16 Dash Cam Terbaik di Malaysia 2025

Dashcam adalah kamera yang dipasang di dalam kenderaan yang secara konsistennya merakam adegan melalui cermin hadapan kenderaan. Kamera ini diletakkan di dashboard kereta anda untuk merakam bunyi dan imej semasa anda memandu. Bahkan, ada sesetengah dashcam yang terdapat di pasaran boleh merakam bahagian belakang dan ruang dalaman kenderaan pada sudut pandangan 360 darjah.

Dashcam semakin popular dalam kalangan pemandu. Peranti ini boleh berfungsi sebagai bukti rakaman kemalangan atau insiden lain semasa anda memandu di jalan raya. Selain itu, ia juga boleh memantau tingkah laku pemanduan dan menjamin keselamatan semasa kenderaan anda diparkirkan di tempat letak kereta. Dashcam adalah penting kerana ia boleh merakam segala-galanya di jalan raya. Dashcam juga boleh melindungi anda daripada tuntutan insurans palsu, menghalang kecurian, dan mungkin mengurangkan premium insurans kereta anda. Berikut adalah 16 dashcam terbaik yang boleh anda dapatkan di Malaysia.

Apakah Kelebihan Memiliki Dash Cam?

Menurut Cobra.com, terdapat beberapa manfaat yang boleh anda dapati dengan penggunaan dashcam di dalam kenderaan anda. Penggunaan dashcam ini menjadi semakin popular dan boleh didapati dalam pelbagai jenis model pada harga yang berbeza. Semua ini bergantung kepada keperluan dan bajet individu yang berbeza. Berikut adalah manfaat penggunaan dashcam:

1. Sebagai Bukti Kemalangan

Salah satu manfaat terbesar memiliki dashcam adalah ia dapat menyediakan bukti dalam kes kemalangan. Rakaman daripada dashcam boleh digunakan untuk menentukan siapa yang bersalah, sekali gus membantu anda dalam tuntutan insurans atau kes-kes undang-undang.

2. Mencegah Penipuan Insurans

Dashcam juga dapat membantu mencegah penipuan insurans dengan menyediakan bukti kemalangan yang dirancang atau tuntutan palsu. Hal ini dapat membantu mengekalkan kadar insurans yang rendah untuk semua orang.

3. Memantau Tingkah Laku Pemanduan

Dashcam boleh membantu memantau tingkah laku pemanduan dan menggalakkan tabiat pemanduan yang lebih selamat. Apabila pemandu mengetahui pemanduan mereka dirakam, mereka akan lebih peka terhadap tindakan mereka di jalan raya dan lebih bertanggungjawab.

4. Perlindungan daripada Kecurian dan Vandalisme

Sesetengah dashcam mempunyai mod tempat letak kereta yang boleh mengesan pergerakan atau getaran semasa kenderaan diparkir dan memulakan rakaman secara automatik. Hal ini boleh membantu anda mengenal pasti pencuri dan menyediakan bukti kepada pihak polis.

5. Merakam Memori Perjalanan

Dashcam juga boleh digunakan untuk merakam perjalanan dan pemandangan yang indah di jalan raya. Hal ini menjadikan pemanduan anda lebih menyeronokkan.

Apakah Aspek Penting Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Dash Cam?

Menurut Lifewire, terdapat beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli dashcam berdasarkan keperluan anda. Berikut adalah beberapa aspek untuk anda pertimbangkan:

1. Kualiti Video

Kualiti video dashcam adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Sesetengah dashcam boleh merakam video Full HD 1080p pada 30 frame bagi setiap saat. Resolusi yang lebih tinggi, seperti 2K atau 4K, boleh menyediakan kualiti imej yang lebih baik. Namun begitu, harganya sedikit mahal.

2. Field of View

Field of View bagi dashcam adalah menentukan berapa banyak jalan raya yang berada di hadapan dapat dirakam. Anda boleh mencari dashcam yang mempunyai lensa bersudut lebar, yang mana idealnya adalah sekurang-kurang 140 darjah atau lebih.

3. Kapasiti Storan

Kapasiti storan dashcam menentukan berapa banyak rakaman video dapat disimpan. Cari dashcam dengan kapasiti storan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan anda. Anda juga boleh mempertimbangkan model yang mempunyai loop recording, yang mana secara automatiknya menggantikan rakaman lama untuk menjimatkan ruang.

4. Saiz dan Reka Bentuk

Pertimbangkan saiz dan reka bentuk dashcam yang anda inginkan. Pastikan ia sesuai dan selesa di atas dashboard atau cermin hadapan tanpa menghalang pandangan anda di jalan raya.

5. Harga

Dashcam boleh didapati pada pelbagai harga. Jadi, pertimbangkan bajet anda dan pilih peranti yang menyediakan ciri yang anda perlukan.

Berapakah Purata Harga Dash Cam Di Malaysia?

Berdasarkan produk yang disenaraikan dalam senarai kami, julat harga dashcam di Malaysia adalah berbeza kerana ia bergantung kepada jenama peranti, ciri-ciri, dan kualitinya. Biasanya, dashcam boleh berharga antara RM 70.00 sehingga RM 400.00, bergantung kepada ciri-ciri yang disediakan.

Anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang boleh meningkatkan fungsi kenderaan anda? Anda boleh membaca artikel di bawah:

  1. Charger Kereta Terbaik di Malaysia
  2. Phone Holder Kereta Terbaik di Malaysia
  3. Pewangi Kereta Terbaik di Malaysia
  4. Vacum Kereta Terbaik di Malaysia

16 Dash Cam Terbaik di Malaysia 2025

AZDOME M dashcam
Kredit Gambart: AZDOME

AZDOME M550 3 Channel Dashcam memiliki 3 saluran, iaitu kamera hadapan, dalam, dan kamera belakang. Anda boleh mendapat rakaman yang hebat dengan video 4K UHD pada 3840x2160p. Lensa ultra-lebar dashcam ini boleh menjangkau empat lorong dan mengambil gambar. Ia juga dilengkapi dengan GPS terbina dalam untuk merakam laluan pemanduan dan kelajuan untuk ditonton kemudian. Anda boleh menonton filem secara langsung pada iPhone atau peranti Android anda semasa memandu kerana ia mempunyai Wi-Fi terbina dalam yang bersambung dengan aplikasi AZDOME yang percuma.

Spesifikasi:

  • Saiz Skrin: Skrin LCD 3.17 inci 
  • Sudut Pandang:
    • Hadapan : Sudut Lebar 150° 
    • Dalam : Sudut Lebar 130° 
    • Belakang : Sudut Lebar 130°
  • Resolusi:
    • * Hadapan : 4K UHD 3840 x 2160P
    • * Hadapan + Belakang : 4K UHD (3840P) + 1080P 
    • * Hadapan + Dalam : 2K QHD (1440P) + 1080P
    • * Hadapan + Belakang + Dalam : 2K QHD (1440P) + 1080P + 1080P
  • Sambungan: WiFi terbina dalam berfungsi dengan aplikasi AZDOME
  • Power Supply: Soket Pencucuh Rokok Kereta 
  • Battery Capacity: Super Capacitor
  • Storan:  Micro SD Card (Sehingga 128 GB)
  • Input: 5V / 2.5A
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Resolusi Hadapan 4K
GPS terbina dalam
Sokongan aplikasi & Wi-Fi
Mod Monitor Tempat Letak Kereta 24 Jam (memerlukan kit wayar padat)

Harga: RM 449.00 – RM 524.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Trapo i-SIGHT Dashcam T-550

Trapo i SIGHT Dashcam T 550
Kredit Gambar: Trapo
Trapo i SIGHT Dashcam T 550 1
Kredit Gambar: Trapo

Trapo i-SIGHT Dashcam T-550 memberikan kejelasan resolusi 4K yang berkualiti dengan kamera hadapannya yang tajam pada 3840 x 2160P dan kamera belakangnya Full HD pada 1080p untuk paparan imej yang lebih komprehensif. Dashcam ini dilengkapi dengan super kapasitor bagi memastikan prestasinya sentiasa hebat walaupun dalam suhu yang ekstrem. Melalui ciri-ciri istimewa yang ada pada dashcam ini, anda boleh menikmati fungsi kawalan suara hands-free dan juga tahap keselamatan yang dipertingkatkan dengan GPS yang terbina untuk menjejak lokasi yang tepat. Direka dengan teknologi Wide Dynamic Range (WDR), Dashcam T-550 menyeimbangkan tahap pendedahan bagi memberikan imej yang jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Dashcam ini menjamin ketepatan warna yang jitu walaupun dalam keadaan siang dan malap.

Spesifikasi:

  • Saiz Skrin: Skrin 0.96” 
  • Sudut Pandang: Hadapan 135°, Belakang 130°
  • Resolusi: 4k (3840 x 2160P) Kamera hadapan, Full HD (1080P) kamera belakang
  • Sambungan: Wifi terbina dalam bersama aplikasi 
  • Storan: 64 GB/ 128 GB
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Bateri super kapasitor
Boleh menahan suhu yang tinggi
Perlindungan daripada kehabisan bateri
GPS terbina dalam dan aplikasi

Harga: RM 549.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

AZDOME M dashcam
Kredit Gambar: AZDOME

AZDOME M17 Dashcam Car Recorder mempunyai lensa sudut lebar 6-Glass. Ciri kamera ini membantu memberikan pengalaman rakaman yang lebih baik. Ciri ini juga membolehkan dashcam ini menangkap butiran yang lebih halus seperti nombor pendaftaran dengan lebih tepat walaupun berada dalam keadaan yang gelap. Dashcam AZDOME mempunyai rakaman litar yang memastikan fail lama digantikan dengan fail baru tanpa mengganggu memory space. Selain itu, ia mempunyai sistem G-sensor yang mengunci fail atau data tertentu yang hanya boleh diakses dengan kebenaran pengguna sahaja.

Spesifikasi:

  • Saiz Skrin: Skrin IPS 3 inci 
  • Sudut Pandang:
    • Hadapan : Sudut Lebar 150° 
    • Belakang : Sudut Lebar 130° 
  • Resolusi:
    • * Hadapan : FHD 1920 x 1080P / 30FPS 
    • * Belakang : VGA 640 x 480P / 30FPS (WR-02, Pilihan)
  • Sambungan: WiFi terbina dalam berfungsi dengan aplikasi AZDOME
  • Bekalan Kuasa: Soket Pencucuh Rokok Kereta 
  • Kapasiti Bateri: Bateri Li-on 200mAh terbina dalam
  • Storan:  Micro SD Card (Sehingga 64 GB)
  • Input: 5V / 1.5A
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Loop Recording
Menyokong aplikasi dan Wi-Fi
Rakaman Pengesanan Impak

Harga: RM 169.00 – RM 239.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. 70mai Dash Cam Pro Plus A500S

mai Dashcam Pro Plus AS
Kredit Gambar: Shopee

70mai Dash Cam Pro Plus A500S dilengkapi dengan teknologi yang inovatif dan akan membuatkan anda terasa lebih selamat semasa memandu. Kameranya menggunakan sensor SONY IMX335 dan cip Novatek NT96580 untuk merakam video pada resolusi 1944 piksel, yakni merupakan 2.5 kali ganda dari Full HD. 70mai Dash Cam Pro Plus A500S mempunyai pelbagai ciri yang canggih, termasuklah kamera resolusi ultra-HD 4K yang dapat merekod rakaman jelas jalan raya di hadapan. Kamera ini juga mempunyai lensa sudut lebar dengan bidang pandangan 140 darjah, sekali gus menyediakan perspektif yang luas terhadap persekitaran kenderaan. Melalui ciri yang dilengkapi pada dashcam ini, ia pasti menjadi rakan perjalanan yang terbaik untuk anda!

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: 140° (Hadapan), 130° (Belakang)
  • Resolusi: SONY IMX335 1944P, 1080P Kamera Belakang
  • Sambungan: Wi-Fi dan App
  • Storan: Micro SD Card (Maksimum 128 GB) 
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Built-in Night Vision terbina dalam
Dilengkapi dengan Advanced Driver-Assistance Systems (ADAS)
Rakaman secara automatik

Harga: RM 334.00 – RM 359.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. SAFECAM V20 Pro

untitled-square-presentation---T.
Kredit Gambar: SafeCam

SAFECAM V20 Pro adalah dashcam yang hebat dan direka untuk merekod rakaman video yang berkualiti tinggi tentang persekitaran kenderaan semasa anda memandu. Dashcam ini mempunyai lensa sudut lebar 170 darjah dan boleh merakam video hingga 1080P pada 30 frame pada setiap saat. Jadi, ia memberikan rakaman yang jelas dan komprehensif tentang jalan yang dilalui. Ia juga mempunyai rakaman kamera hadapan dan belakang secara serentak, sekali gus menjadikannya teman perjalanan yang sempurna untuk memastikan kawasan hadapan dan belakang anda dilindung.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: 170° (Kamera hadapan), 120° (Kamera belakang)
  • Resolusi: 1080P (Kamera hadapan), 480P (Kamera belakang)
  • Sambungan: Wifi
  • Storan: 32GB
  • Jaminan: 6 bulan

Kelebihan:

Rakaman serentak pada bahagian hadapan dan belakang
Berpatutan
Super Night Mode

Harga: RM 149.00 – RM 169.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. YI Smart Dashcam

untitled-square-presentation---T.
Kredit Gambar: Shopee Malaysia

YI Smart Dashcam menggabungkan standard tinggi dan fungsi dari DVR yang sedia ada di pasaran. Ia mengoptimumkan prestasi peranti untuk harga yang paling rendah. Dashcam ini mempunyai ciri-ciri yang hebat seperti algoritma pengenalpastian imej yang moden, pengesanan secara langsung penanda jalan dan kenderaan yang keluar daripadanya, kawalan jarak kenderaan, dan amaran suara kepada pemandu tentang keadaan berbahaya di jalan raya. 

Ia juga mempunyai sensor yang mengesan daya tindak balas (lemah, sederhana, atau tinggi). Sekiranya berlaku kemalangan, peranti ini akan memberikan semua maklumat yang berkaitan dengan segera bagi mencegah konfrontasi di antara pengguna jalan raya. Dengan WiFi terbina dalam, HD 1080P, lensa sudut lebar 165 darjah, dan Night Vision, dashcam ini sangat berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: Sudut lebar 165° 
  • Resolusi: 1920x1080P60, 2304x1296P30
  • Sambungan: Wifi dan App
  • Storan: Sehingga 32GB
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Resolusi video 1296
ADAS System Support
Rakaman yang komprehensif

Harga: RM 195.00 – RM 235.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. ETTRO 64GB 3 in 1 Dash Cam

ETTRO GB in Dash Cam
Kredit Gambar: Shopee

ETTRO 64GB 3 in 1 Dash Cam mempunyai 3 lensa berkualiti tinggi untuk rakaman serentak dan paparan picture-in-picture. Kamera hadapan merekod rakaman jalan raya di hadapan, sementara kamera dalam merekod rakaman kabin. Kamera belakang pula merakam rakaman jalan belakang kenderaan. Hal ini membolehkan pemandu melihat persekitaran pemanduan secara menyeluruh. 

Ciri ini juga berguna buat pemandu komersial atau sesiapa yang mengambil berat tentang keselamatannya sewaktu berada di atas jalan raya. Yang penting, penjual dashcam ini menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, iaitu dashcam ini mempunyai perkhidmatan pembaikan secara percuma sepanjang hayat serta pertukaran jaminan selama 10 tahun!

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: 170° Kamera hadapan, 120° kamera dalam, 140° kamera belakang
  • Resolusi: Kamera hadapan: 1920*1080, Kamera dalam:640*480, Kamera belakang: 640*480
  • Sambungan: Tidak dinyatakan
  • Storan: Maksimum 64GB
  • Jaminan: 10 tahun

Kelebihan:

3 lensa berkualiti tinggi merekod dalam masa yang sama
Menyokong paparan picture-in-picture
Mampu milik

Harga: RM 95.00 – RM 145.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Blueskysea B1W Mini Dashcam

Blueskysea BW Mini Dashcam
Kredit Gambar: Shopee

Blueskysea B1W Mini Dashcam mempunyai reka bentuk yang boleh berputar 360°, sekali gus membenarkan kamera dipusing sepenuhnya secara melintang. Jadi, anda boleh memusingkannya dengan mudah untuk merakam apa yang berlaku di dalam kereta. Selain itu, ia menawarkan penglihatan sudut lebar 156 darjah yang berfungsi dengan baik. 

Dashcam ini adalah peranti kecil dan senyap yang direka khas untuk merekod rakaman video berkualiti tinggi tentang persekitaran kenderaan semasa anda memandu. Saiznya yang kompak menjadikannya mudah dipasang pada cermin hadapan dan tetap memberikan liputan video yang boleh dipercayai dan komprehensif.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: 156° dengan lensa ultra wide angle
  • Resolusi: 1920x1080p
  • Sambungan: Wifi
  • Storan: Micro SD card, sokongan sehingga 64GB
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Badan kamera boleh berputar 360 darjah
Reka bentuk yang senyap
Kompak & ringan

Harga: RM 40.00 – RM 199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. South Ocean FHD 3 Camera Dashcam

untitled-square-presentation---T.
Kredit Gambar: Lazada

South Ocean FHD 3 Camera Dashcam adalah alat yang serba guna dan kaya dengan ciri-ciri yang direka untuk merekod rakaman video berkualiti tinggi tentang persekitaran kenderaan semasa anda memandu. Ia merupakan peranti terkini yang menawarkan rakaman video berkualiti tinggi dan beberapa ciri penting untuk memantau keselamatan anda semasa memandu. Dengan modul Wi-Fi terbina dalam, ciri keselamatan yang dipertingkatkan, dan fungsi video time-lapse, dashcam ini menjadi salah satu daripada 3 dashcam yang sering dipilih oleh pengguna. Selain itu, ia menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai untuk merakam perspektif pemanduan mereka.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: Lensa Hadapan: 170°, Lensa Belakang: 140°, Lensa Dalam: 165°
  • Resolusi: 1080P
  • Sambungan: Tidak dinyatakan 
  • Storan: 32GB – 64GB
  • Jaminan: 2 tahun

Kelebihan:

Wide Dynamic Adventure
Pemasangan mudah alih
Lensa 6-Glass

Harga: RM 90.00 – RM 149.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. G30 32GB Dash Cam 994

G Dash Cam
Kredit Gambar: Shopee

G30 Dash Cam 994 adalah kamera video standard dan juga perakam pemanduan profesional. Ia adalah peranti ringkas dan berpatutan yang direka untuk merekod rakaman video yang berkualiti tinggi. Dashcam ini boleh merekod persekitaran kenderaan semasa anda memandu. Ia mempunyai lensa sudut lebar 90 darjah yang boleh merekod video Full HD 1080p pada 30 frame bagi setiap saat. Dashcam ini menggunakan kad TF sebagai peranti penyimpanan dan boleh menyimpan sehingga 32GB data. Selain itu, ia boleh merekod imej video yang lebih terperinci melalui kamera beresolusi tinggi dan Super Night Vision.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: Sudut Lebar 90° 
  • Resolusi: 1920 x 1080 P
  • Sambungan: USB
  • Storan: 2-32 GB
  • Jaminan: 6 bulan

Kelebihan:

Kamera beresolusi tinggi dengan Super Night Vision
Playback View yang pantas dan mudah
Mampu milik dan mudah digunakan

Harga: RM 98.00 – RM 128.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

11. GOQ D90 3-Way Record Car Camera Dashcam

GOQ D Way Record Car Camera Dashcam
Kredit Gambar: Shopee

GOQ D90 3-Way Record Car Camera Dashcam mempunyai 3 kamera yang merakam pandangan hadapan, belakang, dan ruang dalam kenderaan. Ia mempunyai loop recorder yang akan merekod secara berterusan bagi memastikan rakaman tetap direkod sepanjang masa. Disebabkan julat dinamiknya yang luas, ia dapat merakam kualiti imej yang cemerlang tanpa mengira cahaya persekitaran. 

Secara keseluruhannya, GOQ D90 3-Way Record Car Camera Dashcam merupakan peranti serba boleh yang menyediakan ciri keselamatan tambahan semasa anda memandu di jalan raya. 3 kamera dan modul GPS terbina dalam menjadikannya pilihan yang hebat untuk pemandu komersial atau sesiapa yang ingin memantau persekitaran pemanduan mereka.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: Lensa Hadapan: 170°, Lensa Belakang: 140°, Lensa Dalam: 110°
  • Resolusi: Lensa Hadapan: HD 720P,  Lensa Belakang: VGA 640 x 480, Lensa Dalam: VGA 640 x 480
  • Sambungan: Putaran video pada peranti secara terus 
  • Storan: 8GB – 32GB, Storage Expansion TF / MicroSD
  • Jaminan: 3 bulan

Kelebihan:

Paparan skrin yang besar
Cermin pandang belakang kalis air
3 lensa kamera merakam pada masa yang sama

Harga: RM 89.00 – RM 115.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

12. ROADCAM WIFI X3 Dash Cam

untitled-square-presentation---T.
Kredit Gambar: roadcam.my

ROADCAM WIFI X3 Dash Cam adalah peranti kecil yang kaya dengan ciri-ciri hebat. Ia, direka untuk merakam rakaman video berkualiti tinggi tentang persekitaran kenderaan anda semasa anda memandu. Salah satu ciri utama ROADCAM WIFI X3 adalah modul Wi-Fi terbina dalamnya yang membolehkan paparan dan muat turun rakaman yang direkod dengan cepat melalui aplikasi telefon pintar. 

Aplikasi ini juga mempunyai beberapa tetapan dan pilihan penting seperti keupayaan mengubah kualiti video, menyusun firmware yang dikemas kini secara automatik, dan mengaktifkan mod tempat letak kereta. Modul Wi-Fi terintegrasi dan sistem bantuan pemandu pintar menjadikannya pilihan yang sangat baik bagi sesiapa yang mencari dash cam yang komprehensif dan mudah digunakan.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: Sudut Lebar 170° 
  • Resolusi: 480P
  • Sambungan: Wifi
  • Storan: 32GB
  • Jaminan: 3 bulan

Kelebihan:

Modul Wifi terbina dalam
Cycle Recording
Mudah digunakan

Harga: RM 109.00 – RM 129.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

13. EKLEVA Car DVR Dash Cam

EKLEVA Car DVR Dash Cam
Kredit Gambar: Shopee

Dengan tiga LED inframerah, EKLEVA Car DVR Dash Cam menampilkan pencahayaan inframerah yang tidak kelihatan di dalam kabin, sekali gus membolehkan kamera dalam merakam penumpang walaupun dalam keadaan gelap. Filter IR yang boleh bertukar secara automatik meningkatkan sensitiviti pada waktu malam sambil mengekalkan warna yang cerah sepanjang hari. Apabila enjin dimatikan, dash cam akan memasuki mod parkir dan berhenti merekod. Walau bagaimanapun, jika G-sensor mengesan perlanggaran, kamera mula merekod video dengan segera untuk merakam kejadian yang berlaku.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: Kamera Hadapan: 170°, Kamera Dalam: 240°
  • Resolusi: 1080P
  • Sambungan: Putaran video pada peranti secara terus 
  • Storan: Maksimum 32 GB
  • Jaminan: 6 bulan

Kelebihan:

Infrared night vision
Mampu milik
Pemantauan Tempat Letak Kereta 24 Jam

Harga: RM 124.55 – RM 144.76

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

14. DDPAI Z40 1944P Dash Cam

DDPAI Z P Dash Cam
Kredit Gambar: Shopee

DDPAI Z40 1944P Dash Cam boleh merakam rakaman yang berkualiti tinggi dengan resolusi 2592 x 1944, sekali gus memberikan anda gambaran yang terperinci. Sense Reality menggabungkan GPS terbina dalam, G-sensor, dan three-axis gyro daripada DDPAI Z40 Dash Cam untuk menyampaikan maklumat seperti kelajuan kenderaan dan kecerunan jalan melalui peranti mudah anda. Kamera dashcam yang berkualiti tinggi dan modul GPS terbina dalam menjadikannya pilihan yang baik bagi sesiapa yang ingin memantau persekitaran pemanduan mereka dengan jelas.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: Kamera Hadapan: 140º, Kamera Belakang: 125º
  • Resolusi: 2592 x 1944 P
  • Sambungan: Tidak dinyatakan 
  • Storan: Sehingga 128GB
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Mod tempat letak kereta 24 jam
Mikrofon terbina dalam
Kualiti resolusi tinggi

Harga: RM 249.00 – RM 499.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

15. HP F560X Dash Cam Car Recorder

HP FX Dash Cam Car Recorder
Kredit Gambar: Shopee

Rakaman bersudut lebar HD 1080 yang disediakan oleh HP F560X Dash Cam Car Recorder akan melindungi anda dalam kejadian kemalangan kenderaan. Dashcam ini dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance System yang menggunakan sensor untuk mengesan objek atau kenderaan di sebelah. Sistem ini juga merangkumi GPS dan mikrofon terbina dalam yang boleh membantu anda di sepanjang pemanduan.

HP F560X Dash Cam Car Recorder adalah peranti yang berkualiti tinggi dan direka untuk merakam video yang jelas mengenai persekitaran semasa anda memandu. Bukan itu sahaja, rakaman Qud HD dan modul GPS terbina dalam  menjadikannya pilihan yang terbaik untuk mereka yang mencari dashcam moden dan boleh dipercayai.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: 360°
  • Resolusi: 1080P
  • Sambungan: HP GoDashcam APPs
  • Storan: 32GB
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Mudah dipasang dan digunakan
GPS terbina dalam
Mikrofon terbina dalam

Harga: RM 299.00 – RM 429.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

16. Asawin T3 3 Dash Cam

Asawin T camera Dash Cam
Kredit Gambart: Shopee

Asawin T3 3 Dash Cam mempunyai kamera belakang yang kalis air. Kamera ini boleh dipasang pada cermin belakang atau di atas plat pendaftaran kenderaan. Ciri kalis airnya memberikan dashcam ini perlindungan yang lebih baik daripada cuaca dan debu. Oleh sebab itu, ia dapat dijaga dengan baik dan beroperasi dengan cekap.

Spesifikasi:

  • Sudut Pandang: Lensa Hadapan: 170°, Lensa Belakang: 140°, Lensa Dalam: 170°
  • Resolusi: 1920*1080 
  • Sambungan: Tidak dinyatakan 
  • Storan: Tidak dinyatakan 
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Monitor tempat letak kereta 24 jam
HD night vision
Bersudut Lebar

Harga: RM 179.00 – RM 199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close