Teh Tarik adalah salah satu minuman khas Malaysia kerana anda boleh menemuinya hampir di mana-mana dari mamak, kafe, restoran dan juga beberapa tempat makan yang mewah! Kerana ia sangat lazat, minuman ini sering dipesan oleh para pelanggan! Setiap tegukan dipenuhi dengan rasa manis, aromatik dengan tekstur berkrim. Tidak kira sama ada anda suka teh tarik panas atau sejuk, kita semua boleh bersetuju bahawa kedua-duanya rasa sama lazat!
Tetapi hidup dalam wabak, anda mungkin tidak dapat mengunjungi gerai mamak kegemaran anda dengan sekerap yang mungkin, jadi anda mungkin memikirkan beberapa cara untuk memuaskan keinginan teh tarik anda. Bagaimana pula dengan teh tarik segera yang dihasilkan daripada beberapa jenama teh tarik terkenal yang berada di pasaran? Teh tarik daripada jenama terkenal pasti akan memastikan anda dapat menghirup minuman ini persis seperti berada di kedai mamak kegemaran anda! Berikut adalah 10 jenama teh tarik terbaik di Malaysia pada tahun 2025 yang anda boleh dapatkan hari ini untuk memenuhi keinginan teh tarik anda!
Di manakah saya boleh mendapatkan teh tarik?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan teh tarik di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan teh tarik, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, teh tarik seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih teh tarik?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli teh tarik ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis teh tarik yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Jenama Teh Tarik Terbaik di Malaysia 2025
1. Teh Cap Panglima Kungfu Teh Tarik – Instant Classic Milk Tea

Dibuat dengan bahan-bahan istimewa, Teh Cap Panglima Kungfu Teh Tarik, iaitu Teh Susu Klasik menawarkan anda Teh Tarik asli yang rasanya manis, beraroma dan berkrim tanpa bahan tambahan atau pengawet. Ia juga mempunyai 0 lemak trans dan 0 kolesterol! Padankan ini dengan roti anda pada waktu pagi untuk mendapatkan sarapan yang sempurna!
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Krimer Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Lemak Sayuran (Minyak Kelapa), Protein Susu (Natrium Caseinate), Penstabil (E340ii, E452i), Pengemulsi (E471, E481), Agen Anti Caking (E551), Beta Karotena], Gula dan Teh Segera.
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 30 g x 12 sachet
Harga: RM12.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Ah Cheong Teh Tarik 3 in 1 – Classic

Ah Cheong Teh Tarik digemari ramai. Ia menawarkan anda tekstur yang manis dan berkrim sambil mengekalkan rasa teh tarik yang asli! Jika anda peminat gerai mamak klasik teh tarik, ini adalah jenama teh tarik yang anda tidak boleh ketinggalan.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Krimer, Gula, Susu Tepung Skim, Teh Hitam Segera
- Saiz: 40 g x 15 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM11.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. MELAKA SAN SHU GONG LAO QIAN Instant Milk Tea

Ini antara jenama popular Teh Tarik yang terkenal di Melaka dalam kalangan rakyat Malaysia! Ia didatangkan dengan rasa kopitiam teh tarik unik yang licin dan beraroma. Anda pasati tidak menyesal untuk merasainya!
Spesifikasi:
- Saiz: 40 g x 12 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM15.39
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Boh Teh Tarik Kurang Manis Original

Jika anda seorang yang menggemari teh tarik “kurang manis”, maka teh tarik yang ini adalah untuk anda! Rasanya kurang manis berbanding jenama lain sambil mengekalkan rasa asli dan aromatiknya. Sesuai buat anda yang ingin mengurangkan pengambilan gula dalam makanan seharian.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Krimer bukan tenusu, Gula, teh segera, ekstrak daun stevia, agen anti kek
- Saiz: 27 g x 12 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM12.29
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. AliTea Warung Teh Tarik

Warung Teh Tarik AliTea dijamin memukau selera anda dengan rasa yang tidak dapat ditolak, manis, licin dan berkrim sambil mengekalkan rasa teh tarik yang asli. Apa kata and amencubanya hari ini dan merasai kelazatannya?
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Gula, krimer bukan tenusu, sirap glukosa, minyak sayuran terhidrogenasi, sidium kaseinat
- Saiz: 20 g x 20 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM9.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. RICHBOY Teh Tarik 3 in 1

Diperbuat daripada daun teh berkualiti terbaik, RICHBOY Teh Tarik menawarkan anda rasa Teh Tarik asli yang anda tidak boleh menolak! Ia menampilkan rasa teh susu yang lengkap dengan keseimbangan rasa manis dan krim yang sempurna. Pasti anda tertawan selepas mencubanya!
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Krimer Bukan Tenusu, Sirap Glukosa, Minyak Sayur-sayuran Terhidrogenasi, Sodium Caseinate, Penstabil, Agen Anti-Caking, Gula dan Teh Hitam Segera
- Saiz: 40 g x 15 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM13.79
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. 888 3 in 1 Milk Tea

Diadun sempurna dengan ekstrak teh premium, gula dan krimer bukan tenusu, ia menawarkan anda secawan Teh Tarik yang halus dan beraroma yang akan membuat anda jatuh cinta serta-merta dengannya!
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Gula tebu, krimer bukan tenusu [sirap glukosa, lemak sayuran terhidrogenasi, protein susu, teh hitam segera
- Saiz: 40 g x 10 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM10.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Lipton Milk Tea Teh Tarik 3 in 1

Dengan gabungan susu berkrim yang lazat dan daun teh berkualiti tinggi, ia boleh memberikan anda rangsangan tenaga semula jadi, menjadikannya minuman yang sempurna untuk memulakan hari anda! Apa kata anda mencubanya pada hari ini?
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Krimer, gula, serbuk teh segera, susu tepung, maltodekstrin, perasa yang dibenarkan
- Saiz: 21 g x 12 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM12.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. OldTown Milk Tea Series Teh Tarik

Siri Teh Susu OldTown Teh Tarik menawarkan anda rasa teh susu yang lengkap, dipadankan dengan jumlah rasa manis dan berkrim yang tepat, dan memberikan anda rasa mamak Teh Tarik klasik yang asli! Teh tarik ini sering menjadi permintaan ramai setiap kali mereka berkunjung ke kedai ini.
Specification:
- Bahan-bahan: Krimer, ubi kayu sirap glukosa, lemak sayuran, agen anti kek, teh segera, susu tepung skim, gula
- Saiz: 35 g x 13 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM15.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. F&N Teh Tarik Ori

Dibancuh dengan resipi istimewa, F&N Teh Tarik menjamin rasa asli Teh Tarik yang anda gemari! Ia datang dalam botol dan bukannya serbuk supaya anda boleh meminumnya di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Anda juga boleh menjadikannya salah satu minuman segera jika anda berada dalam kesibukan.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Teh, Krim Sejat, Krimer Manis
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 270 ml x 24 botol
Harga: RM70.10
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.