaca artikel ini kerana kami menghimpunkan senarai chia seed yang terbaik di Malaysia untuk anda dapati di pasaran.

Di manakah saya boleh mendapatkan chia seed?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan chia seed di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan chia seed, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, chia seed seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih chia seed?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli chia seed ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis chia seed yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Chia Seed Terbaik di Malaysia

1. Zens Organic Chia Seeds

Zens Organic Chia Seeds
Kredit Gambar: Shopee

Zens Organic Chia Seeds mempunyai serat yang baik, yakni terkandung sekitar 20% adalah serat larut dan 80% adalah serat tidak larut. Anda memerlukan kedua-duanya untuk saluran pencernaan yang sihat, kesihatan jantung dan kawalan gula darah. Ia dapat membentuk gel dan chia seed ini dapat melambatkan pencernaan karbohidrat kepada gula. Selain itu, ia dapat menstabilkan gula dalam darah, membekalkan tenaga secara perlahan-lahan, mengurangkan keinginan makan dan membantu anda berasa kenyang dalam masa yang lebih lama.

Bahan-bahan: Biji Chia Organik

Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan

Saiz: 100 g

Harga: RM 5.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Love Earth Organic Pocket Chia Seeds (4 Bottles)

Love Earth Organic Pocket Chia Seeds Bottles
Kredit Gambar: Happy fresh

Love Earth Organic Pocket Chia Seeds ialah bahan makanan yang mudah dibawa ke mana-mana. Bawa chia seed ini ke mana sahaja anda pergi dan kongsikan dengan orang tersayang! Gunakannya sebagai topping untuk hidangan bakar, yogurt dan juga smoothie anda. Percayalah, ia sangat berkhasiat dan dapat membantu kesihatan anda.

Bahan-bahan: Biji Chia Organik

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 28 g

Harga: RM 14.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Mahnaz Food Lale Organic Chia Seed

Mahnaz Food Lale Organic Chia Seed
Kredit Gambar: Shopee

Mahnaz Food Lale Organic Chia Seeds adalah sumber asid lemak omega-3, serat, antioksidan, zat besi dan kalsium yang baik. Bantu diri anda dengan makanan super ini jika anda ingin menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Peningkatan pengambilan serat dan diet tinggi serat telah terbukti membantu penurunan berat badan.

Bahan-bahan: Biji Chia Organik

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 270 g

Harga: RM 15.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Mexico Organic Premium Highland Chia Seeds

Mexico Organic Premium Highland Chia Seeds
Kredit Gambar: Shopee

Chia seed sebenarnya telah lama menjadi makanan ruji dalam komuniti makanan kesihatan. Benih kecil ini benar-benar berkuasa dalam memberikan nutrien penting. Terima kasih kepada kandungan seratnya yang tinggi, ia juga membantu membuatkan anda kenyang untuk jangka masa yang lebih lama dan mengelakkan lonjakan/penurunan mendadak paras gula dalam darah. Oleh sebab itu, ia dapat menyumbang kepada bantuan penurunan berat badan secara sihat.

Bahan-bahan: Biji Chia Organik

Negara Pengeluar: Mexico

Saiz: 500 g

Harga: RM 16.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Sun Nature Organic White Chia Seeds

Sun Nature Organic White Chia Seeds
Kredit Gambar: Shopee

Chia seeds telah mendapat populariti sebagai makanan super berfungsi, sumber protein yang mudah digunakan, lemak sihat, serat makanan, mineral, vitamin dan antioksidan. Chia seed boleh menggalakkan penurunan berat badan dan mengurangkan risiko penyakit kronik bagi anda. Sesuai untuk puding, topping dan snek yang dibakar.

Bahan-bahan: Biji Chia Organik

Negara Pengeluar: Bolivia

Saiz: 250 g

Harga: RM 16.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Radiant Organic Chia Seeds

Radiant Organic Chia Seeds
Kredit Gambar: vegandistrict

Radiant Organic Chia Seed boleh digunakan untuk ditaburkan ke atas salad atau bijirin, dikacau ke dalam yogurt atau dimasukkan ke dalam hampir mana-mana resipi. Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan banyak produk di pasaran yang mengandungi chia seeds, termasuklah bar granola dan bar snek lain, bijirin, keropok, kerepek dan minuman. Chia sprouts juga boleh dimakan dan boleh ditambah ke dalam sandwic, salad atau hidangan lain.

Bahan-bahan: Biji Chia Organik

Negara Pengeluar: Bolivia

Saiz: 200 g

Harga: RM 16.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Watson Nutrabliss Organic Chia Seeds

Watson Nutrabliss Organic Chia Seeds
Kredit Gambar: Shopee

Watson Nutrabliss Organic Chia Seeds merupakan salah satu hidangan yang wajib anda perolehi. Ia merupakan makanan super yang boleh anda amalkan untuk kesihatan anda dalam jangka masa panjang. Selain itu, chia seed ini merupakan serat pemakanan dan kalsium yang baik. Ia juga boleh dijadikan topping yang sangat sihat untuk yogurt, salad dan bijirin.

Bahan-bahan: Biji Chia Organik

Negara Pengeluar: Hong Kong

Saiz: 200 g

Harga: RM 17.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Country Farm Organics Superfoods Premium Chia Seeds

Country Farm Organic Superfoods Premium Chia Seed
Kredit Gambar: Shopee

Country Farm Organics Chia Seed 100% ditanam secara semula jadi di kawasan iklim pergunungan altitud tinggi yang berdekatan dengan gunung berapi yang besar dan aktif. Ini membolehkan tumbuhan chia mereka mengumpul lembapan yang diperlukan daripada kabus awal pagi dan awan hujan petang. Tanah gunung berapi yang kaya menawarkan lebih daripada mineral yang mencukupi untuk menyuburkan chia yang ditanam secara organik dan terbaik. Oleh sebab itu, ia merupakan benih terbaik di pasaran.

Bahan-bahan: Biji Chia Premium

Negara Pengeluar: Mexico

Saiz: 300 g

Harga: RM 19.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Organic Care2u Organic Chia Seed

Organic Careu Organic Chia Seed
Kredit Gambar: Shopee

Organic Care2u Organic Chia Seed ialah makanan super yang sesuai untuk semangkuk smoothie pagi anda, yogurt dan juga susu kocak yang sihat. Memilih makanan organik bukan sahaja mengekalkan sumber bumi kita tetapi memastikan apa yang berlaku kepada badan kita adalah  100% semula jadi dan sihat. Oleh sebab itulah, chia seed diperlukan dalam kehidupan anda.

Bahan-bahan: Biji Chia Organik

Negara Pengeluar: Mexico

Saiz: 250 g

Harga: RM 20.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Signature Market Organic Chia Seed

Signature Market Organic Chia Seed
Kredit Gambar: Shopee

Signature Market’s Organic Chia Seeds menyampaikan benih berkhasiat ini kepada anda dengan jaminan bahawa khasiatnya adalah semula jadi seperti yang dimaksudkan oleh alam semula jadi. Biji Chia organik ini bukan GMO dan tanpa racun perosak. Jadi, anda boleh yakin bahawa anda hanya mendapat sifat terbaik yang ditawarkan oleh produk ini.

Bahan-bahan: Biji Chia Organik

Negara Pengeluar: Mexico

Saiz: 200 g

Harga: RM 29.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close