8 Hos Taman Terbaik di Malaysia 2025

Hos taman merupakan antara alat yang anda perlu miliki, tidak kiralah jika anda mempunyai taman sendiri atau tinggal di rumah yang besar. Hos taman pada asasnya ialah tiub getah panjang yang boleh mengalirkan air ke kawasan yang anda ingin siram. Hos taman mampu menjimatkan masa anda serta mengurangkan pembaziran air apabila ia digunakan.

Terdapat pelbagai jenis hos taman yang boleh anda dapati di pasaran hari ini. Hos taman didatangkan dalam pelbagai gaya dan warna untuk anda pilih. Berikut adalah 8 hos taman terbaik di Malaysia. 

Bolehkah hos air minuman digunakan sebagai hos taman?

Hos air minuman dan hos taman mungkin dianggap sama ekoran ia mempunyai beberapa ciri persamaan. Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk menggunakan hos air minuman dengan cara yang sama seperti hos taman kerana ia mungkin mengandungi bahan toksik dan tidak bersih. 

Adakah selamat untuk menyiram sayur dengan hos taman?

Dalam proses penanaman pokok, salah satu elemen penting untuk memastikan pokok tumbuh segar dan sihat ialah air. Melalui teknik siraman yang betul, tanaman akan tumbuh segar dan tidak mudah mati. Lebih-lebih lagi bagi tanaman jenis sayuran. Oleh itu, penggunaan hos taman yang betul tidak akan menjejaskan sayuran anda serta selamat untuk dimakan. 

8 Hos Taman Terbaik di Malaysia 2023

1. ISANO 10m or 30m Garden Hose

ISANO m or m Garden Hose
Kredit gambar: Shopee

ISANO 10 m or 30 m Garden Hose ialah hos taman yang mempunyai 3 lapisan permukaan serta mampu menahan tekanan dan suhu air yang tinggi. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan ciri fleksibel yang membolehkannya dipotong mengikut panjang yang berbeza bergantung kepada pilihan anda. Selain itu, hos taman ini juga menggunakan lapisan anti-UV bagi mengekalkan kualiti hos.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC 
  • Warna: Kuning
  • Ketebalan: 2.5 mm
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: 10 cm, 30 cm

Kelebihan:

Mempunyai 3 lapisan permukaan
Tahan haba
Fleksibel

Harga: RM16.50-RM49.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Extraman 10m Heavy Duty Garden Hose

Extraman m Heavy Duty Garden Hose
Kredit gambar: Shopee

Extraman 10 m Heavy Duty Garden Hose didatangkan dengan ciri fleksibel serta diperbuat daripada PVC berkualiti tinggi. Hal ini menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai salutan anti alga yang berfungsi untuk menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria yang boleh menjejaskan fungsi hos taman. Hos ini didatangkan dalam 1 warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Hijau
  • Ketebalan: 2.5 mm
  • Negara Pengeluar: England
  • Saiz: 10 m

Kelebihan:

Fleksibel
Tahan cuaca panas dan sejuk
Anti alga

Harga: RM15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. KARYON Reinforced PVC Garden Hose

KARYON Reinforced PVC Garden Hose
Kredit gambar: Shopee

KARYON Reinforced PVC Garden Hose sesuai digunakan untuk menyiram rumput, bunga dan tanaman anda. Hos ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, ia juga mampu menahan tekanan air yang tinggi serta sinaran UV. Hos ini didatangkan dalam pelbagai saiz untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC 
  • Warna: Hijau
  • Ketebalan: 2.5 mm
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 5 m, 10 m, 20 m, 30 m

Kelebihan:

Tahan lasak dan tahan lama
Mampu menahan tekanan air yang tinggi
Tahan sinaran UV

Harga: RM10.50 – RM51.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. MR.DIY Garden Sprinklers Hose Set (10m x 1.2cm)

MR.DIY Garden Sprinklers Hose Set m x .cm
Kredit gambar: Shopee

MR.DIY Garden Sprinklers Hose Set (10 m x 1.2 cm) boleh digunakan untuk menyiram tanaman anda, mencuci kereta dan membersihkan anjung anda. Hos ini mempunyai tekanan air yang tinggi sekali gus menjadikannya sesuai untuk membersihkan kawasan yang kotor. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana ia dilengkapi dengan 3 pelarasan kelajuan air yang boleh anda laraskan mengikut tujuan penggunaannya. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Hijau
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 10 m x (D) 1.2 cm (Hos taman), (L) 13 cm x (D) 3.5 cm (Sprinklers head), (L) 6 cm x (D) 3.5 cm (Green Hose connection), (L) 5 cm x (D) 3 cm (Black Hose connection)

Kelebihan:

Mampu menahan tekanan air yang tinggi
Mempunyai 3 sambungan hos
Tidak toksik

Harga: RM23.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Hokah High Quality Tornado PVC Garden Watering Hose

Hokah High Quality Tornado PVC Garden Watering Hose
Kredit gambar: Shopee

Hokah High Quality Tornado PVC Garden Watering Hose didatangkan dengan ciri fleksibel sekali gus memudahkan anda untuk menggunakannya. Selain itu, ia juga mempunyai bahagian luar anti haus yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan lapisan ‘closed braided’ yang mampu menahan tekanan air yang tinggi serta menghalang sebarang kerosakan daripada berlaku dengan mudah.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 10 m, 12 m +  Percuma ‘Nozzle’

Kelebihan:

Luaran kalis haus
Lapisan ‘closed braided’
‘Extra thick core’
Fleksibel

Harga: RM31.88-RM36.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Original Kawasaki Power Sprayer Hose

Original Kawasaki Power Sprayer Hose
Kredit gambar: Shopee

Original Kawasaki Power Sprayer Hose boleh digunakan untuk menyiram tanaman serta membersihkan kotoran degil. Hos ini mempunyai tahap ketahanan tekanan air yang tinggi serta diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam 5 saiz yang berbeza untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Tekanan Kerja: 60 kg/ cm² (50 m), 40 kg/ cm² (100 m) 
  • Tekanan Pecah: 180 kg/ cm² (50 m), 150 kg/ cm² (100 m)
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: 10 m, 20 m, 30 m, 50 m, 100 m

Kelebihan:

Mampu menahan tekanan air yang kuat
Tahan lasak
Tahan lama

Harga: RM40.00 – RM279.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. Karcher Hose Performance Plus 5/8″

Karcher Hose Performance Plus
Kredit gambar: Shopee

Karcher Hose Performance Plus 5/8″ diperbuat daripada ‘woven’ serta sesuai digunakan untuk menyiram taman bersaiz kecil hingga sederhana. Hos ini mempunyai cengkaman ergonomik bagi memudahkan anda mengendalikannya ketika tekanan air tinggi. Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan ciri anti alga dan anti kulat. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Woven
  • Warna: Kuning+Hitam
  • Berat: 4 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 12 m X 16 m

Kelebihan:

Menghalang pertumbuhan alga
Bahan ‘woven’
Cengkaman ergonomik

Harga: RM31.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. CSMSamsonn Korea Spray Hose

CSMSamsonn Korea Spray Hose
Kredit gambar: Shopee

CSMSamsonn Korea Spray Hose mempunyai tahap ketahanan tekanan air yang tinggi serta fleksibel sekali gus memudahkan anda untuk menggunakannya. Hos ini sesuai digunakan untuk semua aktiviti berkebun dan juga aktiviti lain seperti mencuci kereta atau membersihkan ‘porch’ anda. Hos ini diperbuat daripada PVC berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama. Ia juga dipasarkan pada harga yang mampu milik.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Kuning
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 1 m

Kelebihan:

Fleksibel
Tahan lasak
Tahan lama

Harga: RM3.10 – RM5.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close