Kucing merupakan haiwan yang manja namun ia juga boleh menjadi agresif sehingga sukar untuk dikawal terutamanya jika berada di luar rumah. Oleh itu, anda perlulah memiliki sekurang-kurangnya 1 harness untuk kucing anda. Hal ini kerana, ia dapat memudahkan anda untuk mengawasi dan mengawal kucing anda sewaktu berada di luar kawasan kediaman.
Kebanyakan harness diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Terdapat banyak jenis dan reka bentuk harness kucing yang boleh didapati sama ada di kedai ataupun dalam talian. Berikut adalah 8 harness kucing terbaik di Malaysia.
Tips untuk memilih harness kucing yang terbaik.
Tujuan utama pemakaian harness pada kucing adalah untuk mengawal dan melindungi kucing anda daripada sebarang kecederaan. Jadi amat penting untuk anda mempunyai harness yang berkualiti tinggi. Untuk memilih harness yang sesuai serta berkualiti, anda perlu mempertimbangkan aspek seperti bahan, panjang tali dan harga sebelum membuat pembelian.
- Bahan
Harness kucing perlulah diperbuat daripada bahan yang mempunyai ciri tahan lasak untuk mengelakkannya daripada mudah putus. Harness kucing yang terbaik lazimnya diperbuat daripada nilon dan plastik boleh renggang.
- Panjang tali
Setiap jenis dan jenama harness kucing mempunyai kepanjangan tali yang berbeza ekoran saiz kucing juga berbeza. Oleh itu, anda perlulah memilih harness dengan panjang tali yang sesuai dengan saiz kucing anda.
- Harga
Harness yang berkualiti dan berjenama boleh mencecah harga yang agak mahal. Oleh itu, adalah penting untuk memilih harness yang berada dalam julat harga anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
8 Harness Kucing Terbaik di Malaysia 2023
1. Lead Cat Rope

Lead Cat Rope ini didatangkan dengan reka bentuk seperti baju bagi memberikan keselamatan tambahan ketika digunakan. Harness ini diperbuat daripada nilon yang menjadikannya selesa serta membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Ia juga didatangkan dengan pelbagai warna seperti biru, hitam dan merah jambu yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Saiz: S – XL
- Panjang: 120 cm
- Warna: Biru, hitam, merah jambu
Kelebihan:
✅ Reka bentuk kemas
✅ Tali boleh tanggal
Harga: RM7.67 – RM8.68
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. CATTO Cat Harness

CATTO Cat Harness ini sesuai digunakan untuk kucing yang baru mula belajar memakai harness. Harness ini mempunyai tali yang boleh dilaraskan mengikut saiz dan keselesaan kucing anda. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan tali sepanjang 110 cm serta didatangkan dalam 6 pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliamida
- Saiz: Satu saiz
- Panjang: 110 cm
- Warna: Biru, hitam, merah jambu, merah, hijau, ungu
Kelebihan:
✅ Praktikal
✅ Tali boleh Laras
Harga: RM2.55
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Adjustable Traction Vest

Harness ini diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi yang menawarkan keselesaan yang optimum di samping memastikan keselamatan kucing anda. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz yang membolehkan anda untuk memilih harness yang bersesuaian dengan kucing anda. Namun, perlu diingati bahawa jaket harness dan tali dijual secara berasingan.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Saiz: XS – XL
- Warna: Biru, hitam, hijau, merah
Kelebihan:
✅ Tali boleh laras
✅ Tahan lama
Harga: RM7.93 – RM12.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Bow Tie Harness

Jika anda sedang mencari harness dengan reka bentuk yang kemas dan ringkas, maka Bow Tie Harness ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Harness ini didatangkan dalam pelbagai warna seperti merah, biru, merah jambu, kelabu, kuning dan biru muda. Ia juga diperbuat daripada ‘polyblend’ yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak.
Spesifikasi:
- Bahan: ‘Polyblend’
- Saiz: S – L
- Panjang: 120 cm
- Warna: Merah, biru, merah jambu, kelabu, kuning, biru muda
Kelebihan:
✅ Pelbagai reka bentuk
✅ Selesa
Harga: RM6.36 – RM7.36
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Pet Chest Strap

Pet Chest Strap ini didatangkan dengan pelbagai reka bentuk haiwan comel seperti arnab, beruang, dinosaur, lebah dan banyak lagi. Harness ini diperbuat daripada ‘polyblend’ yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik sekali gus memberikan perlindungan yang maksimum kepada kucing anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Polyblend
- Saiz: S – XXL
- Panjang: 120 cm
- Warna: Biru, ungu, kuning, hijau
Kelebihan:
✅ Pelbagai reka bentuk
✅ Selesa
Harga: RM22.90 – RM29.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. BearCat Leash

BearCat Leash ini didatangkan dengan reka bentuk harness bertali bagi membolehkan kucing anda bergerak dengan bebas. Harness ini bukan sahaja sesuai untuk kucing malah ia juga boleh digunakan untuk anjing kecil dan arnab. Selain itu, ia juga menawarkan saiz yang berbeza daripada saiz S hingga M.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Saiz: S – M
- Panjang: 120 cm
- Warna: Merah jambu, merah, biru, kelabu
Kelebihan:
✅ Harness bertali
✅ Reka bentuk yang comel
Harga: RM12.90 – RM13.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Reflective Leash Set

Harness ini didatangkan dengan tali yang lebih besar untuk perlindungan tambahan tanpa mengehadkan pergerakan kucing anda. Harness ini juga boleh memantulkan cahaya, jadi anda tidak perlu risau untuk membiarkan kucing anda bermain dalam persekitaran yang gelap atau waktu malam. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan dijual pada harga yang mampu milik.
Spesifikasi:
- Bahan: Mesh
- Saiz: S – XL
- Panjang: 120 cm
- Warna: Biru, kelabu, merah, coklat, merah jambu, biru laut
Kelebihan:
✅ Mempunyai sistem pantulan cahaya
✅ Mempunyai ciri keselamatan tambahan
Harga: RM36.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Cat Harness with Backpack

Cat Harness with Backpack ini agak unik kerana ia dilengkapi dengan beg kecil pada bahagian belakang harness. Beg kecil tersebut cukup luas untuk anda meletakkan barangan seperti makanan dan keperluan kucing lain yang bersaiz kecil. Selain itu, ia dipasarkan dengan 4 pilihan warna sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Saiz: S – M
- Panjang: 110 cm
- Warna: Biru, kuning, merah jambu, kelabu cair
Kelebihan:
✅ Reka bentuk yang comel
✅ Selesa
Harga: RM17.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.