10 Idea Hiasan Bilik Tidur Terbaik di Malaysia 2025

Bilik tidur merupakan ruang atau tempat untuk kita beristirehat setelah seharian penat bekerja atau belajar. Tidur sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kesihatan tubuh kita. Jadi, amat penting untuk kita mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Untuk mendapatkan tidur yang lena, keadaan bilik tidur haruslah selesa dan sesuai dengan gaya anda.

Bukan itu sahaja, ia juga penting untuk memastikan hiasan bilik tidur anda dalam keadaan baik untuk mengelakkan ia kelihatan berselerak dan padat. Terdapat pelbagai cara untuk menghias bilik tidur mengikut gaya dan cita rasa anda. Berikut adalah 10 idea hiasan bilik tidur terbaik di Malaysia.

Bagaimana Hendak Menggayakan Bilik Tidur Dengan Baik? 

Bilik tidur nampak suram dan ‘boring’? Tidak sempat untuk membuat hiasan dalaman di bilik tidur? Jangan bimbang, dengan mempertimbangkan beberapa aspek seperti gaya, belanjawan dan kebolehcapaian, anda boleh mendapatkan hiasan yang terbaik untuk bilik tidur anda. 

1. Gaya

Terdapat pelbagai gaya untuk menghias bilik tidur. Oleh itu, anda disarankan untuk memilih atau menetapkan gaya yang anda inginkan bagi mengelakkan perubahan saat akhir dan pembaziran.

2. Belanjawan

Hiasan bilik boleh menelan kos yang agak tinggi, oleh itu anda disarankan untuk membandingkan harga bagi beberapa produk hiasan terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.

3. Kebolehcapaian

Anda disyorkan untuk memilih hiasan yang mudah untuk diakses. Hal ini bagi membolehkan anda menghias bilik anda tanpa perlu menunggu dalam masa yang lama untuk mendapatkan item tersebut. 

10 Idea Hiasan Bilik Tidur Terbaik di Malaysia 2023

1. Gunakan Cermin Untuk Ilusi Keluasan

Hang A Full Body Mirror
Kredit gambar: Shopee 

Cermin bukan sekadar digunakan untuk mengambil gambar ‘OOTD’ sahaja, malah ia juga boleh menjadikan ruang bilik anda kelihatan lebih luas dan berseri. Ia didatangkan dalam pelbagai bentuk, gaya dan juga saiz yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Cermin ini diperbuat daripada aloi yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium,  Aloi
  • Warna: Hitam, Emas, Perak
  • Saiz: 40 cm x 150 cm, 50 cm x 150 cm, 50 cm x 160 cm

Kelebihan:

Bingkai ‘brushed’ untuk tekstur yang menarik
Kaca lutsinar
Mudah alih dan tahan lama

Harga: RM159.99 – RM199.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Letakkan Kertas Dinding di Siling

Put Wallpaper on The Ceiling
Kredit gambar: Casa Watkins Living

Anda bosan dengan warna siling anda? Serlahkan kreativiti anda dengan meletakkan kertas dinding pada siling bilik tidur anda. Ia akan menghasilkan bilik tidur yang unik serta lebih banyak personaliti boleh diserlahkan. Kertas dinding ini diperbuat daripada PVC yang menjadikannya kalis air dan tahan lama. Ia juga tidak akan meninggalkan sebarang kesan gam pada siling anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC 
  • Reka bentuk: Pelbagai reka bentuk
  • Saiz: 1 meter

Kelebihan:

Dilengkapi dengan pelekat yang kuat
Didatangkan dalam ciri kalis air
Tidak akan memerangkap kelembapan

Harga: RM5.30 – RM7.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Pilih Warna Cat Yang Bersesuaian Dengan Tema

Put Wallpaper on The Ceiling
Kredit gambar: Pinterest

Sekiranya anda menyukai konsep estetik, anda boleh memilih cat dinding bilik yang berasaskan warna lembut atau ‘pastel’. Hal ini kerana warna-warna tersebut akan memberikan impak ruang yang lebih luas serta menampilkan ‘mood’ yang menenangkan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menambahkan unsur abstrak untuk menjadikan keseluruhan suasana bilik kelihatan lebih meriah dan mewah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Titanium Dioksida, Besi Oksida, Karbon Hitam, Pigmen Organik, Mineral Extender
  • Warna: Pelbagai warna
  • Saiz: 7 L

Kelebihan:

Anti kulat
Mempunyai kemasan ‘matt’
Pelbagai warna untuk dipilih

Harga: RM43.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. Gunakan Kerusi sebagai Meja Bedside

Change Chair as A Nightstand
Kredit gambar: Pinterest

Meja bedside terlalu mahal? Jangan bimbang, anda boleh menggunakan kerusi terpakai sebagai ganti kepada meja bedside. Antara ciri kerusi yang sesuai digunakan ialah kerusi bersaiz sederhana yang diperbuat daripada kayu atau kulit. Hal ini bagi membolehkannya dipadankan dengan pelbagai konsep serta mengelakkan rupa bilik yang pelik dan ‘awkward’.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit, Kayu
  • Warna: Putih, Hijau Tua, Beige, Kelabu, Hitam, Kuning
  • Dimensi: 48 cm (L) x 38 cm (W) ​​x 72 cm (H)

Kelebihan:

Pemasangan manual/ sendiri
Kukuh dan tahan lama
Mampu menampung berat sehingga 120 kg
Tidak akan mencalarkan lantai

Harga: RM59.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Gunakan Lampu Dinding

Use Wall Lamp
Kredit gambar: Pinterest

Serikan bilik tidur anda dengan penggunaan lampu dinding. Walaupun ia sentuhan yang ringkas namun ia dapat menampilkan rupa bilik yang elegan dan mewah. Lampu dinding didatangkan dalam pelbagai gaya berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan konsep bilik anda. Bukan sekadar hiasan, ia juga boleh digunakan sebagai lampu tidur. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Reka Bentuk: LED Warm Light, Filament Bulb
  • Jenis Mentol: LED/ CFL/ Pijar

Kelebihan:

Sudut boleh laras (180 darjah)
Hiasan yang bagus untuk tetapan dalaman
Mudah untuk dipasang

Harga: RM30.99 – RM80.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Tukar Langsir

Change The Curtains
Kredit gambar: Pinterest

Percaya atau tidak, dengan hanya menukar langsir, anda dapat mengubah keseluruhan suasana bilik anda. Walaupun, ia kelihatan seperti perubahan yang kecil namun impak yang diberikan sangat besar terutamanya dari segi rupa dan pencahayaan bilik anda. Pastikan anda memilih saiz dan warna yang betul agar ia bersesuaian dengan konsep yang anda inginkan. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Sheer
  • Saiz: 250 cm (L) x 145 cm (W)
  • Berat: 0.50 kg

Kelebihan:

Didatangkan dalam pelbagai warna
Boleh dikitar semula
Mudah untuk dicuci

Harga: RM36.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. Letak Beberapa Pokok Hiasan

Buy Some Plants
Kredit gambar: Pinterest

Bagi menambahkan keserian bilik, anda boleh meletakkan pelbagai jenis pokok hiasan antaranya pokok ‘dracaena marginata green’. Ia mudah untuk dijaga di dalam rumah serta didatangkan dengan pelbagai faedah kesihatan. Antara faedah yang boleh diperoleh daripada pokok ini ialah ia dapat menghapuskan elemen toksik seperti CO2 dan C2O2 serta membebaskan ION negatif. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kualiti udara di dalam bilik anda.

Spesifikasi:

  • Spesies Tumbuhan: Dracaena Marginata Green
  • Kuantiti: 3 tumbuhan
  • Saiz: 145 cm – 150 cm

Kelebihan:

Didatangkan dalam 3 saiz
Membebaskan ION negatif
Membuang toksin seperti CO2, C2O2

Harga: RM49.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Gantung Cetakan Seni

Hang Wall Art Prints
Kredit gambar: Pinterest

Lukisan atau cetakan seni merupakan salah satu jenis hiasan yang paling popular untuk bilik tidur. Ia dapat menyerlahkan rupa bilik yang estetik serta berfungsi sebagai saluran untuk kreativiti. Terdapat pelbagai gaya lukisan yang boleh digunakan untuk menghiasi dinding bilik tidur anda. Anda juga boleh menambahkan lampu di sekeliling lukisan bagi mewujudkan efek yang unik dan menarik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kadbod
  • Gaya: Pelbagai
  • Kuantiti: 17 keping

Kelebihan:

Boleh digunakan sebagai kad penghargaan atau poskad
Pelbagai gaya dan reka bentuk
Mesra alam
Tidak mudah luntur

Harga: RM1.26 – RM4.55

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

9. Tukar Cadar Katil

Change The Beddings
Kredit gambar: Pinterest

Elakkan mengguna cadar dan sarung bantal yang kosong atau mempunyai warna yang seakan sama dengan warna dinding kerana ia boleh membuatkan bilik tidur nampak membosankan. Anda boleh menggunakan cadar berwarna ceria atau kontra dengan motif rekaan yang menarik ataupun corak abstrak yang ringkas supaya dapat menambahkan keserian bilik tidur anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik
  • Saiz: Single, Queen
  • Bilangan Thread: 800 thread

Kelebihan:

Cadar ‘fully fitted’ 360°
Boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh
Pelbagai reka bentuk
Tahan lasak dan tahan lama

Harga: RM32.90 – RM47.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

10. Make It Pop! (Karpet)

Make It Pop
Kredit gambar: Pinterest

Kehadiran karpet baru atau aksesori juga boleh menceriakan suasana bilik tidur apatah lagi jika ia mempunyai rona yang terang. Serlahkan bilik tidur anda dengan menggunakan karpet yang didatangkan dengan pelbagai kombinasi warna yang boleh anda pilih berdasarkan personaliti anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester
  • Reka Bentuk: Pelbagai reka bentuk
  • Saiz: 60 cm, 80 cm, 10 cm, 12 cm, 14 cm, 15 cm, 16 cm

Kelebihan:

Antigelincir
Mempunyai kemasan yang kemas
Sesuai untuk hiasan bilik tidur

Harga: RM33.15 – RM181.05

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close