10 Filem Superhero Terbaik di Malaysia 2023

Terdapat genre tertentu yang telah menggemparkan arena filem sejak kebelakangan ini dan ia adalah filem superhero atau adiwira. Filem superhero telah dikenali secara meluas kerana menampilkan wira-wira yang hebat, visual yang menakjubkan dan urutan aksi yang memukau.

2023 telah menjadi tahun filem superhero. Ini kerana terdapat banyak filem yang dikeluarkan pada tahun ini diminati oleh pencinta buku komik dan penonton filem. Sepertimana yang kita ketahui, filem mempunyai banyak genrenya yang tersendiri dan mempunyai peminatnya di seluruh dunia. Genre aksi juga sering menjadi genre yang diminati kerana ia membuatkan anda tidak senang duduk kerana mempamerkan aksi-aksi yang hebat dan menarik yang dilakukan oleh watak dalam filem tersebut.

Sama juga seperti filem genre superhero. Dalam filem bergenre ini, kebanyakannya watak utama atau hero / wira akan melakukan aksi yang hebat dalam memerangi musuh disepanjang jalan cerita tersebut. Selain itu, filem bergenre ini tidak mudah bosan dan penuh dengan kejutan yang berjaya menarik perhatian para penonton untuk terus menontonnya.

Oleh sebab itu, kami himpunkan beberapa filem superhero untuk anda tonton sewaktu masa terluang bersama keluarga atau rakan-rakan. Berikut ialah 10 filem superhero terbaik yang dinanti-nantikan di Malaysia yang perlu anda tonton pada tahun 2023.

Apakah Filem Superhero yang Mesti Ditonton Pada Tahun 2023?

Filem superhero terbaik yang pasti anda tidak boleh ketinggalan ialah Spider-Man: Across the Spider-Verse Part 1, Everything Everywhere All At Once, The Batman dan Black Adam. Filem-filem ini mempunyai konsep unik terhadap filem adiwira dan berkembang lebih daripada sekadar garis plot buku komik asal.

10 Filem Superhero Terbaik di Malaysia 2023

1. Morbius

Kredit: Youtube

Diarahkan Oleh: Daniel Espinosa

Dibintangi Oleh: Jared Leto, Michael Keaton, Matt Smith, Adria Arjona, Jared Harris, Tyrese Gibson, Al Madrigal, Archie Renaux

Tarikh Mula Ditayangkan: 31 Mac 2022

Plot: Jared Leto membintangi watak Morbius. Beliau memegang watak sebagai seorang saintis yang mempunyai penyakit darah yang jarang ditemui. Demi meneruskan kelangsungan hidup, beliau berusaha mencari penawar untuk membantu dirinya dan orang lain yang memiliki penyakit ini. Apabila watak tersebut berjaya menemui penawar, dia berubah menjadi pontianak yang dahagakan darah.

2. Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Kredit: Youtube

Diarahkan Oleh: Sam Raimi

Dibintangi Oleh: Benedict Cumberbatch, Elizabeth Olsen, Chiwetel Ejiofor, Benedict Wong, Xochitl Gomez, Michael Stuhlbarg, dan Rachel McAdams

Tarikh Mula Ditayangkan: 6 Mei 2022

Plot: Benedict Cumberbatch kembali sebagai Doctor Strange. Doctor Strange menavigasi pelbagai alam yang telah diganggu bersama-sama dengan Scarlet Witch Elizabeth Olsen. Peminat Marvel boleh mengharapkan filem ini mempunyai nada yang lebih gelap dengan pelbagai kemungkinan yang tidak berkesudahan di sepanjang filem ini ditayangkan.

3. The Batman

Kredit: Youtube

Diarahkan Oleh: Matt Reeves

Dibintangi Oleh: Robert Pattinson, Zoë Kravitz, Paul Dano, Jeffrey Wright, John Turturro, Peter Sarsgaard, Andy Serkis, Colin Farrell

Tarikh Mula Ditayangkan: 4 Mac 2022

Plot: Dalam filem ini, kita melihat Bruce Wayne muda mengambil alih peranan sebagai Batman. Adiwira ini sentiasa mengawasi jalan di Gotham yang penuh dengan jenayah. Seorang penjahat sadis mengambil keputusan untuk mencabar Batman. Sementara itu, pelbagai rahsia mulai terungkap dan hubungan baru mesti dijalinkan bagi membawa keadilan kepada bandar itu.

4. Everything Everywhere All At Once

Kredit: Youtube

Diarahkan Oleh: Daniel Kwan, Daniel Scheinert

Dibintangi Oleh: Michelle Yeoh, Ke Huy Quan, Stephanie Hsu, Jenny Slate, Harry Shum Jr., James Hong, Jamie Lee Curtis

Tarikh Mula Ditayangkan: 24 Mac 2022

Plot: Filem adiwira bukan konvensional yang diedarkan oleh A24 ini menyelidiki tema realiti alternatif dan ‘multiverse’. Michelle Yeoh membintangi filem ini sebagai watak utama yang berusaha menangani kuasa barunya. Dengan kuasa itu, dia cuba melawan bahaya yang akhirnya menjadi akibat kepada perpecahan dimensi dalam realiti.

5. Thor: Love and Thunder

Kredit: Youtube

Diarahkan Oleh: Taika Waititi

Dibintangi Oleh: Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Natalie Portman, Christian Bale, Chris Pratt, Jaimie Alexander, Pom Klementieff, Dave Bautista, Karen Gillan, Sean Gunn, Jeff Goldblum, Vin Diesel.

Tarikh Mula Ditayangkan: 8 Julai 2022

Plot: Thor: Love and Thunder menghampiri tarikh tayangan perdana namun tiada ‘trailer’ rasmi dikeluarkan untuk filem itu. Mungkin, Taika Waititi menyimpan kejutan itu sehingga saat akhir. Filem ini berfungsi sebagai sekuel langsung kepada pendahulunya, iaitu Thor: Ragnarok. Memandangkan butiran plot belum didedahkan, kami tahu ini akan menjadi debut bagi Christian Bale untuk beralih ke Marvel Cinematic Universe. Inilah ‘crossover; antara DC dan Marvel!

6. DC League of Super-Pets

Kredit: Youtube

Directed by: Jared Stern

Diarahkan Oleh: Jared Stern

Dibintangi Oleh: Dwayne Johnson, Kevin Hart, Kate McKinnon, John Krasinski, Vanessa Bayer, Natasha Lyonne, Diego Luna, Thomas Middleditch, Ben Schwartz, Keanu Reeves

Tarikh Mula Ditayangkan: 28 Julai 2022

Plot: Ketepi, wahai adiwira. Sudah tiba masanya untuk ‘super-pet’ bersinar! Filem nini berfokus kepada Krypto, iaitu anjing Superman. Anjing ini membentuk pasukan haiwan yang telah diberi kuasa besar dan mereka perlu menyelamatkan Justice League daripada cengkaman Lex Luthor.

7. Spider-Man: Across the Spider-Verse – Part 1

Kredit: Youtube

Diarahkan Oleh: Joaquim Dos Santos, Kemp Powers, Justin Thompson

Dibintangi Oleh: Shameik Moore, Oscar Isaac, Hailee Steinfeld, Jake Johnson, Issa Rae

Tarikh Mula Ditayangkan: 7 Oktober 2022

Plot: Filem superhero animasi akan datang ini menampilkan Miles Morales sebagai Spider-Man ketika beliau menceburi “Spider-Verse”. Filem ini berfungsi sebagai bahagian pertama daripada 2 bahagian filem yang merupakan sekuel kepada filem sebelumnya, iaitu Spider-Man: Into the Spider-Verse. Bersedialah untuk pengembaraan epik ke alam labah-labah!

8. Black Adam

Kredit: Youtube

Directed by: Jaume Collet-Serra

Diarahkan Oleh: Jaume Collet-Serra

Dibintangi Oleh: Dwayne Johnson, Noah Centineo, Aldis Hodge, Sarah Shahi, Quintessa Swindell, dan Pierce Brosnan.

Tarikh Mula Ditayangkan: 21 Oktober 2022

Plot: Dwayne “The Rock” Johnson membintangi filem aksi langsung DC ini sebagai Black Adam yang merupakan musuh utama wira,iatu Shazam. Filem ini memfokuskan pada kisah asal usul anti-wira ini sambil memperkenalkan pelbagai wira DC lain yang jarang diberikan perhatian.

9. Black Panther: Wakanda Forever

Kredit: Youtube

Directed by: Ryan Coogler

Diarahkan Oleh: Ryan Coogler

Dibintangi Oleh: Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Dominique Thorne

Tarikh Mula Ditayangkan: 11 November 2022

Plot: Black Panther: Wakanda Forever akan menjadi sekuel langsung kepada filem sebelumnya, Blank Panther yang dibintangi oleh Chadwick Boseman sebagai watak utama. Selepas kematian Chadwick Boseman pada 2020, pengarah Ryan Coogler memutuskan untuk tidak menyusun semula peranan Black Panther. Memandangkan ‘trailer’ dan plot rasmi masih belum didedahkan, peminat dibiarkan berteori tentang bagaimana cerita itu akan diteruskan.

10. Batgirl

Kredit: Youtube

Diarahkan Oleh: Adil El Arbi, Bilall Fallah

Dibintangi Oleh: Leslie Grace, J. K. Simmons, Brendan Fraser, Michael Keaton, Ivory Aquino

Tarikh Mula Ditayangkan: 2022

Plot: Filem Batgirl akan menampilkan wira, iaitu Batgirl yang kebetulannya adalah anak perempuan pesuruhjaya polis. Dalam filem ini, ia memaparkan bahawa Batgirl mengikut jejak Batman dalam membanteras kejahatan. Butiran ‘trailer’ dan plot rasmi Batgirl masih belum dikeluarkan dan tiada tarikh tayangan rasmi diumumkan. Namun begitu, pengarah telah menyatakan bahawa filem akan dikeluarkan pada tahun 2022. Peminat membuat spekulasi bahawa ia boleh menjadi tayangan mengejut dan filem ini akan tersedia di platform penstriman, HBO Max.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close