Kini, pakaian sukan seperti jersi telah menjadi kebiasaan untuk digunakan sebagai pakaian harian. Jersi juga didatangkan dengan reka bentuk uniseks yang membolehkannya dipakai oleh lelaki dan perempuan.
Lazimnya, jersi diperbuat daripada bahan yang lembut dan mempunyai pengudaraan yang baik serta sesuai dengan iklim negara kita. Hal ini kerana cuaca di Malaysia agak panas, jadi anda memerlukan pakaian yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik bagi membantu dalam menyejukkan badan anda. Jadi, berikut adalah 8 jersi terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih jersi yang terbaik?
Jersi yang sempurna perlulah menepati setiap ciri yang sesuai dengan cita rasa anda. Selain itu, anda juga disarankan untuk memeriksa jenis bahan yang digunakan, ulasan dari pembeli terdahulu dan harga jersi sebelum membuat sebarang pembelian.
1. Bahan
Memilih jersi dengan bahan yang betul merupakan antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Hal ini kerana kain pakaian yang diperbuat daripada bahan yang mempunyai pengudaraan yang bagus dan serapan yang baik dapat mengelakkan ketidakselesaan sewaktu memakainya.
2. Ulasan
Membaca dan menganalisis ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu merupakan cara yang berkesan untuk mendapatkan jangkaan yang realistik terhadap produk. Ini bukan sahaja akan memberikan anda maklumat tambahan, tetapi ia juga akan meningkatkan keyakinan anda untuk membeli produk tersebut terutamanya dalam talian.
3. Harga
Setiap jersi menawarkan pelbagai harga, oleh itu disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk jersi terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.
8 Jersi Terbaik untuk Lelaki di Malaysia 2023
1. Microfiber Jersey

Jersi microfiber ini diperbuat daripada fabrik ‘eyelet mini’ bagi memberikan keselesaan yang maksimum ketika anda memakainya. Ia didatangkan dengan 13 pilihan warna yang boleh anda pilih mengikut warna kesukaan anda. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan saiz yang berbeza daripada saiz S hingga 5 XL.
Spesifikasi:
- Bahan: Spandex
- Saiz: S – 5 XL
- Warna: Hitam, hijau cair, hijau pekat, khaki, putih, biru, oren, merah, maroon, kelabu gelap, biru pekat
Kelebihan:
✅ Pelbagai warna
✅ Pelbagai saiz
Harga: RM7.55
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Nice Brand Jersey

Nice Brand Jersey menggabungkan dua jenama sukan utama dalam reka bentuknya iaitu Nike dan Adidas. Ia juga menawarkan fabrik dengan 9 kali lebih pengudaraan dan mengambil masa hanya 2 jam untuk kering. Ia dipasarkan dengan 3 warna yang menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Jersi
- Saiz: S – XL
- Warna: Biru, hitam, kelabu
Kelebihan:
✅ Reka bentuk berjenama
Harga: RM9.88 – RM10.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Team Jersey

Jersi ini diperbuat daripada poliester yang menjadikannya ringan dan mempunyai pengudaraan yang baik. Jersi ini boleh dipakai ketika melakukan aktiviti seperti mendaki, berbasikal dan bersenam. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam pelbagai saiz yang membolehkan anda membeli secara pukal.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Saiz: S – XXXL
- Warna: Hitam, putih, biru, merah maroon, ungu
Kelebihan:
✅ Reka bentuk berjenama
✅ Reka bentuk ringkas
✅ Diskaun untuk pembelian secara pukal
Harga: RM14.98 – RM16.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Geometric Jersey

Geometric Jersey ini mempunyai corak prisma pudar pada bahagian hadapan jersi bagi menonjolkan gaya karisma kepada pemakai. Jersi ini juga menggabungkan logo jenama Adidas di dalam setiap reka bentuknya. Bukan itu sahaja, jersi ini juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiz.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester, jersi
- Saiz: S – XXXL
- Warna: Hitam, putih, biru, merah
Kelebihan:
✅ Reka bentuk berjenama
✅ Corak prisma
Harga: RM16.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Fashion Football Jersey

Jika anda seorang yang menggemari corak kontra, maka jersi ini pilihan terbaik untuk anda. Fashion Football Jersey ini mempunyai reka bentuk yang ringkas, selesa, moden dan sesuai dengan gaya pakaian sukan terkini. Ia menawarkan saiz yang berbeza daripada saiz M hingga XL.
Spesifikasi:
- Bahan: Jersi
- Saiz: M – XL
- Warna: Kelabu-hitam, biru-hitam, merah- hitam, kuning- hitam
Kelebihan:
✅ Reka bentuk berjenama
✅ Dwi-tona
Harga: RM12.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. GP Club Jersey

Jersi ini merupakan antara jersi pilihan para penggemar motosikal. Hal ini kerana, ia memaparkan jenama motosikal popular seperti Yamaha dan Honda pada setiap reka bentuknya. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan dijual pada harga yang mampu milik.
Spesifikasi:
- Bahan: Polyblend
- Saiz: S – XL
- Warna: Pelbagai warna
Kelebihan:
✅ Reka bentuk berjenama
✅ Tona warna gelap
Harga: RM7.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Baseball Jersey

Baseball Jersey ini sangat sesuai untuk anda yang menggemari sukan ‘baseball’. Ia diperbuat daripada jersi berkualiti tinggi yang menjadikannya ringan serta membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan butang pada bahagian hadapan bagi memudahkannya untuk dibuka dan dipakai.
Spesifikasi:
- Bahan: Jersi
- Saiz: M – XL
- Warna: Merah, maroon, merah-hitam, mustard, hitam, putih
Kelebihan:
✅ Reka bentuk berjenama
✅ Berkualiti tinggi
Harga: RM11.90 – RM31.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. JAZALO Plain White Jersey

JAZALO Plain White Jersey ini merupakan pilihan yang ideal untuk anda yang sedang mencari jersi dengan reka bentuk yang ringkas dan polos. Jersi ini diperbuat daripada microfiber berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak serta membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Secara tidak langsung, ia memberikan anda keselesaan yang maksimum sewaktu memakainya.
Spesifikasi:
- Bahan: Microfiber
- Saiz: XS – 5 XL
- Warna: Putih
Kelebihan:
✅ Reka bentuk ringkas
✅ Pelbagai saiz
✅ Potongan biasa
Harga: RM9.61 – RM32.25
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.