Berenang merupakan aktiviti fizikal yang sihat dan produktif serta sering dilakukan oleh orang ramai untuk memastikan diri mereka cergas dan aktif. Berenang mempunyai banyak manfaat kepada kesejahteraan individu seperti mengurangkan panik dan tekanan. Bukan itu sahaja, berenang juga membantu dalam membina kekuatan otot, meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan meningkatkan daya tahan.
Goggle renang merupakan peralatan asas yang diperlukan semasa melakukan aktiviti renang sama ada untuk bersukan atau beriadah. Goggle renang berfungsi untuk mencegah kerengsaan mata yang disebabkan oleh campuran kimia yang terdapat di dalam air kolam. Berikut adalah 10 goggle renang terbaik di Malaysia.
Adakah anda perlu memakai goggle semasa berenang?
Penggunaan goggle semasa berenang amat digalakkan. Hal ini bagi melindungi mata anda daripada bahan kimia dan air masin yang boleh merengsakan mata. Klorin yang ditambah di dalam kolam renang juga boleh menyebabkan mata anda pedih sekali gus menjadikan anda tidak selesa untuk berenang.
Berapa kerap goggle perlu ditukar?
Sepasang goggle renang yang berkualiti mampu bertahan sehingga 4 hingga 6 bulan. Ia bergantung kepada kekerapan anda menggunakannya. Semakin kerap anda menggunakannya, semakin singkat daya ketahanannya. Bukan itu sahaja, cara anda menjaga dan menyimpannya juga boleh mempengaruhi daya ketahanan goggle anda.
10 Goggle Renang Terbaik di Malaysia 2023
1. Decathlon Swimming Goggles – Nabaiji

Decathlon Swimming Goggles – Nabaiji ini didatangkan dengan tali yang boleh dilaraskan mengikut saiz kepala anda. Goggle renang ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan lembut yang menjadikannya stabil serta selesa untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Ia juga dilengkapi dengan ciri penglihatan standard bagi membolehkan anda melihat dengan jelas ketika berenang.
Spesifikasi:
- Warna: Pelbagai Warna
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: Kecil, Sederhana, Besar, 2 – 3 cm (Tali)
Kelebihan:
✅ Boleh dilaraskan
✅ Stabil dan kukuh
✅ Ciri penglihatan standard
Harga: RM19.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Realeos R338

Realeos R338 merupakan goggle renang yang sesuai digunakan untuk aktiviti renang santai dan profesional. Goggle ini didatangkan dengan ciri anti kabut bagi mengelakkan sebarang kabus atau wap daripada muncul pada kanta goggle. Hal ini sekali gus dapat memberikan anda visual yang lebih baik semasa berenang. Bukan itu sahaja, ia juga dapat melindungi mata anda daripada sinaran UV.
Spesifikasi:
- Warna: Hitam
- Darjah Kanta: 0, 150, 200, 250, 300, 350, 400, 450, 500, 550, 600, 650
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅ Anti UV
✅ Anti kabut
✅ Serap hentakan
Harga: RM11.49 – RM27.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Realeos R1006

Realeos R1006 ini dilengkapi dengan kanta ‘myopia prescription’ bagi meningkatkan kejelasan visual semasa anda berenang. Goggle ini juga mempunyai ciri anti kabut yang berfungsi untuk menghalang pembentukan kabus dan wap pada kanta goggle. Di samping itu, bingkai goggle ini diperbuat daripada silikon lembut yang fleksibel sekali gus memberikan anda keselesaan yang maksimum ketika menggunakannya.
Spesifikasi:
- Warna: Hitam
- Darjah Kanta: 150 – 800 darjah
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅ Anti kabut
✅ Bingkai diperbuat daripada silikon lembut
✅ Kanta ‘myopia prescription’
Harga: RM10.89 – RM 27.36
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Speedo Aquapulse Pro

Speedo Aquapulse Pro merupakan antara goggle yang menjadi pilihan para perenang kecergasan dan atlet profesional. Goggle ini juga sesuai digunakan oleh amatur. Ia didatangkan dengan profil tanpa bingkai serta mempunyai ‘sidearm’ untuk memberikan kestabilan tambahan sekali gus mengurangkan ketegangan di sekeliling kawasan kepala. Ia juga mempunyai kemasan yang kemas dan selamat untuk mata anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Warna: Nordic Teal, Hitam, Light Smoke
- Negara Pengeluar: Australia
Kelebihan:
✅ Kemasan selamat dan kemas
✅ Profil tanpa bingkai
✅ Mempunyai ciri ‘sidearm’
Harga: RM139.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. HAIRperone Adult Diving Swimming Goggles

HAIRperone Adult Diving Swimming Goggles ini dilengkapi dengan perlindungan mata tambahan untuk menghalang air daripada memasuki mata anda. Ia juga didatangkan dengan ciri anti kabut bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa anda berenang. Goggle renang ini disertakan dengan gancu yang boleh dilaraskan mengikut saiz kepala anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Silika gel , PU
- Warna: Hitam/ Biru/ Merah Jambu/ Perak/ Hitam ‘Ash’
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Perlindungan mata tambahan
✅ Kanta anti kabut
✅ Gancu boleh dilaraskan
Harga: RM24.95 – RM52.08
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Vocoal Swimming Goggles

Vocoal Swimming Goggles ini mempunyai reka bentuk yang agak unik ekoran ia disertakan dengan penyumbat telinga bagi menghalang air daripada memasuki telinga anda. Secara tidak langsung, ia dapat mengelakkan sebarang ketidakselesaan dan jangkitan kuman pada telinga anda. Goggle ini menggunakan kanta penyerap UV dan reflektif sekali gus melindungi mata anda daripada sinaran UV.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon , PC (Kanta), ABS (Buckle)
- Warna: Hitam, Hitam Matte
- Saiz: 163 mm x 48 mm x 59 mm x 27 mm x 59 mm
Kelebihan:
✅ Mempunyai penyumbat telinga
✅ Kanta penyerap UV
✅ Kanta reflektif
Harga: RM20.69 – RM50.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. JIEHU Swimming Goggles

JIEHU Swimming Goggles mempunyai reka bentuk yang penuh dan besar seperti goggle skuba. Goggle ini dilengkapi dengan kanta anti kabut untuk perlindungan tambahan semasa anda berenang. Ia juga diperbuat daripada polikarbonat yang menjadikannya tahan lama dan anti bocor.
Spesifikasi:
- Bahan: Polikarbonat (Kanta)
- Warna: Putih, Hitam, Merah Jambu, Merah
- Berat: Kira-kira 150 g
- Darjah kanta: 150 – 700 darjah
Kelebihan:
✅ Kanta anti kabut
✅ Anti bocor
✅ Mudah untuk digunakan
Harga: RM27.85 – RM111
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. OGIVAL Adult Optical Swimming Goggles

Jika anda sedang mencari goggle renang yang disertakan dengan set penyumbat telinga dan ‘nose strip’, maka OGIVAL Adult Optical Swimming Goggles ini pilihan terbaik untuk anda. Goggle ini juga dilengkapi dengan gancu mikrometrik yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ciri perlindungan tambahan terhadap sinaran UV.
Spesifikasi:
- Warna: Hitam, Biru
- Darjah Kanta: 150 – 800 Darjah
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Perlindungan sinaran UV
✅ Gancu mikrometrik boleh laras
✅ Didatangkan dengan set penyumbat telinga dan ‘nose strip’
Harga: RM52.90 – RM 79.56
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Mamakiddies Adjustable Adult Swimming Goggles

Mamakiddies Adjustable Adult Swimming Goggles ini sesuai digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Goggle ini mempunyai ciri anti kabut bagi menghalang kanta daripada pembentukan kabus dan wap. Ia juga menggunakan kanta yang diperbuat daripada polikarbonat bagi memberikan visual yang lebih jelas semasa anda berenang.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon (Tali), Asetat (Bingkai), Polikarbonat (Kanta)
- Warna: Hitam, Kelabu, Biru, Hijau Lutsinar, Kuning Lutsinar, Merah Jambu Lutsinar, Jingga, Putih
- Berat: 0.5 g
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 155 mm x 27 mm x 40 mm x 24 mm x 60 mm
Kelebihan:
✅ Anti kabut
✅ Pandangan lebih jelas
✅ Tali boleh laras
Harga: RM11.90 – RM25.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Arena Pacific Training Goggles Agg-570

Arena Pacific Training Goggles Agg-570 menggunakan kanta berkualiti tinggi yang membolehkan anda melihat dan berenang dengan lebih tepat. Goggle ini dilengkapi dengan salutan anti refleksi yang berfungsi untuk menghalang sebarang silau atau pantulan daripada mengganggu penglihatan anda. Selain itu, ia juga didatangkan dengan tali yang boleh dilaraskan.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon; Polikarbonat
- Warna: Biru
- Negara Pengeluar: Itali
- Saiz: 5 cm x 5 cm x 20 cm
Kelebihan:
✅ Ciri penglihatan standard
✅ Mempunyai kemasan yang selamat
✅ Tali silikon boleh laras
Harga: RM37.43
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.