8 Dress Labuh Mampu Milik Terbaik untuk Anda 2025

Mencari pakaian yang selesa tetapi elegan dan bergaya untuk aktiviti malam kasual? Berikut ialah 8 dress labuh terbaik untuk aktiviti kasual tahun 2025. Pilihan-pilihan ini disyorkan buat anda yang sedang mencari dress labuh yang sesuai dengan keperluan anda dari segi kualiti material, reka bentuk unik dan mewah namun masih mampu dimiliki oleh kebanyakan pembeli.

Semua ini merupakan pilihan dress labuh yang boleh anda pertimbangkan sebelum berdandan ke acara kasual tersebut. Hal ini kerana dress labuh yang disyorkan masing-masing mempunyai tema dan kesesuaiannya untuk dipadankan dengan tema majlis atau acara yang bakal berlangsung.

Bagaimanakah mencari dress labuh yang sesuai?

Terdapat pelbagai jenis pilihan dress labuh diluar sana kerana para pereka fesyen sibuk berlumba untuk menghasilkan pakaian terbaik dan digemari oleh pengguna. Bagi memenuhi keinginan para pembeli, mereka menghasilkan banyak rekaan baju yang cantik untuk dipilih oleh anda. Namun begitu, untuk membuat pemilihan dress labuh yang sempurna untuk anda, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara seperti dibawah:

  1. Acara/ Majlis

Sebelum menghadiri majlis, anda mestilah mengetahui tema majlis tersebut sebelum mencari pakaian yang sesuai untuk ke sana. Apabila anda sudah mengetahui tema dan tujuan majlis tersebut, pencarian dress labuh anda menjadi lebih mudah dan cepat.

  1. Bajet

Untuk mencari pakaian terbaik, anda perlu menyesuaikannya dengan bajet anda. Apa kata anda tetapkan bajet anda terlebih dahulu bagi sehelai dress labuh? Semua ini adalah untuk mengelakkan pembaziran daripada berlaku.

  1. Reka Bentuk

Akhir sekali, reka bentuk juga merupakan salah satu bahagian yang paling penting apabila memilih pakaian. Anda harus memilih warna, corak dan reka bentuk yang sesuai dengan anda supaya anda tampak bergaya apabila mengenakan pakaian itu ke majlis tersebut.

8 Dress Labuh Mampu Milik Terbaik untuk Anda 2025

1. Abaya Muslim Dress  

Abaya Muslim Dress
Kredit Gambar: Shopee

Abaya Muslim Dress merupakan produk pakaian yang berfokuskan Muslimah yang mana ia mempunyai panjang kelabuhan yang sesuai buat wanita Muslim yang ingin mengenakan abaya ini. Keistimewaan Abaya ialah ia memberi perlindungan daripada persekitaran yang keras seperti ketika cuaca mendung, berangin ataupun panas terik. Memandangkan ia direka dalam corak yang berlapis-lapis, pakaian ini membolehkan angin bergerak masuk ke dalam pakaian ini tanpa merosakkan atau mendedahkan bahagian badan tertentu. Pakaian ini sesuai untuk dipakai ke majlis yang kurang formal seperti temu janji makan malam dan majlis pertunangan.

Spesifikasi:

  • Material: Sintetik
  • Pilihan Warna: Beige, Merah Jambu, Hitam, Biru
  • Saiz: S–5XL 

Kelebihan:

Mempunyai saiz tambahan (S – 5XL)
Jubah Abaya ke-2 terlaris di pasaran
Rating 4.9 bintang oleh pembeli

Harga: RM23.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Floral Pregnant Woman Loose Maxi Dress 

Floral Pregnant Woman Loose Maxi Dress
Kredit Gambar: Shopee

Floral Pregnant Woman Loose Maxi Dress ini sememangnya penyelamat untuk bakal ibu! Pakaian ini menampilkan reka bentuk ikatan longgar pada lengan baju ini selain menyediakan tali pinggang di pinggang sekaligus menjadikannya pakaian yang bergaya ringkas dan selesa. Bakal-bakal ibu mungkin akan tertarik dengan pakaian ini kerana ia direka khas mengikut susuk tubuh wanita hamil.

Spesifikasi:

  • Material: Poliester
  • Pilihan Warna: Mempunyai 12 rekaan (Kuning, Hitam, Coklat, Putih, Baby Blue, Biru Gelap, White Cream,Merah Jambu)
  • Saiz: S-XL

Kelebihan:

Sesuai untuk wanita mengandung
Pelbagai corak bunga
Maxi dress

Harga: RM23.12

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. French Style Maxi Long Swing Dress

French Style Maxi Long Swing Dress
Kredit Gambar: Shopee

French Style Maxi Long Swing Dress akan memberikan anda suasana seperti puteri Perancis kerana ia dicipta dengan tali pengikat di belakang serta fabrik putih yang terletak di sebalik pakaian utama. Tidak seperti pakaian lain, gaya skirt bagi pakaian ini pula dicipta dalam reka bentuk A-Line dan panjang maxi supaya ia kelihatan lebih elegan. Pakaian ini sesuai dipakai untuk sebarang majlis mewah, formal atau kasual.

Spesifikasi:

  • Material: Poliester
  • Pilihan Warna: Hitam, Merah
  • Saiz: S – 4XL 

Kelebihan:

Mempunyai saiz tambahan (S-4XL)
Material ringan dan berangin
Bergaya tetapi sesuai untuk acara kasual

Harga: RM28.07

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Yoaresweet long-sleeved dress

Yoaresweet long sleeved dress
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari pakaian vintaj yang kelihatan ringkas, maka pakaian lengan panjang Yoarasweet ini mungkin pilihan terbaik bagi anda. Gaun manis dan kelihatan polos ini menampilkan gaya Perancis dengan garis leher V dan gaya pakaian MIDI. Anda boleh melihat rekaan ruffle comelnya di leher V-line sehinggalah ke pinggang depan. Ia paling sesuai dipakai ketika anda berjalan-jalan di waktu petang atau semasa melakukan rutin harian anda.

Spesifikasi:

  • Material: Chiffon
  • Pilihan Warna: Putih, Merah, Hitam
  • Saiz: S-2XL

Kelebihan:

Rekaan unik
Berpatutan
Rating 4.9 bintang oleh pembeli

Harga: RM24.75

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. French Vintage Long Dress

French Vintage Long Dress
Kredit Gambar: Shopee

Gaun Panjang Vintage Perancis ini ialah gaun vintaj yang direka dengan ciri-ciri moden, iaitu mempunyai ciri ruffles seperti ikan duyung di bahagian tepi pinggang hingga ke bahagian bawah pakaian. Corak bunga kecil pada pakaian ini memberikan imej vintaj kepada si pemakainya. Jika anda ingin ke pantai, pakaian ini sesuai untuk anda.

Spesifikasi:

  • Material: Chiffon
  • Pilihan Warna:  Putih, Hitam, Coffee
  • Saiz: S – XL

Kelebihan:

Nampak ringkas, vintaj dan moden
Mempunyai skirt labuh floral yang berlilit
Rating 5 bintang daripada pembeli

Harga: RM50.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Square Collar French Retro Dress

Square Collar French Retro Dress
Kredit Gambar: Shopee

Square Collar French Retro Dress ini sesuai untuk anda pergi ke tempat kerja kerana ia menampilkan rupa formal, berkarisma dan elegan. Untuk memberikan bahagian atas badan yang selesa, pakaian ini disesuaikan dengan lengan yang longgar dan gelembung beserta butang pada pergelangan tangan baju ini.

Spesifikasi:

  • Material: Kapas, Knit
  • Pilihan Warna: Hitam
  • Saiz: S – 2XL

Kelebihan:

A-line dress
Rekaan lengan yang moden
Gaya formal, elegan dan karismatik

Harga: RM36.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Long Sleeve Elegant Belted Dress

Long Sleeve Elegant Belted Dress
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari gaya baharu yang memberikan suasana unik dan pelbagai budaya, Long Sleeve Elegant Belted Dress ini sesuai untuk anda, Walaupun pakaian itu menampilkan beberapa elemen pakaian Cina pada butang reka bentuk bunga, ia juga sesuai untuk gologan Muslimah kerana memiliki lengan dan dalaman baju yang tebal tanpa mendedahkan bahagian badan anda ketika memakainya.

Spesifikasi:

  • Material: Tekstil
  • Pilihan Warna: Putih
  • Saiz:  S – XL

Kelebihan:

Didatangkan dengan 3 rekaan
Rekaan unik dan bergaya
Rating 5 bintang oleh pembeli

Harga: RM46.11 – RM72.68

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Backless Halter Dress

Backless Halter Dress
Kredit Gambar: Shopee

Backless Halter Dress ialah gaun tanpa belakang yang berwarna putih, ringkas dan bertali silang dengan garis leher halter. Anda boleh memakai pakaian yang cantik dan ringkas ini apabila anda ingin menikmati sebarang jenis aktiviti luar dan riadah seperti memakainya semasa percutian anda di pulau. Jangan risau, anda tetap menawan ketika memakainya kerana ia memberikan imej susuk tubuh yang tinggi dan langsing.

Spesifikasi:

  • Material: Polyester fiber
  • Pilihan Warna : Putih
  • Saiz: S – XL

Kelebihan:

‘Breathable’ dan ‘loose-fit’
Sesuai untuk aktiviti luar (parti, perkahwinan, bercuti, ke pantai dan sebagainya)
Dress halter yang labuh

Harga: RM28.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close