10 Gula Kastor Terbaik di Malaysia 2025

Gula kastor adalah gula putih yang telah ditapis dan digunakan secara meluas dalam ‘baking’. Kerana teksturnya yang ringan dan mudah dilarutkan, gula kastor kerap digunakan dalam pembuatan kuih, kek, kek cawan dan muffin. Malangnya, gula kastor tidak sesuai digunakan dalam aising, ‘frosting’ atau krim mentega.

Mencari gula kastor yang terbaik dan berkualiti tinggi mungkin sukar kerana lambakan produk di pasaran, Namun begitu, ia tidak mustahil. Kami tahu anda inginkan bahan yang terbaik untuk menyediakan hidangan lazat buat keluarga anda. Jadi, kami menghimpunkan 10 gula kastor terbaik di Malaysia untuk anda dapatkan di pasaran.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Gula Kastor?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan gula kastor di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan gula kastor, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, gula kastor  seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Gula Kastor?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli gula kastor  ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis gula kastor yang anda suka. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Gula Kastor Terbaik di Malaysia 2025

1. MSM Prai Caster Sugar

MSM Prai Caster Sugar
Kredit Gambar: Shopee

Gula kastor ini popular dalam kalangan pembuat roti kerana ia berkristal halus. Gula ini sangat mudah sebati dengan mentega dan lebih mudah larut ke dalam meringu dan adunan. Ia menjadikan produk mempunyai serbuk yang lebih halus dan tekstur yang lebih ringan apabila siap. Dan hasil seperti inilah yang digemari oleh ramai pembuat roti. Ia juga sesuai untuk ditaburkan sedikit pada buah-buahan dan barangan yang dibakar.

Bahan-bahan: 100% Gula Tebu Asli

Saiz: 500 g

Harga: RM 2.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Bunga Raya Asasku Caster Sugar

Bunga Raya Asasku Caster Sugar
Kredit Gambar: Shopee

Gula ini mempunyai tekstur yang sangat halus. Gula kastor daripada Bunga Raya ini adalah  100% semula jadi. Tanpa gluten dan manis semula jadi, gula kastor ini pasti dapat menghasilkan hidangan yang baik untuk anda sekeluarga.

Bahan-bahan: 100% Gula Tebu Asli

Saiz: 450 g

Harga: RM 2.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Nazri Caster Sugar

Nazri Caster Sugar
Kredit Gambar: Shopee

Nazri Castor Sugar digemari oleh pembuat roti. Ia mempunyai tekstur kristal halus yang mudah sebati dengan mentega dan lebih mudah larut dalam meringues dan adunan. Gula ini menghasilkan produk dengan serbuk yang lebih halus dan tekstur yang lebih ringan apabila siap. Jadi, ia memberikan hasil yang mengagumkan buat anda. Tunggu apa lagi? Dapatkannya sekarang!

Bahan-bahan: 100% Gula Tebu Asli

Saiz: 450 g, 950 g

Harga: RM 3.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Kings Castor Sugar

Kings Castor Sugar
Kredit Gambar: Shopee

Bentangkan permaidani merah dan berikan penghormatan anda kepada Kings Caster Sugar. Cuba gula kastor King apabila anda membakar atau memasak. Ia adalah pasangan yang sesuai untuk minuman petang anda. Tekstur yang ringan menjadikannya lebih mudah untuk dilarutkan dalam resepi anda.

Bahan-bahan: 100% Gula Tebu Asli

Saiz: 455 g

Harga: RM 3.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Baker’s Hub Caster Sugar

Bakers Hub Caster Sugar
Kredit Gambar: Shopee

Gula kastor Baker’s Hub adalah pilihan ideal untuk pembuat roti di luar sana. Semuanya semula jadi dan bebas bahan kimia. Selain itu,  gula halus dan ringan ini pasti akan menjadi produk ruji di pantri dapur anda. Ia juga mudah larut ke dalam adunan. Cubalah hari ini!

Bahan-bahan: 100% Gula Tebu Asli

Saiz: 455 g

Harga: RM 3.30

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. House of Ingredients Castor Sugar

House of Ingredients Castor Sugar
Kredit Gambar: House of Ingredients

House of Ingredients menghasilkan gula halus yang berkualiti. Gula kastor ini berguna untuk membuat barang bakar menjadi licin dan manis secara konsisten. Selain itu, ia juga bagus untuk menambahkan rasa manis pada minuman dengan mudah.

Bahan-bahan: 100% Gula Tebu Asli

Saiz: 1 kg

Harga: RM 4.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. CSR Caster Sugar

CSR Caster Sugar
Kredit Gambar: Shopee

100% semula jadi dan cepat larut, CSR Caster Sugar bagus untuk membuat kek span dan pencuci mulut berasaskan meringue. Gula ini didatangkan dalam kristal halus, membolehkan lebih banyak udara diserap ke dalam adunan pembakar anda. Jadi, kek span dan pavlova anda akan terhasil dengan tekstur sempurna.

Bahan-bahan: 100% Gula Tebu Asli

Saiz: 1 kg

Harga: RM 5.30

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Bidari Caster Sugar

Bidari Caster Sugar
Kredit Gambar: Shopee

Bidari Caster Sugar ini merupakan produk yang sering digunakan oleh pembuat pastri dan roti. Ini kerana ia memiliki tekstur yang halus dan licin, sehinggakan ia mudah larut dalam adunan. Selain itu, ia juga mudah digunakan dan menjimatkan masa ‘baking’ anda.  Dapatkannya sekarang!

Bahan-bahan: 100% Gula Tebu Asli

Saiz: 1 kg

Harga: RM 6.25

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. MH Food Caster Sugar

MH Food Caster Sugar
Kredit Gambar: Shopee

Gula kastor MH Food ialah produk bebas gluten. Selain itu, ia juga bebas daripada bahan kimia yang kuat. Produk ini sesuai untuk kek buah-buahan, puding, biskut, roti, kopi dan sos berperisa. Cubalah Gula Caster MH Food hari ini! Anda pasti menyukainya.

Bahan-bahan: 100% Gula Tebu Asli

Saiz: 1 kg

Harga: RM 9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Mewah Caster Sugar

Mewah Caster Sugar
Kredit Gambar: Shopee

Sesuai untuk dibakar, Mewah Caster Sugar boleh digunakan untuk membuat gula-gula seperti kek, muffin, meringues, biskut, kek cawan dan kek span. Gula tebu bertapis ini asli dan sedikit manis. Ia juga mempunyai bau yang manis, ringan dan menyebarkan aroma yang menyegarkan.

Bahan-bahan: 100% Gula Tebu Asli

Saiz: 500 g

Harga: RM 9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close