Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan melakukan kerja-kerja penyelengaraan dan penggantian aset Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada jam 9:00 pagi, 5 Jun (Rabu). Pelaksanaan kerja penyelenggaraan ini akan menyebabkan beberapa kawasan di Wilayah Petaling, Klang & Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual.
Berikut merupakan notis utama yang dikeluarkan oleh Air Selangor sebagai persediaan gangguan bekalan air.


Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan terlibat dijangka mencapai sekitar 20% pada 6 Jun (Khamis) dan meningkat kepada 90% pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat). Pemulihan secara menyeluruh dijangkakan akan selesai pada jam 12:00 tengah hari, 7 Jun (Jumaat).
Makluman: Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terlibat adalah berbeza mengikut jarak lokasi premis pengguna dan tekanan sistem agihan bekalan air.
Anda boleh menyemak kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air bagi persediaan awal mengikut daerah seperti berikut:
1. Wilayah Petaling



Air Selangor juga telah mengadakan sesi taklimat dengan wakil-wakil rakyat bagi kawasan yang terjejas pada 4 Jun 2024 bagi memastikan kelancaran pembekalan air untuk para pengguna.
2. Kuala Lumpur



Air Selangor memaklumkan bahawa pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat setelah kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan aset selesai serta penstabilan sistem bekalan air utama.
Dapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.
3. Klang & Shah Alam

Pengguna tidak perlu bimbang kerana Syarikat Air Selangor akan menyediakan lori-lori tangki ke kawasan terlibat. Keutamaan akan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
4. Gombak



Air Selangor turut menyatakan bahawa bekalan air terawat bagi pelanggan komersial boleh dibeli dari mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas.”
Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat (4) stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estet (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang), serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat).
5. Kuala Selangor



Pengguna diingatkan untuk mengikut saranan Air Selangor bagi membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan. Pastikan bekalan air bersih sebelum digunakan demi keselamatan anda!
6. Hulu Selangor

Justeru, pihak Air Selangor mengingatkan anda menyimpan bekalan air yang secukupnya dan menggunakan air dengan sewajarnya sepanjang tempoh gangguan air berjadual.
Bagi infomasi terkini, anda boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.
Sumber: Air Selangor
Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!
Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.