8 Jaket Kalis Air Terbaik di Malaysia 2023

Fabrik kalis air atau lut udara menghalang air cecair keluar sambil membenarkan wap air melaluinya. Kerana keupayaannya untuk menyekat hujan dan salji sambil membenarkan wap peluh menyejat, ia digunakan dalam pakaian hujan, pakaian sukan ‘outdoor’ yang  kalis air, khemah dan aplikasi lain. Fabrik kalis air menolak air, menjadikannya tahan terhadap kotoran dan noda. Ia lebih mudah dibersihkan daripada jenis fabrik lain.

Jaket kalis air menghalang hujan dan benda lain daripada terkena pakaian dan kulit anda. Sesetengah jaket lebih sesuai untuk aktiviti tertentu dan tersedia dalam pelbagai tahap perlindungan. Sesetengah model mempunyai jahitan tertutup, dan ‘hood’ direka untuk menghalang hujan daripada terkena muka dan rambut anda. Pada masa yang sama, fabrik ini lut udara. Ini bermakna peluh di badan anda boleh tersejat dengan mudah. Jadi, berikut adalah 8 jaket kalis air terbaik di Malaysia pada tahun 2023.

Adakah Baju Hujan Sama Seperti Jaket Kalis Air?

Walaupun baju hujan dan jaket kalis air bersifat kalis air, namun kedua-duanya mempunyai perbezaan yang ketara. Jaket kalis air memberikan ketahanan dan perlindungan yang paling tinggi terhadap cuaca melampau, manakala baju hujan pula mengimbangi prestasi, kos dan berat dengan lebih baik.

Adakah Windbreaker Jaket Kalis Air? 

Jaket kalis air, seperti namanya, direka khusus untuk menahan hujan melalui fabrik kalis air dan ‘water-resistant’.  Windbreaker pula tidak direka untuk menahan keadaan basah secara konsisten.

8 Jaket Kalis Air Terbaik di Best Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Beauty First Waterproof Outdoor Jacket

Beauty-First-Waterproof-Outdoor-Jacket
Kredit Gambar: Shopee

Beauty First Waterproof Outdoor Jacket ini merupakan jaket sukan empat musim. Ia mengekalkan suhu malar untuk memastikan anda tetap hangat. Ia selesa dan membolehkan sistem peredaran darah anda berfungsi dengan baik. Selain itu, jaket ini mempunyai butang kepak dan reka bentuk poket sisi yang bergaya untuk keselamatan tambahan. Jaket ini juga dilengkapi dengan zip logam dan reka bentuk tali serut klasik serta mempunyai gabungan teknologi anti-calar. Jaket ini boleh merangsang kehilangan haba badan sambil melindungi si pemakai daripada angin sejuk.

Spesifikasi:

  • BahanChemical Fibre Blend, Acrylic 
  • Saiz: S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL
  • Warna Merah, Biru Tua, Biru Muda, Hitam

Kelebihan:

Anti sinaran
Jenis zip bertutup
Anti minyak

HargaRM 29.52 – RM 123.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. The North Face Outdoor Mountaineering Jacket

The-North-Face-Outdoor-Mountaineering-Jacket
Kredit Gambar: Shopee

North Face Outdoor Mountaineering Jacket merupakan jaket yang kalis air, kalis angin, selesa dan mempunyai poket dalam untuk menyimpan barang si pemakai. Ia diperbuat daripada fabrik tahan calar dengan permukaan nilon yang selesa, jadi anda tidak perlu risau jika jaket ini mudah koyak atau sebagainya. Ia mempunyai potongan labuh yang lurus dengan gaya poket zip beg. Kedua-dua belah lengan jaket yang panjang ini mempunyai velcro pada hujungnya.

Spesifikasi:

  • BahanNylon, Polyester Fibre
  • Saiz: S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL
  • WarnaArmy Green, Khaki, Black, Sky Blue, Dark Blue, Red  Hitam,  Biru Tua, Merah

Kelebihan:

Perlindungan Velcro
Poket dalam
Fabrik tahan calar

HargaRM 49.80 – RM 129.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. The North Face Outdoor Jacket

The-North-Face-Outdoor-Jacket
Kredit Gambar: Shopee

North Face Outdoor Jacket ini mempunyai satu poket velcro yang berzip dan tiga poket velcro untuk penyimpanan tambahan. Terdapat juga velcro pada hujung di kedua-dua lengan. Jaket ini tahan haus, kalis air dan kalis angin, jadi ia sesuai untuk aktiviti luar seperti berbasikal dan mendaki gunung. Jika anda lebih suka memakai pakaian yang longgar, cari saiz yang lebih besar daripada saiz pakaian anda kebiasaannya.  Saiz jaket ini merangkumi daripada saiz M sehingga saiz 8XL.

Spesifikasi:

  • BahanNylon, Polyester Fibre
  • Saiz: M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL, 6XL, 7XL, 8XL
  • Warna Ivory White, Army Green, Jingga, Hitam, Kelabu Gelap

Kelebihan:

Velcro dan perlindungan zip
Empat poket
Reka bentuk yang bergaya

HargaRM 69.90 – RM 139.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Waterproof Men Fishing Jacket

Waterproof-Men-Fishing-Jacket
Kredit Gambar: Shopee

Waterproof Men Fishing Jacket ini bukan sahaja kalis air, tetapi ia juga mempunyai ciri pelindung matahari, antikotoran dan cepat kering. Ia menggunakan fabrik super hidrofobik yang selesa dan mampu menahan kehilangan haba yang tinggi. Ia juga mempunyai ‘sun hood’ dan poket yang selesa. Zipnya tahan lama dan mempunyai ‘sunscreen cuff’. Ia sesuai untuk berjoging, mendaki, ‘rock climbing’, berbasikal dan aktiviti lain.

Spesifikasi:

  • BahanHydrophobic Fabric
  • Saiz: L, XL, 2XL, 3XL, 4XL
  • WarnaPutih, Kelabu, Biru

Kelebihan:

‘Sunscreen cuff’
Mudah dibersihkan
Tahan kotor

HargaRM 38.56 – RM 78.71

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Jacket Parachute Men

Jacket-Parachute-Men
Kredit Gambar: Shopee

Jacket Parachute Men ini mempunyai poket dalam, poket berzip pada bahagian dada kiri, dan poket berzip pada bahagian bawah di sebelah kanan pakaian. Ia diperbuat daripada parasit  Taslan yang tahan air dan angin, menjadikan si pemakai tidak berasa panas dan tetap hangat pada musim sejuk. Lapisan dalam jaket ini diperbuat daripada material fleece/ Baby Terry. Untuk melindungi kepala si pemakai daripada terkena hujan, jaket ini dilengkapi dengan hoodie.

Spesifikasi:

  • Bahan Taslan Parasites, Fleece / Babyterry
  • Saiz: M, L, XL 
  • WarnaArmy, Navy, Hitam, Kelabu Cerah, Kelabu Gelap, Maroon, Mocca

Kelebihan:

Banyak reka bentuk
Lut udara
Ada hoodie

HargaRM 23.50 – RM 71.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Camel Women Outdoor Jacket 

Camel-Women-Outdoor-Jacket-
Kredit Gambar: Shopee

Camel Women Outdoor Jacket ini menampilkan ciri kalis air, anti bakteria, kebolehtelapan lembapan, tidak mudah koyak dan juga menghangatkan. Ia sesuai untuk aktiviti di luar rumah seperti ‘outing’, berkhemah, mendaki gunung, ‘ice climbing’,  ‘rock climbing’,  meluncur dan pemanduan. Ia boleh didapati pada musim sejuk, musim bunga dan musim luruh. Ia mempunyai teknologi salutan pakaian yang menggunakan ‘seam pressure glue’. Selain itu, jaket ini memiliki dua poket di kedua-dua belah pakaian pada bahagian bawahnya. Ia juga mempunyai zip YKK dan labuhya boleh dilaras.

Spesifikasi:

  • BahanPolyester Fibre, Fleece 
  • Saiz: S, M, L, XL, 2XL
  • WarnaRubber Powder, Phantom Black, Arona Blue, Sand Brown, Medicinal Purple, Red, Kelabu Cerah

Kelebihan:

Ideal untuk aktiviti luar
Guna salutan ‘seam pressure glue PU’
Kalis angin

HargaRM 205.00 – RM 410.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Camel Men Jacket 3-In-1  

Camel-Men-Jacket--In--
Kredit Gambar: Shopee

Topi boleh tanggal disertakan dalam Camel Men Jacket 3-In-1 ini. Jaket ini diperbuat daripada fabrik fleece dan bersifat kalis air. Ia juga ‘antidouling’, kalis angin, selesa, dan kalis sejuk. Ia sesuai untuk semua aktiviti luar. Teknologi fabrik Teflon digunakan, dengan poliester pada bahagian dalam dan fabrik nilon pada bahagian luar.

Spesifikasi:

  • BahanNylon, Polyester
  • Saiz: XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL
  • WarnaIron Gray Blue, Carbon Gray, Biru Gelap, Yellow Millet, Green Forest, The Black, Amber Brown

Kelebihan:

Untuk kegunaan luar
Teknologi fabrik Teflon
Boleh ditanggalkan

HargaRM 266.00 – RM 532.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Stone Island Parachute Jacket

Stone-Island-Parachute-Jacket
Kredit Gambar: Shopee

Stone Island Parachute Jacket ini sesuai untuk aktiviti yang memerlukan anda berada di luar rumah atau dalam cuaca sejuk. Ia sejuk dan selesa apabila dipakai. Fabriknya kalis angin dan tidak mengecut apabila dicuci. Ia mempunyai poket zip di bahagian luar untuk keselamatan tambahan. Zip digunakan untuk pemakaian secara menyeluruh. Ia sesuai untuk lelaki dan perempuan kerana reka bentuknya jaket ini adalah uniseks.

Spesifikasi:

  • BahanThick Fleece Cotton 
  • Saiz: XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL
  • WarnaIron Gray Blue, Carbon Gray, Biru Gelap, Yellow Millet, Green Forest, The Black, Amber Brown

Kelebihan:

Reka bentuk uniseks
Tidak mengecut apabila dibasuh
Sesuai untuk musim hujan

HargaRM 53.50 – RM 118.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close