Minggu lepas, Pakar bedah kelahiran Malaysia, iaitu Dr Amalina Bakri telah selamat melahirkan seorang bagi perempuan yang diberi nama Arabella Mia. Menurut Dr. Amalina sendiri, nama tersebut dipilih bersama dengan suaminya, iaitu Alexander Charles, atau lebih dikenali sebagai Alex. Dr Amalina Bakri telah bernikah pada 31 Mac 2021 di Masjid Central London bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Alexander Charles.
Ramai yang memuji kecantikan bayi Dr Amalina yang berusia seminggu itu. Tidak kurang juga yang memuji nama bayi Dr Amalina tersebut. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Dr Amalina di atas kelahiran bayi sulungnya di Instagram. Artis terkenal seperti Mira Filzah, Catriona Ross dan juga Vivy Yusuf.


Dr Amalina yang bersalin di Hospital St. Thomas, London, berkata kehadiran Arabella Mia ini adalah pelengkap hidup mereka suami isteri. Bahkan, setiap detik bersama si kecil akan dihargai sepenuh hati. Mereka juga teruja untuk melihat apa yang akan datang bilamana si kecil ada bersama mereka.
Terdahulu, ramai yang tertanya-tanya akan perihal kerakyatan si Arabella Mia ini. Dr Amalina memilih kerakyatan British untuk bayinya kerana terdapat beberapa kekangan yang menghalangnya daripada bersalin di Malaysia. Faktor kerja dan sarat hamil merupakan antara penyebabnya. Namun, Dr Amalina tetap akan memperkenalkan budaya Malaysia kepada anaknya sepanjang tumbesarannya kerana anaknya tetap mempunyai darah kacukan Melayu dan memperkenalkan budaya Malaysia kepada anaknya adalah satu hal yang membanggakan buatnya.

Rata-rata komen daripada netizen mengucapkan tahniah kepada Dr Amalina atas kelahiran bayi sulungnya. Diharapkan Arabella Mia membesar dengan sihat dan gembira di samping keluarga tersayang. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Dr Amalina dan keluarga. Apa pendapat anda?
Sumber: instagram.com /ohbulan.com / astroawani.com / bharian.com.my
Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!
Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.