Tanggal 16 Mei merupakan detik istimewa buat seorang guru. Setiap tahun, sekolah akan mengadakan majlis sambutan Hari Guru untuk mengenang jasa para guru yang berbakti dalam mendidik para pelajar. Maka, untuk menghargai jasa guru, ramai pelajar yang mengambil kesempatan ini untuk memberi hadiah istimewa kepada guru kesayangan mereka.
Sebenarnya, ada pelbagai jenis barang yang boleh dijadikan hadiah di pasaran, tidak kiralah di kedai ataupun secara dalam talian. Apa yang penting, anda tahu apa yang anda cari dan minat serta kegemaran guru anda. Memberi hadiah yang mereka inginkan adalah sesuatu yang mengujakan anda. Tetapi ini tidak bermaksud hadiah untuk guru itu perlu mahal. Di sini, kami senaraikan 33 hadiah di bawah RM 50 untuk anda cari dan pilih.
Bagaimana anda menentukan hadiah yang sesuai buat guru?
Sebenarnya, untuk mencari hadiah yang sesuai bukanlah sukar. Apa yang penting, anda perlu tahu apa yang guru anda suka dan perlukan. Senang cerita, anda boleh mencari hadiah yang bukan sahaja cantik, malah tahan lama dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
Jadi, untuk memudahkan pencarian anda, kami senaraikan 33 hadiah istimewa buat guru. Jangan risau, cadangan hadiah ini senang untuk didapati dan berpatutan.
33 Hadiah Hari Guru 2025
1. [Triple C] Thermos Bottle 304 Stainless Steel With Cup Set

Apa kata anda hadiahkan thermos ini untuk guru anda? Selain reka bentuknya yang menarik dan didatangkan dengan cawan, thermos ini juga tahan lama dan tahan lasak. Terdapat dalam 6 warna menarik untuk anda pilih.
Harga: RM28.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE2. Constant Temperature Cup Smart

Set cawan dan ‘coaster warmer’ ini didatangkan dengan 4 warna menarik untuk dipilih. Rekaannya yang eksklusif menonjolkan ciri mewah dan sesuai untuk dijadikan hadiah untuk guru anda. Jika anda mencari hadiah yang unik dan tahan lama untuk guru anda, maka set ini adalah jawapannya.
Harga: RM17.97
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE3. FRESHAIR Essential Oil Diffuser & Essential Oil

Mahukan kesegaran udara untuk guru anda? Anda boleh hadiahkan ‘Essential Oil Diffuser’ untuk guru anda. Terdapat 7 warna untuk dipilih dan ia didatangkan dengan ‘Essential Oil’. Jimat tau.
Harga: RM27.97
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE4. Tali Leher

Hadiah tali leher ini sesuai untuk guru lelaki yang sukakan warna biru. Anda tidak perlu susah-susah untuk membalutnya kerana ia sudah tersedia di dalam kotak. Nampak eksklusif, bukan?
Harga: RM29.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE5. Beg Tote

Anda lihat guru anda bersusah-payah membawa buku ke sana ke sini? Apa kata anda hadiahkan guru anda beg tote ini. Bukan sahaja reka bentuknya yang ringkas dan menarik, malah anda boleh menempah nama guru anda untuk ditulis pada beg ini.
Harga: RM20.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE6. Sejadah

Untuk guru yang beragama Islam, anda boleh menghadiahkan sejadah kecil molek ini kepada mereka. Sejadah ini didatangkan dengan pembungkusan yang menarik untuk dijadikan hadiah. Pasti guru anda amat menghargainya.
Harga: RM35.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE7. Wireless Bluetooth Speaker Alarm Clock

Untuk guru yang sukakan gadget, mungkin anda boleh fikirkan hadiah ini untuk mereka. Jam ini bukan sahaja cantik malah nampak eksklusif. Jam ini juga wireless dan berfungsi sebagai speaker. Pasti guru anda tersenyum menerimanya.
Harga: RM22.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE8. Pen Comel

Alat tulis merupakan salah satu keperluan dalam pembelajaran jadi guru anda juga memerlukan alat tulis seperti pen untuk menulis atau menanda kertas anda. Hadiahkan set 6 batang pen ini kepada guru anda untuk menceriakan moodnya.
Harga: RM4.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE9. Organizer Meja

Rak organizer ini ringan dan juga mudah dipasang. Anda boleh menggunakannya untuk memperkemas susunan buku dan juga kertas di meja anda. Rak organizer ini juga sesuai dijadikan hadiah untuk guru anda.
Harga: RM22.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE10. File Folder

Jika anda tidak berkenan dengan rak organizer, anda boleh juga menghadiahkan file folder yang menarik ini untuk guru anda. Ia bukan sahaja tidak menggunakan ruangan yang luas, malah ringan untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
Harga: RM32.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE11. Set Klip Kertas

Anda lihat banyak kertas yang bersusun di atas meja guru anda. Apa kata anda hadiahkan klip kertas comel yang berwarna pastel ini untuk mereka? Ia bukan sahaja boleh meningkatkan mood guru anda malah cantik dipandang.
Harga: RM7.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE12. Mesh Stationery Holder

Hadiahkan guru anda Mesh Stationery Holder ini kerana ia tahan lasak dan tahan lama. Bukan itu sahaja, ia didatangkan dengan pelbagai warna yang menarik untuk dipilih. Mesh Stationery Holder ini juga dapat membantu guru anda meletakkan pen atau pensil dengan mudah, ringkas dan juga teratur.
Harga: RM22.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE13. Keyboard Wrist Rest Pad

Penggunaan komputer pasti membuatkan pergelangan tangan anda terasa ngilu atau sakit. Jadi mungkin anda boleh menghadiahkan set barang ini kepada guru anda untuk mengurangkan rasa sakit dan lenguh yang mungkin dialami oleh mereka akibat kerap menggunakan komputer.
Harga: RM27.87
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE14. IKEA BERGENES Phone Holder

Rekaan pemegang telefon yang minimalis ini sesuai dijadikan hadiah untuk guru lelaki mahupun perempuan. Selain ringan dan mempunyai ton neutral, alat ini dilihat berguna untuk meletak telefon anda pada tempatnya. Ia juga boleh mengelakkan telefon anda diletak di merata-rata.
Harga: RM6.16
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE15. Laptop Stand

Setiap hari, guru anda menggunakan komputer riba untuk melakukan tugasannya. Jadi, apa kata anda hadiahkan ‘laptop stand’ untuk guru anda? Alat ini bukan sahaja tahan lasak malah ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE16. WINOMO Hand Pointer

Untuk memudahkan proses pembelajaran, anda boleh menghadiahkan WINOMO Hand Pointer ini kepada guru anda. Alat ini membantu guru anda untuk menunjukkan hal pembelajaran di papan hitam mahupun papan putih.
Harga: RM7.36
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE17. Nordic Coffee Mugs Set

Mug seramik ini kelihatan minimalis dan cantik apabila dipandang. Bukan sahaja ia didatangkan dengan penutup, malah sudu juga disediakan untuk memudahkan anda mengacau minuman anda. Set mug ini sesuai untuk dijadikan hadiah buat guru anda.
Harga: RM33.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE18. Honeycomb Design Egg Sitter Soft Gel

Duduk seharian boleh membuatkan anda lenguh. Jadi kusyen bangku ini boleh melegakan kesakitan anda. Rekaan kusyen ini diperbuat daripada TPE gel yang menyerap tekanan sekali gus boleh digunakan untuk masa yang lama.
Harga: RM13.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE19. Sapu Tangan

Sapu tangan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Ia digunakan untuk mengesat peluh atau kotoran yang terdapat di muka atau tangan anda. Anda boleh menghadiahkan sapu tangan kepada guru anda kerana ia tahan lama dan akan selalu dipakai.
Harga: RM18.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE20. Set Highlighter Pen

Set highlighter pen ini mempunyai 6 batang highlighter yang berwarna-warni. Guru anda boleh menggunakannya dalam kerja hariannya. Warna-warna highlighter pen ini juga boleh menceriakan mood guru anda.
Harga: RM8.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE21. Cash Planner

Cash Planner ini mempunyai 2 saiz iaitu A5 dan juga A6 untuk dipilih. Selain itu, planner ini juga didatangkan dengan 17 warna menarik. Cash planner ini sesuai untuk dijadikan hadiah kerana reka bentuknya yang minimalis dan elegan sekali gus memudahkan guru anda untuk menyimpan kad-kad dan menulis nota di dalamnya.
Harga: RM19.13
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE22. Tudung

Kini, pelbagai jenis tudung boleh anda dapati di pasaran. Banyak corak yang cantik dan menarik untuk digayakan lebih-lebih lagi jika guru anda memakainya di sekolah. Jadi, tidak salah rasanya kalau anda menambah koleksi tudung untuk guru anda.
Harga: RM5.92
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE23. Kerongsang

Setiap wanita memerlukan kerongsang untuk digayakan bersama tudung, apatah lagi guru perempuan anda. Jadi, anda boleh menghadiahkan set kerongsang kepada guru anda.
Harga: RM27.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE24. Dompet

Anda ingin hadiahkan sesuatu yang serba guna buat guru lelaki anda? Apa kata anda hadiahkan dompet kepada beliau untuk menggantikan dompet yang lama. Tentu guru anda suka.
Harga: RM 28.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE25. Tali Pinggang

Selain dompet, anda juga boleh menghadiahkan tali pinggan kepada guru lelaki anda. Jangan risau, tali pinggang ini harganya berpatutan dan juga tahan lama. Reka bentuknya juga ringkas dan mewah.
Harga: RM26.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE26. Alat Pencukur

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda bolehlah membeli alat pencukur ini untuk guru lelaki anda. Dengan 3 cutter head yang tajam, aktiviti mencukur anda menjadi lebih mudah.
Harga: RM42.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE27. Pendrive

Urusan seharian anda tidak akan lengkap tanpa pendrive. Lebih-lebih lagi jika anda ingin memindahkan fail ke komputer anda. Pendrive merupakan salah satu hadiah terbaik kerana ia akan melancarkan dan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan oleh guru anda.
Harga: RM49.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE28. Minyak Wangi

Semua orang sukakan wangian, bukan? Jadi, apa kata anda hadiahkan minyak wangi bajet ini kepada guru anda? Bukan sahaja botolnya besar, malah ia wangi dan tahan lama.
Harga: RM49.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE29. Coklat

Kata orang, coklat boleh meningkatkan mood anda. Kalau guru anda sukakan coklat, apa kata anda hadiahkan kotak hadiah berisi coklat kepada beliau?
Harga: RM35.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE30. Tupperware

Kalau anda hendak tahu, barang ini merupakan barang kegemaran wanita. Bukan alat mekap tetapi Tupperware. Selain tahan lasak, Tupperware ini boleh digunakan untuk mengisi makanan dengan selamat.
Harga: RM17.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEEu003cbru003e31. Bekas Pensil

Siapa kata bekas pensil tidak penting? Walaupun ia nampak remeh, namun kehadirannya amat diperlukan. Jika anda tidak tahu barang apa yang guru anda suka, mungkin anda boleh hadiahkan bekas pensil yang minimalis untuk mereka.
Harga: RM12.98
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE32. Stoking

Stoking juga boleh dijadikan hadiah buat guru anda. Mengapa tidak? Jika anda memberi hadiah stoking, pasti guru anda akan menggunakannya kerana ia sebahagaian daripada pakaian yang dipakai setiap hari di sekolah.
Harga: RM14.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEE33. Parker Classic Business Rollerball Pen

Pen jenis ini merupakan salah satu hadiah yang ideal untuk diberi kepada guru, sama ada guru lelaki mahupun guru perempuan. Jenama pen ini bukan sahaja terkenal, bahkan tahan lama dan tahan lasak. Percayalah, pen ini pasti melancarkan lagi tugasan harian guru anda.
Harga: RM48.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI SHOPEENah, semua barangan di atas menarik, bukan? Kini, anda tidak perlu lagi runsing untuk mencari hadiah buat guru anda. Senarai yang kami sediakan boleh memberikan anda idea terbaik untuk mencari hadiah yang sesuai!
Perhatian:Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.