Badminton merupakan sejenis sukan yang memerlukan sekurang-kurangnya 2 pemain untuk memukul bulu tangkis melepasi jaring dengan menggunakan raket. Ia adalah cara yang menyeronokkan untuk mengeluarkan peluh sambil meluangkan masa bersama keluarga dan rakan anda.
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa mencari gelanggang badminton yang sesuai. Anda perlulah memilih gelanggang berdasarkan kemudahan yang disediakan, bayaran setiap jam, dan kondisi gelanggang. Hal ini kerana gelanggang yang tidak rata dan licin boleh mengakibatkan kecederaan. Berikut adalah 20 gelanggang badminton terbaik di KL dan Selangor.
Adakah Perlu Untuk Makan Sebelum Bermain Badminton?
Anda disyorkan untuk makan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum sesi badminton bermula. Antara makanan yang boleh dimakan sebelum bermain badminton ialah betik, pisang, oren, anggur dan banyak lagi. Diingatkan juga, anda perlulah membawa air ke gelanggang badminton bagi memastikan anda kekal bertenaga dan terhidrasi.
Apa yang Perlu Anda Bawa Ke Gelanggang Badminton?
Terdapat beberapa item yang perlu anda bawa ketika hendak bermain badminton, antaranya ialah raket badminton, bulu tangkis, beg, baju poliester, kasut badminton, tuala muka dan air.
20 Gelanggang Badminton Terbaik di KL & Selangor 2023
Kuala Lumpur
Selangor
Kuala Lumpur:
1. Sports Arena Sentosa


Sports Arena Sentosa menawarkan gelanggang badminton yang berkualiti serta mempunyai 2 jenis gelanggang iaitu gelanggang ‘rubberised’ dan gelanggang perdana. Kedua-dua jenis gelanggang ini mempunyai ketebalan lantai sekurang-kurangnya 10 mm bagi mengurangkan kemungkinan kecederaan semasa bermain. Sports Arena Sentosa juga dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang baik bagi membolehkan anda bermain dengan selesa tanpa berasa lemas. Untuk anda yang mahu bermain badminton secara privasi, anda boleh memilih gelanggang jenis ‘rubberised’.
Alamat: Sports Arena Sentosa, Jalan Sri Sentosa 2a, Taman Sri Sentosa, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 12:00 pagi (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 12:00 pagi (Sabtu – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB2. SLK Badminton Centre


SLK Badminton Centre dahulunya dikenali sebagai Gelanggang Badminton JJB. Ia terletak di Jalan Usahawan, Setapak dan mempunyai sebanyak 30 gelanggang badminton. Hal ini dapat mengelakkan pengunjung daripada beratur panjang. Semua gelanggang badminton mempunyai kadar harga yang sama iaitu RM12 per jam. Anda boleh menempah gelanggang dengan menggunakan kaedah “walk-in” atau dalam talian, namun untuk penempahan dalam talian anda disarankan untuk menempah sehari awal dari tarikh yang anda ingin kunjungi.
Alamat: CenterMart @ Setapak, Jalan Usahawan 3, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 1:00 pagi (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB3. Pro One Badminton Centre


Pro One Badminton Centre merupakan gelanggang badminton yang terkenal dengan kadar yuran yang rendah. Bukan itu sahaja, gelanggang ini juga menyediakan meja dan kerusi bagi membolehkan anda berehat dengan selesa. Selain itu, untuk tempahan gelanggang anda tidak disarankan untuk ‘walk-in’ kerana peluang untuk mendapatkan gelanggang agak tipis. Hal ini kerana ia merupakan antara tempat yang digemari oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Alamat: Lot 6302, Jalan 2/27A, Off Jalan Usahawan, Bandar Baru Wangsa Maju, 53100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 53300
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 12:30 pagi (Isnin)
10:00 pagi – 1 :30 pagi (Selasa)
10:00 pagi – 12:00 pagi (Rabu – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
4. Starplus Badminton Centre


Starplus Badminton Centre merupakan salah satu gelanggang badminton terbaik di Kuala Lumpur yang menawarkan lebih 20 gelanggang badminton. Gelanggang ini terletak di Bukit Maluri, Kuala Lumpur dan mula beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang. Anda boleh menempah gelanggang pada harga serendah RM 15.00.
Alamat: No.19 & 21, Kawasan Perindustrian, Jalan 6/37a, Kawasan Perusahaan Taman Bukit Maluri, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
5. Forum Pudu Badminton Centre


Forum Pudu Badminton Centre menawarkan 15 gelanggang badminton serta dilengkapi dengan sistem pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Selain daripada gelanggang badminton, Forum Pudu Badminton Centre turut menyediakan 2 meja ping pong untuk anda yang menggemari permainan ping pong. Kadar bayaran tempahan gelanggang bermula daripada RM 15 hingga RM 28 bergantung pada masa dan hari.
Alamat: Jalan Pasar, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 3:00 pagi (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
6. Pioneer Badminton Academy


Pioneer Badminton Academy terletak di dalam One Shamelin Mall dan merupakan antara gelanggang badminton pilihan ramai. Pioneer Badminton Academy bukan sahaja menawarkan harga yang murah, malah ia juga mempunyai kemudahan seperti tandas dan surau yang bersih dan terjaga rapi. Gelanggang ini sering dipenuhi pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.
Alamat: Taman Shamelin Perkasa, 55300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 1:00 pagi (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 12:00 pagi (Sabtu – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB7. CK Sports Centre


CK Sports Centre terdiri daripada 16 gelanggang badminton yang bersih dan luas serta mempunyai sistem pengudaraan yang baik bagi mengelakkan anda daripada berasa sesak. Tambahan pula, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik mandi, tandas, kedai profesional yang menjual barangan badminton dan tempat letak kereta yang luas.
Alamat: No. 51, Jalan Tago 2, Taman Perindustrian Tago, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 2:00 pagi (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
8. KAS Kepong Arena Sports


KAS Kepong Arena Sports mempunyai reka bentuk gelanggang yang luas dengan sistem pengudaraan yang baik, menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga. KAS Kepong Arena Sports menggunakan tikar gelanggang yang tebal dan berkualiti tinggi bagi mengurangkan kemungkinan kecederaan semasa bermain.
Alamat: No.2, Jalan 5/32A, Off Batu 6, 1/2, Jln Kepong, 52100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 11:00 malam (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
9. Sunlight Badminton Hall


Jika anda sedang mencari gelanggang badminton dengan harga yang berpatutan, Sunlight Badminton Hall pilihan terbaik untuk anda. Gelanggang ini menjadi gelanggang badminton pilihan ramai termasuk daripada kalangan pemain badminton profesional dan amatur. Ia terletak di Taman Kencana, Kuala Lumpur dan beroperasi pada setiap hari.
Alamat: 7, Jalan Kencana 22, Taman Kencana, 56100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi:
1:00 petang – 12:00 pagi (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 12:00 pagi (Sabtu)
10:00 malam – 3:00 pagi (Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
10. Ace Sports World


Ace Sports World merupakan kompleks sukan kejiranan yang terletak di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur. Ia menawarkan 2 jenis kemudahan sukan iaitu 17 gelanggang badminton dan 4 gelanggang futsal. Ace Sports World telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pengunjung terdahulu mengenai kemudahannya yang bersih dan kakitangannya yang mesra. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan harga yang berpatutan.
Alamat: 3, Jalan 7A/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
3:00 petang – 12:00 pagi (Isnin)
10:00 pagi – 12:00 pagi (Selasa – Khamis)
12 :00 tengah hari – 12:00 pagi (Jumaat)
8:00 pagi – 12:00 pagi (Sabtu – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Selangor:
1. KSL Sports


KSL Sports merupakan salah satu kompleks sukan terbesar di Selangor. Ia mempunyai 40 gelanggang badminton, 8 gelanggang futsal, 7 meja ping pong, 8 gelanggang sepak takraw dan 6 gelanggang bola keranjang. Bukan itu sahaja, KSL Sports juga dilengkapi dengan kemudahan lain seperti tandas, bilik mandi dan tempat letak kereta. Kompleks sukan ini terletak di Taman Puchong Utama, Selangor dan mula beroperasi dari 9 pagi hingga 1 pagi.
Alamat: Lot 5225, 4, Jalan Puchong Utama 7e, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 1:00 pagi (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Disini
2. 89 Arena


89 Arena menempatkan 30 gelanggang badminton yang berkualiti tinggi serta mempunyai reka bentuk yang luas dan selesa. Setiap gelanggang badminton di sini menggunakan tikar getah anti-gelincir TST Sport dan Sport Court dengan ketebalan 4.5 mm untuk mengurangkan tekanan pada lutut dan kaki pemain. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang baik dengan suhu 18 hingga 20 Celsius.
Alamat: Lot 10998, Jalan Sungai Jati, 41000 Klang
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 1:00 pagi (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
3. Forum 19


Forum 19 merupakan salah satu kompleks sukan yang terkenal di Selangor. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 16 gelanggang badminton, 2 gelanggang bola keranjang, 2 gelanggang dodgeball, 2 gelanggang frisbee, 2 gelanggang futsal dan 11 meja pingpong. Bukan itu sahaja, kompleks sukan ini juga menyediakan tempat untuk sukan Muay Thai dan gimnastik. Kompleks ini beroperasi dari 8 pagi hingga 2 pagi pada setiap hari.
Alamat: Lot 1, Jalan 19/1b, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 2:00 pagi (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
4. Champion Badminton Court


Champion Badminton Court terletak di Kampung Sungai Kayu Ara. Ia menawarkan sehingga 20 gelanggang badminton untuk disewa. Gelanggang ini sering digunakan oleh pemain profesional dan amatur untuk berlatih. Champion Badminton Court ini juga menyediakan kemudahan seperti bilik persalinan, bilik mandi, dan tandas. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan perkhidmatan ‘restringing’ pada harga yang murah.
Alamat: Lot, 1020, Jalan Cempaka, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 1:00 pagi (Isnin – Sabtu)
9:00 pagi – 12:00 pagi (Ahad)
Google Map : Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
5. USJ 23 Badminton Court


USJ 23 Badminton Court ialah pusat badminton yang terbaik di USJ, Subang Jaya. Ia terdiri daripada 22 gelanggang badminton dan 3 gelanggang futsal untuk disewa. USJ 23 Badminton Court ini merupakan lokasi yang sesuai sekiranya anda ingin mengadakan acara kejohanan syarikat ekoran ia mempunyai bilangan gelanggang yang banyak dan boleh memuatkan beberapa kumpulan pemain secara serentak.
Alamat: Jalan Subang 9, Taman Indah Subang Uep, 47630 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 12:00 pagi (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 12:00 pagi (Sabtu – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
6. X Park Sunway South Quay


X Park Sunway South Quay terletak di Sunway South Quay, Jalan Tasik Selatan. Pusat sukan ini dikelilingi dengan kehijauan alam yang membolehkan anda menikmati suasana yang tenang dan santai sambil bermain badminton. Selain itu, pusat sukan ini juga menyediakan 11 gelanggang badminton dan 4 gelanggang futsal. Ia beroperasi 24 jam pada setiap hari sekali gus membolehkan anda bermain sehingga lewat malam.
Alamat: Sunway South Quay, Jalan Tasik Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 24 jam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB7. New Vision Badminton Court


Pembinaan New Vision Badminton Court ini merupakan antara inisiatif yang diambil untuk melahirkan pemain badminton yang berkualiti tinggi. New Vision Badminton Court berpusat di Seksyen 13, Petaling Jaya. Pusat ini mempunyai jurulatih yang berpengalaman dan mahir dalam membimbing pemain untuk menjadi yang terbaik.
Alamat: 3, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 24 jam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
8. 222 Sports Centre


222 Sports Center ialah kompleks sukan yang terletak di Petaling Jaya serta mempunyai 22 gelanggang badminton ‘rubberised’. Kesemua gelanggang dilengkapi dengan lampu LED dan sistem pengudaraan yang baik untuk permainan yang lebih selesa. Kompleks sukan ini beroperasi dari 9 pagi hingga 12 pagi. Anda juga boleh membuat tempahan gelanggang melalui laman web rasmi 222 Sports Center.
Alamat: 222 Sports Centre PJ, Jalan 51a/225, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 12:00 pagi (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
9. Ara Court Badminton Hall


Ara Court Badminton Hall mempunyai 14 gelanggang badminton yang terdiri daripada gelanggang ‘rubberised’ dan gelanggang ‘parquet’. Setiap gelanggang akan dilengkapi dengan lampu serta saluran udara bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Bukan itu sahaja, setiap gelanggang juga mempunyai jarak yang agak besar antara satu sama lain untuk mengelakkan berlaku sebarang insiden pelanggaran antara pemain.
Alamat: 997, Jalan Dahlia, Pju 6a, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
10. White Fairy Futsal & Badminton Court


White Fairy Futsal & Badminton Court merupakan sebuah gelanggang badminton yang terletak di kawasan perumahan Taman Kinrara Seksyen 3. Gelanggang badminton ini mempunyai ruang yang agak besar, namun perlu diingati bahawa ia sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Oleh itu, anda disarankan untuk membuat tempahan sekurang-kurangnya 3-5 hari lebih awal.
Alamat: Jalan Taman Kinrara, Taman Kinrara, 47190 Puchong, Selangor
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 1:00 pagi (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 1:00 pagi (Sabtu – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.