Ilusi Seram, Mistik dan Misteri – The Sacred Riana  Conjuring Live di Kuala Lumpur 

Kuala Lumpur, Malaysia – Persembahan yang dinanti nantikan akhirnya tiba “ The Sacred Riana  Conjuring Live In Kuala Lumpur. Pertunjukkan Magik berskala penuh daripada The Sacred Riana,  buat julung kalinya di Malaysia akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15 Julai  2023. Riana yang merupakan seorang pakar ilusi paling terkenal di dunia akan  mempersembahkan satu pertunjukkan yang bukan sahaja seram tetapi penuh dengan misteri yang  akan membuat penontonnya terkagum.  

Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani yang berasal dari Indonesia, telah  meraih populariti di persada dunia setelah menjadi juara musim kedua “Asia’s Got Talent”pada  tahun 2017 dan “British Got Talent” pada tahun 2019. Sementara itu, Riana juga merupakan salah  satu finalis di “America’s Got Talent: The Champion“. Dengan keperibadian misteri, Riana bukan  sahaja telah memenangi jutaan hati peminat dari seluruh dunia tetapi dia juga telah mendapat  pengikhtirafan dalam senarai berprestij Forbes 30 Under 30 Asia.  

Mediaberg Productions, penganjur persembahan “The Sacred Riana Conjuring Live in Kuala  Lumpur”, mengatakan bahawa ini merupakan peluang emas kepada para penonton kerana mereka  dapat menyaksikan aksi-aksi ilusi yang menakjubkan, disamping trik-trik yang luar biasa beserta  kejutan menyeramkan di atas pentas dengan jarak yang terdekat. Tambahan, “pertunjukkan ini  merupakan satu sajian yang cukup baik khususnya bagi mereka yang mengemari genre seram  dan elemen mistik daripada The Sacred Riana yang telah berjaya mencipta fenomena dan 

mengegarkan pentas pencarian bakat antarabangsa”. Keterampilan The Sacred Riana dengan  rambut panjang mengurai yang menutupi sebahagian mata kirinya berserta dengan patungnya  sahaja cukup menyeramkan . Selain itu, kemampuan supernatural atau mistik Riana sudah  tentunya akan membuat penonton terhibur.  

Persembahan ini dibuka kepada penonton dewasa dan kanak-kanak yang berusia 7 tahun keatas.  Namun kanak-kanak khususnya yang berusia 7 tahun keatas mesti diiringi oleh orang dewasa. Pihak  Mediaberg Productions juga telah mengambil semua keperluan keselamatan tanpa berkompromi.  

Mediaberg Productions telah berada dalam industri persembahan dan konsert selama lebih dari dua  tahun. Pihak Mediaberg juga sangat berbesar hati untuk membawa kepada anda persembahan  bertaraf antarabangsa ini setelah berjaya menganjurkan konsert bertema fusion sebelum ini.  Mediaberg bersemangat untuk menerokai lebih banyak peluang untuk membawa pelbagai seniman  dan bakat antarabangsa beserta melakukan kolaborasi dengan para seniman Malaysia.  

Tiket untuk The Sacred Riana Conjuring Live in Kuala Lumpur dibuka untuk pembelian  sekarang. Jangan lengah lagi untuk mendapatkan pengalaman yang tak akan dilupakan ini –  dapatkan tiket anda sekarang di www.ticket2u.com.my/tsr.  

Untuk keterangan lebih lanjut, ikuti kami di Instagram di www.instagram.com/mediaberg.  

Bersiap sedia untuk terpesona, terkagum, dan menyaksikan pengalaman yang tidak dapat  dilupakan ini.  

Nota: Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan media sila hubungi 017-340 0235

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close