Masalah kasut berbau sering dianggap remeh dan dibiarkan begitu sahaja. Malah, mungkin kita tidak sedar masalah ini kerana deria bau kita sudah ‘imun’ dengan bau kasut sendiri. Namun ada yang sedang ‘sengsara’ menahan bau yang tidak diingini iaitu orang di sekeliling kita. Jadi apakah solusi yang terbaik untuk menyahbau dan mewangikan kasut anda? Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghapuskan bau hapak kasut. Anda boleh menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah seperti baking soda, garam, minyak pati, bedak bayi dan sebagainya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan pelbagai produk yang dikhususkan untuk tujuan menyahbau atau mewangikan kasut atau kedua-duanya sekali. Berikut adalah 8 deodoran kasut terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih deodoran kasut yang sesuai?
Terdapat pelbagai jenis dan jenama deodoran kasut di pasaran boleh menjadikan anda keliru untuk memilih yang terbaik. Oleh itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan jenis, harga, dan ulasan sebelum membuat sebarang pembelian.
- Jenis
Anda mungkin pernah melihat pelbagai jenis deodoran kasut di pasaran, antaranya jenis “Semburan”, “Roll”, dan banyak lagi. Jadi, anda disyorkan untuk menentukan deodoran kasut yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.
- Harga
Deodoran kasut boleh didapati dalam pelbagai hargai, daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal, bergantung pada kualiti, isi padu dan jenama deodoran kasut tersebut. Oleh itu, anda perlu merancang perbelanjaan semasa membeli deodoran kasut supaya anda tidak membazir.
- Ulasan
Membaca dan menganalisis ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu merupakan cara yang berkesan untuk mendapatkan jangkaan yang realistik terhadap produk. Ini bukan sahaja akan memberikan anda maklumat tambahan, tetapi ia juga akan meningkatkan keyakinan anda untuk membeli produk tersebut terutamanya dalam talian.
8 Deodorant Kasut Terbaik di Malaysia 2023
1. Duitmali Shoe Deodorant

Produk daripada Duitmali ini sesuai digunakan untuk menyahbau dan mewangikan kasut anda. Produk ini bukan sahaja mampu menyahbau kasut anda malah ia juga boleh menghapuskan 99.9% bakteria. Ia didatangkan dalam reka bentuk semburan bagi memudahkan anda untuk menggunakannya.
Spesifikasi:
- Jenis: Semburan
- Bau: bebas wangian
- Isi padu: 360 ml
Kelebihan:
✅ Teknologi ion
✅ Mudah digunakan
✅ Mesra pengguna
Harga: RM8.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Shoes Deodorant Ball

Deodoran Kasut ini mempunyai agen penyahbau aktif yang membantu menghapuskan 99.9% bakteria di dalam kasut dan stokin anda. Ia didatangkan dalam saiz yang kecil membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Bagi cara penggunaannya pula, anda hanya perlu memasukkannya ke dalam kasut dan dibiarkan untuk kesegaran yang berpanjangan.
Spesifikasi:
- Jenis: Ball
- Bau: Buah-buahan
- Saiz: 80 g
Kelebihan:
✅ Antibakteria
✅ Tahan lama
✅ Reka bentuk sfera
Harga: RM0.75
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. TIDY Shoe Deodorant

Deodoran Kasut TIDY merupakan jenama yang boleh dipercayai untuk menyahbau kasut anda dengan pelbagai pilihan wangian yang diperkaya dengan formulasi mineral zeolit. Walaupun produk ini pada asalnya direka untuk kegunaan kasut sneaker, namun ia juga boleh digunakan untuk semua jenis kasut.
Spesifikasi:
- Jenis: Kapsul
- Bau: Segar
- Saiz: 270 g
Kelebihan:
✅ Mudah digunakan
✅ Wangi
✅ Tidak toksik
Harga: RM5.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Shoe Freshener Pills

Produk deodoran kasut ini kelihatan seakan kapsul bersaiz tapak tangan. Fungsinya adalah untuk menyahbau kasut dan mengekalkan kesegaran. Produk ini mampu memberi perlindungan dan kesegaran sehingga 24 jam. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Jenis: Kapsul
- Bau: Asli
- Saiz:150 g
Kelebihan:
✅ Berbentuk silinder
✅ Padat
Harga: RM2.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. EraClean Shoe Refresher Spray

Semburan Penyegar Kasut EraClean diperbuat daripada bahan organik tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit. Produk ini didatangkan dalam saiz mudah alih membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Semburan itu juga bersifat antibakteria yang mampu menghapuskan 90% bakteria dalam kasut dan stokin anda.
Spesifikasi:
- Jenis: Semburan
- Bau: segar
- Isi padu: 150 ml
Kelebihan:
✅ Tidak toksik
✅ Formula Organik
✅ Antibakteria
Harga: RM14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. KIWI Shoe Deodorizer

Kiwi shoe merupakan jenama terkemuka dari Australia yang menghasilkan pelbagai produk penjagaan kasut berkualiti tinggi. Semburan ini memberi perlindungan maksimum dalam menyahbau dan sesuai bagi mereka yang mementingkan kebersihan dan keselesaan. Produk ini juga sesuai digunakan untuk kasut sukan, kasut kasual, but ski dan kasut menunggang kuda.
Spesifikasi:
- Jenis: Semburan
- Bau: Bersih
- Isi padu: 64 g
Kelebihan:
✅ Bottom-spray
✅ Mudah digunakan
✅ Ringan
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Xiaomi Clean-n-Fresh Shoes Deodorant Balls

Bagi anda yang sedang mencari deodaran kasut dengan saiz yang kecil, Xiaomi Clean-n-Fresh Shoes Deodorant Balls pilihan terbaik untuk anda. Produk ini mengandungi bahan-bahan antikulat dan antibakteria yang efektif dalam menyegarkan bau kasut. Selain itu, ia juga mengandungi anti-perspirant bagi mengurangkan kadar lembapan pada kaki dan kasut anda.
Spesifikasi:
- Jenis: Bola
- Bau : Ekstrak semula jadi
- Saiz: Tidak tersedia
Kelebihan:
✅ Tahan lama
✅ Berbentuk sfera
✅ Padat
Harga: RM4.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Adidas Performance Deodorant For Shoe

Selain daripada menghasilkan kasut berkualiti tinggi, jenama Adidas juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan produk penjagaan kasut. Deodoran kasut ini dilengkapi dengan formula dual-action yang boleh menyahbau serta-merta. Semburan ini mampu memberi perlindungan dan kesegaran sehingga 24 jam. Semburan deodoran kasut ini sesuai digunakan pada kasut sukan.
Spesifikasi:
- Jenis: Semburan
- Bau: Segar
- Isi padu: 100 ml
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Sesuai untuk kasut sukan
Harga: RM25.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.