Ramai orang pada masa kini lebih suka makan buah-buahan secara berkala demi mengekalkan kesihatan yang baik. Buah-buahan tinggi dengan vitamin C, selain meningkatkan sistem imun dan bermanfaat untuk kulit kita. Ramai yang kerap menghiris dan mengupas buah sebelum menghidangkannya kepada orang lain kerana ia lebih mudah untuk dimakan. Jadi, penggunaan garpu biasa sewaktu makan buah boleh melecehkan anda.
Penggunaan garpu buah adalah lebih baik dan bijak kerana ia lebih ringan dan praktikal. Garpu jenis ini mudah mencapai potongan buah-buahan kecil. Ia ringan dan mempunyai kepala runcing untuk penggunaan yang mudah. Selain itu, ia mempunyai dua hingga tiga mata tajam yang boleh mencucuk kepingan buah, salad atau kek dengan mudah.
Apakah Perbezaan Antara Garpu Buah dan Garpu Meja?
Sebenarnya, terdapat banyak perbezaan di antara kedua peralatan dapur ini. Garpu buah mempunyai bentuk yang lebih kecil dan ringan berbanding dengan garpu meja. Selain itu, ia juga mempunyai mata tajam yang sedikit, besar dan jarang jika dibandingkan dengan garpu meja. Garpu meja pula mempunyai 4 mata tajam yang sesuai untuk digunakan ke atas daging, ayam atau makanan liat yang lain. Garpu buah sebenarnya sesuai untuk salad, pencuci mulut mahupun buah-buahan manakala garpu meja pula sesuai untuk hidangan biasa.
Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Garpu Buah?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan garpu buah di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan garpu buah yang berkualiti, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, garpu buah seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
8 Garpu Buah Terbaik di Malaysia 2025
1. KITCH WARE Stainless Steel Fruit Fork

Garpu buah ini dihasilkan daripada keluli tahan karat. Garpu ini kukuh dan tahan lama kerana bahannya yang berkualiti tinggi. Ia mudah dikendalikan dan stabil untuk membawa buah-buahan kecil ke dalam mulut anda. Dengan 2 besi pencucuk pada garpu ini, anda boleh melihat betapa praktikal dan mudahnya digunakan. Garpu buah ini mudah dibersihkan dan digilap.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat
- Warna: Perak, Emas, Hitam, Rose Gold
- Berat: 22 g
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 0.9 cm x 13 cm
- Pakej termasuk: 1 garpu
Kelebihan:
✅Pengilat cermin gred tinggi
✅Kukuh dan tahan lama
Harga: RM 3.33 – RM 3.44
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. SUS 304 Stainless Steel 2 Prongs Fruit Fork

SUS 304 Stainless Steel 2 Prongs Fruit Fork diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi. Ia kecil dan padat dalam reka bentuk yang memberikan kemudahan kepada orang ramai. Anda boleh mengangkat buah-buahan kecil dengannya dan ia sesuai untuk pesta dan kegunaan rumah harian. Ia juga sesuai untuk kek, pencuci mulut, Dim Sum, dan banyak lagi
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat 304
- Warna: Perak
- Berat: 9 g
- Saiz: 12.8 cm x 0.9 cm
Kelebihan:
✅Keluli tahan karat berkualiti tinggi 304
✅Kecil
Harga: RM 0.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Bamboo Disposable Wooden Fruit Fork

Bamboo Disposable Wooden Fruit Fork ialah satu lagi pilihan terbaik untuk anda. Harganya lebih rendah dan mudah digunakan kerana orang ramai boleh mengambil buah dengan cekap berbanding menggunakan jari atau garpu meja.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu
- Warna: Warna kayu
- Saiz: Jangkaan 9 cm x 0.7 cm
- Pakej termasuk: 100 garpu buah
Kelebihan & Keburukan:
✅ Harga lebih murah dan praktikal
✅ Bahan kayu tahan lasak
✅ Pengendalian mudah
❌ Tidak boleh dibasuh
❌ Tidak boleh digunakan semula
Harga: RM 3.10 – RM 3.42
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Long forks 304 Stainless Steel Small Fruit Fork

Garpu buah ini diperbuat daripada bahan keluli tahan karat gred makanan 304. Selain itu, ia juga tahan kakisan. Garpu ini tidak akan mudah jatuh kerana memiliki bentuk geometri yang cantik dan stabil. Anda boleh menggunakan garpu ini dengan mudah kerana saiznya kecil dan comel.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat, acrylic
- Warna: Kelabu, Merah Jambu, Coklat, Putih
- Berat: Segi tiga (0.0062 kg), segi empat sama (0.0096 kg), hexagon (0.0075 kg), bulat (0.0072 kg)
- Saiz: Segi tiga (16.4 cm x 2.5 cm), segi empat sama (16.6 cm x 2.5 cm), hexagon (16.9 cm x 2.5 cm), bulat (16.8 cm x 2.5 cm)
Kelebihan:
✅bahan keluli tahan karat 304
✅Tahan kakisan dan haba
✅Hasil kerja halus
✅Bentuk geometri
Harga: RM 5.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Creative Branch Leaves Stainless Steel Fruit Fork

Creative Branch Leaves Stainless Steel Fruit Fork ini ialah garpu buah Jepun dan Korea. Produk ini kukuh dan tahan lama. Pada masa yang sama, produk ini menarik orang ramai dengan pemegang garpu daun kreatif dan permukaannya yang berkilat. Jika anda menyukai garpu buah yang comel dan unik ini, anda boleh mendapatkan garpu buah ini sekarang di pasaran. Ia juga terdapat dalam pelbagai warna menarik.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat
- Warna: Emas, Perak, Rose Gold, Magic Color
- Saiz: 12.5 cm x 1 cm
Kelebihan:
✅Kuat dan tahan lama
✅Pemegang garpu daun kreatif
✅Permukaan digilap
✅Berbilang fungsi
Harga: RM 1.04 – RM 1.93
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. 25 Design Cute Fruit Fork

25 Design Cute Fruit Forks ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang kuat. Produk ini direka dalam bentuk buah yang berbeza yang menarik. Selain itu, ia juga tahan lama. Ia selamat digunakan dan memudahkan anda mengambil buah-buahan yang terhidang di pinggan. Selain itu, ia mempunyai pelbagai warna untuk disesuaikan dengan cita rasa anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Polyresin, Keluli tahan karat
- Warna: Pelbagai jenis
- Negara Pengeluar: Taiwan
Kelebihan:
✅Berkualiti tinggi
✅Reka bentuk dalam pelbagai bentuk buah
Harga: RM 14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. 304 Stainless Steel Western and Chinese Style Fruit Fork

Garpu buah-buahan ini elegan dan mampan, sekali gus dapat memberikan aura kemewahan kepada sesiapa yang melihatnya. Produk ini tidak akan terhakis atau mudah bengkok. Ia adalah produk seni yang berkilat dan mempunyai pemegang yang halus. Selain itu, garpu buah ini mudah dibersihkan dan disimpan.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat
- Warna: Rose Gold, Perak, Warna-warni, Emas, Hitam
- Berat: 37 g
- Saiz: 3.5 cm x 18.9 cm
Kelebihan:
✅Mudah dikendalikan
✅Produk seni ‘steel mirro-polished’ yang berkualiti tinggi
✅Boleh dibasuh
✅Pelbagai guna
Harga: RM 2.91 – RM 4.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Stainless Steel Two-toothed Western Fork

Garpu buah ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang digilap. Penampilannya yang elegan dan bergaya sering menambat hati ramai pengguna, khususnya suri rumah. Paling menarik, anda boleh mencucinya dengan mudah. Selain itu, garpu buah ini sesuai untuk buah-buahan, kek mini, salad dan makanan laut.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat
- Warna: Perak
- Ketebalan: 2 mm
- Saiz: 130 mm x 12 mm
- Pakej termasuk: 1 garpu buah (keluli tahan karat)
Kelebihan:
✅Diperbuat daripada keluli tahan karat yang digilap
✅Halus dan elegan
✅Boleh dibasuh
Harga: RM 0.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.