Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan pada hujung minggu untuk mengisi masa lapang anda. Anda boleh melibatkan diri dengan aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam dan mendaki. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan hobi anda seperti membakar, memasak, mengemas, memancing dan banyak lagi.
Kebanyakannya lebih memilih untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu dengan berehat dan bersantai ekoran ia merupakan waktu rehat selepas menjalani minggu yang sibuk. Salah satu cara terbaik untuk berehat sambil berseronok adalah dengan menonton filem. Kini sekiranya anda ingin menonton filem, anda tidak perlu lagi pergi ke pawagam atau membeli CD. Ini kerana terdapat pelbagai aplikasi yang membolehkan anda menonton sambil bersantai di rumah antaranya Netflix. Ini adalah 15 filem terbaik yang boleh anda tonton di Netflix Malaysia.
Apakah jenis genre filem yang ada pada Netflix?
Netflix menawarkan pelbagai genre filem yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda. Beberapa genre tipikal yang boleh ditonton di Netflix adalah seperti Aksi & Pengembaraan, Seram, Drama, Klasik, Anime, Kanak-kanak & Keluarga, Komedi dan Dokumentari. Bukan itu sahaja, Netflix juga mempunyai subgenre filem lain seperti Romantik Komedi, Thriller Seram dan drama Pengembaraan.
Adakah semua negara mempunyai senarai filem yang sama?
Kebanyakan negara menawarkan filem yang sama, terutamanya jika ia adalah filem asal daripada Netflix. Walau bagaimanapun, sesetengah negara mungkin mempunyai filem lain yang tidak ditayangkan di negara lain ekoran sekatan dan permintaan.
15 Filem Terbaik Untuk Ditonton di Netflix Malaysia 2023
1. John Wick
Diarahkan oleh: Chad Stahelski
Dibintangi: Keanu Reeves, Michael Nyqvist, Alfie Allen, Adrianne Palicki, Bridget Moynahan, Dean Winters, Ian McShane, John Leguizamo, Willem Dafoe.
Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2014
Genre: Neo-noir action thriller
Masa tayangan: 101 minit
Skor IMDB: 7.4/10
Sinopsis
John Wick, watak yang dimainkan oleh Keanu Reeves. John Wick merupakan seorang pembunuh upahan terkenal yang sudah bersara dan berkahwin. Tragedi bermula apabila isteri John meninggal dunia. John yang terkesan dengan pemergian isterinya bertindak untuk berkabung dan mengurungkan dirinya. Tidak lama selepas itu, John terserempak dengan sekumpulan perusuh yang ingin membeli keretanya namun John menolak. Oleh kerana rasa tidak puas hati perusuh tersebut telah memecah masuk rumah John dan membunuh anjingnya serta mencuri keretanya. Disebabkan kejadian itu John memilih untuk kembali ke masa lalunya untuk membalas dendam. Sementara itu, bapa perusuh tersebut mengupah seseorang untuk membunuh John bagi melindungi anaknya.
2. This Is 40
Diarahkan oleh: Judd Apatow
Dibintangi: Paul Rudd, Leslie Mann, Maude Apatow, Iris Apatow, Jason Segel, Charlyne Yi, Tim Bagley, John Lithgow, Albert Brooks, Megan Fox.
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2012
Genre: Romantik komedi
Masa tayangan: 133 minit
IMDB Skor: 6.2/10
Sinopsis
Pete dan Debbie merupakan pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin. Pasangan suami isteri ini sedang menghadapi pelbagai masalah bermula daripada kelakuan anak-anak mereka yang mencabar, bil yang semakin meningkat, dan kehamilan yang tidak diinginkan. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Judd Apatow sebelum ini iaitu Knocked Up. Filem romantik komedi ini sesuai untuk ditonton selepas seharian di pejabat kerana ia akan membuatkan anda ketawa terbahak-bahak.
3. Belle
Diarahkan oleh: Mamoru Hosoda
Pelakon Jepun: Kaho Nakamura, Takeru Satoh, Kōji Yakusho, Lilas Ikuta, Ryō Narita, Shōta Sometani, Tina Tamashiro, Toshiyuki Morikawa, Fuyumi Sakamoto
Pelakon Inggeris: Kylie McNeill, Paul Castro Jr., Ben Lepley, Jessica DiCicco, Manny Jacinto, Brandon Engman, Hunter Schafer, Chace Crawford, Ellyn Stern
Tarikh Tayangan: 16 Julai 2021
Genre: Fantasi fiksyen sains animasi, Anime
Masa tayangan: 124 minit
Skor IMDB: 7.2/10
Sinopsis
Selepas memasuki dunia maya yang dipanggil “U”, seorang pelajar sekolah menengah menjadi penyanyi terkenal di seluruh metaverse maya. Dia dengan pantas memulakan perjalanan yang epik dan mencabar untuk menemui identiti seekor binatang misteri bagi mengelak daripada pengawal kejam. Filem animasi Jepun ini menjadi filem ketiga dengan kutipan tertinggi pada 2021 di Jepun. Mereka mendapat kutipan lebih daripada ¥6.53 bilion yen di box office. Muzik adalah aspek yang paling kurang dihargai dalam filem ini, kerana ia dinyanyikan oleh pelakon yang memainkan watak Belle.
4. Knives Out
Diarahkan oleh: Rian Johnson
Dibintangi: Daniel Craig, Chris Evans, Ana de Armas, Jamie Lee Curtis, Michael Shannon, Don Johnson, Toni Collette, Lakeith Stanfield, Katherine Langford, Jaeden Martell, Christopher Plummer.
Tarikh Tayangan: 27 November 2019
Genre: Jenayah misteri pembunuhan
Masa tayangan: 130 minit
Skor IMDB: 7.9/10
Sinopsis
Filem ini ditulis oleh pengarah, Rian Johnson dan berjaya memperoleh kutipan $311.4 juta di seluruh dunia dengan bajet $40 juta . Plot filem ini berkisarkan kisah seorang novelis jenayah terkenal dan disayangi (Harlan Thrombey) yang ditemui mati di dalam biliknya selepas meraikan ulang tahunnya yang ke-85. Benoit Blanc merupakan detektif yang diupah untuk menyiasat kes tersebut mendapati bahawa kematian Harlan adalah hasil plot jahat seseorang.
5. Seven Years In Tibet
Diarahkan oleh: Jean-Jacques Annaud
Dibintangi: Brad Pitt, David Thewlis, BD Wong, Mako, Danny Denzongpa, Victor Wong, Ingeborga Dapkūnaitė, Jamyang Jamtsho Wangchuk
Tarikh Tayangan: 10 Oktober 1997
Genre: Drama perang biografi
Masa tayangan: 136 minit
Skor IMDB: 7.1/10
Sinopsis
Filem biografi ini berkisarkan kisah Heinrich Harrer yang merupakan seorang pendaki gunung Austria dan pegawai SS. Filem ini menceritakan dengan cukup terperinci mengenai pengalaman Heinrich sewaktu di Tibet pada tahun 1944 hingga 1951. Peristiwa ini mengenai Heinrich ketika dia keluar dari penjara dan pergi ke Lhasa, sebuah kota suci di Tibet. Tidak lama selepas itu, dia diupah untuk menjadi pengajar kepada Dalai Lama ke-14. Isi kandungan filem ini berdasarkan memori Heinrich.
6. I’m Thinking Of Ending Things
Diarahkan oleh: Charlie Kaufman
Dibintangi: Jesse Plemons, Jessie Buckley, Toni Collette, David Thewlis, Guy Boyd
Tarikh Tayangan: 4 September 2020
Genre: Surrealist psychological thriller
Masa tayangan: 134 minit
Skor IMDB: 6.6/10
Sinopsis
Filem ini diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama, hasil karya Reid yang mengisahkan hubungan pasangan muda. Filem ini berkisarkan kisah seorang wanita muda yang menjalin hubungan dengan seorang pemuda bernama Jake. Pada awalnya Jake kelihatan seperti orang biasa yang normal, namun semua berubah apabila wanita tersebut berkunjung ke rumah Jake. Sewaktu di rumah Jake wanita tersebut merasakan ada sesuatu yang aneh pada keluarga Jake.
7. Shutter Island
Diarahkan oleh: Martin Scorsese
Dibintangi: Leonardo DiCaprio, Mark Ruffalo, Ben Kingsley, Max von Sydow, Michelle Williams, Emily Mortimer, Patricia Clarkson, Jackie Earle Haley, John Carroll Lynch, Joseph Sikora, Ted Levine, Elias Koteas, Ruby Jerins, Robin Bartlett, Curtiss Cook, Christopher Denham
Tarikh Tayangan: 19 Februari 2010
Genre: Neo-noir psychological thriller
Masa tayangan: 139 minit
Skor IMDB: 8.2/10
Sinopsis
Membawa genre thriller misteri dan psikologi, plot cerita dalam filem ini bermula apabila Teddy dan pasangannya, Chuck Aule (Mark Ruffalo) dihantar ke Ashecliffe, sebuah hospital mental yang terletak di sebuah pulau terpencil bernama Shutter Island. Mereka ditugaskan untuk menyiasat mengenai kehilangan seorang pesakit (Rachel Solando). Satu-satunya petunjuk yang mereka ada ialah mesej misteri yang ditinggalkan oleh Rachel di dalam biliknya, “The Law of 4: who is 67?” . Malangnya, apabila Teddy dan Chuck cuba menyiasat kes tersebut, keadaan kesihatan fizik Teddy semakin merosot.
8. The Babysitter
Diarahkan oleh: McG
Dibintangi: Samara Weaving, Judah Lewis, Hana Mae Lee, Robbie Amell, Bella Thorne, Andrew Bachelor, Emily Alyn Lind, Leslie Bibb, Ken Marino
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2017
Genre: Komedi, seram
Masa Tayangan: 85 minit
Skor IMDB: 6.3/10
Sinopsis
Cole yang berusia 12 tahun mengikuti pengasuhnya ke satu pesta. Di pesta tersebut, Cole menyedari sesuatu yang aneh mengenai pengasuhnya. Lama Cole berfikir, barulah dia tersedar bahawa pengasuhnya merupakan golongan kumpulan pembunuh syaitan remaja. Cole mencuba untuk melarikan diri daripada mereka sebelum ia dijadikan korban dalam upacara pemujaan syaitan.
9. The Sea Beast
Diarahkan oleh: Chris Williams
Dibintangi: Karl Urban, Zaris-Angel Hator, Jared Harris, Marianne Jean-Baptiste, Jim Carter, Doon Mackichan, Dan Stevens, Kathy Burke
Tarikh Tayangan: 8 Julai 2022
Genre: Komputer- pengembaraan animasi
Masa larian: 119 minit
Skor IMDB: 7.1/10
Sinopsis
The Sea Beast mengisahkan seorang pemburu raksasa di laut bernama Jacob Holland. Kehidupan Jacob berubah secara drastik apabila seorang gadis bernama Maisie menyelinap masuk ke dalam kapalnya bersama seekor raksasa. Raksasa tersebut adalah raksasa yang paling berbahaya, sekali gus membawa Jacob dalam pengembaraan yang mendebarkan.
10. I Am Mother
Diarahkan oleh: Grant Sputore
Dibintangi: Clara Rugaard, Luke Hawker, Rose Byrne, Hilary Swank, Hazel Sandery, Maddie Lenton,
Tarikh Tayangan: 7 Jun 2019
Genre: Thriller fiksyen sains
Masa tayangan: 113 minit
Skor IMDB: 6.7/10
Sinopsis
Filem ini mengisahkan satu robot yang bernama Mother (Rose Byrne) telah mengambil salah satu embrio daripada seorang wanita. Robot tersebut menjaga embrio dengan baik sehingga menjadi seorang gadis yang cantik bernama Daughter (Clara Rugaard). Daughter dibesarkan di suatu tempat yang terpencil dan tidak pernah keluar. Dia selalu bertanyakan kepada Mother mengenai manusia namun jawapan Mother tetap sama iaitu tiada manusia yang tersisa kecuali anaknya. Hubungan Mother dan Daughter mula retak apabila seorang manusia asing datang ke tempat mereka.
11. Unlocked
Diarahkan oleh: Kim Tae-Joon
Dibintangi: Im Si Wan, Chun Woo Hee, Park Ho San, Kim Ye Won, Kim Hee Won, Kim Joo Ryoung, Oh Hyun Kyung
Tarikh Tayangan: 17 Februari 2024
Genre: Thriller, Psikologi
Masa tayangan: 1 Jam 57 minit
Skor IMDB: 6.4/10
Sinopsis
Filem ini mengisahkan seorang gadis yang kehilangan telefon bimbitnya di dalam bas. Tanpa dia sedar, telefon bimbitnya telah diambil ornag pembunuh bersiri yang menggunakan identiti orang lain untuk mencari mangsanya. Pelbagai kejadian berlaku di antara mereka dan banyak peristiwa yang menggugat keselamatan mereka. Dapatkan si gadis keluar daripada jerat pembunuh bersiri tersebut?
12. Jung_E
Diarahkan oleh: Yoon Sang Ho
Dibintangi: Kim Hyun Joo, Kang Soo Yeon, Park So yi, Ryu Kyung Soo, Uhm Ji Won Lee Dong Hui
Tarikh Tayangan: 20 Januari 2024
Genre: Sains Fiksyen
Masa tayangan: 1 Jam 39 minit
Skor IMDB: 5.4/10
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang perjuangan manusia untuk terus bertahan hidup. Di sebabkan bumi semakin tua dan mengalami perubahan klimaks sehingga tidak dapat diduduki, manusia terpaksa mencari tempat berteduh di angkasa lepas. Dalam masa terdekat pasca-apokaliptik, seorang penyelidik di makmal AI mengetuai usaha untuk menamatkan perang saudara dengan mengklon otak seorang askar heroik, iaitu ibunya.
13. We Have a Ghost
Diarahkan oleh: Christoper Landon
Dibintangi: David Harbour, Jahi Di’Allo, Anthony Mackie, Isabella Russo, Tig Notaro, Niles Fitch
Tarikh Tayangan: 24 Februari 2024
Genre: Komedi
Masa tayangan: 2 Jam 7 minit
Skor IMDB: 6.1/10
Sinopsis
Penemuan hantu yang bernama Ernest di rumah mereka membuatkan keluarga Kevin menjadi sensasi di media sosial. Tetapi apabila Kevin dan Ernest sampai ke dasar misteri masa lalu Ernest, mereka menjadi sasaran CIA. Apakah yang berlaku sebenarnya? Saksikan filem komedi ini dan anda akan ketawa terbahak-bahak bersama keluarga.
14. True Spirit
Diarahkan oleh: Sarah Spillane
Dibintangi: Teagan Croft, Anna Paquin, Cliff Curtis, Alice Tate, Todd Lasance, Josh Lawson
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2024
Genre: Pengembaraan
Masa tayangan: 1 Jam 49 minit
Skor IMDB: 6.8/10
Sinopsis
Seorang remaja Australia yang bernama Jessica Watson merancang untuk menjadi kelasi termuda yang telah mengembara dunia seorang diri. Dengan berbuat demikian, remaja berusia 16 tahun yang berani itu bukan sahaja berusaha untuk memenuhi impiannya, dia juga menghadapi ketakutan terbesarnya pada masa yang sama.
15. Noise
Diarahkan oleh: Natalia Beristáin
Dibintangi: Julieta Egurrola, Teresa Ruiz, Arturo Beristáin, Eric Israel Consuelo,
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2024
Genre: Pengembaraan
Masa tayangan: 1 Jam 49 minit
Skor IMDB: 6.8/10
Sinopsis
Diarahkan oleh Natalia Beristain, Noise (tajuk asal: Ruido) ialah drama jenayah yang mengerikan tentang percubaan seorang ibu yang terdesak untuk mencari anak perempuannya yang berumur 20-an, yang telah hilang selama 9 bulan. Pencarian anak perempuannya yang hilang telah membawa seorang wanita ke rangkaian sokongan, di mana dia terikat dengan wanita lain yang hidupnya telah dimusnahkan oleh keganasan.
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.