Beri biru adalah buah yang manis dan berkhasiat. Oleh kerana warna buah ini adalah ungu yang menarik, ia juga mempunyai rasa manis dan masam menjadikannya beri sangat popular. Selain itu, beri biru juga terkenal dengan rendah kalori dan penuh dengan nutrien lain. Ia juga dilabelkan sebagai makanan super. Buah tropika ini mungkin sukar tumbuh dalam cuaca panas seperti di negara Asia, tetapi jangan risau! Anda masih boleh menikmati kebaikan dan rasa lazat beri biru ini melalui melalui jem beri biru.
Kalau anda hendak tahu, beri biru ini banyak khasiatnya, antaranya ia boleh mengekalkan fungsi otak serta mengurangkan kerosakan DNA. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C dan K, serat serta mangan. Beri biru juga boleh membantu melindungi anda daripada kanser dan penuaan, oleh sebab itu ia adalah buah yang rendah kalori. Buah ini juga boleh meningkatkan daya ingatan, tinggi dengan antioksidan serta boleh menurunkan tekanan darah.
Di manakah saya boleh mendapatkan jem beri biru?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan jem beri biru di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan jem beri biru, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, jem beri biru seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih jem beri biru?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli jem beri biru ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis jem beri biru yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Jem Beri Biru Terbaik di Malaysia 2025
1. St Dalfour Fruit Blueberry Jam

St. Dalfour Blueberry Jam ialah resipi tradisional Perancis yang dibuat dengan beri biru liar yang lazat dan pekat dengan jus buah. Jem ini tidak mengandungi bahan pengawet, perisa tiruan atau pewarna. Jem ini juga tidak mengandungi gula tambahan. Jem Blueberry St Dalfour ialah hidangan manis yang lazat dan sesuai dengan roti bakar, skon dan pencuci mulut yang lain.
Bahan-bahan: Blueberry 51%, Pekatan Jus Buah Tanpa Gula (Anggur, Kurma), Agen Pembentuk Gel: Pektin Buah, Jus Lemon
Negara Pengeluar: Perancis
Saiz: 284 g
Harga: RM 12.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Bonne Maman Mini Jam Jar-Blueberry

Jem yang dihasilkan di Perancis ini iaitu Bonne Maman Mini Jam Jar menawarkan tekstur bunga-bungaan lagi ringan dan berair dalam produk mereka. Selain itu, produk mereka juga bebas daripada bahan tiruan dan gluten sekali gus menjadikannya sesuai untuk vegetarian. Produk ini boleh dimakan sama ada dengan menyebarkannya pada roti, roti bakar ataupun dalam pencuci mulut yang anda suka. Pada masa ini, terdapat 6 perisa yang tersedia iaitu madu, raspberi, strawberi, marmalade oren, aprikot dan beri biru.
Bahan-bahan: Beri Biru Liar, Gula, Gula Tebu, Jus Lemon Pekat, Pektin Buah (Agen Pembentuk Gel).
Negara Pengeluar: Perancis
Saiz: 28 g, 30 g
Harga: RM 2.99 (30 g balang)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. T-Time Fruit Jam (Blueberry)

T-Time Fruit Jam ialah hidangan lazat yang diperkaya dengan hasil alam semula jadi. Ia lazat pada roti, keropok, wafer dan tart. Anda juga boleh menggunakannya pada sandwic, biskut, penkek, dan juga wafel. Rasa jem beri biru ini sungguh sedap, dengan rasa manis yang seimbang dan juga berkhasiat untuk anda.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 270 g, 440 g
Harga: RM 4.90 (440 g balang)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Darbo’s Double-Fruit Blueberry Fruit Spread

Darbo’s Double-Fruit Blueberry fruit Spread dibuat daripada resipi keluarga lama. Darbo, seperti sebelum ini, hanya menggunakan buah berkualiti tinggi yang dipanaskan dan dikacau perlahan untuk mengekalkan rasa buah asli. Kandungan buah yang tinggi sehingga 70% memastikan jem ini memberikan pengalaman rasa yang anda tidak dapat dilupakan.
Bahan-bahan: Beri biru, Gula, Jus Lemon Pekat, Pektin.
Negara Pengeluar: Austria
Saiz: 140 g, 200 g, 450 g
Saiz: RM 12.96 (200 g balang)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. IKEA Blueberry Jam

Jem Blueberry IKEA sesuai dengan wafel rangup yang baru dibakar, susu masam atau roti bakar. Beri biru yang tumbuh liar di hutan cemara Sweden mempunyai rasa yang lazat. Adalah menjadi kebiasaan di Sweden untuk menggabungkannya dengan raspberi manis dan membuat jem daripada buah beri.
Bahan-bahan: Gula, Beri Biru, Pektin (Agen Pembentuk Gel), Air, Asid Sitrik (Pengawal Keasidan).
Negara Pengeluar: Sweden
Saiz: 425 g
Harga: RM 18.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Packer Blueberry Jam

Jem Blueberry Packer dibuat dengan bangga di Malaysia. Ia dibungkus dalam botol kaca dengan pembungkusan yang menarik. Jem beri biru ini pasti akan memukau anda dengan konsistensi dan tekstur yang sangat baik. Ia juga mempunyai rasa yang seimbang dengan jumlah kemanisan yang tepat.
Bahan-bahan: Beri biru, Maltitol, Sorbitol, Pektin, Asid Sitrik, Garam, Perisa.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: Tidak dinyatakan
Harga: RM 11.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Hero Blueberry Jam

Jem Hero Blueberry menggunakan beri biru yang ditanam secara semula jadi di dalam tanah asal dan udara segar Eropah. Buah ini diperoleh daripada petani yang dipercayai untuk menyediakan anda dengan produk yang berkualiti, dengan rasa dan warna yang konsisten. Disediakan secara tradisional tanpa sebarang pewarna, perisa atau pengawet tiruan, setiap sudu jem Hero mengandungi kejernihan cahaya matahari dan keharuman buah-buahan.
Bahan-bahan: Blueberry (45%), Gula, Gula Tebu, Pekat Jus Lemon, Agen Pembentuk Gel (Pektin).
Negara Pengeluar: Sepanyol
Saiz: 340 g
Harga: RM 13.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Steffi’s Choice Blueberry Jam

Steffi’s Choice Blueberry Jam membawakan anda jem beri biru tulen untuk anda nikmati. Sesuai untuk kegunaan harian kerana ia tidak mengandungi bahan tambahan dan pengawet di dalamnya. Padankan dengan roti, wafel atau penkek untuk snek yang pasti lazat dan menggembirakan. Tambahan pula, ia tidak mengandungi sebarang perisa tambahan, pengawet dan pewarna untuk mengelakkan jem berperisa tiruan.
Bahan-bahan: Blueberry, Glukosa-fruktosa, Sirap, Gula, Pektin, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: Jerman
Saiz: 450 g
Harga: RM 13.25
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Smuckers Blueberry Preserves Jam

Smucker’s telah membantu menjadikan hidangan keluarga lebih diingati selama lebih dari satu abad. Smucker’s Blueberry Preserves, tambahan tradisional kepada penkek, juga sesuai dengan daging panggang dan pencuci mulut berperisa sitrus. Smucker yang kaya dan bertekstur baldu ini mempunyai rasa beri biru yang mendalam dan lazat.
Bahan-bahan: Blueberry, Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Sirap Jagung, Pektin Buah, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 340 g
Harga: RM 8.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Mahkota Blueberry Jam

Mahkota Blueberry Jam ialah gabungan sempurna dengan roti, roti ban dan keropok anda. Hanya oleskan sedikit sahaja, dan anda akan kagum dengan rasa jem ini! Ia juga mempunyai bau beri biru manis yang menarik yang anda pasti akan suka. Ia datang dalam dua berat berbeza iaitu 240 g dan 450 g.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 240 g, 450 g
Harga: RM 3.60 (240 g balang)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Beri biru sangat sihat, tetapi jem beri biru mungkin mengandungi bahan lain yang mungkin menjejaskan kesihatan anda. Oleh itu, ambil perhatian mengenainya:
- Kandungan gula (Elakkan kandungan gula yang tinggi untuk pilihan yang lebih sihat!)
- Keaslian beri biru yang digunakan. (Sesetengah pengeluar hanya menggunakan perisa beri biru. Ia adalah pilihan yang lebih murah tetapi jika anda inginkan rasa beri biru yang sebenar, pastikan jem beri biru dibuat daripada beri biru secara keseluruhan atau ekstrak beri biru).
- Pengawet dan pewarna. (Jika boleh, elakkan bahan ini untuk rasa yang lebih realistik!)
- Ketulan beri biru. (Sesetengah jem mempunyai ketulan beri biru, ada yang tidak. Kedua-duanya bagus, jadi terpulang kepada anda!)
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.