10 Facial Steamer Terbaik di Malaysia 2025

Seperti yang kita sedia maklum, bukan mudah untuk atasi masalah bintik hitam dan pori tersumbat. Tidak kira seberapa kuat anda telah memicit hidung anda, namun masih sukar untuk menghilangkan kesemua bintik hitam terutamanya bintik hitam yang berakar. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana penggunaan facial steamer dapat membantu anda.

Facial steamer menghasilkan wap hangat untuk membuka liang pori dan melembutkan bintik hitam. Hal ini sekali gus memudahkan penyerapan produk penjagaan kulit terutamanya bahan aktif seperti retinol, Vitamin C, asid salisilik dan banyak lagi. Selain itu, anda hanya perlu melakukan face steam sebanyak 2 kali seminggu selama 15 minit (maksimum) untuk hasil yang efektif. Namun, peranti ini tidak sesuai digunakan oleh anda yang memiliki kulit berjerawat.

10 Facial Steamer Terbaik di Malaysia 2023

1. Ozone Facial Steamer 

Ozone Facial Steamer
Kredit gambar: Shopee

Ozone facial steamer ini didatangkan dengan fungsi 3 dalam 1, di mana ia boleh digunakan sebagai ‘hot mist steam’, aromaterapi dan ‘fine mist steam’. Selain itu, ia juga mempunyai teknologi wap nano ionik yang menghasilkan wap dengan ion negatif yang baik untuk kulit anda. Wap nano ini akan menembusi lapisan kulit yang paling dalam dan menjadikan kulit anda lembap dan sihat.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 20 cm x 8 cm x 14.5 cm
  • Negara Pengeluar: China
  • Kapasiti Air: 45 ml

Kelebihan & Keburukan:

Tiub semburan boleh putar 360°
Kapasiti besar
Mudah dibersihkan
Saiz besar
Sukar untuk disimpan

Harga: RM61.28

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Nano Ionic Steam Face Steamer

Nano Ionic Steam Face Steamer
Kredit gambar: Ubuy

Anda kerap mengalami masalah jerawat? Anda tidak perlu bimbang lagi dengan masalah tersebut kerana dengan menggunakan facial steamer ini, segala bakteria dan sel mati yang menyebabkan jerawat akan keluar. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu anda untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pemegang bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. 

Spesifikasi:

  • Dimensi: 20 cm x 8 cm x 14.5 cm
  • Negara Pengeluar: China 
  • Kapasiti Air: 55 ml

Kelebihan & Keburukan:

Mudah untuk disimpan
Mudah dibawa ke mana sahaja
Suhu tetap 40 darjah celsius
Kapasiti air kecil

Harga: RM46.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. CkeyiN Warm Facial Steamer

CkeyiN Face Steamer
Kredit gambar: Shopee

CkeyiN ialah facial steamer berkapasiti besar yang membolehkan anda melakukan 3 – 4 sesi ‘face steam’ tanpa perlu menambah air. Selain itu. ia juga dilengkapi dengan reka bentuk tapak antigelincir bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku sewaktu anda melakukan ‘face steam’. Ia juga menyediakan ruang kecil untuk melakukan ‘steaming’ buah-buahan, herba dan bunga kering. 

Spesifikasi:

  • Dimensi: 15.7 cm x 14.5 cm x 8.7 cm
  • Negara Pengeluar: China 
  • Kapasiti Air: 150 ml

Kelebihan & Keburukan:

Saiz kecil dan mudah untuk disimpan
Reka bentuk yang bergaya
Kapasiti air besar
Harga berpatutan
Kapasiti kuasa lemah

Harga: RM46.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Maoer Face Steamer

Maoer Face Steamer
Kredit gambar: Shopee

Jika anda ingin melakukan perawatan muka yang maksimal ketika berada di rumah, anda disarankan untuk memilih facial steamer keluaran Maoer ini. Facial steamer ini didatangkan dengan teknologi PTC yang berfungsi untuk memanaskan molekul air secara sekata. Wap hangat yang dihasilkannya mampu membuka liang pori wajah sekali gus membolehkan pembersihan dilakukan dengan intensif. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan kulit kusam serta mengekalkan kelembapan kulit.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 200 mm x 125 mm x 125 mm
  • Negara Pengeluar: China 
  • Kapasiti Air: 55 ml

Kelebihan & Keburukan:

Saiz kecil dan mudah untuk disimpan
Terdapat ruang untuk meletakkan buah dan herba
Mudah untuk digunakan
Wap tidak banyak

Harga: RM46.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. DSP Facial Steamer

DSP Face Steamer
Kredit gambar: Yiwugo

DSP merupakan facial steamer serba guna yang boleh digunakan sebagai ‘face steamer’ dan ‘nasal steamer’. Setiap pembelian akan dilengkapi dengan 1 ‘face steam’, 1 penutup wap muka dan 1 penutup wap hidung. Dengan penggunaan yang betul, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah dan lembap. Selain itu, sel kulit mati juga dapat dibuang dengan lebih mudah.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 16.0 cm x 16.0 cm x 25.0 cm
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 
  • Kapasiti Air: 50 ml

Kelebihan & Keburukan:

Pelbagai guna
Berbaloi dengan nilai wang
Mudah untuk digunakan
Menggunakan banyak ruang

Harga: RM56.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. KONKA Facial Steamer

KONKA Facial Steamer
Kredit gambar: GemmaBeauti

KONKA merupakan facial steamer terbaik untuk anda yang gemar bersolek. Hal ini kerana, ia juga menggunakan elemen seramik PTC agar molekul haba yang dihasilkan lebih malar dan sekata. Ia membantu dalam menyingkirkan kotoran pada wajah anda sekali gus mengecilkan liang pori. Ketika menggunakannya, anda disarankan untuk meletakkan muka anda 20 cm daripada peranti bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 192 mm x 140 mm x 256 mm
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 
  • Kapasiti Air: 100 ml

Kelebihan:

Mudah dibawa ke mana sahaja
Berbaloi dengan nilai wang
Kapasiti besar

Harga: RM45.00 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Benice Facial Steamer

Benice Facial Steamer
Kredit gambar: Shopee

Benice merupakan facial steamer mini dan mampu milik. Selain itu, penutup pengukusnya boleh ditanggalkan untuk memudahkan anda menyimpan dan membawanya ke mana sahaja. Di samping itu, facial steamer ini juga mampu merangsang aliran darah muka serta pertumbuhan semula epidermal dengan memindahkan khasiat ke bahagian dalam keratinosit melalui sistem vaskular minuscule. Dengan ini, kulit anda akan sentiasa kelihatan lembap dan awet muda. 

Spesifikasi:

  • Dimensi: 28 cm x 14 cm x 13 cm
  • Negara Pengeluar: China
  • Kapasiti Air: Tidak Dinyatakan 

Kelebihan & Keburukan:

Saiz kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja.
Mampu milik
Mudah untuk disimpan
Tidak dapat menutupi seluruh muka

Harga: RM33.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. K Skin Facial Steamer

K Skin Facial Steamer
Kredit gambar: betterself.my

K Skin facial steamer didatangkan dengan ciri serba guna yang boleh digunakan sebagai ‘face steamer’, aromaterapi dan ‘nasal steamer’. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ‘blue light’ yang berfungsi untuk mengoptimumkan proses pembersihan yang intensif. Hal ini sekali gus menjadikan anda kulit lebih lembut dan cerah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menambahkan beberapa titis ‘essential oil’ atau minyak zaitun.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 140 mm x 100 mm x 210 mm
  • Negara Pengeluar: China
  • Kapasiti Air: 50 ml

Kelebihan:

‘Nozzle’ boleh laras.
Dilengkapi dengan ‘blue light’
Mempunyai slot minyak pati/ ‘essential oil’.

Harga: RM95.00 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Habo Facial Steamer

Habo Facial Steamer
Kredit gambar: Shopee

Habo facial steam sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kerana ia mempunyai 6 tetapan mod seperti ‘hot steaming’, ‘cold steaming’, ‘alternate hot and cold steaming’, pelembap, pembersihan dan kawalan minyak. ‘Cold steaming’ berfungsi untuk mengecilkan liang pori, menganjalkan kulit dan mengunci kelembapan. Sementara itu, ‘hot steaming’ pula digunakan untuk pembersihan yang mendalam, meningkatkan penyerapan penjagaan kulit serta meningkatkan kolagen.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 250 mm x 150 mm x 245 mm
  • Negara Pengeluar: Jepun 
  • Kapasiti Air: 300 ml

Kelebihan & Keburukan:

Mempunyai 6 tetapan mod
‘Nozzle’ boleh berputar 360°
Sesuai untuk semua jenis kulit
Mahal

Harga: RM345.00 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Panasonic Facial Steamer

Panasonic Facial Steamer
Kredit gambar: Panasonic

Panasonic facial steamer ini didatangkan dengan kualiti terbaik serta reka bentuk yang tahan lama. Facial steamer ini menghasilkan wap ionik bersaiz nano yang membolehkannya digunakan sebagai primer muka dan penanggal solekan. Ion negatif yang dihasilkan oleh produk ini berkesan dalam melembapkan, mencerahkan dan menanggalkan sel kulit mati. Anda hanya perlu menggunakan produk ini sekurang-kurangnya 6 minit sehari untuk hasil yang maksimum.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 15.2 cm x 21.7 cm X 10.4 cm 
  • Negara Pengeluar: Jepun 
  • Kapasiti Air: 50 ml

Kelebihan & Keburukan:

Mudah untuk dikendalikan
Reka bentuk yang bergaya
Mudah untuk disimpan
 Mahal

Harga: RM520.00 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close