Badminton merupakan sukan sosial yang dimainkan oleh rakan, ahli keluarga, atau peminat sukan ini. Sukan ini membolehkan orang ramai berhubung, bersaing dan berseronok semasa bermain. Selain itu, badminton boleh mengeratkan ikatan dan membina hubungan bersama keluarga.
Jika anda terlalu sibuk untuk meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang atau rakan terdekat anda, luangkan hujung minggu ini dengan bermain badminton di salah satu daripada 10 gelanggang badminton terbaik di Ipoh ini.
Adakah Gelanggang Badminton Mempunyai Bilik Persalinan?
Ya. Banyak gelanggang badminton mempunyai bilik persalinan atau kemudahan yang tersedia untuk digunakan oleh pemain. Bilik persalinan ini boleh berbeza dari segi saiz dan kemudahannya, iaitu daripada bilik persalinan asas sehinggalah kepada kemudahan yang lebih luas dengan bilik mandi, tandas dan kemudahan lain.
Bolehkah Anda Tempah Gelanggang Badminton Dalam Talian?
Ya, banyak gelanggang badminton membenarkan pemain menempah gelanggang dalam talian melalui laman web atau aplikasi mudah alih mereka. Ini kerana tempahan dalam talian boleh memberikan kemudahan dan fleksibiliti yang lebih besar untuk pemain bagi membolehkan mereka menempah gelanggang pada masa dan tarikh pilihan mereka dengan pantas.
Adakah Gelanggang Badminton Mesra Kanak-Kanak?
Ya, gelanggang badminton boleh menjadi tempat yang sesuai untuk kanak-kanak. Hal ii kerana banyak gelanggang menawarkan program atau sesi yang direka khusus untuk kanak-kanak. Sesi ini mungkin termasuk bimbingan, latihan dan permainan yang disesuaikan dengan keperluan dan kebolehan pemain yang lebih muda. Sesetengah gelanggang juga menyediakan peralatan dan kemudahan untuk kanak-kanak, seperti raket yang lebih ringan dan gelanggang yang lebih kecil.
Lihat juga:
- Gelanggang Badminton di Johor Bahru
- Gelanggang Badminton di Pulau Pinang
- Gelanggang Badminton di KL & Selangor
- Gelanggang Badminton di Puchong
- Gelanggang Badminton di Sabah
- Gelanggang Badminton di Sarawak
10 Gelanggang Badminton Terbaik di Ipoh 2025
1. Younique Sports Ampang Ipoh


Younique Sports Ampang Ipoh menawarkan pelbagai gelanggang badminton untuk pemain meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan. Caj pada hujung minggu adalah RM 15 sejam dan RM 28 untuk 2 jam. Gelanggang badminton mereka cukup luas. Walau bagaimanapun, jika anda bercadang untuk bermain pada waktu malam, anda mesti menempah lebih awal kerana gelanggang mereka sentiasa penuh pada waktu ini.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 12:00 tengah malam (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 12:00 tengah malam (Sabtu & Ahad)
Alamat: 6c, Jalan Ampang, Kampung Ampang Baru, 31350 Ipoh, Perak
No. Telefon: 016-504 6933
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/people/Younique-Sports-Ampang-Ipoh
Instagram: https://www.instagram.com/youniquesports/?hl=en
2. Master Badminton Club (MBC) Gunung Rapat


Master Badminton Club (MBC) Gunung Rapat adalah kemudahan sukan pelbagai peringkat yang diselenggara dengan baik. Pusat ini menawarkan gelanggang badminton dan futsal untuk para pemain. Kompleks ini sangat besar dan gelanggangnya luas. Terdapat juga minuman yang dijual di hujung dewan ini. Harga untuk meletak kereta dalam bangunan adalah RM 5 tetapi anda boleh menggunakan resit tempat letak kereta untuk menuntut semula RM 5 jika anda bermain di gelanggang badminton atau kemudahan lain.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 12:00 tengah malam (Setiap hari)
Alamat: No.2, Arena Gunung Rapat,, Jalan Gunung Rapat, Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak
No. Telefon: 011-1305 7740
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/masterbadmintonclub
Instagram: https://www.instagram.com/masterbadmintonclub/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. X Park Sunway City Ipoh


X Park Sunway City Ipoh adalah taman pengembaraan di Ipoh yang menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan, termasuklah gelanggang badminton, padang memanah, tunggangan ATV, bola gelembung, bungee, dodgeball, paintball, rollerblading, flying fox, gelanggang futsal, go-kart, taman skate dan padang golf. Ini adalah lokasi yang sesuai untuk membawa keluarga anda untuk hujung minggu yang penuh keseronokan. Selain itu, terdapat banyak tempat letak kereta di sini bagi memudahkan urusan anda.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 12:00 tengah malam (Setiap hari)
Alamat: X Park Sunway City Ipoh, No, 1, Persiaran Lagun, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
No. Telefon: 012-390 6300
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/xparkmalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/xparkmalaysia/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Falim Sports Centre


Terletak di tengah-tengah Ipoh, Falim Sports Centre adalah destinasi yang sesuai untuk peminat badminton. Pemain boleh meningkatkan kemahiran mereka dengan cepat apabila adanya gelanggang badminton yang bersih dan terang. Selain itu, gelanggang badminton mereka dilengkapi dengan lantai getah yang berkualiti tinggi. Tambahan pula, kakitangan yang ramah dan prihatin mewujudkan suasana yang mesra bagi pemain di sini. Ini menjadikan tempat ini sebagai pilihan utama untuk ramai pemain.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 12:00 tengah malam (Setiap hari)
Alamat: A-2-1, Kompleks Falim, Laluan Falim 2A, Taman Falim Indah, 30200 Ipoh, Perak
No. Telefon: 011-5133 6636
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/falim.sports.centre/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. KB (Kok Bou) Badminton Court


KB (Kok Bou) Badminton Court adalah gelanggang bola keranjang yang selesa dengan perkhidmatan pengurusan meja depan yang baik. Di sini, anda boleh membuat tempahan gelanggang badminton dengan harga yang berpatutan. Terdapat banyak gelanggang yang disediakan di sini. Semua gelanggang diselenggara dengan baik bagi menjamin kepuasan para pemain sewaktu bermain di sini. Selain itu, anda boleh mendapatkan makanan ringan dan minuman dari kedai serbaneka yang terletak di luar kompleks ini.
Waktu Operasi:
1:30 petang – 12:00 tengah malam (Isnin – Jumaat)
8:30 pagi – 12:00 tengah malam (Sabtu & Ahad)
Alamat: 71, Hala Perusahaan Menglembu 5, Kawasan Perusahaan Menglembu, 30200 Ipoh, Perak
No. Telefon: 016-555 0019
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/pages/KB-Badminton-Court
6. Arena Badminton Perak


Arena Badminton Perak adalah destinasi badminton terulung di Perak. Pusat ini terkenal dengan 10 gelanggang badminton bergetah yang diselenggara dengan baik. Anda boleh menyewa gelanggang badminton ini untuk permainan anda bersama rakan atau ahli keluarga. Kemudahan mereka yang moden, bersih dan dilengkapi dengan peralatan berkualiti tinggi menjadikannya tempat yang sesuai untuk pemain dari semua peringkat. Oleh itu, jika anda berada di Ipoh, singgahlah ke Arena Badminton Perak untuk permainan badminton.
Alamat: Arena Badminton Perak, Kompleks Sukan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
No. Telefon: 013-946 5252
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
7. Tan Sri Lee Loy Seng Badminton Complex


Tan Sri Lee Loy Seng Badminton Complex adalah kompleks badminton dengan 10 gelanggang yang luas di YMCA Ipoh. Caj yang dikenakan adalah antara RM 12 sejam hingga RM 18 sejam. Tiada caj dikenakan untuk orang berkeperluan khas dan majlis khas. Tambahan pula, pelajar bawah 18 tahun boleh bermain dari hari Isnin hingga Jumaat antara 9:00 pagi dan 5:00 petang pada harga RM 10 sejam.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari (Setiap hari)
Alamat: Tan Sri Lee Loy Seng Badminton Complex, Persiaran Anderson, 211, Jalan Raja Musa Aziz, 30300 Ipoh, Perak
No. Telefon: 011-5133 6636
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
8. T.Z.Y Sport Arena @ ACS Badminton Court


T.Z.Y Sport Arena @ ACS Badminton Court menawarkan persekitaran yang selesa dan menyeronokkan untuk pemain berlatih dan meningkatkan kemahiran mereka. Tambahan pula, T.Z.Y Sport Arena @ ACS Badminton Court mempunyai gelanggang yang diselenggara dengan baik. Gelanggan mereka mempunyai lantai getah yang tidak licin untuk memastikan pengalaman bermain yang selamat. Dengan lokasinya yang selesa dan kemudahan yang sangat baik, gelanggang badminton ini merupakan tempat yang bagus untuk anda bermain badminton di Ipoh.
Waktu Operasi: 5:00 petang – 12:00 tengah malam (Setiap hari)
Alamat: 121, Jalan Lahat, 30200 Ipoh, Perak
No. Telefon: 016-504 3802
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/tzy.acs.badminton/
Instagram: https://www.instagram.com/tzy_acs_badminton/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI9. Chemor Badminton Club (CBC)


Chemor Badminton Club (CBC) adalah syurga bagi peminat badminton yang mencari pengalaman bermain badminton yang profesional dan menyeronokkan. Gelanggang indoor di sini menampilkan lantai bergetah yang canggih. Ini menjadikannya lebih selamat untuk pemain, terutamanya untuk permainan yang sengit. Sama ada anda seorang amatur atau profesional, Chemor Badminton Club (CBC) adalah gelanggang badminton yang sangat baik untuk mengasah kemahiran badminton anda.
Waktu Operasi:
3:00 petang – 12:00 tengah malam (Isnin – Sabtu)
8:00 pagi – 6:00 petang (Ahad)
Alamat: Lot 345761, Lengkok Bercham Selatan, Taman Bercham Jaya, 31400 Ipoh, Perak
No. Telefon: 014-926 6822
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063808952753
Instagram: https://www.instagram.com/chemorbadmintonclub/?hl=en
10. Perak Badminton Academy


Perak Badminton Academy adalah gelanggang badminton tempatan tanpa sebarang kemudahan. Anda akan menikmati permainan badminton yang menyeronokkan dengan persekitaran yang terang. Selain itu, gelanggang ini dilengkapi dengan lantai bergetah yang selesa agar memberi cengkaman yang kuat sewaktu anda bermain. Kakitangan mereka yang mesra sentiasa ada untuk membantu anda. Mereka juga mempunyai peralatan yang berkualiti tinggi untuk para pemain. Ini adalah untuk memastikan setiap permainan berlangsung dengan selamat dan menyeronokkan setiap kali anda melawat ke gelanggang ini.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 11:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Plot 4064, Lebuh Meru Utama, Bandar Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak
No. Telefon: 012-466 6177
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php
Instagram: https://www.instagram.com/perak_ba/?hl=en
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.