10 Jenis Roti Terbaik Untuk Dicuba 2025

Terdapat pelbagai jenis roti yang anda boleh dapatkan dari kedai roti dan ia mempunyai keunikannya tersendiri. Anda boleh menggabungkannya dengan makanan lain atau nikmatinya begitu sahaja untuk hidangan yang mengenyangkan. Anda mungkin tertanya-tanya tentang roti apakah yang sesuai untuk anda cuba. Usah risau kerana kami telah menyediakan senarai roti yang boleh anda cuba apabila anda berkunjung ke kedai roti nanti. Anda juga boleh membuat pesanan secara dalam talian untuk memudahkan urusan anda. 

Ramai orang mengambil roti sebagai hidangan yang membekalkan karbohidrat. Biasanya, roti akan dihiasi dengan makanan lain seperti salad, telur, ayam, keju mahupun daging untuk membuatkan hidang tersebut mengenyangkan dan menyihatkan. Ramai orang membuat sandwic menggunakan roti gandum untuk sarapan pagi yang cepat dan mengenyangkan. Selain itu, roti juga mempunyai pelbagai jenis dan setiapnya mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jadi, teruskan membaca artikel ini untuk ketahui kelebihannya.

Roti boleh dikatakan salah satu makanan ruji di Malaysia. Anda boleh mendapatkannya di kedai runcit atau pasar raya dengan mudah kerana ia dijual di merata tempat. Untuk memastikan anda memilih roti yang sedap dan enak, anda perlulah membaca ulasan pelanggan terlebih dahulu. Ini kerana roti di Malaysia terdapat pelbagai jenis dan jenama. Adalah penting untuk mencari roti yang kena dengan lidah anda. Paling penting, anda perlu sentiasa melihat tarikh luput roti sebelum membelinya. Ini kerana jangka hayat sesuatu roti tidak lama dan bergantung kepada tahap penyimpanannya. Oleh sebab itu, anda perlu menghabiskan roti sebelum tarikh luputnya tiba.

Bagaimana Mencari Roti yang Baik:

  • Anda boleh mencari pelbagai poket udara dalam roti kerana ia akan menunjukkan sama ada roti itu akan menjadi terlalu padat untuk dimakan atau tidak.
  • Anda dapat menghidu bau harum daripada roti yang enak sebelum anda merasainya.
  • Jenis roti artisan harus mempunyai kerak yang hebat dan warna yang menarik seperti coklat keemasan sehinggalah kepada warna yang lebih cerah.

10 Jenis Roti Terbaik Untuk Dicuba 2025

1. Baguette

Baguette
Kredit Gambar: freepik

Baguette berasal dari Perancis dan merupakan jenis roti yang panjang dengan bahagian luar yang keras. Roti ini boleh dijadikan sebagai sandwic. Cara paling mudah untuk memilikinya ialah dengan meletak sedikit mentega atau krim keju ke bahagian dalam roti tersebut. Selain itu, baguette yang baik mestilah rangup dan merekah apabila ditekan.

Harga: RM 3.66

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Sourdough

Sourdough
Kredit Gambar: pixabay

Anda mungkin pernah mendengar tentang sourdough atau roti masam tetapi yang menjadikannya unik daripada kebanyakan roti lain ialah ia menggunakan gabungan tepung dan air yang ditapai. Inilah sebabnya mengapa ia mempunyai rasa masam. Namun begitu, ini tidak bermakna ia tidak sedap. Jangan takut untuk mencubanya kerana roti ini masih mempunyai tekstur kenyal yang baik.

Harga: RM 14.63

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Bagel

Bagel
Kredit Gambar: freepik

Bagel adalah padat tetapi kenyal apabila anda menggigitnya. Anda boleh memakannya begitu sahaja atau menghirisnya separuh untuk meletakkan sapuan seperti mentega kacang atau alpukat dan telur rebus di atasnya. Roti ini mempunyai tekstur rangup di luar dan kenyal di dalam. Selain itu, rasanya juga manis dan masin. Menarik, bukan?

Harga: RM 5.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Rye bread

Rye bread
Kredit Gambar: freepik

Rye bread atau roti rai sangat sesuai digandingkan dengan daging kornet dan pastarami kerana ia membantu meningkatkan rasa makanan. Oleh sebab itu, ia boleh dijadikan sandwic yang sangat enak. Roti ini biasanya padat. Anda akan dapat merasai rasa masam dan sedikit rasa ‘earthy’ apabila makan roti ini.

Harga: RM 14.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Brioche bread

Brioche bread
Kredit Gambar: Shopee

Brioche berasal dari Perancis. Roti ini mempunyai kandungan mentega dan telur yang tinggi. Oleh sebab itu, kerak roti ini lembut dan ringan. Jika anda sedang mencari sesuatu yang lembut untuk dikunyah, maka roti ini sesuai untuk anda.

Harga: RM 25.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Ciabatta bread

Ciabatta bread
Kredit Gambar: freepik

Roti ini berasal dari Itali. Ia sesuai dibuat sandwic dan panini. Roti ini mempunyai kandungan air yang lebih tinggi berbanding sebuku roti sourdough. Rasa roti ini sedap dengan keraknya yang kenyal. Tekstur dan kerak roti boleh menjadi berbeza dengan yang lain kerana ia bergantung kepada teknik dan cara pembuatan roti ini. Namun bahan-bahan untuk membuatnya adalah sama.

Harga: RM 9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Multigrain bread

Multigrain bread
Kredit Gambar: freepik

Inilah salah satu roti yang sesuai untuk mereka yang inginkan rasa roti yang ‘earthy’ dan mengenyangkan. Roti ini mengandungi pelbagai jenis bijirin seperti oat dan flaks untuk memastikan anda mendapat bahagian makanan yang sihat.

Harga: RM 9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Whole wheat bread

Whole wheat bread
Kredit Gambar: Lazada

Berbanding dengan roti putih biasa, roti ini mempunyai lebih banyak serat dan nutrien kerana salah satu ramuannya adalah bijirin gandum. Roti ini amat baik untuk mereka yang menggemari roti tetapi inginkan pilihan yang lebih sihat dalam diet seharian mereka.

Harga: RM 2.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Pita bread

Pita bread
Kredit Gambar: freepik

Apa yang menarik tentang pita bread atau roti pita ialah ia mempunyai poket udara di bahagian tengahnya. Pada bahagian tengah ini, anda boleh membelahnya dan memasukkan bahan-bahan lain ke dalam bahagian tersebut dengan mudah. Ini kerana roti pita dimasak dengan api yang tinggi. Jadi, teknik ini menghasilkan gelembung udara pada bahagian tengahnya selepas semua cecair hilang.

Harga: RM 6.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Tortilla bread

Tortilla bread
Kredit Gambar: Healthy Hispanic Living

Roti rata seperti ini boleh digunakan untuk membungkus bahan-bahan yang anda inginkan. Dan jika anda mahu, anda boleh memanaskannya sedikit pada bahagian tepi supaya kandungan roti tersebut kekal hangat dan terletak pada bahagiannya. Tidak kira apa jua rupanya, anda akan kenyang selepas makan wrap yang diperbuat daripada roti ini.

Harga: RM 13.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Adalah lebih baik untuk berkunjung ke kedai roti terdekat untuk mendapatkan roti yang segar dan enak. Namun, ia mungkin sukar bagi sesetengah orang untuk memandu ke kedai roti yang diingini. Jadi, kami berharap senarai ini dapat membantu anda di luar sana untuk mendapatkan roti yang anda inginkan menerusi platform dalam talian. Kini, terdapat pelbagai kedai roti atau bakeri yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan. Jadi, anda boleh menikmati roti anda dengan gembira.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close